9 Jun 2010

PDRM Diresapi Agen Zionis, UMNO Tetap Guna APCO

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional berusaha menghalang beliau daripada terus bersuara mengenai firma pro-Zionis, Apco Worldwide di parlimen dan cuba menggantung keanggotaan beliau sebagai ahli parlimen dengan menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Malah ketika dipanggil oleh jawatankuasa itu semalam beliau tidak dibenarkan oleh pengerusi untuk mendapatkan nasihat peguamnya semasa sesi pendengaran.

"Saya telah mengemukakan bukti di parlimen kenapa kita harus menolak langsung penglibatan Apco Worldwide dalam mana-mana institusi di negara ini. Di parlimen, saya mendedahkan perjanjian antara Apco dengan Israel pada tahun 1991, dan kemudian perjanjian antara kerajaan Umno-BN dengan Apco pada tahun 2009.

"Perjanjian ini jelas membuktikan kaitan Apco yang amat rapat dengan Isreal, dan walaupun begitu, kerajaan Umno-BN meneruskan juga perjanjian dengan Apco," tegas Anwar.

Ketika berucap dihadapan lebih 3,000 penyokong pada ceramah 'Yahudi dan Judi' di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam, Anwar berkata beliau mahu dihukum kerana mendedahkan kaitan Apco dengan rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama Umno-BN sendiri bertindak secara tidak langsung menyokong Israel dan tidak ada apa-apa tindakan diambil.

"Kerajaan Israel melancarkan One Israel pada tahun 1999, mungkin mengikuti nasihat Apco dan pada tahun 2009, kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak melancarkan 1 Malaysia. Tepat 10 tahun, kita anggap kebetulan sahajalah.

"Saya juga mempunyai bukti menyatakan terdapat dua pegawai perisikan Israel yang pernah berada di ibu pejabat Bukit Aman yang bekerja memnbangunkan sistem pelaporan polis. Mereke ini bekerja untuk Asiasoft, sebuah syarikat IT dengan pejabatnya di Singapura.

"Tetapi, ibupejabat Asiasoft terletak di Israel. Bayangkan betapa banyak rahsia negara yang telahpun di bawa keluar daripada ibu pejabat polis, dengan memberikan perisik Israel ini akses penuh kepada semua komputer?

"Ini juga satu daripada nasihat Apco untuk membawa Asiasoft. Jelas perancangan Apco sejajar dengan Israel, apa jawpan kerajaan Umno-BN terhadap fakta ini?" tegas beliau lagi. -SK

Umno-BN Hanya Berpura-pura Kutuk Rejim Zionis Israel

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional mengaburi mata rakyat dengan berpura-pura mengutuk rejim Zionis Israel secara luaran sahaja tetapi hakikatnya bersekongkol secara senyap malah mengupah firma pro-Zionis untuk menasihatinya.

Anwar menegaskan tindakan Umno-BN mengambil Apco Worldwide sebagai penasihat komunikasi kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun serta membenarkan dua individu yang merupakan bekas anggota badan perisik tentera Israel menyusup masuk ke dalam Polis DiRaja Malaysia adalah bukti jelas kerjasama rapat pentadbiran pimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan pihak Zionis.

Ini jelas dilihat apabila pihak polis bertindak menahan empat ahli Dewan Pemuda PAS kerana didakwa menganjurkan ceramah di Taman Bolton, Batu Caves tanpa permit semalam.

Ceramah yang bertajuk 'Judi dan Yahudi' itu kemudian terpaksa dipindahkan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang kerana tekanan pihak berpolis yang menghalau orang ramai serta peniaga yang sejak awal berada di lokasi asal.

"Kita hendak membincangkan isu yang sama kita bincangkan di parlimen, dan saya rasa tidak patut polis bertindak sedemikian sedangkan ini isu yang sama dan bukannya bertujuan menghasut rakyat.

"Tindakan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN ini hanya cakap sahaja menentang Israel tetapi di belakang menyokong secara diam. Dalam parlimen, kerajaan Umno-BN dan ahli parlimen Pakatan rakyat telah bersetuju dengan 15 ketetapan dalam usul mengenai Israel.

"Tetapi, apabila kita nak bincangkan dengan masyarakat, beginilah tindakannya menghalang kita daripada mendedahkan kezaliman, keangkuhan dan keburukan Isreal. Bukankah ini satu tindakan menyatakan kerajaan Umno-BN menyokong Israel sebenarnya.

"Jika kita lihat isu Iran, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Amerika Syarikat telah membuat kenyataan bahawa negara itu telah memberhentikan semua eksport petroleum ke Iran atas alasan Iran membangunkan senjata nuklear.

"Najib pula, serupa 'pak turut', angguk sahaja dan membuat kenyataan yang sama di Malaysia serta telah memberhentikan jualan hasil petroleum ke Iran. Persoalannya sekarang, Israel pun sama juga, membangunkan senjata nuklear dan sejak 20 tahun lalu memiliki senjata nuklear. Kenapa Najib tidak membuat sekatan yang sama terhadap Israel?.

"Dengan Palestin pun sama, apabila Hamas memenangi pilihan raya umum bebas pada tahun 2006, Israel tidak mahu mengiktiraf kemenangan Hamas, tetapi menyokong PLO yang diketahui umum sebagai kroni Israel dan parti rasuah.

"Bila Israel tak nak iktiraf, Amerika pun sama mengganguk dan tak nak mengiktiraf. Dan apabila Amerika tak nak iktiraf kemenangan Hamas, kerajaan 'pak turut' Umno-BN sama mengangguk sahaja dengan Amerika dan tak nak mengiktiraf kemenangan Hamas. Mana perginya pendirian kerajaan mengenai isu ini? Sekejap sokong, sekejap bantah," tegas Anwar dihadapan lebih 3,000 penyokong.

Kata beliau disebabkan tindakan beliau mendedahkan hubungan Apco dengan Zionis Israel, firma tersebut telah melancarkan kempen antarabangsa terhadap beliau.

"Badan Yahudi sedunia, organisasi Yahudi terbesar di dunia telah mengeluarkan kenyataan mengatakan saya, Anwar Ibrahim, adalah musuh nombor satu Israel dan semua pihak yang berhubungan dengan saya dari Amerika mesti memulaukan saya.

"Saya nak tegaskan kepada anda semua, saya menentang sekeras-kerasnya kezaliman, keangkuhan, dan kebiadapan Israel, dan saya akan terus berjuang sehingga kerajaan kita dapat membuat pendirian yang tegas terhadap Israel," kata beliau lagi.

Anwar yang kini disiasat oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berkaitan pendedahan Apco berkata jika beliau didapati bersalah dan digantung keanggotaan sebagai ahli parlimen, masa penggantungan akan digunakan sepenuhnya untuk menjelajah seluruh Malaysia untuk berkempen menentang Israel. -SK

Apabila Peranan Blogger Tidak Dihargai..

Di muktamar yang lalu GB ada membuat ulasan mengenai Urusetia Muktamar Berperangai Macam Ahli UMNO Terhadap Blogger.

Di tulisan itu GB memetik tulisan GB juga yang ditulis di SINI :


Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.


Kini GB merasakan persepsi sedemikian tidak dapat GB pertahankan apabila terbukti nyata bahawa blogger cuma dapat menjadi pemerhati sahaja, lebih hina daripada media Utusan yang mendapat keistimewaan khas..

Rupa-rupanya PAS bukan parti yang menghargai blogger!

Apatah lagi Presiden PAS sendiri sekalipun sebelum ini mengakui "blogger memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih PR dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu", tetapi hakikatnya Presiden sendiri bukan dari kalangan yang membaca blog. Maka sebab itu tidak appresiatif daripada pimpinan PAS terhadap peranan blogger.



Oleh kerana faktor itu, setiap kali muktamar blogger disisihkan, blogger diketepikan.

GB telah memberi amaran di dalam tulisan sebelum ini dan GB tambah sedikit lagi:

Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger dan jangan di salahkan Tuhan dan para malaikatnya - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).


Blogger PAS, Pakatan boleh pohon ‘pas pemerhati’

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

“Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.

Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.

“Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.

Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.

“Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka,” ujarnya lagi.

Tindakan tersebut, bagi beliau, akhirnya mencemarkan nama parti itu sendiri.

Ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat di samping realiti dunia tanpa sempadan sekarang, bagi beliau, sudah tentu membolehkan media-media baru untuk mengakses muktamar PAS walaupun ad-hoc cuba menghalang mereka dari berbuat sedemikian.

Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan membenarkan akhbar pro kerajaan untuk membuat liputan tentang muktamar PAS.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, kematangan yang ditunjukkan oleh PAS sebenarnya demi menghormati profesionalisme media pro kerajaan tersebut. -harakahdaily

Sekeping Gambar "Lucah" Sempena Muktamar!

Seronok sangatkah dapat bergambar dengan Najib dan Muhyiddin, wahai Presiden dan Timbalan presdien PAS? (Gambar dirakam sewaktu sidang parlimen tatkala Najib meraikan aktivis Rachel Corrie baru-baru ini - ehsan TMI)

Bukankah gambar ini boleh dimengertikan oleh sesiapa juga bahawa UG itu masih hidup segar? Lihat sahaja rawak muka Najib dan Muhyiddin, yang begitu gembira dengan kehadiran pemimpin PAS (Nasyaruddin dan Hadi yang turut kelihatan gembira) bergambar sama.

Mengapakah begitu pantas 2 pemimpin PAS ini menerima pelawaan pemimpin UMNO yang kemudiannya kedua-dua itu "ditipu" apabila sebenarnya yang hendak diutamakan ialah bergambar sama untuk menunjukkan keakraban UMNO-PAS demi menghancurkan Pakatan Rakyat?

Mengapakah tidak belajar dari peristiwa-peristiwa lalu? Mengapa pemimpin PAS kita terlalu lemah untuk berfikir supaya tindak-tanduk mereka tidak mengelirukan orang lain?

TGNA pernah ditipu oleh Najib sewaktu kunjungan Najib di Kelantan di mana wakil Najib telah menjemput TGNA ke lapangan terbang untuk "menyambut" Najib. Gambar kedua-dua pemimpin itu kemudiannya dimanipulasikan namun telah dijawab oleh TGNA bahawa kerjasama yang dikehendaki oleh Kelantan ialah diantara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Bukan PAS dengan UMNO. Gi jahanam dengan UMNO - tegas TGNA.

Anda hentam pemimpin UMNO sepuas-puas di rostrum ceramah Pakatan Rakyat, tetapi lain jadinya apabila anda bertemu mereka di tempat lain. Sama juga UMNO dengan Israel. Dihentam sepuas-puasnya yahudi itu di Parlimen, tetapi kelingking masih berkait dengan APCO. Itu CURANG namanya. Ini bukan fitnah tetapi hakikat yang terang dan nyata. Zahirnya lain batinnya lain!

Jangan salahkan rakyat, jangan disalahkan ahli PAS, jangan salahkan blogger - jika PAS terus ditimpa musibah di setiap kali keputusan pilihanraya yang melibatkan PAS selepas ini.

Nik Aziz Takkan Dengar Cakap UMNO

Teka-teki pelan peralihan kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum terurai dengan penegasannya hari ini — beliau tidak akan berundur selagi Umno mendesaknya agar berhenti daripada menjadi Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz yang genap 20 tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, yang kelihatan ceria dan tenang sebelum merasmikan muktamar tahunan ketiga-tiga sayap PAS di sini malam ini berkata, Umno memang mahukan beliau berhenti sekarang tetapi ahli-ahli PAS pula berpendirian sebaliknya.

“Umno memang hari-hari suruh saya berhenti tapi PAS tak bagi (benarkan). Saya orang PAS, bukan orang Umno,” kata beliau dengan disusuli ketawa besar.

“Saya ulang sekali lagi, Umno hari-hari minta saya berhenti tapi PAS tak bagi saya berhenti dan oleh kerana saya orang PAS, saya ikut orang PAS, bukan Umno,” kata Nik Aziz dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabatnya di sini, pagi ini.

Nik Aziz, 79, yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkongsi pendekatan mudah dalam isu pelan peralihan kepimpinan khususnya ekoran desakan parti pembangkang di negeri itu.

“Satu kaedah kita berjuang, kaedah kita berjuang sama ada berniaga, politik atau main bola, kita tengok mengapa musuh kita marah... yang itu kita buat.

“Mengapa musuh kita buat, yang itu kita buat. Kaedahnya begitu... macam kita bertumbuk. Bila kita bertumbuk, bila nampak merah di sini (muka), di sini kita tumbuk, tumbuk, sampai dia rebah.

“Begitu juga Umno... apa yang Umno hendak pada saya, itu yang saya lawan. Dia suruh saya berhenti, saya tidak berhenti. Itu kaedah kita berlawan,”
katanya.

Apabila ditanya terus bila akan berundur, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS menjawab:

“Mana tahu?” kata beliau dengan penjelasan bahawa akan kekal, dan tidak akan tunduk kepada desakan Umno.

Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini malam tadi, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, peranan Menteri Besar Kelantan itu masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Pada pandangan saya, Datuk Nik Aziz perlu (perlu) kekal (memimpin negeri),” kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu ketika ditemui selepas ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.

“Jika boleh, saya berharap Datuk Nik Aziz akan kekal selepas pilihan raya umum nanti,” kata beliau dengan merujuk kepada ketokohan Nik Aziz yangmenerajui kerajaan sejak 1990.

Nik Aziz berkecimpung dalam politik Kelantan lebih empat dekad lalu.

Nik Amar menjelaskan, PAS Kelantan masih memerlukan kepimpinan Nik Aziz, ikon politik negeri itu, dan yakin akan mengetuai parti itu dan Pakatan Rakyat di negeri Pantai Timur dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini pernah ada cadangan supaya Nik Aziz juga dilantik sebagai ketua umum Pakatan Rakyat pendaftarannya diterima kelak.

Tahun ini genap 20 tahun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengetuai kepimpinan kerajaan negeri sejak PAS menang pilihan raya umum 1990.

PAS dilihat mengadakan Mutkamar Tahunan PAS kali ini di Putik sempena memperingati 20 tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Malam ini buat pertama kali dalam sejarah, Nik Aziz akan merasmikan serentak muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu — Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.

Antara yang disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun sebelum ini beliau dipetik berkata, belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz pernah membayangkan yang beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.

Sejak akhir tahun lalu timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Aziz ialah Mohd Amar sendiri dan seorang lagi Exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Kedua-dua merekan juga merupakan Exco. Ahmad, Husam dan Mohd Amar masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I, II dan III Kelantan.

Berhubung rancangan atau wawasan menerajui Kelantan, Nik Aziz menjawab: “Masa depan itu biar dulu. Kamu boleh tengok 20 tahun, saya buat.”

Kata Nik Aziz, beliau tidak suka bercakap tentang masa depan tetapi akan melakukan apa yang diperlukan untuk rakyat.

“Saya tak suka cakap (pasal) masa depan. Tetapi sebagaimana saya hendak kata, saya sudah kata.

“Sebagaimana saya hendak fikir, saya sudah fikir. Benda ini, kawan-kawan saya dalam parti, Exco saya sudah tengok. Bila saya sudah tiada di dunia, bila saya berundur diri, maka orang itu boleh tiru.

“Tak tiru saya pun tak apa, tiru Nabi Muhammad... cukup,” katanya.

Ditanya sama ada kepimpinan kalangan PAS Kelantan sudah cukup mantap untuk mengambil alih apabila berundur, Nik Aziz menjawab: “Masa saya mula-mula masuk dulu, saya sendiri macam tak ada orang yang boleh saya kenal kerana ketika itu saya baru kan.”

Bagaimanapun sekarang menurut beliau, sudah ramai pemimpin yang layak dengan memiliki kelayakan profesional dalam PAS Kelantan.

“Dulu, masa PAS timbul (ditubuhkan) pada tahun 1951, tok guru pondok (yang) sokong. Golongan bijak pandai tiada, orang (yang keluar) universiti tiada, tiada yang sokong PAS.

“Tetapi sekarang semakin ramai, semakin ramai. Exco saya sekarang ini semua kelulusan universiti, semua Exco saya kelulusan universiti.

“Ada bekas guru, ada bekas pakar ekonomi, ada doktor... macam-macam ada,” katanya.

Mengenai pelan peralihan kepimpinan negeri, Nik Aziz berkata, pelan peralihan tidak boleh dirancang.

“Peralian ini tidak boleh dibuat pelan. Takut tak jadi, kadang-kadang kita merancang, sampai masa tak boleh jadi.

“Sebab itu saya tidak mahu cakap (tentang) masa depan. Pelan, saya hanya membetulkan diri saya... percakapan saya, saya jaga; perbuatan saya, saya jaga supaya orang lain tiru. Jadi bila berundur kerana sakit, kerana letih, orang lain boleh ambil alih dengan senang,” katanya.

Nik Aziz berkata, dalam PAS Kelantan sudah ada hirarki, yang mana mereka boleh menjalankan tugas dengan baik.

“Ada timbalan... saya ada timbalan tiga orang, dalam Dewan Harian saya ada setiausaha, orang ini pandai lah, mereka boleh buat.

“Masa saya ambil alih dulu, tiada siapa yang mengajar saya... mereka bernasib baik,” katanya lagi. -TMI



Pemimpin PAS harap Nik Aziz kekal ketuai Kelantan PRU-13

Sementara pelbagai pihak melihat Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan pelan peralihan kepimpinan dalam waktu terdekat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, peranan Menteri Besar Kelantan itu masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Pada pandangan saya, Datuk Nik Aziz perlu (perlu) kekal (memimpin negeri),” kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu ketika ditemui selepas ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.

“Jika boleh, saya berharap Datuk Nik Aziz akan kekal selepas pilihan raya umum nanti,” kata beliau dengan merujuk kepada ketokohan Nik Aziz yangmenerajui kerajaan sejak 1990.

Nik Aziz berkecimpung dalam politik Kelantan lebih empat dekad.

Nik Amar menjelaskan, PAS Kelantan masih memerlukan kepimpinan Nik Aziz, ikon politik negeri itu, dan yakin akan mengetuai parti itu dan Pakatan Rakyat di negeri Pantai Timur dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini pernah ada cadangan supaya Nik Aziz juga dilantik sebagai ketua umum Pakatan Rakyat pendaftarannya diterima kelak.

Tahun ini genap 20 tahun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengetuai kepimpinan kerajaan negeri sejak PAS menang pilihan raya umum 1990.

PAS dilihat mengadakan Mutkamar Tahunan PAS kali ini di Putik sempena memperingati 20 tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Nik Aziz, 79, yang imejnya lebih terserlah sebagai seorang ulama dengan memegang jawatan Mursyidul Am PAS dianugerahkan oleg Gerakan Rakyat Anti Korupsi sebagai Menteri Besar memiliki rekod paling bersih dan tahun lalu diletakkan antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia.

Malam ini buat pertama kali dalam sejarah, Nik Aziz akan merasmikan serentak muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu — Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama.

Antara yang disebut-sebut sebagai bakal meng gantikan Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun sebelum ini beliau dipetik berkata, belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz pernah membayangkan yang beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang.

Sejak akhir tahun lalu timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Akhir tahun lalu, Mohd Amar sebelum ini pernah mencadangkan agar Nik Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS negeri.

Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Aziz ialah Mohd Amar sendiri dan seorang lagi Exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Kedua-dua merekan juga merupakan Exco.

Ahmad, Husam dan Mohd Amar masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I, II dan III Kelantan.

Turut berucap pada ceramah malam tadi ialah bekas naib presiden Mohamad Sabu, yang kini merupakan ahli jawatankuasa PAS pusat. -TMI


1Malaysia-One Israel: Anwar mahu peguam wakilinya

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dengan tuntutannya agar dia dibenarkan mengguna khidmat peguam bagi mewakilinya ketika dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen.

"Saya belum dimaklumkan berhubung keputusan permohonan supaya saya diwakili oleh seorang peguam yang akan hadir dan terbabit pada mesyuarat itu,” katanya.

"Pada mulanya, jawatankuasa itu memutuskan membenar S Ambiga untuk bersama tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian...tetapi apabila saya meninmggalkan bilik mesyuarat, beliau tidak dibenarkan langsung untuk masuk,” kata Anwar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide, Brad Staples hadir di mesyuarat itu hari ini sebagai saksi.

Apco Worldwide - adalah firma perunding pergubungan media antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan, yang didakwa oleh Anwar mempunyai hubungan dengan Israel.

Selain wakil Apco, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipanggil menghadap jawatankuasa itu.

"Saya masuk sebentar tadi untuk sekali lagi memohon supaya peguam saya dan hadir dan jawatankluasa itu akan menelitinya,” kata Anwar.

Ketua umum PKR itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dibenarkan hadir untuk mengikuti keterangan dari perwakilan Apco itu dan juga daripada Nazri.

"Menurut jawatankuasa itu, ia hanya inkuiri biasa, tertuduh tak perlu hadir.

"Tetapi jika tuduhan itu membabitkan hukuman dan dalam kes ini termasuk digantung dari parlimen, saya sepatutnya dibenarkan masuk untuk mendengar apa yang diperkatakan mereka,” kata Anwar. -MK


1Malaysia-One Israel, CEO Apco Beri Keterangan, Anwar Tidak Berganjak

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dengan tuntutannya agar dia dibenarkan mengguna khidmat peguam bagi mewakilinya ketika dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen.

“Saya belum dimaklumkan berhubung keputusan permohonan supaya saya diwakili oleh seorang peguam yang akan hadir dan terbabit pada mesyuarat itu,” katanya.

“Pada mulanya, jawatankuasa itu memutuskan membenar S Ambiga untuk bersama tetapi tidak dibenarkan mengambil bahagian…tetapi apabila saya meninmggalkan bilik mesyuarat, beliau tidak dibenarkan langsung untuk masuk,” kata Anwar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Apco Worldwide, Brad Staples hadir di mesyuarat itu hari ini sebagai saksi.

Apco Worldwide – adalah firma perunding pergubungan media antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan, yang didakwa oleh Anwar mempunyai hubungan dengan Israel.

Selain Apco, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz juga dipanggil menghadap jawatankuasa itu.

“Saya masuk sebentar tadi untuk sekali lagi memohon supaya peguam saya dan hadir dan jawatankluasa itu akan menelitinya,” kata Anwar.

Ketua umum PKR itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dibenarkan hadir untuk mengikuti keterangan dari perwakilan Apco itu dan juga daripada Nazri.

“Menurut jawatankuasa itu, ia hanya inkuiri biasa, tertuduh tak perlu hadir.

“Tetapi jika tuduhan itu membabitkan hukuman dan dalam kes ini termasuk digantung dari parlimen, saya sepatutnya dibenarkan masuk untuk mendengar apa yang diperkatakan mereka,” kata Anwar.-mk


'Yahudi & Judi': Empat pemimpin PAS ditahan

Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan (gambar) dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.

Hasbullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.

Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.

Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.

Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.

Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.

"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.

"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.

"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.

Di stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.

Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.

Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya. -mk


Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang
Harakahdaily
GOMBAK, 8 Jun: Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Ekoran itu, beberapa orang ditahan iaitu dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.

Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.

Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.

Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan pada malam ini juga dalam jarak lebih kurang 15 kilometer, namun sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam ini

GOMBAK, 8 Jun: Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.

Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.

Ekoran itu, beberapa orang ditahan iaitu dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.

Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.

Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.

Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan pada malam ini juga dalam jarak lebih kurang 15 kilometer, namun sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam ini. -harakahdaily