28 Okt 2007

"Saya cipta gambar itu" - Tian Chua

Posted on Wednesday, July 04 @ 13:01:29 MYT by greenboc
Analisis Isu

tcKetua Penerangan PKR Tian Chua mengaku bahawa beliau telah mencipta gambar altantuya dengan Najib.

Menurut Tian, gambar itu dicipta semalam dan ianya bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang isu gambar Najib dan Altantuya yang dibangkitkan dalam mahkamah baru-baru ini lapor klpost.



"Gambar itu hanyalah imaginasi saya sahaja, apabila saya membayangkan gambar sebenar," kata Tian Chua.

Menurutnya, gambar tersebut berlatarbelakangkan suasana restoran Perancis yang beliau perolehi dari internet.

"Gambar sebenar wujud, tetapi gambar yang disiarkan di dalam blog saya ini hanya rekaan sahaja, saya yang reka," katanya.

Mengikut klpost, menjelas lanjut, kata Tian, blog peribadinya berkonsep santai dan tidak serius, oleh yang demikian beliau fikir sesuai untuk meletakkan gambar tersebut.

"Lagipun kebanyakkan akhbar berbahasa Melayu tidak menyiarkan berita mengenai kewujudan gambar yang disebut salah seorang saksi di mahkamah, saya berhasrat mengingatkan orang ramai," kata beliau.

Tian Chua diingati sebagai pemimpin politik yang berani termasuk aksi beliau duduk di hadapan trak FRU ketika demonstrasi beberapa tahun lalu.

Selain itu, gambar beliau cuba melanggar seorang pekerja bagi menyelamatkan penduduk kampung Berembang juga tersiar di dada-dada akhbar baru-baru ini. Tian Chua direman polis berhubung kejadian tersebut.

Namun tidak ada sebarang tindakan diambil, kerana kata Tian Chua, beliau tidak langgar pekerja terbabit, sebaliknya pekerja terbabit cuba menghalang keretanya



TKO memperolehi gambar asal tersebut:

1

Di atas ialah suasana yang difantasikan oleh Tian Chua

2a
Apabila imej diterangkan menggunakan ACDSEE yang dilakukan oleh MULTIMID yang menampakkan kesan HALO di wajah Altantuya.

2

Menggunakan perisian Adobe Photoshop CS dengan skala pembesaran kepada 500 pixel kita akan mendapati bahawa ia adalah pemakaian teknik superimposed. Perhatikan ketaran warna yang tak seimbang pada imej berkenaan terutama bahagian kepala objek.

3

Perhatikan wujudnya lingkaran putih di sekeliling kepala dan juga kesan HALO di wajah Altantuya yang menjelaskan bahawa ia adalah sekeping gambar palsu.

Walaupun demikian ini tidak bererti gambar yang dimaksudkan oleh Burmaa (Amy) yang memberikan keternagan sebagai di dalam kes ini pembunuhan kejam Altantuya yang mendakwa wujudnya sekeping gambar di mana Altantuya dilihat ada makan bersama Razak Baginda, Najib Razak dan lain-lain itu tidak wujud.

X files oleh Greenboc
dengan bantuan
zul_mz

Tiada ulasan: