10 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Tekanan Ke Atas Selngor, Kerajaan Pusat Kurangkan Peruntukan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertikaikan tindakan Kerajaan Persekutuan mengurangkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Tindakan berkenaan dilihat tidak adil kerana Selangor merupakan negeri yang menyumbang hasil sebanyak RM 16 bilion kepada Kerajaan Pusat.

"Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepada negeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada kerajaan persekutuan lebih dua kali ganda daripada bajet semasa," kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2010 di sidang DUN hari ini.

Menurutnya pemberian daripada kerajaan persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober tahun ini hanya berjumlah RM408.26 juta.

"Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007," katanya.

Khalid turut mempertikaikan amalan baru yang diamalkan Kerajaan Persekutuan di mana projek-projek persekutuan dijalankan secara terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri.

"Sebelum ini, projek-projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengambil kira kesesuaian projek berdasarkan keperluan penduduk dan daerah masing-masing.

"Kini ia terus dilaksanakan oleh ICU selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Malahan, pembangunan projek-projek ini sekarang tidak lagi dilaporkan kepada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan ataupun pejabat daerah walaupun projek ini sepatutnya untuk tujuan pembangunan negeri," katanya.

Khalid berkata jumlah projek yang semakin berkurangan dan penyaluran peruntukan yang turut merosot menunjukkan kerajaan pusat bersikap tidak adil dalam menyalurkan peruntukan ke negeri itu.

Era Najib Altantuya : Saksi Kes VK Lingam Muncul Di Hadapan Media

Susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkenaan kes VK Lingam yang terlepas dari sebarang pertuduhan undang-undang.

Pakatan Rakyat hari ini membawa seorang saksi penting ke pemerhatian media kerana sebelum ini Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan alasan sukar mendapatkan saksi sebagai alasan kes VK Lingam didiamkan begitu sahaja.

Bekas setiausaha VK Lingam, Jayanthi L.G Naidu memberitahu media bahawa beliau beberapa kali pernah dipanggil oleh BPR dan Suruhanjaya Di-Raja namun malangnya dikatakan tidak ada bukti kukuh untuk menyabitkan Lingam terhadap kelakuan jenayah.

Jayanthi merupakan saksi penting kerana sewaktu bertugas dengan VK Lingam beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menempah tiket percutian untuk VK Lingam sekeluarga dan Tun Eusoff Chin ke New Zealand.

SOT : Jayanthi L.G Naidu, bekas setiausaha VK Lingam

" On the instruction of VK Lingam, I have at least on three occations withdrawn large sums of money between RM100,000 to RM 300,000 which I then wrapped in gift boxes with the understanding that they were be hand delivered by others to individual judges. One one occation, I saw one of these boxes being placed together with a box containing a cake to be delivered to a judge"

Wakil rakyat Pakatan Rakyat semalam mempersoalkan keengganan Peguam Negara mendakwa VK Lingam. Nazri dalam jawab balasnya berkata Lingam mungkin bersalah dari segi moral, namun tidak menyalahi mana-mana undang-undang.

Pakatan Rakyat mengesyaki adanya usaha untuk menutup kes ini dengan alasan teknikal.

Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, sebelum ini kerajaan menjadikan alasan gagal untuk menghubungi saksi penting menjadi punca utama kes terhadap Lingam tidak dapat diteruskan.

" Kita menolak jawapan ini sebagai jawapan yang tidak munasabah" ujarnya.

" Gagal menghubungi saksi yang terpenting dalam kes ini dijadikan alasan. Kini saya sendiri boleh hubungi" tambahnya lagi sambil disaksikan oleh Jayanthi dan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet.

Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali. -TVS

Nizar vs Zambry : Sultan Tiada Kuasa Pecat Nizar

Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar(MB)Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ(Borneo)di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli(1966)2 MLJ 187, terdapat dua keadaan di mana Governor(atau Sultan)mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan(b)enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN).

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to(a ), nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..”(Terjemahan : “Berkenaan(a ), tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16(6)Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16(6)hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16(6)tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB, Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker, Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu(deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan(deeming provision) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19(1)di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16(7)Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan(at his pleasure)jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut. -Hanipa Maidin (peguampas)

Era Najib Altantuya : SIasat Gani Patail Untuk Bebaskan Sistem Kehakiman

Demi memulihkan semula kebebasan mahkamah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan beberapa individu yang dilihat bersekongkol dengan pihak eksekutif disiasat secara terbuka.

Ianya termasuk menyiasat beberapa dakwaan yang dikaitkan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail sendiri.

“Selagi Peguam Negara tidak dibersihkan, selagi itu mahkamah turut akan dilihat tidak bebas dari pengaruh eksekutif (kerajaan),” ujarnya.

“Kalau nak bersih, tak perlu tutup-tutup (siasatan), tapi perlu terbuka kerana ia lambang integriti mahkamah.”

Ujarnya, kesangsian rakyar terhadap Abdul Ghani merupakan salah satu sebab Mahkamah tidak dilihat bebas.

“Sekiranya Peguam Negara sendiri menerima kesangsian sama ada di mahkamah atau di luar (mahkamah), maka beliau sendiri seharusnya dibersihkan terlebih dahulu dari kesangsian tersebut, tidak boleh dilihat kebal,” jelasnya

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berharap kerajaan tidak lagi menubuhkan suatu suruhanjaya untuk menyiasat Abdul Ghani secara tertutup, seperti sebelum ini.

“Ianya tidak boleh dilakukan dengan hanya menubuhkan suatu suruhanjaya, kemudiannya disiasat secara tertutup lalu diumumkan seseorang yang didakwa itu tidak bersalah, tidak (melakukan) jenayah dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau turut menyentuh kes VK Linggam yang dianggapnya sebagai bukti mahkamah di Malaysia tidak bebas.

“Mereka tidak boleh menganggap kesangsian pada VK Linggam atau mana-mana hakim yang terbabit adalah masalah moral yang bersifat peribadi, kerana rakyat melihat kes-kes berkaitan dan hakim-hakim tertentu itu sebahgaian dari wajah kebebasan mahkamah,” Jelasnya.

“Persepsi ini bukan hanya diberikan (oleh) saya atau ahli parlimen pembangkang yang lain, ianya (kes VK Linggam) diperkata oleh banyak pihak di luar negara sendiri.”

Dalam pada itu, beliau juga mengakui bahawa usaha menjadikan mahkamah benar-benar bebas adalah sesuatu yang mustahil.

Ianya kerana soal perlantikan, pengajian dan perjawatan masih menerima lagi dilakukan secara langsung dengan pihak eksekutif.

Pun begitu, Khalid berpendapat bahawa mahkamah dan pihak eksekutif seharusnya bersikap profesional, termasuk mendakwa pihak-pihak yang disangsikan terbabit.

“Yang penting, mereka sendiri mesti berusaha memperlihat kebebasan mereka dan mesti memenangi kembali kreteria ini (kebebasan Mahkamah),” jelasnya.

“Memang tiada sesiapa pun yang sempurna, tetapi mahkamah tidak boleh dilihat cacat disebabkan seorang dua (inividu) ini (termasuk Abdul Ghani).”

“Sekiranya mereka yang terbabit tidak mampu dibersihkan dari sangsi umum, mereka ini perlu dilucutkan jawatan atau mahkamah sendir perlu lantik seseorang yang lebih layak.”

Tambahnya lagi, mahkamah di Malaysia tidak perlu berubah sehingga mewujudkan sesuatu yang disebut Penghakiman Majmuk – Peguam Negara mesti majmuk demi mengelakkan perlanggaran nilai integriti seperti dakwaan terpilih.

“Saya tidak rasa kita perlu sampai sebegitu (Penghakiman Majmuk), Sekurang-kurangnya Peguam Negara perlu menjawab segala kesangsian itu di Parlimen,” jelasnya.

“Jawapan Menteri berwajib tidak memadai, malah dilihat lebih banyak melindungi dia (Peguam Negara) dari menyelesaikan kesangsian (mahkamah tidak bebas).”

Semalam, Khalid mendesak Kerajaan mengemukakan bukti bahawa mahkamah di Malaysia telahpun bebas dari pengaruh eksekutif pemerintah.

Menjawab soal itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta semua pihak bersabar dengan beberapa usaha pemulihan yang dilakukan kerajaan sehingga sekarang.

“Bukan kita tidak mengambil tindakan tegas (dan) cepat, saya kata kesan (dari tindakan) itu memakan masa sikit, tindakan telahpun kita (kerajaan) ambil, berkesan itu (hasil tindakan kerajaan),” jelasnya lagi. -zainulfaqar

Era Najib Altantuya : Kedudukan Badrul Dalam Dewan Negeri Selangor Diubah

Susulan Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Negeri yang bermula hari ini, Speaker Teng Chang Khim bertindak menukarkan tempat duduk ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dalam dewan ke tempat pembangkang kerajaan negeri.

Ini berikutan mengikut amalan dewan apabila wakil rakyat itu menyertai pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional, maka tempatnya perlu ditukarkan agar berjauhan bersama penyokong pembangkang.

“Disebabkan beliau telah pun mengumumkan bahawa beliau keluar daripada parti Keadilan dan juga sebagai akan menjadi Adun Bebas yang memihak kepada Barisan Nasional, maka mengikut amalan dalam dewan saya tukarkan tempat duduk beliau supaya jauh daripada pihak penyokong kerajaan”, kata Teng Chang Khim

Beliau bercakap kepada Tv Selangor selepas diminta mengulas kedudukan Badrul dalam Sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Badrul sebelum ini bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai parti bebas dan menyokong Umno-Barisan Nasional. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN






Era Najib Altantuya : Nazri: VK Lingam Tidak Langgar Undang-Undang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggemparkan Parlimen hari ini dengan berkata VK Lingam dibebaskan dari pertuduhan jenayah kerana beliau tidak melanggar undang-undang.

Nazri juga mencadangkan bahawa Lingam tidak menyalahi undang-undang kerana mungkin Lingam berlagak seolah-olah boleh mempengaruhi perlantikan hakim hanya untuk mempengaruhi orang lain - dalam kes ini ialah Hakim Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga menambah tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa Lingam berkonspirasi dengan Hakim Tun Ahmad Fairuz.

Nazri tidak menafikan bahawa Lingam adalah watak dalam video skandal itu namun menambah ramai penipu di dunia ini dan mungkin VK Lingam hanya berlagak semata-mata.

Nazri seterusnya berkata dari kaca mata perundangan, Lingam mungkin sekadar mencadangkan siapa yang sepatutnya dilantik ke jawatan kanan kehakiman.

Beliau berkata mungkin Lingam salah dari segi moral kerana tindakannya telah menghakis integriti badan kehakiman, namun tidak ada undang-undang spesifik menyifatkan perbuatan itu salah.

"Bagi saya menteri Nazri dengan kenyataan itu membuktikan bahawa, kerajaan Barisan Nasional memang tidak ada niat politik untuk berbuat apa-apa tentang masalah rasuah ini. Ini kerana mereka tahu tentang hal ini, bukan sahaja Tun Eusoff Chin tetapi banyak hakim-hakim telah dibabitkan" ujarnya

Di Dewan Rakyat hari ini, Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan mengapa Peguam Negara enggan mengambil tindakan terhadap VK Lingam meskipun Suruhanjaya Di-Raja mendapati peguam tersebut cuba mempengaruhi perlantikan hakim.

Pihak suruhanjaya mencadangkan tindakan diambil terhadap Lingam dan mereka-mereka yang terbabit termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz dan saudagar kaya Tan Sri Vincent Tan.

Nazri juga mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendapati tidak bukti kukuh mengaitkan watak-watak terbabit dengan kesalahan salahguna kuasa.

Mengulas perkembangan ini, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengesyaki kerajaan cuba menutup skandal VK Lingam disebalik alasan teknikal.

"Mungkin itu tujuan mereka kalau mereka kata kes ini tidak ada bukti, kes ini ditutup. Dan mereka harap rakyat boleh menerima, badan kehakiman sudah bersih. Tapi tidak logik. Ia logik lah. Hakim-hakim yang dilantik dulu di bawah hakim-hakim yang rasuah ini masih ada dalam sistem sekarang. Kita tidak boleh asingkan sistem dan hakim-hakim sekarang daripada sistem dahulu. Mereka yang mewarisi masih duduk di atas, di semua peringkat" tambahnya lagi.

Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet. Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali.

"Seorang peguam yang membela kes-kes di hadapan hakim itu juga di Mahkamah Persekutuan lalu membawa dia bercuti bersama. Jelas kalau itu bukan rasuah, jadi apakah rasuah? Kalau menteri Nazri tidak memahami ini, saya minta dia turun kembali dan tengok buku asas lah" katanya.

Menurut Sivarasa, sekiranya kerajaan tidak serius dalam menangani isu yang sebegini besar, maka kerajaan akan dilihat gagal untuk m

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, berkata perbualan VK Lingam menyebabkan badan kehakiman negara menghadapi kehakisan integriti yang serius.

Beliau mencadangkan Lingam didakwa dibawah Akta Hasutan.

Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbangkan perkara tersebut.