14 Jun 2010

Judi Bola: Percanggahan Kenyataan Najib Dan Kumpulan Berjaya.

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini mendesak kerajaan supaya membuat penjelasan mengenai status sebenar pemberian lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya.

Ini kerana terdapat banyak laporan yang bercanggah mengenai status sebenar pemberian lesen judi apabila kerajaan dalam laporan mengatakan ia masih belum muktamad tetapi Kumpulan Berjaya pula mengatakan sudah memperoleh lesen tersebut.

Menurut Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat, pencanggahan laporan antara kerajaan dan Kumpulan Berjaya menyebabkan rakyat keliru mengenai status sebenar pemberian lesen judi tersebut.

“Kerajaan kata keputusan belum muktamad tetapi Kumpulan Berjaya pula cakap dah dapat, mana satu status sebenarnya?

“Kenapa kerajaan berat sangat hendak membuat penjelasan dalam isu ini? Kalau sudah beri mengapa tidak buat penjelesan?” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata tindakan kerajaan yang masih merahsiakan status sebenar pemberian lesen judi tersebut membuatkan rakyat keliru.

“Rakyat nak tahu status sebenar tetapi kerajaan masih merahsiakannya. Ini membuatkan mereka keliru dan tertanya-tanya mengenai status lessen judi tersebut.

“Apabila kerajaan masih mendiamkan diri maka maklumat sebenar tidak dapat disalurkan kepada rakyat dan mereka masih ternanti-nanti penjelasan daripada kerajaan,” katanya.

Selain itu, GMJ menggesa supaya semua Ahli parlimen terutamanya dari Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian mereka dalam isu lesen judi ini kerana sehingga kini masih berdiam diri.

The Malaysian Insider difahamkan GMJ akan menyerahkan memorandum kepada semua Ahli Parlimen di bangunan Parlimen pada pukul 11 pagi esok.

“Dalam memorandum ini kita akan memberikan tiga tuntutan kepada Ahli Parlimen iaitu menarik balik lesen judi sukan, menguatkuasakan undang-undang judi dan mendidik masyarakat membenci judi.

“Melalui tiga tuntutan ini kita mahu mereka (Ahli Parlimen) membahaskan isu ini dalam persidangan.

“Selain itu, kita juga mahu Ahli Parlimen BN supaya menyatakan pendirian mereka dalam isu ini kerana sehingga kini masih mendiamkan diri,” kata Suhaizan.

GMJ dibentuk bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia. -TMI


Rakyat Digalak Pakai Jersi Bola Pada Perhimpunan Anti-Judi 3 Julai

PENGKALAN CHEPA 14 Jun - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan orang ramai yang hendak menyertai demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai nanti memakai jersi bola sepak yang ada nombor dan membawa sebiji bola tiap seorang.

Beliau mengucapkan tahniah kepada DPPP yang begitu agresif sehingga berjaya menubuhkan Gerakan Membantah Judi Bolasepak dan berharap seluruh rakyat prihatin dapat bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.

"Saya nak minta supaya mereka datang dengan memakai apa saja jersi bola sepak bernombor ataupun mengikut warna negeri masing-masing, kalau datang dari Kelantan bolehlah pakai warna merah dan saya dari Kedah akan pakai jersi hijau kuning, Tok Guru Hj Hadi kena pakai warna putih tapi semua kena pakai jersi bernombor.

"Setiap peserta demonstrasi membawa bola seorang sebiji, ini sebagai simbolik kepada demonstrasi bagi menentang judi bola sepak, kita nak kata 'bola - ya, judi - tidak'.

"Sebab itu saya mengharapkan isu ini menjadi satu lonjakan kepada kita semua dan kepada banyak isu-isu yang lain dan saya harap jangan kita rasa kebimbangan PAS untuk menggadaikan polisinya tetapi ianya dilakukan berdasarkan landasan Islam dan sunnah Nabi dan kita jangan takut melakukan perubahan baru," kata Mahfuz ketika menggulung perbahasan Muktamar PAS ke-56 di sini semalam. -SK



Perginya Hassan Shukri Sehari Selepas Muktamar PAS Ke 56

Hassan Shukri meninggal dunia

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (kiri) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana, lapor Harakahdaily.

Media online PAS itu memetik Puan Naznah Taha, isteri Subky Latiff, sebagai berkata Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang.

Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang.

Menurut Harakahdaily lagi, Sebelum menjadi timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9 pagi esok di Surau Taman Melewar. -mk

Ulasan GB

Pemergian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri sebaik sahaja Muktamar PAS Ke 56 melabuhkan tirainya.

GB sebelum ini telah menulis betapa perlunya PAS menghargai tokoh-tokoh PAS sebagai agenda di dalam muktamar atau ap-apa program yang perlu dianjurkan oleh parti seperti Anugerah Maal Hijrah dan seumpamanya. Petikan:


Banyak perkara boleh dibuat oleh PAS, tapi tak buat. PAS boleh anjurkan program Maal Hijrah sendiri untuk iktiraf pejuang2 PAS yang dah berkorban utk parti seperti Hassan Shukri, Subky Latif, bekas2 PJ Negeri-negeri, tapi pemimpin PAS tak buat, lebih seronok bertenggek atas pentas VIP majlis Maal Hijrah pihak lawan.


Sehinggalah semalam, PAS masih tak lakukan kerja-kerja menghargai mereka yang telah bertungkus-lumus untuk parti. Jangan kata blogger, yang dihadiahkan herdikan "Luncai", sehinggakan seorang bekas Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang semua ahli lama PAS mengenalinya sebagai artitek yang telah mendraf Perlembagaan PAS, Allahyarham Ustadz Hassan Shukri, dilupakan.

Inilah PAS yang ada kini.

Apa-apa pun kepada keluarga Allahyarham, kita ucapkan TAKZIAH. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semuga dihimpunkan Allahyarham di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan ditempatkan di syurga jannatun-naim.


Amalan Kronisme Dalam PAS Bakal Hancurkan Parti

Kerajaan negeri kena bantu PAS

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS akan kalah teruk di Selangor dan Kedah dalam pilihan raya umum akan datang jika kerajaan negeri tidak membantu.

"Malah di Kelantan, PAS hanya boleh mempertahankan 18 kerusi negeri," katanya ketika menggulung jawaban dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

"Kekuatan PAS Selangor dan Kedah tidak sama dengan Kelantan. Jika kerajaan negeri tidak membantu, parti (PAS) akan bermasalah. Kerajaan Selangor kena tolong PAS negeri itu, kalau tidak PAS ‘out’ di negeri itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, "menjadi kewajiban pergerakan itu mendaftarkan 2.2 juta anak muda yang belum mendaftar menjadi pengundi baru dan kita sudah lancar gerakan mendaftar ahli baru melalui pelbagai aktiviti pergerakan."

Menurutnya, PAS perlu memberi perhatian kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana kedua-duanya perlu memahami hala tuju parti.

Mengenai isu judi sukan, Nasaruddin berkata, demontrasi besar-besaran 3 Julai masih belum terlambat kerana Piala Dunia memasuki peringkat suku akhir.

"Kita mendapat maklumat Kumpulan Berjaya mensasarkan pertaruhan judi kepada empat liga bolasepak Eropah – Itali, Jerman, Sepanyol dan England," katanya.

Beliau berkata, "pihaknya mengatur jadual berjumpa mufti dan menteri besar di seluruh negara untuk menyertai demontrasi judi itu. Kita berharap semua hadir – muslimat, ulama’, pemimpin atasan."

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mencadangkan orang ramai membawa sebiji bola setiap seorang pada hari demontrasi judi sukan nanti.

"Kalau boleh mereka memakai jersi bola pada hari tersebut,"katanya disambut gelak ketawa perwakilan.

Ulasan GB

Kekalahan PR Selangor nanti, seperti yang diresahkan oleh pelbagai pihak jika berlaku, bukanlah kerana faktor kuraangnya pendaftaran pengundi muda, tetapi faktor PAS Selangor sendiri yang tidak caca marba.

Berlakunya hal demikian kerana wujudnya seorang pemimpin yang mengamalkan budaya cah keting dalam PAS. Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini telah memecat ahli jawatankuasa harian PAS negeri untuk digantikan dengan kroninya - kemudian diperkuatkan lagi dengan amalan perlantikan dengan kaedah kronisme oleh Presiden PAS sendiri terhadap jawatan-jawatan utama parti.

Saya hairan mengapa "mereka itu" mengamalkan budaya UMNO di dalam PAS. Dan "mereka itu" adalah yang bergelar "pemimpin yang bermasalah" oleh Mursyidul Am PAS.

Sebelum PRU, pastikan "pemimpin bermasalah" itu dibersihkan daripada parti, jika tidak PAS memang bermasalah menghadapi PRU dan cah keting di Selangor akan berlaku lagi untuk menurunkan hanya kroni-kroni di untuk bertanding.

Insiden Memalukan Di Muktamar, Perwakilan Tidak Terima Perbezaan Pendapat

Perwakilan Muktamar PAS dibidas kerana tidak bersedia menerima perbezaan pendapat dan kritikan yang bertentangan dengan dasar parti.

Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, PAS sebagai sebuah parti yang sering memperjuangkan kebebasan bersuara ternyata tidak mempraktikkan prinsip berkenaan pada muktamar ini.

"Semalam saya rasa macam perwakilan dari Temerloh dibuli oleh tuan-tuan semua, kita ini parti PAS kalau di luar paling lantang perjuangkan mengenai kebebasan bersuara... tapi bila sahabat kita cakap sikit, kita dah mula tengking dan tak bersedia nak dengar.

"Ada pandangan yang bernas, ada pandangan yang tak bernas dan ada juga pandangan yang salah... tapi kita mesti bersedia untuk dengar dulu, bagi peluang dia cakap dulu termasuklah pengerusi tetap, jangan nak halang dulu," katanya semasa menggulung perbahasan usul pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.

Semalam pada sesi perbahasan usul, perwakilan Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya apabila mendakwa Perlembagaan PAS yang ada diciplak daripada Umno.

Amirruslan bagaimana tidak sempat menghabiskan perbahasannya apabila mendapat bantahan daripada para perwakilan dan Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail.

Selain itu, Hanipa yang juga seorang peguam berkata, setiap tindakan PAS perlu selari dengan apa jua dasar yang diperjuangkan.

Menurutnya semasa zaman Nabi Muhammad SAW, baginda tetap memberi peluang kepada orang lain untuk bersuara walaupun yang bertentangan dengan Islam.

"Masa zaman nabi dulu pun baginda dengar apa yang orang lain nak cakap, saya tahu anda marah sebab kita dikaitkan dengan Umno... yang itupun saya marah.

"Tapi sikap kita perlu diperbetulkan, kita kene biar dia cakap dulu dan tegur kemudian... saya sebagai peguam rasa macam nak wakil dia untuk lawan tuan-tuan semua," katanya. -mstar

Ulasan GB

Demikian adanya selama ini.

Bukan sahaja berlaku di dlam muktamar, malah di luar muktamar.

Apabila blogger menentang gagasan UG, dituduhnya blogger itu tidak wala, tidak setia dan seumpamanya.