21 Jun 2009

PAS UMNO : PAS Johor Senada Dengan TG Nik Aziz Dalam Isu Kerajaan Perpaduan

PAS Johor mengambil ketetapan dan memutuskan untuk mengekalkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Ini selaras dengan ketetapan muktamar PAS 2008 di Ipoh, Perak.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed di dalam blognya.

Untuk tujuan ini, parti-parti dalam Pakatan Rakyat Johor telah bersetuju supaya setiap program yang dianjurkan oleh PAS, PKR & DAP hendaklah disertai bersama oleh wakil-wakil daripada parti tersebut. Sebagai tanda kebersamaan kita, maka satu program ceramah Pakatan Rakyat akan diadakan pada 29-Jun-09, di Markas PAS Bakri, tambah kenyataan itu lagi.

Mereka yang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah YB Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin (Timbalan PJ PAS Perak), YB Dr. Boo Cheng Hau (Pengerusi DAP Johor), dan Tuan Hj. Anuar Salleh (Pengerusi PKR Johor).

Hasil dari persefahaman yang mantap oleh Pakatan Rakyat Johor, kita telah dapat menembusi kubu kuat UMNO/BN dan Pakatan Rakyat dapat menawan 6 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen, yang manu 2 kerusi DUN adalah dari PAS manakala selebihnya adalah dari DAP.

"Saya yakin dengan diperkukuhkan Pakatan Rakyat, bukan sahaja kita dapat menawan beberapa kerusi DUN dalam PRK-13 nanti, bahkan tidak mustahil Pakatan Rakyat Johor Insya-Allah akan dapat merampas daripada UMNO/BN untuk memerintah negeri Johor," ujar Dr. Mhfodz.

"Dan yang ketiganya ialah berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan (Unity Government). Mengenai isu perpaduan, adalah lebih baik kita tunggu penjelasan Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang kerana esok akan berlangsung mesyuarat AJK PAS Pusat yang sudah tentu akan membincangkan perkara tersebut. Dalam ingatan saya, perkara ini belum dibincangkan secara mendalam baik di peringkat AJK PAS Pusat mahupun Majlis Syura Ulamak (Consultative Council of Religious Scholars)," tambahnya.

Mandat yang diberikan oleh Majlis Syura Ulamak kepada pimpinan tertinggi PAS hanyalah untuk berbincang dengan mana-mana pihak untuk kepentingan ummah. Ini selaras dengan peranan PAS sebagai gerakan dakwah yang memang sentiasa digalakkan untuk menyeru semua pihak untuk mendekati dan memahami Islam sedangkan membuat perbincangan dengan UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan belum lagi diputuskan oleh kedua-dua badan tertinggi PAS tersebut.

Lagi pun, isu kerajaan perpaduan tidak disentuh langsung dalam ucapan dasar Presiden dalam muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam tempoh hari. Oleh kerana isu ini besar dan melibatkan dasar parti, maka perlulah ianya diputuskan oleh AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak. Selepas itu jika perlu, ianya perlulah di bawa ke muktamar khas untuk mendapat keputusan muktamad daripada ahli-ahli PAS.

Kenyataan tersbut selari dan senada dengan kenyataan Mursyidul Am PAS yang telah menolak gagasan kerajaan Rakyat sebelum ini.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan setelah PAS Johor selesai bermesyuarat petang tadi. Mesyuarat PAS Johor hari juga telah melantik telah menamakan kepimpinan PAS Johor sesi 2009-2011, dimana muka-muka lama terus dikekalkan jawatan-jawatan seperti berikut;

Tuan Hj. Aminulhuda Hassan - Timbalan Pesuruhjaya I
Ustaz Atan Hj. Gombang - Timbalan Pesuruhjaya II
Tuan Hj. Dzulkifli Ahmad - Timbalan Pesuruhjaya III
Tuan Hj. Amin Sairan - Setiausaha
Tuan Hj. Mustafa Abd Rahman - Bendahari
Saudara Mazlan Aliman - Ketua Penerangan
Dan 7 orang ahli BPPNJ

PAS UMNO : Saya Istiqomah Bukan Degil - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seorang yang degil kerana "berkeras" menentang kerajaan perpaduan, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan beliau seorang yang "istiqamah", tegas memperjuangkan perkara yang benar.

Katanya, sikapnya itu semata-mata untuk mempertahankan keputusan Muktamar Tahunan Pas di Ipoh setahun lalu iaitu Pas mesti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Ada yang kata saya degil kerana enggan terima kerajaan perpaduan. Saya nak jawab saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah.

"Degil bermakna kita pertahan benda salah bermati-matian, dah tahu benda salah tapi pertahankan juga, itu degil namanya. Tapi bila barang (perkara) yang benar, yang betul, itu kita istiqamah.


"Jadi kalau ada pihak dalam Pas yang nak perpaduan dengan Pakatan Rakyat dan nak juga perpaduan dengan Umno, itu sudah kacau. Jangan buat begitu," katanya pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10, di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya.

"Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.

"Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke Pas Pusat, bahas di peringkat negeri-negeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya.

Menurutnya, perbincangan dengan Umno juga perlu berkisar kepada isu Islam, bukan isu Melayu.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri yang mahu Pas dan Umno membuka lembaran hubungan baru, ketika melawat Kuala Krai Jumaat lalu, Nik Aziz berkata beliau mahu Umno memohon maaf kepada Pas terlebih dahulu.

Nik Aziz juga berkata, beliau masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan Naib Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, dan Nasharudin juga belum menghubungi beliau untuk menjernihkan suasana tidak enak yang timbul di antara mereka berdua.

Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok kerana kesungguhannya untuk menjayakan cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Aziz berkata, satu pertemuan akan diadakan membabitkan beliau, Abdul Hadi, Nasharudin dan beberapa pemimpin lain malam esok untuk meredakan ketegangan dalam parti itu.



Kes Nizar : Anwar Bimbang Hakim Berat Sebelah

Datuk Seri Anwar Ibrahim gusar terhadap dengan kewibawaan sistem keadilan dalam membicarakan krisis dua menteri besar Perak yang kini akan di putuskan di Mahkamah Persekutuan.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Beliau terpaksa memfailkan rayuan itu walaupun tiga hakim mahkaham rayuan berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis untuk menyokong keputusan mereka itu yang mengejutkan banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan orang ramai.

Nizar telah meminta panel 11 hakim untuk mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 9 julai depan.

“Kita tidak menaruh penuh keyakinan kepada sistem kehakiman, semua orang tahu, kes video V.K Lingam dengan laporan suruhanjaya sehingga kini tiada tindakan undang- undang. kita tidak mengjangka ada perubahan dalam bidang ini. Tuntutan Datuk Sri Nizar itu masih mengikut proses biasa.Saya tidak mengharapkan ketua hakim negara akan bersetuju,” Kata Datuk Sri Anwar.

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim membuat keputusan demikian berikutan Datuk Sri Nizar tidak pernah meletakkan jawatannya dan tidak ada undi tidak percaya terhadap beliau dalam DUN Perak,” Tambahnya lagi

Anwar berkata Ketua Hakim Negara Zaki Azmi harus menunaikan permohonan Nizar supaya permohonan beliau didengar oleh panel 11 hakim.

“Mengapa rasional kita adakan 11 hakim ? Isu ini isu perlembagaan yang besar. Kita tidak boleh angkat mana- mana hakim tertentu yang membuat keputusan yang memberat pada mana- mana pihak tertentu. Biarkan mereka buat keputusan dan biarkan masing- masing menulis supaya ini akan menjadi bahan yang akan dibaca oleh masyarakat,” Ujarnya lagi./ Suarakeadilan

Kenyataan Najib Altantuya 17 Tahun Yang Lampau

Pernahkah anda melihat atau membeli serta membaca majalah ini.. Majalah ini diterbitkan pada November 1999.. Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan..

Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)... Saya membelinya dan masih menyimpanya dan ia masih kekal berkeadaan baik..

Sudah 10 tahun ianya tersimpan didalam kotak.. dan ptg td semasa saya melakukan 5S dirumah saya menjumpainya semula..

Apa yang menariknya tentang majalah ini ianya bukan sekadar "menyerang" DR M.. tetapi terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yg perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan "menolaknya" dari memimpin negara serta tidak layak utk memimpin umat Islam di negara kita...

Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yg beragama Islam.. sama-sama kita renungkan...

Mungkin beliau sudah lupa (almaklumlah beliau ini tergolong "Melayu Mudah Lupa").. namun sejarah tidak melupakan beliau...walaupun sudah berlalu 17 tahun lamanya... dan mungkin utk selama-lamanya.. sejarah sentiasa mengingatinya...
Kemungkinan disebabkan kenyataan seperti inilah yg menyebabkan Tok Guru Nik Aziz langsung tidak memandang atau menjeling cadangan dan menentang keras cadangan "Kerajaan Perpaduan" bersama UMNO/BN..

Kepada penyokong UG... selamilah kenyataan Najib ini 17 tahun yang lalu... - apadianie



Betulkan Umno dahulu sebelum ajak PAS bersatu

Pemuda Umno Kelantan dinasihat agar tidak mencuri kesempatan mengejar politik murahan mencampuri urusan dalaman Pas atau Pakatan Rakyat (PR) sebelum gejala korupsi dan penyalahgunaan kuasa partinya belum berjaya dibersihkan.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi, berkata PAS mempunyai mekanisme tersendiri dalam usaha menyelesaikan segala isu berbangkit tidak akan tunduk pada nasihat Pemuda Umno berunsurkan politik dan tidak lebih daripada nasihat “tikus yang mendakwa arif membaiki labu”.

Beliau menyaran, adalah lebih baik Pemuda Umno memberi tumpuan lebih kepada usaha membersihkan gejala rasuah, korupsi, salah guna kuasa dalam partinya terlebih dahulu yang sebelum ini mengundang kebencian ramai rakyat.

“Pemuda Umno tidak layak menasihati PAS. Lebih baik mereka beri tumpuan kearah bagaimana hendak membersihkan imej buruk Umno yang berleluasa dengan gejala rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu Hisham turut mempelawa Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, meletakkan jawatan disandangnya kemudian meninggalkan fahaman sekular Umno menyertai PAS jika begitu berminat dengan politik dalaman PAS.

Menurut Hisham juga, sejak Anuar mengambil alih tampuk kepimpinan pemuda Umno Kelantan tiada sebarang usaha konkrit dilakukan bagi membantu nasib bumiputera Islam berbanding pemuda PAS sentiasa aktif memperbaiki status hidup golongan belia Kelantan melalui pelbagai mekanisme diusahakan.

Hisham berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anuar yang mencadangkan supaya PAS meninggalkan PR berikutan pelbagai tekanan yang diterima Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kerajaan perpaduan.

Anuar beranggapan, adalah lebih baik PAS bersama Umno memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu serta umat Islam dari terus bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Justeru Abdul Hadi sebagai presiden parti orang Melayu kedua terbesar harus bertegas tidak mengaku kalah menghadapi segala kecaman. - Mohd Zuharman

PAS UMNO : Meninjau Persiapan Terkini PRK Manek Urai

Persiapan rapi telah dirancang oleh PAS Kelantan untuk berdepan dengan Umno/BN di Manek Urai.

Kata Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Haji Abdul Fatah Haron, Jentera PAS akan berjuang habis-habisan untuk menang walaupun ‘kerajaan perpaduan’ telah dijadikan isu oleh pemimpin Umno.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.

Jelasnya, hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi.

“Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi,” katanya.

Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

“Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau,” katanya ketika dihubungi.

Bahkan beliau turut menafikan ketiadaan poster Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang digambarkan wujudnya pergeseran antara pimpinan tertinggi itu.

Dalam pada itu, Wan Rahim memaklumkan kesemua jentera parti Kelantan kini sudah berkampung di Manek Urai sejak 13 Jun, dan jenteri parti lain-lain negeri sudah mula membanjiri kawasan pilihan raya itu peringkat demi peringkat.

“Ada di kalangan mereka menetapkan tarikh masiang-masing untuk turun ke Manek Urai. Sebabnya kita kena faham ini satu pilihan raya yang tempoh masanya agak panjang.

“Kita tidak menggesa jentera negeri untuk datang awal sampai akhir ianya terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung,” jelas beliau. -jiwokelate