16 Mei 2010

Tumbangnya Keangkuhan BN Di Sibu. Sarawak Bukan Lagi Simpanan Tetap BN.

Keputusan RASMI:

BN: 18,447
DAP: 18,845
Bebas: 232
Majoriti: 398.


Baru padan dengan muka UMNO BN!

Kita telah peringatkan jangan dilawan hukum Tuhan yang mengharamkan judi, tapi UMNO BN lawan jugak, akhirnya terkangkang di Sibu sekalipun Pakatan Rakyat sendiri melalui jalan sukar untuk mencapai kemenangan di situ.

Namun, kuasa Tuhan, sekalipun BN merasa begitu angkuh akan mencapai kemenangan di Sibu dengan lansung tidak menghiraukan panggilan kepada kebenaran dan keadilan, akhirnya dihukum di kerusi Parlimen Sibu.

Difahamkan majoriti pengundi Melayu yng menjadi penentu keputusan PRK Sibu telah menolak BN.

Rasuah politik Datuk Seri Najib Razak yang membuat janji saat-saat akhir sebelum kempen pilihan raya kecil Sibu dengan mengatakan kesediaan kerajaan pusat memberi bantuan kewangan kepada penduduk di sini. Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park.

Masyarakat Sibu khususnya dan rakyat Malaysia amnya sudah tidak hairan dengan habuan juta-juta Najib, kecuali katak-katak yang melompat tempohari.

Najib boileh tabur wang juta-juta lagi untuk memahat dirinya sebagai PM namun kuasa Tuhan tidak akan mampu dibendung dan dilawan sepertimana tewasnya Qarun dengan hartanya bedepan kuasa Allah.


Tidak rasmi: DAP cipta sejarah kuasai Sibu

SIBU, 16 Mei — DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun lalu.

Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak.

Apabila 110 daripada 111 saluran selesai dikira, DAP mencatatkan majoriti 2,651 dengan menerima 18,775 undi manakala BN pula 16,124 undi dan calon Bebas 196.

Undi pos sedang dikira.

Kejayaan DAP ini, yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat, dilihat signifikan bagi mereka selepas BN pula merampas kerusi Hulu Selangor daripada PKR tiga minggu lalu.

Ia juga dilihat akan memberi sokongan moral kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum negeri Sarawak dalam waktu terdekat ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang awalnya dijadual mengadakan sidang media di sini telah membatalkan pertemuan itu.

Terdahulu keputusan tidak rasmi mendapati wakil DAP itu berada di depan selepas lebih 30 peratus saluran selesai dikira.

Sebelum itu calon BN pula mendahului DAP.

Pada satu ketika DAP mendahului BN dengan majoriti lebih 3,000 undi tetapi kedudukan itu berubah selepas undi pos mula dikira.

DAP mencatatkan kemenangan ini ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi yang rendah 59.86 peratus berbanding 67.8 peratus dua tahun lalu.

Dua tahun lalu, BN mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan 3,235 undi dalam persaingan tiga penjuru membabitkan DAP dan PKR.

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi sejak pukul 8 pagi tadi untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu selepas tempoh berkempen selama seminggu.

Sementara 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis, mengundi pada Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Sebanyak 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, akan dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal pada 9 April. -TMI


Sibu Kini Milik Pakatan Rakyat

Calon DAP, Wong Ho Leng menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan majoriti 2,651 undi.

Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak memperoleh 18,775 undi manakala Robert Lau 16,124 undi manakala Narawi hanya memperoleh 196 undi.

Narawi juga hilang wang pertaruhan. - Utusan

Malaysiakini melaporkan:

10.09 malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.


9.35 malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.


"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24 malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21 malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10 malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30 malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

8.14 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

8.10 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279

7.58 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136

Majoriti 3,130

7.52 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136

Majoriti 3,048

7.40 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134

Majoriti 3,022

7.35 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134

Majoriti 2,920

7.30 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

7.15 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

7.07 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti 2,091

7.03 malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti 1,544

6.50 petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.48 petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42 petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

6.38 petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.

DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24 petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang: Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.

Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33

5.00 petang: Proses pengundian selesai.

Rumah, Kereta Manickavasagam Disimbah Cat Merah

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang mendedahkan dakwaan amalan rasuah melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., syarikat pasir negeri Selangor Sabtu lalu, rumah dan keretanya disimbah dengan cat merah awal pagi ini.

Ketika dihubungi pagi ini, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, beliau mengesyaki kejadian itu yang dipercayai sebagai satu ugutan serius terhadapnya berlaku selepas pukul 4 pagi tadi.

Selain itu kata beliau, satu nota yang dimasukkan dalam bungkusan plastik kecil, yang berbunyi “jangan campur isu pasir, nanti mati” turut ditinggalkan di pekarangan rumah.

“Nota ini dilipat dan dimasukkan dalam plastik dan dibuang ke pintu rumah,” kata Manikavasagam (gambar) , anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, kepada The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut, Manikavasagam berkata, beliau mengesyaki kejadian itu berlaku selepas 4 pagi tadi sebab ibu mertuanya tidak mendengar sebarang bunyi atau pergerakan orang di luar rumah setakat 4 pagi.

“Dia menonton program TV sehingga 4 pagi, tiada dengar sebarang pergerakan di depan rumah,” katanya.

Ekoran tindakan itu kata beliau, kereta Perdana V6 dan Toyota Estima disimbah dengan cat merah.

“Bahagian belakang kedua-dua kenderaan ini disimbah dengan cat,” kata Manikavasagam yang menyedari kejadian kira-kira 7.30 pagi tadi.

Manikavasagam membuat laporan polis kelmarin mendakwa menerima panggilan telefon ugutan malam sebelum itu.

“Dua hari lalu saya menerima panggilan telefon mengugut saya, hari ini ugutan semakin serius dengan rumah dan kereta saya disimbah dengan cat merah,” katanya.

Menurut Manikavasagam, pihak polis sudah membuat pemeriksaan awal dan dijangka akan meneruskan siasatan mereka selepas ini.

“Ini kali pertama saya berhadapan dengan ugutan seperti ini dalam tempoh 10 tahun terlibat dalam politik,” katanya.

Ahli Parlimen Kapar ini kelmarin menegaskan, beliau tidak akan memenuhi empat tuntutan Kumpulan Semesta termasuk memohon maaf dan menarik balik dakwaan amalan rasuah terhadap syarikat itu dalam tempoh 48 jam.

Sebaliknya, beliau mencabar syarikat pasir itu supaya membawa kes berkenaan ke mahkamah jika merasakan dakwaan bahawa tiga pegawai atasannya mengamalkan rasuah tidak benar.

Kata Manikavasagam, beliau mempunyai dokumen-dokumen untuk membuktikan wujudnya salah laku amalan rasuah membabitkan pegawai-pegawai atasan di syarikat berkenaan. Kumpulan Semesta mengemukakan tuntutan balas ini sehari selepas Manikavasagam mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut memintanya membuat laporan polis. Ekoran pertemuan kedua-dua mereka kelmarin Khalid berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk merujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).- TMI Gambar: BH

Siapa Pilihan Sibu?

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.

"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.

9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

MAZA : Trend Kerajaan Gemar Menghalal Yang Haram

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin bimbang corak kerajaan pemerintah menangani masalah judi dengan menghalalkannya melalui pemberian lesen judi, suatu hari bakal mendorong pelacuran menjadi industri yang dilesenkan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mendapati trend kerajaan pemerintah kebelakangan ini dilihat lebih gemar bersikap menghalal perkara haram apabila gagal mengekang sesuatu masalah jenayah.

Katanya, amalan kerajaan Umno Barisan Nasional ini bakal membawa keruntuhan institusi keluarga dan merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan-lahan tetapi secara keseluruhan.

Lantaran itu, Dr Asri bimbang wabak judi ini, suatu hari kelak akan mendorong kerajaan pemerintah menghalalkan industri seks atau pelacuran.

"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, maka kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen.

"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah," katanya.

Dr Asri tetap menganggap judi adalah jenayah sama ada ia berlesen mahupun tidak dan menyifatkan motif kerajaan di sebalik apa jua alasan mereka meluluskan lesen judi bola, semata-mata berpaksikan wang ringgit.

"Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," katanya. -TVS

Manikumar Tetap Bersama PR

Dakwaan yang disebar melalui propaganda terancang pihak tertentu, kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau bakal keluar parti, tidak benar dan berniat jahat.

Desas-desus ini dinafikan sendiri Adun berkenaa, S Manikumar yang menyifatkan ia sebagai fitnah untuk memecah-belahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Khabar angin ini mula kedengaran selepas pihak tertentu menyebarkan spekulasi bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan tumbang dalam satu operasi rampasan kuasa sepertimana yang berlaku di negeri Perak.

Selepas tindakan 3 Adun keluar dan menjadi wakil rakyat bebas, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata Majlis Undangan Negeri Kedah akan dibubarkan bagi membuka jalan kepada pilihanraya baru sekiranya insiden yang sama berulang sekali-lagi.

Manikumar yang juga Exco Negeri Kedah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau mendalangi gerakan memecah-belahkan kerajaan negeri Kedah.

“Saya bagi jaminan, saya tegas dengan pendirian saya, saya tidak akan berganjak dari kerusi Pakatan Rakyat dikawasan Bukit Selambau.

Saya sayang rakyat yang telah undi saya, yang berjuang habis- habisan untuk saya, yang mengangkat saya menjadi wakil rakyat dikawasan ini,” kata Manikumar.

Pakatan Rakyat Kedah kini menguasai 20 kerusi dalam dewan undangan negeri iaitu 16 dari PAS, 3 PKR dan 1 DAP.

Manakala Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi, kurang 3 kerusi untuk mendapat mandat majoriti mudah. -TVS