5 Mei 2010

Keterangan Saksi Utama Kali Ketiga Konsisten

Polis hari ini memanggil semula Azzamuddin Omar, 15, untuk memberikan keterangan dalam insiden remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis pada 26 April lepas.

Ini merupakan kali ketiga saksi utama insiden tersebut dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

Azzamuddin tiba di IPK Selangor kira-kira jam 5.20 petang bersama seorang rakannya, peguambela N Surendran dan Latheefa Koya serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Monalisa Mohtar.

Dalam sidang media yang diadakan di luar IPK, Surendran berkata Azzamuddin telah memberikan keterangan yang konsisten kepada pegawai polis, DSP Nazri Zawawi.


"Azzamuddin telah ditanya dengan beberapa soalan tambahan berhubung insiden malam semasa Aminulrasyid ditembak mati.

"Kebanyakkan soalan kepada saksi telah ditanya semasa sesi keterangan sebelum ini dan beliau telah konsisten menjawabnya.

Menurut Surendran lagi pada sesi keterangan kali ini, DSP Nazri telah bertanyakan sembilan soalan dan antaranya ialah bilakah kali terakhir Azzamudin mendengar bunyi tembakan.

"Azzamuddin secara konsisten menjawab kali terakhir bunyi tembakan adalah sebelum kereta tersebut melanggar pokok dan dinding.

"Tembakan kali terakhir itu juga katanya semasa kereta tersebut masih lagi bergerak dan pada ketika itu, kereta peronda polis berada di belakang kereta mangsa.

"Selepas tembakan tersebut, Aminulrasyid rebah ke pangkuan Azzamuddin dan kereta tersebut kemudiannya melanggar penghadang jalan, pokok dan akhirnya merempuh dinding," jelas Surendran kepada media.


Surendran juga menegaskan walaupun sudah tiga kali memberikan keterangan, Azzamuddin telah menjawab soalan yang diajukan kepada beliau secara konsisten termasuk keterangan semasa sesi sidang media yang diadakan pada Isnin lepas. -SK

Skrip Polis Sama dalam Kes Aminul, Norizan, Vikenes

Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, N Surendran berkata pihak polis seolah-olah sudah mempunyai skrip bertulis setiap kali polis terlibat dalam kejadian yanng melibatkan kematian orang awam.

Jalan cerita yang digunakan oleh polis pula dalam kes kematian remaja 14 tahun itu seakan-akan sama dengan laporan yang dikeluarkan oleh polis dalam kes penembakan ibu tunggal, Norizan Salleh tahun lalu.

Surendran bwerkata demikian pada majlis penerangan mengenai kes Aminulrasyid dalam forum 'Keadilan Untuk Aminulrasyid' anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia semalam

"Jika dibandingkan dengan kes Norizan Salleh, jalan cerita dalam laporan polis sama dengan laporan yang diberikan untuk Aminulrasyid, iaitu, kedua-dua disyaki terbabit dalam jenayah, parang dijumpai di dalam kereta mereka dan yang ironinya dalam kedua-dua kes polis mendakwa mangsa kononnya cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta.

"Ini bukan cerita aksi Bruce Willis (pelakon Hollywood), ini merupakan seorang remaja berusia 14 tahun yang dalam ketakutan. Dari mana pula polis mendapat idea cerita aksi Hollywood sebegini?" tanya Surendran.

Jelas beliau, apa yang telah menimpa Aminulrasyid adalah satu tragedi dasyat yang bermula dengan beberapa kesalahan kecil yang tidak begitu serius.

"Pertama, Aminulrasyid keluar pada waktu malam, ini bukan kesalahan. Kalau dia balik rumah lepas itu maksima hukum seminggu tak boleh keluar rumah, itu saja. Kedua dia mengambil kereta kakaknya, ketiga kereta yang dipandu Aminul tergeser dengan sebuah kereta lain dan keempat Aminulrasyid dikejar oleh beberapa motosikal yang mungkin kawan kepada pemilik kenderaan yang digeser Aminulrasyid.

"Kesemua ini hanyalah insiden kecil yang tidak langsung memberi sebab kukuh untuk polis menembak mati Aminulrasyid. Jelas sekali polis telah mengambil keputusan sendiri, menjadi hakim dan memutuskan lebih baik Aminulrasyid ditembak mati,"
tegas beliau lagi.

Surendran mendedahkan ada saksi yang menyangkakan bahawa aksi penggambaran untuk filem sedang diambil, apabila melihat polis menembak bertubi-tubi ke arah kereta Aminulrasyid sambil mengejarnya.

Beliau memberikan contoh kes yang berlaku pada 10 Oktober 2003, di mana seorang pelajar Tingkatan 6, Vikenes Vesvanathan, ditembak mati bersama-sama dua orang rakannya di Nilai, Negeri sembilan.

Dalam kes ini luka tembakan di kepala Vikenes condong dari atas ke bawah dalam kira-kira 45 darjah, seolah-olah Vikenes ditembak dari jarak dekat semasa beliau dalam keadaan melutut di tanah semasa tembakan di kepala dilepaskan.

Surendran kesal sehingga kini tiada siasatan dan tiada anggota polis yang diheret ke mahkamah.


Malah lebih menyedihkan lagi, pelajar tersebut dilabel oleh polis sebagai suspek rompakan bersenjata sama seperti Aminulrasyid yang dituduh sebagai penjenayah oleh polis.

"Ini menunjukkan betapa perlunya IPCMC (Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis) di negara ini. Jika wujudnya badan untuk memantau setiap gerak geri polis, maka kesemua tragedi ini dapat dielakkan sama sekali kerana polis akan lebih berhati-hati apabila mengambil tindakan dan tidak berani melakukan sesuka hati mereka," kata peguam itu lagi

Surendran juga membuat perbandingan kes tembakan polis di antara United Kingdom dan Malaysia sepanjang 2009.

"Di United Kingdom yang mempunyai populasi lebih 50 juta hanya dua kes terjadi tetapi di Malaysia dengan jumlah pendudk separuh daripada UK, sejumlah 39 kes yang direkodkan oleh NGO sahaja. Jumlah sebenar kematian kerana keganasan polis tidak diketahui hingga kini," tambah beliau lagi. -SK
Ulasan GB

Kantoi.

"Jika dibandingkan dengan kes Norizan Salleh, jalan cerita dalam laporan polis sama dengan laporan yang diberikan untuk Aminulrasyid, iaitu, kedua-dua disyaki terbabit dalam jenayah, parang dijumpai di dalam kereta mereka dan yang ironinya dalam kedua-dua kes polis mendakwa mangsa kononnya cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta.

a) mangsa kononnya terlibat di dalam jenayah
b) parang dijumpai di dalam kereta
c) mangsa cuba merempuh polis dengan mengundurkan kereta

Ini saja idea yang ada pada polis yang nak menipu. Parang sengaja dibawa dan diletakkan di dalam kereta mangsa. Parang yang serupa, sama panjang, sama bentuk agaknya, polsi yang empunya, bukan mangsa!

Yang kata ada parang tu siapa? KPN Selangor, Khalid Abu Bakar namanya.

Hanya 30 Minit Tinjau Lokasi Kejadian.

Panel khas yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden kematian Aminulrasyid Amzah, 26 April lepas, memulakan tugas mereka dengan melawat tempat kejadian di sini malam tadi.

Panel yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota lain dilihat mula berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira pukul 9.30 malam.

Mereka kemudian melawat beberapa lokasi dan laluan yang dipercayai dilalui

Aminulrasyid dan rakannya, Muhamad Azamuddin Omar, kedua-duanya berusia 15, sebelum mangsa terkena tembakan di kepalanya dan mati di riba Muhamad Azamuddin, di tepi sebuah rumah di Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini.

Panel menaiki sebuah bas yang diiringi kereta polis dan kereta peronda.

Antara tempat yang dilawati ialah Bulatan Kayangan dan Restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, persimpangan lampu isyarat berhampiran Kompleks PKNS dan bangunan Sirim Berhad.

Rombongan berkenaan tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.10 malam dan menghabiskan masa selama 30 minit meninjau kawasan akhir iaitu di jalan utama berhampiran jalan 11/2G dan longkang di mana kereta mangsa terbabas.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Abu Seman berkata tujuan lawatan itu adalah bagi memahami situasi dan gambaran sebenar kejadian.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Superintendan Kamaruddin Ismail.

Bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar adalah antara lapan anggota panel khas itu.

Anggota panel lain ialah tiga anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), pensyarah dan pakar jenayah bebas.

Tiga anggota Suhakam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Seri Muhammad Shafee (peguam) dan Datuk Dr Denison Jayasooria (aktivis).

Dua lagi anggota panel ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek dan penganalisis jenayah Kamal Affandi manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz sebagai setiausaha panel.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi 26 April lepas, Aminulrasyid mati selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri ketika ingin ditahan di Seksyen 11, Shah Alam.


30 Minit Untuk Panel Khas Lawat Lokasi Tragedi Aminulrashid

Hanya 30 minit diperuntuk Panel Khas yang memulakan siasatan kes Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, malam tadi.

Mereka diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota lain dilihat berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.

Antara yang dilawati ialah Bulatan Kayangan dan Restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, persimpangan lampu isyarat berhampiran Kompleks PKNS dan bangunan Sirim Berhad.

Mereka tiba di lokasi kejadian pada jam 11.10 malam dan meninjau jalan utama berhampiran jalan 11/2G dan longkang, tempat kereta yang dinaiki mangsa mangsa.

Mengikut laporan Bernama, Abu Seman berkata lawatan itu bertujuan memahami situasi dan gambaran sebenar kejadian.

Untuk rekod, ahli keluarga mangsa mendesak mahu kerajaan mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat tragedi ini dan penubuhan panel khas dianggap tidak memadai. -TVS




Kit Siang bemoans ‘powerless’ panel in boy’s death

KUALA LUMPUR, May 4 — Lim Kit Siang today described the government’s special panel on Aminulrasyid Amzah’s shooting death as “powerless” and asked the Cabinet to put an end to what he called the Home Ministry’s “guerilla” response to rising public anger.

The DAP leader also criticised the ministry for flip-flopping on the “powers” of the panel.

“The powerless Special Panel into Aminulrasyid’s police killing is neither fish nor fowl even with Tun Haniff as member, as well as other members including former Suhakam commissioner Denison Jayasooria, crime analyst Kamal Affendi Hashim, lawyer Muhammad Shafee Abdullah, Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) chief executive officer Dr Michael Yeoh and UiTM deputy vice-chancellor Prof Abdul Halim Sidek.

“The guerilla response of the Home Ministry could be seen from the on-the-run chop-and-change as to what the Special Panel can and cannot do,” he said.

Lim had proposed a royal commission of inquiry to probe the shooting of the 14-year-old schoolboy and for such a panel to be chaired by former Inspector-General of Police Tun Haniff Omar.

However, the ministry announced today that Haniff would be appointed as a member of the special panel headed by Deputy Home Minister Datuk Abu Seman Yusup.

Lim said the Cabinet should be decisive in quelling public confusion on the panel.

“There is profound confusion as to the actual powers and terms of reference of the Special Panel which is neither fish nor fowl even with Tun Haniff as a member

“The Cabinet tomorrow should boldly and decisively put an end to such ‘guerilla’ responses to the police killing of Aminulrasyid, as the repercussions have reached far and wide as to affect public confidence in the independence, efficiency and professionalism of the police force,” he said.

He added that the Cabinet should take a “holistic decision” to establish a royal commission of inquiry into all police shooting deaths since 2005.

Lim also ridiculed Abu Seman over his indecisiveness surrounding the formation of the special panel.

“Abu Seman now claims that the Special Panel is powerful because it is empowered to scrutinise the investigation papers at any time without needing the approval of the police or Attorney-General’s Chambers.

“Where did Abu Seman get such powers? How did a powerless Special Panel become a ‘powerful’ panel overnight? On what basis are the powers of this Special Panel derived from, when the Cabinet had not met on the matter?” he asked.

Aminulrasyid allegedly tried to ram into police officers in Section 11, Shah Alam, which caused them to shoot him in apparent “self-defence”, in the incident which happened at 2am on Monday.

However, the allegation was refuted by Azamuddin Omar, 15, who was the lone passenger in the car.

The young boy died about 100 metres away from his house. -TMI


Ulasan GB

Kalau sekadar 30 minit, mereka meninjau lokasi kejadiankah atau berjalan bersiar-siarkah?

Satu cara efisyien kerajaan perhabis wang rakyat!

3 MP, ADUN Pakatan Dibebaskan Drp Tuduhan Serta Perhimpunan Haram

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam melepaskan dan membebaskan 10 orang termasuk dua ahli parlimen dan seorang ADUN Pakatan Rakyat daripada tuduhan menyertai satu perhimpunan haram di Parlimen pada tahun 2007.

Mereka ialah ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, 53; ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, 54, dan ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, 63.

Tujuh lagi yang turut dilepas dan dibebaskan ialah ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, 40, dan Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd, 49; Ang Hiok Gak, 53; Mohammad Sabri Sapiai, 44; Hashim Awang, 41; Azira Ariffin, 36, dan Mohd Badilah Muda, 35.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu di jalan susur keluar bangunan Parlimen pukul 11 pagi 11 Disember, 2007.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 27 (8) akta yang sama yang membawa hukuman penjara setahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anslem Charles Fernandis gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Dalam penghakimannya, Fathiyah berkata 13 saksi memberi keterangan bahawa ada orang awam berada di susur keluar tetapi tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang menunjukkan wujudnya satu perhimpunan. - Bernama -Gambar:BH

Ahmedinejad: Iran Tak Ada Keluarkan Senjata Nuklear

New York: Republik Islam Iran menguasai perdebatan pada hari pembukaan persidangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membincangkan cara menghentikan percambahan senjata nuklear.

Tetapi di sebalik tabir, negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB sedang berbincang cara untuk menghukum Iran kerana melanggar arahan mereka supaya mengehadkan aktiviti nuklear yang boleh digunakan untuk membuat bom.

Presiden Iran Mahmoud Ahmedinejad menggunakan platform PBB sebagai satu-satunya ketua negara untuk berucap pada persidangan Perjanjian Anti-Percambahan Nuklear (NPT) untuk mengutuk hasrat Majlis Keselamatan untuk mengenakan sekatan terhadap negaranya.

Berucap di podium dewan perhimpunan, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton menuduh Iran "melanggar peraturan" NPT kerana mensyaki Iran melaksanakan program pengkayaan uranium.

"Saya berharap kita boleh mencapai kata sepakat dalam Majlis Keselamatan mengenai langkah sekatan baru yang lebih ketat terhadap Iran," Clinton memberitahu para pemberita dengan menambah, "saya percaya hanya dengan cara ini, kita dapat menarik perhatian Iran."

Terdahulu, Ahmedinejad menolak tuduhan terhadap program nuklearnya dengan berkata, Washington tidak dapat tunjuk, walau hanya satu bukti, bahawa Iran sedang mengeluarkan senjata nuklear. Iran berkata ia mahu teknologi tersebut untuk menghasilkan kuasa nuklear.

Ketika presiden itu berucap, delegasi AS bertindak keluar dari dewan perhimpunan, disertai oleh beberapa delegasi dari Eropah, termasuk dari Perancis dan Britain manakala para pegawai peringkat rendah Iran mendengar Clinton berucap sehingga selesai.

Perdebatan di antara AS dan Iran ini menguasai suasana pada hari pertama persidangan selama sebulan itu untuk mencari jalan bagi memperbaiki NPT.

Perjanjian ini disemak semula setiap lima tahun pada mesyuarat melibatkan semua 189 negara anggota di dunia yang menandatangani NPT kecuali India, Pakistan, Israel dan Korea Utara. Empat negara ini sama ada telah mengesahkan atau dipercayai mempunyai senjata nuklear.

- AP

SPR Mahu MAFREL Jadi Sepertinya, Ikut Telunjuk UMNO BN

Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) tetap akan menghantar petugas untuk memerhati perjalanan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu kata Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh.

Mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang dipetik sebagai berkata Mafrel tidak diperlukan sebagai pemerhati di pilihan raya kecil Sibu dengan alasan kononnya SPR sudah melantik enam pasukan penguatkuasaan untuk tujuan itu.

Syed Ibrahim berkata dasar sama ada badan pemantau diperlukan atau tidak bukan menjadi persoalannya kerana Mafrel adalah badan yang bebas.

"Banyak lagi keraguan yang timbul seperti daftar pemilih, kempen, ceramah dan semua ini akan di pantau bagi memastikan proses pilihanraya berjalan secara telus dan adil,


"SPR sepatutnya memberi dan meraikan ruang demokrasi yang diisi Mafrel dan kita tidak perlu kebenaran daripada SPR kerana Mafrel adalah satu badan yang bebas,

"Walaupun tidak mempunyai sumber dana yang terhad, Mafrel akan tetap menghantar petugas untuk memantau keadaan daripada hari penamaan sehinggalah hari membuang undi," tegas Syed Ibrahim kepada Suara Keadilan.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Sibu akan diadakan pada 8 Mei manakala hari pengundian pula pada 16 Mei. -SK


Najib Tabur Janji Di Sibu, Mafrel Tegur Sikap SPR

SHAH ALAM 4 MEI: Badan Pemantau Bebas Pilihan Raya (Mafrel) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menutup mata terhadap gelagat pimpinan kerajaan pemerintah yang menabur pelbagai janji peruntukan kepada pengundi Sibu.

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata perbuatan menabur janji itu boleh ditafsir sebagai kempen pilihan raya dan tidak wajar berikutan proses penamaan belum pun bermula.

Beliau mengingatkan SPR, mereka perlu bebas bertindak mengikut lunas undang-undang tanpa perlu mematuhi telunjuk pimpinan Umno Barisan Nasional.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan puluhan ribu ringgit kepada rakyat sibu atas kapasitinya sebagai perdana menteri sedangkan ia tak ubah seperti kempen pilihan raya.

Sekalipun mendakwa peruntukan berkenaan dibuat mengikut jadual tetapi anehnya, janji berkenaan hanya dibuat menjelang pilihan raya kecil yang bakal bermula 8 mei ini.

“Pilihan raya Sibu tak lama, sudah tentulah ia menjurus kearah itu. Minta SPR ambil perhatian," katanya yang menyifatkan janji peruntukan Najib sebenarnya lebih cenderung kepada umpan kepada rakyat untuk mendapatkan undi mereka semata- mata.

“Kita tidak menafikan perkara itu boleh dilihat sebagai satu bentuk gula-gula sebab ia berlaku dalam tempoh dekat dengan pilihan raya kecil," katanya lagi.

Mafrel menyatakan tidak salah untuk Najib turun padang bertemu rakyat tetapi perdana menteri ini perlu telus dalam tindakannya dan tidak memanipulasikan lawatan untuk berkempen.

“Apa-apa usaha berunsur kempen sebelum waktu kempen tidak sepatutnya berlaku.

Bukan bermakna Najib tidak boleh jumpa rakyat tetapi bergantung kepada kenyataan yang dibuat, Adakah bersifat kempen atau tidak. Ini memerlukan pemantauan dari SPR,” katanya. -TVS


Ulasan GB

Semalam juga, Timbalan Pengerusi SPR menyatakan SPR tidak memerlukan MAFREL sebagai pemantau pilihanraya di Sibu.

Demikianlah SPR yang jelas menampakkan ia menjadi kuda tunggangan UMNO BN. Apabila MAFREL menjalankan tugasnya dengan amanah dengan membuat teguran terhadap sikap bisu dan berdiam diri SPR terhadap perbuatan salah laku pemimpin UMNO BN, terus saja SPR menamatkan pengiktirafannya terhadap MAFREL.

SPR hanya mahu MAFREL menjadi pak angguk, menjadi kuda tungangan UMNO BN seperti dirinya dan sebarang tindakan MAFREL yang boleh menjejaskan UMNO BN akan akan dilihat sebagai tidak menjalankan tanggungjawab.

SPR boleh saja mengambil sikap tidak mengiktirafkan peranan MAFREL, namun satu hari peranan SPR nanti tidak diiktiraf oleh rakyat apabila semakin hari semakin jelas mereka mengikut telunjuk pemimpin UMNO BN atau mereka sendiri memainkan peranan seolah-olah mereka komponen BN.

Brehem : Kita Ada Bukti Kukuh Siasat Skandal Scorpene

Peguam Perancis, Joseph Breham berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengerakkan siasatan keatas skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau berkata isu utama yang mengundang syak sekitar perolehan kapal selam ini adalah pembayaran RM534.8 juta ringgit kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, sebagai upah kepada 'kerja-kerja sokongan'.

"Kita mempunyai laporan akaun Perimekar pada tahun 2001 dan 2002," kata Joseph Breham dalam satu temubual bersama portal Malaysiakini, dan menambah "bagaimanapun syarikat ini dengan tiba-tiba mendapat 114 juta euro dalam akaun bank mereka. Ini mengundang syak. Lebih-lebih lagi apabila pemegang saham utama syarikat ini adalah isteri kepada rakan karib Menteri Pertahanan pada masa itu,"

Joseph merujuk kepada isteri Abdul Razak Baginda, Maslinda.

"Jika kita lihat fakta bahawa Altantuya Shaariibuu dibunuh oleh pengiring Perdana Menteri, serta pemadaman rekod-rekod imigresen Altantuya ke negara ini, lantas menunjukkan ada pegawai tertinggi tertentu yang mahu menghilangkan bukti Altantuya berada di negara ini. -TVS


Kes kapal selam: Peguam Perancis tak takut ugutan

Peguam Perancis, Joseph Breham percaya akan wujudnya "tekanan dan ugutan" sepanjang usahanya menyiasat pembelian dua kapal selam buatan negaranya kepada Malaysia. Namun menurut Breham, beliau tidak gusar kerana tumpuan antarabangsa kepada kes berkenaan semacam memberikan perlindungan untuk beliau.

"Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu kepada saya di Malaysia, ia akan menarik perhatian media antarabangsa, tekanan politik dan sebagainya, ini akan menjadikan lebih produktif.

"Saya bukan penterjemah Mongolia. Sekiranya terdapat masalah, semua media berbahasa Perancis akan memaparkan tajuk seperti 'Peguam Perancis yang menyiasat dakwaan rasuah hilang di Malaysia'. Tiada siapa yang boleh terima perkara ini," kata Breham dalam satu wawancara baru-baru ini.

Breham dan dua lagi rakannya yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) - sebuah NGO hak asasi manusia - memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Paris berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene daripada firma pertahanan Perancis DCN.

Walaupun tujuan siasatan itu untuk mengenal-pasti sama ada berlaku perkara yang disangsikan berhubung penjualan kapal selam itu, namun ia juga secara tidak langsung merancakkkan kembali perbincangan terhadap pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikut adalah sedutan wawancara Malaysiakini dengan Joseph Breham:

Sila jelaskan kepada kami mengenai latar belakang anda dan bagaimana anda boleh terlibat dengan kegiatan hak asasi?

Joseph Breham: Saya peguam dari Perancis yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang jenayah antarabangsa dan hak asasi manusia. Saya juga merupakan pensyarah universiti dalam bidang undang-undang jenayah antarabangsa di Toulouse.

Saya mengajar tiga minggu setahun. Saya juga pakar dalam bidang kegiatan keganasan dan mengendalikan banyak kes yang berkaitan dengannya. Hakikatnya saya berkerja dengan kerajaan dalam bidang pencegahan penganas, melatih hakim dan pendakwa tentang terorisme termasuk menghormati hak asasi. Begitulah bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja hak asasi manusia.

Saya amat tertarik dengan hak asasi manusia sejak saya dilahirkan pada 1978, dan sejak itu saya berusaha untuk memahaminya. Sebagai contoh (selepas) kejatuhan Tembuk Berlin, dunia menjadi semakin bercelaru dan timbul perkara baru yang tidak keruan, yang mana (ia adalah) keganasan dan keuntungan globalisasi.

Pekembangan baru ini menyebabkan banyak syarikat multi-nasional tidak menghormati apa sahaja bentuk peraturan. Mereka mempunyai kuasa bagi memaksa kerajaan mengikut telunjuk mereka. Mereka menjadi lebih korup dan kerajaan tidak boleh memaksa mereka (mematuhi) segala kewajipan. Itulah yang menyebabkan saya menceburi dalam kerja-kerja hak asasi.

Jelaskan kepada kami, pengalaman anda dalam mengedalikan kes berkaitan korupsi.

Joseph Breham: Kebanyakkan kes yang saya kendalikan lebih tertumpu kepada negara di benua Afrika. Setiap kes hak asasi yang berkait dengan syarikat multi-nasional juga dikaitkan dengan rasuah. Kami, di Sherpa (organisasi yang diwakilinya) pada mulanya tidak mengendalikan kes rasuah.

Tetapi sekiranya kami mahu lebih efisyen, kami perlu mendepani isu ini. 'Sherpa' bermaksud 'menolong rakyat di Selatan untuk menuntut keadilan'.

Saya mula bekerja di Sherpa pada 2006 dan baru-baru ini saya dilantik ahli lembaga pengarah. Ia ditubuhkan oleh William Bourdon, mantan setiausaha agung Pertubuhan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Fidh) pada 2001. Sejak Fidh tidak menyaman syarikat, lalu kami menubuhkan Sherpa. -mk


Karpal: Air Mani Mungkin Diletakkan Pihak Tertentu

Sampel air mani yang diperoleh dari dubur Saiful Bukhari Azlan berkemungkinan besar telah diletakkan pihak tertentu untuk menganiaya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, tegas peguam Karpal Singh beberapa ketika sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar.

Ini kerana laporan dari tiga doktor kerajaan di Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa tidak ada kesan tusukan pada dubur penuduh.

"Jika tiada tusukan, bagaimana mungkin adanya kesalahan?" soal Karpal di hadapan Hakim Besar Malaya Arifiin Zakaria, Hakim James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Suriyadi Halim Omar.

"Kehadiran air mani seraya mencadangkan bahawa bukti ini telah diletakkan di situ. Logik akal mengatasi segala syak kerana para doktor sendiri mengesahkan tidak ada tusukan. Lantas, dari mana datangnya sperma ini?" tegas beliau.

Sebelum itu, Peguamcara II Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwaraya terhadap Anwar Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa calitan empat putik kapas membuktikan kehadiran air mani.

Yusof berkata penemuan spermatozoa pada putik kapas ini diperoleh dari calitan keatas dubur penuduh, seraya menunjukkan adanya perlakuan sodomi.

Selepas mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak, panel tiga hakim di Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar Ibrahim menggugurkan pertuduhan fitnah liwat.

Hakim Besar Malaya Arifin Zakaria berkata hujah kedua-dua pihak sewajarnya dibuktikan dalam perbicaraan penuh. -TVS