18 Jun 2009

PAS UMNO : Nasharuddin Menghilangkan Diri

Nasharudin Mat Isa yang baru sahaja meraikan kemenangan sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal ketiga berturut-turut kini keseorangan dalam isu kerjasama dengan Umno.

Bermula pagi semalam, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali menjelaskan pendirian yang berbeza dengan Nasharudin dalam jawapan kepada Datuk Seri Najib Razak yang berkata PAS ikhlas dalam mewujudkan kerjasama.

Nasharudin dilihat mengalu-alukan kenyataan Najib, yang banyak ditafsirkan sebagai satu perangkap, dengan berkata ia sesuatu yang positif, walaupun tetap menolak pembentukan kerajaan perpaduan.

Kenyataan orang nombor dua PAS itu telah, tanpa disengajakan, meresahkan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar semalam, Mustafa pula cuba menutup pintu kerjasama politik PAS-Umno apabila menegaskan pembentukan kerajaan perpaduan hanya boleh dibuat dengan penyertaan PKR dan DAP, namun terus mempertahankan usaha-usaha perbincangan dengan Umno untuk isu-isu kepentingan negara.

Pada waktu yang sama Mustafa memberikan kenyataan itu, di Parlimen wakil Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan isu kerjasama dengan Umno tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat.

Sementara di Kota Baru, hanya beberapa jam selepas sidang akhbar Mustafa, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat kenyataan mengejutkan menyuruh Nasharudin mengosongkan kerusi Bachok.

Sebelum itu, beliau memanggil mereka yang mahu kerajaan perpaduan sebagai boneka Umno, dan di kawasan sekitar Kota Darul Naim, pusat pentadbiran kerajaan Kelantan kain-kain rentang telah dinaikkan untuk menunjukkan sokongan kepada Nik Aziz dan penolakan kepada usaha kerjasama dengan Umno.

“Tuan Guru, sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan, berhak menyuruh Nasharudin meletakkan jawatan,” kata seorang sumber yang rapat dengan pejabat mentri besar Kelantan.

“Seperti Ibrahim Ali yang kini menentang PAS, Tok Guru juga telah suruh dia letak jawatan,” tambahnya merujuk kepada ahli Parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket parti Islam itu tetapi kini condong kepada Barisan Nasional.

Mereka yang rapat dengan Nik Aziz percaya kenyataan itu dibuat secara terancang kerana beliau dikenali sebagai ahli politik yang licik.

Hari ini, Nasharudin yang telah menghilang diri dari Parlimen sejak tengahari semalam ditekan lagi, kali ini oleh dua naib presiden parti itu.

Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar secara berasingan memberitahu wartawan bahawa Nasharudin mesti bersemuka dengan Nik Aziz sebelum mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat minggu depan untuk meleraikan kekusutan dan keresahan dalam isu kerjasama dengan Umno.

Jika pertemuan itu dapat dilangsungkan, ini kali kedua dalam setahun pemimpin kanan PAS terpaksa berhadapan dengan Nik Aziz selepas bertikam lidah secara umum.

Tahun lalu, Mustafa, yang ketika itu pengarah pilihanraya, terpaksa menghadap Nik Aziz setelah mengkritik secara terbuka rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Malang bagi Nasharudin tiada siapa yang berani mempertahankannya sementara presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, orang yang mencadangkan idea kerajaan perpaduan itu, kini berada di luar negara dan apabila beliau mempengerusikan mesyuarat khas Isnin depan sudah pasti akan menjarakkan dirinya dari insiden yang memalukan dan memecah-belahkan parti itu.

Tidak mungkin Hadi berani mempertahankan timbalannya secara terbuka. Nasharudin perlu berhadapan dengan Nik Aziz dan penyokongnya secara berseorangan. -Adib Zalkapli

PAS UMNO : 10 MP PAS Berdiri Teguh Bersama Nik Aziz

Sepuluh ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.

Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut:

Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
Khalid Samad (Shah Alam),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

PENDIRIAN DEWAN MUSLIMAT DAN MP MUSLIMAT PAS

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS).


Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.







PAS UMNO : Nasha Kena Marah Politik Atau Marah Betul-betul Dari Mursyidul Am?

Nik Aziz, MB Kelantan, telah beri kata dua dan amaran kepada Timbalan Presiden PAS supaya melucutkan jawatannya yang dimenanginya dengan mengalahkan Husam dan Mat Sabu. Lucut jawatan jika masih mahu bercakap atau bermimpi tentang kerajaan perpaduan. Masuk UMNO, jangan jadi sampah dalam PAS.

Adakah ini marah politik atau marah betul-betul? Mustafa Ali sudah awal-awal lagi beroleh marah politik daripada MB yang masin mulutnya itu, apabila dia pandai-pandai membuat ramalan Anwar Ibrahim akan gagal merebut kuasa bulan September lepas.

Ramalan itu memang tidak perlu pun, kerana bagi Anwar jika dia betul-betul dapat kuasa memang bagus, tetapi jika tidak dapat pun sudah sangat baik kerana gertaknya itu membuat anak-anak ayam didiknya lari bertempiaran ketakutan seperti anak ayam sedang dikejar helang.

Yang penting di sini ialah idea itu telah ditanam di hati rakyat, supaya mereka betul-betul bersedia untuk melakukan perubahan. Jadi Mustafa Ali diberi marah politik kerana memandai-mandai membuat ramalan yang tidak perlu itu.

Kini Nasharuddin pula kena, adakah kena marah politik atau kena marah betul-betul? Nampaknya dia kena marah betul-betul, bukan marah politik lagi. Sampai Nik Aziz beri kata dua supaya lepaskan Ahli Dewan Rakyat Bachok, kalau tidak mahu lagi berada dalam PAS.

Tapi kali ini lebih menarik, kerana Mustafa Ali yang kini S/U Agung PAS, kasi amaran bahawa tidak ada rundingan antara UMNO dan PAS mengenai kerajaan perpaduan. Kalau mahu berunding, mesti dengan Pakatan Rakyat. Kenyataan Mustafa Ali penting kerana dia membawa kembali keadaan siuman dalam politik tarik tali budak-budak kampung.

Bagus sekali jika kini PAS sudah sedar bahawa dia harus bersama dengan Pakatan Rakyat, bukan tersorong-sorong mencari partner dengan UMNO yang sedang lemas. Jika pendirian Mustafa Ali adalah pendirian PAS, maka PAS berada di atas landasan yang betul. Yang penting sekarang ialah memperkuat barisan alternatif, bukan mengelirukan rakyat dan para pengikut dengan cadangan karut yang boleh memecahbelahkan muafakat yang baru hendak menjadi kuat.

Jika ini diteruskan, maka PRU 13 nanti akan memberi rakyat peluang terbaik untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN yang telah gagal membela rakyat selama lebih dari 50 tahun. Sungguh sayang jika PAS yang sudah berumur 50 tahun lebih masih berperangai budak-budak, selalu berubah tempat seperti budak-budak bermain coh. Lebih sayang seribu kali sayang kerana lagak tidak berpendirian tetap itu datangnya daripada kumpulan yang disebut golongan ulama.

Kalau mereka tidak pandai berpolitik, duduk saja di surau-surau dan lecturelah penduduk kampung yang bodoh-bodoh tentang khayalan mereka yang muluk-muluk, sambil memarahi orang lain yang bertungkus-lumus bekerja keras (walau apa pun tujuan kerja keras itu!). Huru-hara politik Melayu menjadi bertambah keliru dan kusut apabila seorang mufti memberi amaran bahawa perpecahan Melayu sangat teruk, oleh itu UMNO mesti disokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dengan PAS.

Nampaknya mufti yang seorang ini cukup seronok menjadi alat politik UMNO/BN, sehingga sanggup memberi fatwa tidak rasmi bahawa keselamatan Melayu dan Islam berada dalam tangan UMNO, oleh itu UMNO mesti diperkuatkan lagi dengan bantuan PAS yang tidak keberatan menerima politik UMNO yang menegaskan PAS tidak layak memerintah negara, oleh itu hanya mempunyai satu pilihan saja, iaitu bekerjasama dengan UMNO untuk membela Melayu dan Islam. Konon. Tukar konon itu menjadi “kunun”, seperti yang disebut oleh para pemimpin UMNO, yang akhirnya menjadi kuno.

Selagi Melayu sanggup “diperkununkan” oleh UMNO untuk percaya UMNO penyelamat Melayu dan Islam, maka selama itulah Melayu akan terus bodoh, tidak boleh berfikir dengan bebas, tidak mahu melepaskan diri daripada belenggu feudalisme UMNO yang ternyata merugikan Melayu dan Islam itu. Orang Melayu akan jadi cerdik dan berani sekali lagi jika mereka menolak UMNO dan menolak sebarang kerjasama antara UMNO dan PAS. Orang Melayu harus sedar, harus celik mata melihat bagaimana UMNO membentuk dan mewariskan kepemimpinan di kalangan mereka.

Perhatikan dengan teliti dan kritis, nescaya anda akan melihat bagaimana kepemimpinan dalam UMNO semakin lama semakin lemah, semakin tidak boleh diterima kerana terlibat dalam segala macam skandal yang tidak dapat dijelaskan dan dilepaskan dari sebarang keraguan. Perhatikan bagaimana para pemimpin UMNO mengelak daripada bercakap benar dan secara kontan berdepan dengan kebenaran. Yang diberikan mereka setiap masa bukan penjelasan, tetapi alasan yang dicari-cari apabila berdepan dengan kebenaran.

Biarlah maksud kebenaran itu tidak dijelaskan di sini kerana terlalu banyak perkara yang tidak benar itu dilemparkan kepada orang Melayu untuk diterima. Yang penting untuk difikirkan dengan kritis dan tuntas ialah kerajaan perpaduan tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah jika para pemimpin yang akan menerajuinya masih UMNO dan serpihan PAS yang selalu berubah pendiriannya. Bukan kerajaan perpaduan yang diperlukan oleh rakyat pada waktu ini, tetapi penyingkiran para pemimpin yang korup, tidak bermoral, pembohong dan penindas kebenaran. Itulah yang diperlukan rakyat sebenarnya.

Siapa mereka telah dikenali rakyat, oleh itu penyingkiran itu tidak menjadi masalah lagi. Jangan kusutkan perkara yang jelas ini dengan huru-hara politik yang ditimbulkan oleh para pemimpin yang korup, yang kaya wang dan kaya skandal, atau yang ditimbulkan oleh tokoh agama yang pentingkan kedudukan dan gelaran daripada bercakap benar. Kesimpulan moral yang penting ialah: UMNO tidak diperlukan lagi dalam bentuk apa sekali pun. Titik. - [18/6/2009] Mohd. Affandi Hassan

MANEK URAI : LAMBAKAN PROJEK MEE SEGERA SEBAGAI KEMPEN UMNO BN

MAFREL Kelantan telah menjalankan pemantauan awal di kawasan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manik Urai pada 16 Jun 2009 bertempat di 8 buah Unit Peti Undi (UPU) Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rex, Lakloh, Manjor, Manik Urai Luar, Manik Urai Dalam dan Sungai Perial.

Hasil daripada pemantauan awal, jelas berlaku salah laku dan etika melanggar Pilihanraya. Berberapa gambar di sini menunjukkan salah guna kuasa agensi kerajaan persekutuan bagi menjalankan projek sempena PRK Manik Urai, Kelantan.

MAFREL juga cuba mengesan projek-projek segera dari agensi kerajaan negeri tetapi setakat ini masih belum ada tanda-tanda projek seumpama itu.




KESIMPULAN

Istilah Projek ’Mee Segera’ adalah istilah yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sewaktu berkempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Ia adalah janji PM untuk tidak melaksanakan projek ’mee segera’ dalam mana-mana Pilihanraya yang disertai oleh Barisan Nasional.

Daripada pemantauan awal yang dilakukan oleh Pemerhati MAFREL, jelas berlaku projek ’mee segera’ di dalam Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Tempoh projek tersebut adalah bermula dari 4 April 2009 hingga 22 Jun 2010. Kepadatan aktiviti berdasarkan tarikh adalah amat padat sewaktu tempoh berberapa hari bermulanya tempoh Penamaan Calon iaitu 6 Julai 2009 hingga tempoh masa Hari Pengundian di PRK Manik Urai.

Berberapa agensi Kerajaan telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam projek ’mee segera’ ialah;-

* Jabatan Kerja Raya
* KESEDAR
* Jabatan Kebajikan Masyarakat
* Kementerian Pelajaran Malaysia
* Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Program dan aktiviti kempen awal banyak tertumpu berhampiran Pusat Pengundian. Sasaran program projek ’mee segera’ adalah banyak tertumpu kepada;-

* Pelajar sekolah rendah dan menengah – ibu bapa
* Penerima skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat – individu yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal.
* Penduduk di kawasan pendalaman

Maka daripada bukti bergambar di atas, dapat disimpulkan bahawa telah berlaku projek ’mee segera’ di kawasan Pilihanraya Manik Urai dan dijangkakan lebih banyak lagi projek-projek ’mee segera’ yang akan dilaksanakan semasa Tempoh Kempen bermula, iaitu selepas 6 Julai 2009.

MAFREL memandang projek-projek ini sebagai satu amalan yang amat hina kerana ia mengganggap mentaliti masyarakat Malaysia boleh digula-gulakan dengan pembangunan yang tidak teracang dengan peruntukan yang dibuat secara luar biasa yang akhirnya merugikan rakyat juga.Sampai bila pemimpin-pemimpin politik ingin meneruskan budaya memperbodohkan rakyat dan meneruskan budaya rasuah politik seperti ini.MAFREL akan terus dengan agenda menjadikan pilihanraya adil dan bebas dan tidak akan membisu melihat kesalahan demi kesalahan dilakukan walaupun sesetengah pihak sudah mengganggap nya sebagai perkara-perkara biasa-kesalahan biasa, semua pihak buat belaka!

MAFREL Kelantan

www.mafrel-kelantan.blogspot.com

Konspirasi Najib Altantuya Sekat Anwar Bakal Kecundang

Konspirasi Najib untuk menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar di dalam arena politik tanahair nampknya bakal terjejas apabila laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang diperakukan oleh 3 pakar mengesahkan tidak ada bukti Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa oleh beliau.

Justeru pihak pembelaan yang diketuai oleh Sivarasa Rasiah. yakin laporan itu bersama bukti- bukti lain akan menunjukkan tuduhan liwat terhadap anwar adalah tidak benar dan rekaan semata- mata.

Bercakap kepada media di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam Anwar, Amir Hamzah Arshad berkata pendakwaraya perlu membuktikan wujudnya penetrasi untuk menyabit kesalahan Anwar Ibrahim.

“Bukti terpenting dalam mana-mana dakwaan rogol atau liwat adalah bukti mengesahkan berlakunya penetrasi. Namun, tidak ada penemuan klinial yang mencadangkan adanya liwat dan tidak ada kesan luka mempertahankan diri pada tubuh pesakit,” kata Amir Hamzah.

Kes ini ditetapkan di dengar di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai nanti.

Sehubungan itu, salinan laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur ini dilampirkan bersama afidavit yang difailkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu semalam.

Anwar mengemukakan laporan berserta affidavit itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan dakwaan sodomi itu.

Laporan perubatan ini bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan.

Laporan HKL ini seraya menguatkan lagi laporan awal dari Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) yang turut mengesahkan tidak ada penetrasi keatas tubuh Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Mac lalu, Anwar mengaku tidak bersalah diatas dakwaan meliwat pembantu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun, tahun lalu.

Dakwaan sodomi ini terbit dikala mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Amir Hamzah juga berkata pembelaan telah diperincikan dan dirapi dan apa yang perlu sekarang ini hanyalah dokumen-dokumen yang belum diserahkan pihak kerajaan.

Dokumen ini termasuk laporan dari pegawai penyiasat kanan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV), carta ujian Asid Deoxyribonucleic (DNA), laporan pakar kimia, serta kenyataan dari penuduh.

“Kami mendesak kerajaan untuk segera menyerahkan dokumen-dokumen ini khususnya laporan ujian DNA supaya kita boleh melakukan ujian bebas serta mendapatkan khidmat-nasihat bebas,” kata Amir.

Peguambela memohon kepada mahkamah untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari sebarang dakwaan sodomi atau menangguhkan prosiding sekiranya pihak pendakwaan gagal menyerahkan dokumen- dokumen tersebut.

Laporan yang dikeluarkan oleh HKL sekaligus menjadi tamparan yang paling hebat kepada Najib Altantuya yang begitu ghairah dengan isu Liwat2 ini sebagai tali hayat untuk menghapuskan kareer pilitik Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful pada satu ketika telah mengadakan pertemuan dengan Najib sebelum membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat. Najib yang pada awalnya menafikan pertemuan itu tetapi kemudian berhelah dengan menyatakn pertemuan itu untuk membincangkan biasiswa untuk Saiful melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Laporan perubatan dari HKL hari ini mendedahkan sikp Najib yang sebenar dan Umno di bawah pimpinannya hanya menunggu hari-hari akhirnya untuk ditalkinkan
.

Kerajaan Najib Altantuya Sengaja Dengki Terhadap Kerajaan Selangor

Pendirian Najib dalam isu ini air di Selangor tidak menggambarkan konsep “1Malaysia” yang dikatakan sebagai satu konsep menyeru kepada rakyat bersatu membangun Malaysia.”, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Najib tidak memahami sebenarnya matlamat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berhasrat mengambil alih pengurusan industri air demi kepentingan rakyat.

Langkah itu, bertujuan mengelakkan sebarang kenaikan tarif air yang dijangka akan dilakukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat dalam industri itu ketika ini.

Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Najib yang mendakwa harga yang ditawarkan kerajaan negeri untuk membeli asset dan ekuiti syarikat konsesi terbabit, tidak munasabah.

Beliau turut membidas tuduhan ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim yang mengatakan Kerajaan Selangor bertindak kerana mencari keuntungan dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Khalid menyifatkan respon negatif kerajaan pusat itu disebabkan mereka tidak meneliti dengan lebih terperinci rancangan kerajaan negeri dalam penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Tan Sri Khalid menegaskan, berdasarkan rancangan itu, tarif air akan dapat di kurangkan 10 peratus tahun ini, jika Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan perkhidmatan itu.

Sebanyak 20 peratus penurunan lagi dijangka dapat dilakukan pada tahun 2011 dan seterusnya menjadi 25 peratus menjelang 2013.

Menurutnya, isu yang semakin hangat diperkatakan ini bagimanapun masih dalam perbincangan dan berharap ia dapat diselesaikan hujung bulan ini.

Beliau yakin penyelesaian isu ini akan dapat dicapai sekiranya Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat bekerjasama, tanpa mengira fahaman politik.


Cadangan Jambatan Ketiga Najib Altntuya Ditolak Sultan Johor

Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura, demikian lapor Berita Harian.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi.

"Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Pengumuman mengenai pembinaan jambatan ketiga di Timur Johor dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengadakan lawatan pada 18 hingga 19 Mei lalu, bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang sering berlaku Tambak Johor terutama waktu puncak selain menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar Desaru dan Pengerang.

Cadangan mewujudkan laluan penghubung ketiga antara kedua-dua negara itu dikemukakan Perdana Menteri dan dipersetujui Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.

Anggota parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad sbelum ini menyifatkan langkah pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di Timur Johor sebagai tidak wajar.

Shahrir berkata pembinaan jambatan antara Singapura dengan Pengerang seterusnya Mersing itu bukan keperluan mendesak bagi rakyat negara ini dan pelancong dari republik itu.

"Pandangan saya, pembinaan jambatan itu bukan satu keperluan yang mendesak sebaliknya kerajaan perlu meningkatkan kecekapan perkhidmatan feri atau menggalakkan penggunan kapal dan bot bagi menghubungkan kedua-dua negara.

PAS Johor Bahru turut pernah mempersoal cadangan Najib dengan bertanya kenapa begitu mudah Perdana Menteri mencadangkan projek jambatan yang baru sedangkan kesibukan trafik yang sedia ada di tambak Johor masih tidak dapat diatasi biarpun Kompleks Iskandar yang baru sudahpun dibuka termasuklah penggunaan Link Kedua yang tidak dimaksimumkan penggunaannya dan perkhidmatan keretapi KTMB yang perlu diperbaiki segera mutu perkhidmatannya.


NIZAR MAHU SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN SIASAT RAMPASAN KUASA DI PERAK

Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Suruhanjaya Bebas dan badan siasatan yang berwibawa diwujudkan secepat mungkin bagi mengkaji perkara yang tidak diadili dengan telus dan adil.

Suruhanjaya tersebut harus ditubuhkan untuk menyiasat rampasan kuasa di Perak, terutama sekali mengenalpasti dalang perbuatan itu yang mengheret Perak ke krisis perlembagaan yang paling buruk dalam sejarah negeri itu. Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat berkata siasatan telus dan terperinci perlu bagi mengenalpasti apakah motif disebalik kudeta haram Barisan Nasional itu.

“Kita minta kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas menyiasat rampasan kuasa di Ipoh untuk mengenalpasi siapa yang terbabit, mengapa ia berlaku dan untuk apa ia berlaku,” kata Nizar.

“Sekiranya rampasan kuasa itu ada kena mengena dengan rasuah, kita mahu tahu siapa rasuah siapa supaya ia tidak lagi berlaku di masa akan datang. Maka dengan itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja harus ditubuhkan untuk menyiasat krisis ini,” katanya kagi.

Nizar menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat semalam selepas tamat tempoh pergantungan dua hari keatas beliau dan enam lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kerana memakai lilitan “Bubar DUN” di dalam Parlimen. Pemakaian lilit kepala dan tangan menuntut DUN Perak dibubarkan adalah sebahagian daripada kempen wakil Pakatan Rakyat dalam usaha memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan.

Perak diheret dalam kemelut politik berpanjangan setelah Perdana Menteri Najib Razak dituduh mendalangi rampasan kuasa dengan “membeli” tiga ADUN Pakatan Rakyat termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah.

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mahathir Mohamad sebelum ini berkata sokongan ADUN yang terbabit dalam rasuah tidak akan memberi sebarang kredibiliti kepada BN mahupun UMNO.

“Saya telah mengutarakan soalan kepada Perdana Menteri, samada beliau mahu menjawab atau tidak kita tidak tahu, namun dalam masa yang sama juga kita kemukakan usul satu suruhanjaya ditubuhkan, dengan disertai oleh ulama-ulama untuk melihat apakah hukumnya merampas kuasa, dan dimana asas di dalam Al-Quran yang membenarkan mereka merampas kuasa,” kata Nizar.

Nizar berkata kerajaan BN tidak harus menolak cadangan ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan itu kerana ia membabitkan kepentingan awam.

“Kita hendak seluruh rakyat Malaysia tahu ini satu tindakan yang zalim dari Umno-Barisan Nasional. Maka kita pohon satu suruhanjaya bebas ditubuhkan secepat mungkin. Sekiranya kes lebam mata Anwar Ibrahim dan skandal kehakiman VK Lingam ada suruhanjaya bebas ditubuhkan, kes Perak ini mempunyai implikasi yang lebih besar,” kata Nizar.


UG JADI SENJATA UMNO PERANGKAP PAS

Kenyataan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai saranan supaya YB Nasharudin Md Isa Timbalan Presiden PAS supaya meninggalkan PAS jika ingin meneruskan rundingan Kerajaan Perpaduan (UG) merupakan satu isyarat yang jelas.

Isyaratnya 'take it OR leave it'. Beranikah Timb Presiden PAS ini untuk melawan gelombang dalam PAS yang tegas dan jelas 'We do not want any "transaction" with UMNO/BN'.

Kerajaan Perpaduan seperti yang diwar-warkan sebenarnya bukanlah satu agenda besar, ia hanyalah satu jerangkap samar UMNO dengan satu tujuan iaini - memecah-belahkan PAS dan PR serta meraih peluang untuk mereka mendapat sokongan kembali rakyat setelah terpukul dalam PRU yang lalu.

YAB Perdana Menteri Najib Tun Razak mahu memulihkan kembali palitan kekotoran UMNO/BN dengan menggunakan isu perpaduan sebagai pemangkinnya. UMNO telah sedikit sebanyak mendapat momentum yang baik. Jika PAS tidak teliti maka mereka akan terperangkap dengan amat parah sekali didalam jerangkap samar UMNO/BN.

Dalam tempoh seminggu dua ini Najib dan Muhyiddin sedang dikelilingi oleh penganalisis politik dan pakar strategi UMNO/BN yang diketuai oleh beberapa Professor dan pakar-pakar saraf untuk menanti sebarang riaksi kelemahan PAS untuk meletupkan beberapa bom jangka. Ia akan berkisar dengan isu perpaduan, kemasukan Chin Peng, isu bahasa dan isu agama Islam. Mereka telah mencuba beberapa cucuhan kecil-kecilan umpamanya isu Sister in Islam dan bahasa. Saraf UMNO/BN disemarakkan sedikit melalui kelemahan Timb Presiden PAS melalui isu perpaduan dan UG.

Sebenarnya isu UG bukan satu yang harus dijadikan modal perbahasan oleh pimpinan PAS malah pimpinan PAS harus sepakat mematikan isu ini. PAS harus sedar melalui gabungan PR mereka sedang menuju ke Putrajaya. Mereka haru menjadi pemangkin kepada pengukuhan PR dan belajar menjadi 'Stateman' dan bersedia untuk mengambilalih kerajaan.

Nampaknya Timb Presiden PAS terlalu gelojoh hingga lupa bahawa rakyat amat menaruh peralihan kuasa segera dari UMNO/BN kepada PR. Ini kerana kemeluatan rakyat terhadap BN dan agendanya sangat-sangat meluas. PAS juga harus sedar bahawa UMNO/BN sekarang amat bangkrap dengan sekarang modal untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Pakej-paker yang ditawarkan oleh mrk untuk memulihkan kepercayaan rakyat termasuk dalam hal-hal politik dan ekonomi semuanya gagal. Sedarkah pimpinan PAS akan hal ini?!

PAS seharusnya menjadi pemangkin kepada perubahan dan mengetuai perubahan melalui PR. Sekiranya PAS gagal menggarap agenda perubahan total ini maka inilah isyarat awal bahawa PAS akan kecundang dan PR akan pecah. Hati-hati BOM JANGKA UMNO/BN dalam masa sehari dua lagi. Kepada Timbalan Presiden PAS "STOP IT", kepada semua pimpnan PAS disemua peringkat, "lets unite" dan bergerak sebagai 1PAS (One PAS). - Prof. Dr. Haji Sabirin Ehsan


PAS UMNO : KONSEP WALA YANG DIPUTARBELITKAN OLEH PENYOKONG KERAJAAN PERPADUAN

Kerajaan Perpaduan yang diwiridkan semahu mahunya oleh Nasaruddin, Mustapha Ali dan beberapa kerat lagi agen agen UMNO telah membuatkan jemaah PAS yang kita sayangi ini porak peranda.

Mursyid al-'Am yang kita ketahui begitu lemah lembut perwatakannya boleh meloncat marah apabila wirid harian Nasaruddin ini sampai ke pengetahuannya. Walaupun beliau sedia maklum tentang pertemuan dalam gelap di antara Nasaruddin dan Tok Syeikh wiridnya itu, tetapi Mursyid al-'Am tidaklah begitu mempedulikannya kerana Nasaruddin tidak melafazkan wiridnya itu secara terang terangan.

Namun, apabila beliau sekali lagi diberikan mandat sebagai Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin telah cuba untuk mengijazahkan wirid yang diamalkannya itu kepada para muktamireen. Diulangi sekali lagi, setelah beliau sekali lagi menang jawatan Timbalan Presiden.

Kita amat yakin bahawa Nasaruddin pasti jatuh tersembam ke bumi jika beliau cuba menzahirkan wirid sembunyi sembunyi yang diamalkannya ini sebelum pengundian berjalan.

Ada orang yang boleh jadi agak kurang jitu pengamatannya menuduh golongan yang menentang Nasaruddin dan wiridnya itu adalah merupakan golongan yang tidak menghormati pilihan muktamireen tetapi sedarkah pihak pihak tersebut bahawa penentangan ini dilakukan selepas Nasaruddin menang bukan kerana keengganan kami menerima kemenangan Nasaruddin tetapi kerana beliau menzahirkan wirid Kerajaan Perpaduannya itu selepas beliau menang. Jika awal awal beliau memaklumkan idea jahatnya itu, maka tentulah awal awal lagi Nasaruddin nih dah kami kafankan.

Ada orang menuduh kamu sebagai kelompok yang tidak wala' kepada pimpinan. Pada kami, kami tidak berkecil hati dengan tuduhan sebegini kerana kami tahu jalan yang kami pilih ini akan membuatkan rakan rakan mungkin bertukar menjadi seteru kami. Tidak mengapalah. Kami memilih untuk melaluinya.

Sungguhpun begitu, kami mohon pihak pihak yang menembak kami dengan peluru jenama "tidak wala'" itu mempelajari dan memperhalusi semula apa erti wala' dalam konteks sebuah gerakan Islam seperti PAS.

Wala' dalam konteks sebuah gerakan Islam adalah bererti wala' kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan jemaah secara jam'ie dan bukannya wala' kepada individu yang memimpin ataupun wala' kepada keputusan pimpinan yang dibuat di luar mesyuarat.

Ketaatan kepada pimpinan bererti ketaatan kepada manusia dan ketaatan jenis ini adalah ketaatan yang bersyarat iaitu selagi mana pimpinan itu mentaati Allah dan Rasul, maka wajib bagi kita mentaatinya.

Dalam konteks jemaah, selagi mana keputusan pimpinan itu tidak mendatangkan mudarat kepada jemaah dan dakwah, maka wajib bagi kita ahli bawahan mematuhinya. Namun, sekiranya keputusan pimpinan itu mendatangkan kemudaratan kepada jemaah dan dakwah, maka wajib bagi kita menegurnya. Apatah lagi jika keputusan itu adalah keputusan yang dibuat secara sembunyi sembunyi oleh beberapa kerat pimpinan tanpa melalui saluran yang syar'ie iaitu mesyuarat rasmi.

Wala' kepada keputusan pimpinan bergantung kepada cara atau saluran bagaimana yang digunakan untuk membuat keputusan tersebut. Juga bergantung kepada kesan jangka panjang keputusan tersebut. Bukan soal siapa yang memutuskan keputusan itu sama ada Presiden, Timbalan Presiden atau pimpinan yang lain lain.

Seterusnya, sebagai sebuah gerakan Islam, seharusnya ada pihak yang memainkan peranan sebagai pemudah cara atau sebagai pendamai apabila timbulnya bunga bungan masalah dalaman. Malangnya, perkara ini tidak wujud dalam gerakan Islam PAS.


RENUNGAN DAN MUHASABAH BUAT SEMUA TIDAK KIRA PIMPINAN ATAU AHLI BAWAHAN

PERTAMA :-

Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-'Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-'Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.

KEDUA :-

Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-'Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KETIGA :-

Apabila Mursyid al-'Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEEMPAT :-

Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.

Sedih. Ini yang berlaku.

KELIMA :-

Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.

Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.

Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-'Am.

Sedih. Ini tidak berlaku.

KEENAM :-

Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?

Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.

Sedih. Ini yang berlaku.

KETUJUH :-

Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-'Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.

Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustazah Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.

KELAPAN :-

Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini. Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.

Sedih. Ini berlaku.

KESEMBILAN :-

Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.

Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur. -saynotomunafiqeen

PAS UMNO : Kerajaan Perpaduan Tidak Bawa Perpaduan Tetapi Perpecahan

Mursyidul Am PAS sebagai Pngerusi Ahli Majlis Syura, badan tertinggi di dalam PAS dalah soal dasar dan halatuju parti semalam telah memberi amaran kepada pihak-pihak yang mendokong dan menyokong gagasan Kerajaan Perpaduan bahawa gagasan itu telah membawa perpecahan bukan perpduan kepada parti dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu beliau meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz juga turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.


Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat ‘sampah’ dalam parti tersebut.

Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:


Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?

Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.

Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.

Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?

Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.

Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.

Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).


Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.

Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.

Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.

Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.

Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?

Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.

Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?

Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.



PAS UMNO : PAS Tak Boleh Jalankan UG Jika Tak Diluluskan Oleh Majlis Syura

YB Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat ketika berucap di Dewan Rakyat semalam menegaskan bahawa sebarang perkara yang melibatkan dasar parti termasuk isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) tidak boleh dilaksanakan jika tidak diluluskan oleh Majlis Syura PAS, badan tertinggi di dalam PAS.

Hal tersebut (Kerajaan Perpaduan) tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia juga tidak pernah dibincangkan di dalam Lajnah Politik PAS, Jawatankuasa Agong atau Pakatan Rakyat.

Ketika menjawab soalan dari ahli Parlimen BN Putatan, Marcus Mojinggoh di Dewan Rakyat, Ustaz Halim (PAS Pengkalan Chepa) menyatakan, adapun kenyataan balas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah kenyataan peribadi dan bukan mewakili parti.

Untuk makluman, Ustaz Halim berbahas semalam dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pindaan 2009. Isu kerajaan perpaduan dijawab selepas memberi respon kepada Marcus yang bertanyakan isu tersebut dalam perbahasan semalam.

Beliau merujuk pertanyaan beberapa ahli Parlimen BN yang mahu penjelasan mengenai kenyataan Ustaz Nasharudin yang dilaporkan berkata beliau positif ke atas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan Ustaz Halim kemudian disambut oleh beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antaranya Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) yang menyifatkan kenyataan Najib adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Kit Siang seterusnya menyatakan, kenyataan Najib itu sebenarnya tidak terkesan kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya umpan sahaja.

Malah cara Najib yang menngunakan kaedah politik pecah dan perintah (divide and rule) menjelaskan lagi bahawa konsep 1Malaysia Najib sebenarnya hanya untuk "no one in Malaysia" sepertimana kaedah ini ditunjukkan dengan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Najib di Perak.



PAS UMNO : Kerajaan Perpaduan Boleh Hancurkan PAS dan PR

Tak abih2 lagi lagi dengan citer Kerajaan Perpaduan. Betui kata TGNA. Kalo udah gatai dan tak dan2 nak jadi menteri, baik keluar jer dari PAS. UMNO Cheras siap offer lagi. Apa lagi yang ditunggu, keluar ler. Buat aper lagi duduk tercogok dalam PAS. Baikler berambus. Baikler jadi ustaz UMNO.

Sebenornye teman baru jer chek nama teman dalam PAS. Memang teman ahli PAS. Teman ahli tiga parti. Ahli UMNO, PAS dan PKR. Teman tak tahu macam mana tetiba teman jadi ahli UMNO. Lantaknye ler. Teman memang isi borang PAS tetapi tak tahu di mana ditala di deme akan teman ni. Oleh kerana PAS tak serius nak terima teman, temanpun isi borang PKR.

Tapi teman pelikler dengan PAS. Adaker ditalanye teman ke cawangan yang jauh daripada alamat teman. Lainler kalo tempat teman ni takde cawangan PAS. Udahler ditalanye entah kemana, tak berkhabor pulak tu. Setelah lebih 10 tahun, baruler teman tahu yang teman ni ahli PAS di cawangan..… Itupun sebab teman mencari. Kalo idak, sampai ke sudah teman tak tahu akan status keahlian teman.

Oleh kerana teman juga adalah ahli PAS, maka teman berhak menulis pasai PAS. Kepada pemimpin PAS yang nombor satu dan nombor dua serta SUnya, teman nak bagitahu yang mulut kome tu telah menyusahkan ahli PAS macam teman ni. Yang nak beradap dan berkempen face to face dengan pengundi, adalah orang macam teman ni. Kome tu tahu ceramah jer. Kome tu tahu nak jadi calon jer. Abih ceramah, kome balik. Yang kulu kelo ke darat ke baroh berkawan dengan pengundi, orang macam teman ini ler. Masa, tenaga dan duit yang abih usah citer ler.

Sebab itu teman katakan tadi yang kome ni bukan nyenangkan ahli PAS, tapi menyusahkan. Takkan kome tak tahu yang PAS udah elok pakatnya dengan PKR dan DAP . DAPpun udah mula boleh baca dan paham al-quran. Lim Guan Eng pun selalu nyebut nak tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pasai si Karpal Singh tu, lantaknyer ler. Dalam tempoh DAP udah mula berjinak dan cuba memahami PAS, tetiba kome pulak buat hal nak berkawan dengan UMNO. Pelik teman. PAS yang mengEsakan Allah tetiba nak percaya dengan UMNO yang lebih percayakan bomoh daripada Allah.

TGNA memang ada buat silap. Silap kerana mempertaruhkan Ibrahim Ali di Pasir Mas. DSAI juga selalu buat silap. Silap kerana percayakan Saiful. Silap kerana terlalu yakin akan 916. Silap kerana melantik Hj Othman mengemudi PKR Perak. Begitu juga dengan Karpal Singh yang buat silap pertikaikan hudud. Tetapi silap deme takdeler sampai nyusahkan parti. Parti masih kukuh. Sokongan masih bertambah.

Tetapi silap TGHA dan kumpulannya boleh menghancurkan PAS dan PR. UMNOpun tahu yang UMNO tidak lagi boleh bertahan pada PRU13. Walaupun pengundi Melayu kampung masih bersama UMNO, jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Sokongan bukan Melayu kepada PR pula telah bertambah dengan begitu ketara. Beberapa siri PRK termasuk PRK Bukit Gantang adalah buktinya. Dengan kata lain peluang PR memerintah Malaysia pada PRU13 lebih cerah berbanding UMNO. Sebab itulah UMNO memuji UG Presiden PAS. Najib kata PAS ikhlas. Kome ingat senangker UMNO nak muji PAS kalo takde udang di sebalik mee.

Tadi si SU PAS dengan bangganya mengatakan bahawa perbincangan dengan UMNO mesti melibatkan PKR dan DAP. Kenapa hari ni baru nak konar macam tu. Sebelum ni gah bebenor dengan UG. Siap dengan dalil lagi. Allah suruh kita berdamai. Jangan bergaduh. Berdamailer dengan UMNO. Tak payahler ungkit2 lagi pasai Altantuya. Tak payahler ungkit2 lagi pasai bomoh. Kata UMNO, bimbingler UMNO ke jalan yang benar.

Sepatutnya pimpinan utama PAS bantu MB Nizar di Perak. Sepatutnya PAS bersama PKR dan DAP memikirkan beberapa langkah proaktif ke arah memahamkan rakyat kampung tentang isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi PAS tetap dengan ceramah risalah, ceramah risalah, ceramah risalah tanda tangan. Takdeker mende lain yang lebih berpekdah dan berkesan yang kome boleh buat. Buatler Futsal Piala Nizar atau Speaker. Buatler Kuiz Merampas Perak peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan. Hakim2 peringkat negeri dan kebangsaan mesti terdiri daripada ADUN PR. Ate ngape, payah bebenorker nak buat yang lain selain daripada ceramah?

Pemimpin2 utama PAS hari ni seolah2 udah jadi seperti perumpamaan, Gajah depan mata yang begitu besor tak berapa nampak, tapi hama yang nun jauh di Putrajaya nampak bebenor. -dango mamamat