24 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Siasatan Telus Untuk Kes Beng Hock-Ean Yong

Exco Selangor Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan pakar patologi Thailand Dr Porthip Rojanasunand dalam bedah siasat kematian Teoh Beng Hock.

Hian Wah menggesa satu siasatan terperinci dengan skop yang lebih luas perlu dilakukan perhubung pendedahan laporan berkenaan.

Katanya satu Suruhan Diraja bebas harus ditubuhkan.

“Saya berasa amat kesal dan kecewa,pihak polis menyiasat kes ini daripada sudut bunuh diri sejak awal,iaitu teoh mati secara tiba tiba.Sudut ini telah menghadkan skop siasatan pihak polis dan melepaskan peluang emas untuk mencari bukti.Adakah pihak polis sengaja melindungi SPRM pada hari pertama",tambah Hian Wah.

Hian Wah yang juga majikan kepada Teoh Beng Hock tiba di Balai Polis Sri Kembangan kira kira jam 9:55 pagi tadi bersama 20orang ahli DAP yang mengiringi beliau.

Menurutnya, kes ini perlu disiasat secara telus sebagai kes pembunuhan dan bukan kes bunuh diri seperti yang didakwa pihak polis dari awal lagi.

Beliau berkata siasatan polis dan prosiding inkues yang dijalankan seolah olah cuba menyembunyikan kisah sebenar di sebalik kematian Teoh.

Katanya pengambilan pakar patalogi dari luar perlu dibenarkan,agar inkues tidak dijalankan berdasarkan siasatan polis semata-mata.

Rabu lepas,Negara dikejutkan dengan keterangan pakar patalogi terkenal antarabangsa,Dr Pornthip Rojanasunand yang mendapati 80% kemungkinan kes kematian Teoh Beng Hock adalah homisid.

Kes kematian Teoh Beng Hock telah menggemparkan Negara,apabila beliau ditemui mati di tingkat 5,Bangunan Plaza Masalam pada 16 Julai lepas dipercayai bunuh diri. -TVS



Era Najib Altantuya : Bajet Gula-gula Najib Gagal Tutup Asas Kekuatan Ekonomi Malaysia

Beberapa gula-gula yang disajikan dalam belanjawan ulung Najib Razak tidak cukup untuk menutup soal-soal asas mengenai kekuatan ekonomi Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengakuan Najib sendiri bahawa pelaburan di Malaysia terus menjunam secara mendadak adalah amat membimbangkan.

"Kita dapat kesan awal ada beberapa kelemahan asas pertamanya menangani defesit itu tidak jelas walaupun ujuran akan berkurangan daripada 7.4 peratus sekarang. Tetapi kenyataan bahawa pelaburan kita menjunam ini angka yang cukup mengejutkan dari RM19.7 billion diumumkan tadi pada RM3.36 billion," katanya di Lobi Parlimen.

Anwar berkata Najib perlu menjelaskan fenomena berkenaan kerana negara-negara lain di Asia semakin pulih, malah mencatatkan aliran pelaburan yang positif

"Ini satu angka yang harus disiasat dan dilteliti kerana ini tidak selaras dengan perkembangan di rantau terutamanya dengan negara China, India yang meningkat pelaburan yang positif akhir-akhir ini," katanya.

Anwar berkata per tumbuhan Malaysia semakin terjejas kerana pendapatan kerajaan yang semakin merosot akibat dasar-dasar rapuh dan perlaksanaan yang lemah dan penuh ketirisan.

Pengurangan peruntukan dalam sektor pembangunan akan hanya memburukkan lagi keadaan.

"Ini kerana jumlah pendapatan kerajaan umumnya merosot dan pengurangan belanjawan pembangunan turun 11.2 peratus dan ini membimbangkan kerana bila pendapatan merosot belanjawan tidak meningkat maknanya kita tidak dapat pertahankan fasa pertumbuhan kita.

"Saya juga terkejut apabila ucapan belanjawan tidak sebut lagsung sektor pertahanan selepas menang Bagan Pinang maka pasukan tentera dilupakan," katanya.

Dalam pada itu Anwar juga berkata langkah mengenakan caj perkhidmatan atas penggunaan kad kredit hanya menambah beban orang ramai dan melunturkan hasil beberapa kemudahan kecil yang disajikan menerusi belanjawan itu.

"Sementara beberapa kemudahan lain diberi kepada rakyat tetapi beberapa beban baru umpamanya caj perkhidmatan kad kredit itu akan ditanggung oleh dua juta rakyat berbanding dengan beberapa kemudahan kecil yang diberikan," katanya. -TVS



Era Najib Altantuya : Belanjawan 2010 Cermin Kerapuhan Kewangan BN

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperlihatkan kerapuhan kewangan kerajaan pimpinannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Thony Phua berkata kelompongan ekonomi negara berpunca daripada sikap boros kerajaan dalam membelanjakan hasil penjualan petroleum negara yang meningkat.

Menurutnya dalam keadaan ekonomi yang merosot, langkah kerajaan mengurangakan perbenlanjaan dalam bajet berkenaan akan mengakibatkan langkah awal yang direncana untuk memulihkan ekonomi negara terjejas.

“Antara langkah terejejas adalah perkhidmatan pengangkutan awam di mana dalam bajet tahun lalu oleh Pak Lah ada satu peruntukan RM35 billion selama lima tahun dari 2009 sehingga 2014 tetapi pada bajet tahun ini peruntukkan untuk pengangkutan awam macam langsung tidak nampak.

“Kita hendak tanya RM35 billion yang diperuntukkan sejak tahun lalu, apakah yang digunakan bagi tahun ini untuk mempertingkatkan pengangkutan awam di Malaysai. Kita amat kecewa sistem pengangkutan awam ini telah dipinggirkan dan kalau kita lihat peruntukan perbelanjaan bagi pengangkutan telah turun sebanyak 22 peratus,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM10 ribu untuk satu sijil Kelulusan Permohonan (AP) jauh sedikit berbanding harga pasaran sebenar.

Katanya tindakan ini seupama mempunyai agenda tersembunyi kerana kerajaan seharusnya mengenakan caj AP mengikut harga pasaran semasa bagi meningkatkan pendapatan negara.

“Saya hendak tanya mengapa hanya dicaj RM10ribu jika harga pasaran diluar bagi setiap satu AP bernilai RM40 ribu hingga RM50 ribu. Kenapa kerajaan tidak mengadakan satu pilihan secara terbuka di mana pihak usahawan atau syarikat membuat permohonan secara terbuka untuk membeli AP ini dengan harga lebih tinggi supaya kerajaan mendapat harga yang lebih tinggi.

“Ini amat meragukan walaupun sekarang dikenakan caj RM10 ribu tetapi ia sangat rendah dan tidak mengambil kira harga pasaran setiap satu AP,” katanya.

Sementara itu, Pakar ekonomi yang juga ahli parlimen Kelang, Charles Santiago menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menerangkan secara terperinci bagaimana kerajaan akan membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dalam Pembentangan Bajet 2010, petang tadi.

Menurutnya, diawal pembentangan berkenaan Najib menwar-warkan untuk menukar corak ekonomi Malaysia kepada ekonomi pendapatan tinggi, namun sepanjang pembentangan tiada pandangan atau analisis terperinci berhubung rancangan berkenaan.

"Dalam pembentangan bajet 2010 Perdana menteri mengatakan bahawa tujuan bajet ini sebagai pemulaan tukar corak ekonomi dari lowage kepada high income economi, tapi selepas dua janm tidak ada satu pandangan yang meyakinkan rakyat bagaimana kerajaan akan menukar corak ekonomi kita ini.
"Saya fikir itu satu kelemahan besar, semua orang tahu Malaysia sedang hilangkan daya saingan dengan Negara lain, dalam index yang dikeluarkan World Ekonomi Report jelas menngatakan Malaysia turun dari tahun lalu, dan mana-mana fakta ekonomi bahawa pelaburan di Malaysia daripada peniaga Malaysia telah jatuh, eksport jatuh dan ini isu yang dibangkit oleh Pedana Menteri yang dikeluarkan iaitu bagaimana kerajaan cadang untuk menukar corak ekonomi Malaysia namun tiada pandangan yang kerajaan cadang untuk tukar corak ekonomi Malaysia,"katanya.

Menurutnya, Najib seperti menawarkan gula-gula politik untuk pengundi di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat dalam cubaan membeli semula sokongan mereka.

"Bajet ini tujuan mereka adalah untuk terima balik atau pulang balik rakyat Malaysia yang telah undi pihak pakatan rakyat tahun 2008, itu memang jelas, relocation basmi kemiskinan adalah sangat tinggi, ini jelas bahawa matlamat kerajan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional itu memang jelas," katanya. -TVS


Era Najib Altantuya : Pemimpin PAS Bermasalah, Berundur Atau Diundurkan

Pelbagai persepsi dikaitkan dengan kekalahan PAS di PRK N31 Bagan Pinang. Namun, kesimpulan yang dibuat ialah PAS kalah kerana kelemahan dan tindak tanduk bodoh PAS sendiri khususnya daripada segelintir para pemimpinnya.

So, apa nak dikatakan lagi.... You reap what you sow!! Itulah natijahnya.

Belakangan ini, pelbagai isu yang melibatkan permasalahan kaum bukan-Melayu dan non-Muslim yang dikaitkan dengan PAS diperkatakan dan dimainkan dengan begitu hebat oleh media-media arus perdana, terutamanya apa yang berlaku di negeri Selangor.

Isu kuil Hindu dan kepala lembu di Shah Alam, isu arak dan isu konsert artis barat telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat non-muslim. Semua isu-isu ini adalah berkait rapat dengan PAS, malah ada isu yang ditimbulkan oleh PAS sendiri.

Apa yang menyedihkan ialah isu-isu ini tidak ditangani dengan bijak. Lantaran itu, PAS dilihat sebagai tidak menghormati hak orang bukan-Islam dan tidak bertolenransi. Slogan PAS For All yang dilaungkan-laungkan hanya retorik semata-mata. Kini mereka beranggapan ia hanya digunakan apabila perlu sahaja terutama menjelang mana-mana pilihan raya bagi meraih sokongan kaum bukan-Melayu.

Yang lebih menyakitkan hati ialah sikap membisu segelintir para pemimpin PAS apabila berhadapan dengan isu-isu tersebut. Mereka dianggap pemimpin yang cakap tak serupa bikin. Itu ialah persepsi masyarakat non-muslim terhadap PAS sejak belakangan ini. Inilah yang telah menjejaskan teruk imej PAS dan Pakatan Rakyat terkena tempiasnya.

Tindakan ini dilihat seolah-olah sengaja memberi political mileage kepada UBN. Kebanyakan pemimpin yang dimaksudkan ialah mereka daripada golongan yang pro-UG khususnya Presiden PAS, TG Haji Hadi, Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa, Tantawi serta Hassan Ali.

Apakah keghairahan ingin menjadi pemimpin atau menteri dalam kerajaan UBN membuatkan mereka sanggup mengadai maruah serta hilang pertimbangan?

Apakah kerana ketamakkan untuk menguasai semula royalti minyak Terengganu membuatkan para pemimpin PAS yang pro-UG dari Terengganu sanggup mengkhianati janji yang dibuat bersama rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat?

Kritikan serta komen Prof. Aziz Bari tentang kekalahan PAS di Bagan Pinang telah membuka banyak mata, baik dari dalam PAS maupun di luar PAS. Ramai yang menerimanya dengan hati yang terbuka tetapi ada juga yang melenting kerana ketiadaan sikap terbuka untuk menerima kritikan walaupun kritikan itu membina.

Sepatutnya, saranan beliau dijadikan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada supaya PAS kembali diterima oleh golongan non-muslim serta golongan atas pagar yang tidak berparti.

Sehubungan dengan komen Prof. Aziz Bari itu, semakin banyak suara-suara lantang yang mahukan supaya para pemimpin atasan PAS yang pro-UG ini melepaskan jawatan mereka. Kalau tidak boleh menjadi team player dalam PAS dan Pakatan Rakyat, please resign.

Yang menjadi lebih sensasi adalah apabila TG Nik Aziz mengesyorkan supaya diadakan satu EGM atau Muktamar Khas PAS bagi menentukan hala tuju pucuk pimpinan PAS.

Itu dia... apabila TG Nik Aziz bersuara, semua orang terbeliak bijik mata. Kata dia, kalau MCA boleh buat, kalau MIC boleh buat dan kalau PPP boleh buat, mengapa pulak PAS tak boleh?? Dalam maksudnya itu. Apakah beliau menyarankan agar mereka ini berundur secara terhormat atau mereka diundurkan oleh jemaah PAS sendiri. Wallahualam...

Apa-apa pun kita tunggu reaksi Presiden parti, TG Hj Hadi. Pasti ramai yang tertungu-tunggu akan respond TG Hj Hadi terhadap saranan Musyridul Am PAS itu. Fuhyooo.... suspens giler, boleh tercabut nyawa!!!

Sekiranya Muktamar Khas PAS ini diadakan, apakah kemelut kepimpinan dalam PAS akan berakhir atau apakah retak yang ada pada PAS akan menyebabkan PAS pecah berkecai??

Kita tidak mengharapkan PAS berpecah tetapi apa yang kita mahu ialah semua pihak di dalam PAS bersatu semula dengan menolak terus apa-apa pakatan dengan UMNO. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali, bak kata pepatah Inggeris... once bitten twice shy!!

Seterusnya, perkukuhkan kerjasama serta persefahaman yang sudah terjalin dengan rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat dengan mengelakkan daripada menimbulkan isu-isu yang boleh merugikan kita serta yang boleh menjejaskan peluang untuk kita menguburkanUBN daripada terus menguasai pemerintahan negara.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Oleh itu, marilah kita bersatu demi mengubah landskap politik negara. Semoga cahaya bulan mengambang akan memberi sinar kepada hari esok yang lebih gemilang kepada rakyat dan negara ini. -Mumof3Mohd

Era Najib Altantuya : Guan Eng Selar Bajet Bercanggah Dengan Tema Belanjawan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak mennggambarkan temanya,' Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.

Tegasnya, bajet tersebut hanya untuk kemajuan golongan tertentu serta di tempat-tempat terpilih. Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan, sungguhpun mengalu-alukan pengurangan cukai kepada 26 peratus, tetapi apa yang mengejutkan tentang kadar pengurangan cukai 15 peratus di Wilayah Pembangunan Iskandar.

"Bagaimana ada pekerja dalam sektor 'knowledge economy' dikenakan kadar cukai 26 peratus tetapi di Wilayah Pembangunan Iskandar dikenakan cukai 15 peratus? Ini menimbulkan persoalan bagaimana 'Satu Malaysia Kemakmuran Bersama'.

"Saya rasa ini sangat tidak adil kerana menolak kemakmuran dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar Wilayah Pembangunan Iskandar. Ini termasuk negeri asal beliau sendiri iaitu di Pahang. Kenapa kadar cukai dikenakan 26 peratus di tempat lain?," tanya Guan Eng.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen sejurus selesai pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Era Najib Altantuya : Fraksi UMNO Takut EGM

Golongan Unity Government (UG) dalam PAS selain merupakan golongan yang pemalas, tetapi golongan yang penakut untuk menghadapi muktamar. Jika UMNO takut berdepan rakyat untuk berpilihanraya kerana khuatir kalah, sindrom yang serupa ada di kalangan merek yang pro-UMNO di dalam PAS, mereka takut bertemu ahli untuk mendapatkan mandat baru kerana mereka tahu sebilangan besar ahli tidak berpihak kepada mereka.

Kenyataan terbaru kumpulan ini dari Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan SMS menyatakan cadangan untuk Muktamar Khas tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

"Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti."

Roslan yang sebelum ini telah menempelak kritikan Prof Abd Aziz Bari terhadap kepimpinan PAS.

Menurut pemerhati politik tempatan beliau adalah terdiri daripada salah seorang pemimpin yang bermasalah.

Untuk caatan rekod, Roslan telah tewas di dalam pemilihan Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya ditangan Ir Izham Ismail dan Roslan telah digugurkan dari jawatan Setiausaha Akhbar Presiden PAS. Beliau kemudian telah dilantik menjadi Ketua Penerangan PAS Selangor.

Sehingga kini beliau masih gagal untuk menjawab persoalan sebuah syarikat swasta yang mempunyai kaitan dengan UMNO di dalam penajaan Muktamar PAS Pusat kali ke 55 di Stadium Shah Alam yang lalu. Namun Timbalan Presiden PAS, Ustadz Nasharuddin Mat Isa membela muktamar tersebut dengan menganggapnya sebagai muktamar yang terbaik.

PAS Selangor telah diaibkan apabila kerajaan negeri Selangor tetap meneruskan persidangan SELCAT sekalipun PAS Selangor telah menyatakan pendirian untuk menyokong penuh kenyataan dan pendirian Pesuruhjayanya, Dr Hassan Ali berhubung dengan perjalanan SELCAT berkenaan.

Isu Selcat berkenaan telah menjadi isu di Bagan Pinang sehingga ramai menganggap ia menjadi salah satu faktor utama penolakan pengundi bukan-Melayu kepada PAS. -ibnsabil