19 Jun 2010

UMNO BN Sekadar Megah Dengan Lambang-lambang

Tegakkan Keadilan, Demokrasi Dahulu Bukannya Pindahkan Parlimen

Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menggunakan kuasa eksekutif berhubung cadangan menggantikan bangunan parlimen dengan mengambilalih Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bercanggah dengan peraturan Dewan Rakyat.

Perkara tersebut kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah membelakangkan Jawatankuasa Dewan yang dilantik oleh Parlimen.

"Tindakan itu bercanggah dengan peraturan Dewan yang mana kuasa eksekutif telah mengatasi legislatif.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, Nazri sepatutnya tahu batas antara eksekutif dan legislatif.

"Jawatankuasa ini sudah lama tidak bermesyuarat sejak penggal sidang parlimen bermula awal tahun ini.

"Nazri sepatutnya memanggil kami untuk berbincang tetapi beliau menggunakan kuasa sebagai menteri memberikan pandangannya tanpa rundingan bersama ahli jawatan kuasa yang dilantik ini.

"Bangunan parlimen ini tidak sepatutnya ditinggalkan kerana ianya mempunyai nilai warisan yang sepatutnya dijaga kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

"Kalau di negara-negara lain di dunia dengan bangga ingin mengekalkan parlimen yang mempunyai sejarah, kerajaan Umno-Barisan Nasional pula dengan senang hati ingin menjadikan bangunan parlimen sebagai muzium untuk dilawati oleh pelancong," ujar beliau.

Katanya lagi, memang diakui dengan keadaan sekarang di mana bilangan ahli parlimen bertambah menyebabkan keadaan menjadi tidak selesa tetapi terdapat banyak tanah kosong di sekeliling parlimen dan jika ada cadangan untuk membina infrastruktur baru seperti kemudahan untuk ahli parlimen dan pegawai-pegawai khas mereka ianya boleh dibina di situ.

Tambah Fuziah, kerajaan tidak perlu menggunakan RM800 juta wang rakyat sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk membantu rakyat dengan dana tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata rancangan tersebut adalah usaha untuk menyelamatkan PICC daripada menjadi satu lagi projek gajah putih yang terbukti merugikan rakyat dan negara.

"Kerajaan Umno-BN ini memang terkenal dengan dasar 'flip-flop' dalam membuat keputusan.

"Sebelum ini, saya sendiri telah menghadiri satu pameran Jabatan Kerja Raya berhubung pembinaan blok bangunan baru yang akan didirikan di belakang Dewan ini.

"Saya juga telah dimaklumkan bahawa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mempersetujui cadangan itu dengan kos anggaran yang akan menelan belanja RM200 juta.

"Secara tiba-tiba, sekarang ini apabila bangunan PICC tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak pengurusannya, menteri berkenaan mengumumkan cadangan untuk memindahkan parlimen ke situ.

Apa yang penting kata Mahfuz bukannya bangunan baru tetapi hak dan kebebasan ahli dewan dan integriti Dewan itu sendiri.Menurutnya lagi, apa yang diperlukan adalah sistem demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him pula menyifatkan langkah tersebut merugikan negara kerana kerajaan telah banyak mengeluarkan kos untuk membaikpulih bangunan parlimen yang sedia ada. -SK

Ulasan GB

Saya bersetuju pandangan dengan YB Fuziah.

UMNO BN memang pesennya begitu. Ditegakkan dan diagongkan lambang-lanmbang sedangkan isinya hampas. Nak ditegakkan dan dimegahkan Parlimen baru di Putrajaya sedangkan nilai kebenaran, keadilan dan demokrasi telah runtuh dikerjakan mereka.

Sama seperti masjid-majid yang dibina dan didirikan secara besar-besaran dan indah-indah tetapi solat tidak didirikan.

Malah UMNO BN sanggup membina bangunan tertinggi di dunia (Menara Kembar Petronas) sadangkan isi di dalam kosong belaka.

UMNO BN Takut Kalah Di Parlimen Batu

Nazri: Tian Chua masih MP sah, terima keputusan

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketika pelbagai pihak beranggapan Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu kerana denda RM2,000, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berpandangan sebaliknya.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen itu menegaskan, Pengarah Strategi PKR ini boleh terus menyandang kerusi beliau dan keputusan hakim semalam telah “menyelamatkan” kedudukannya.

“Bagi saya beliau (Tian Chua) masih lagi Ahli Parlimen yang sah kerana denda RM2,000 tidak akan menyebabkannya hilang kelayakan tetapi jika RM2,001 baru akan dilucut jawatan itu.

“Jadi keputusan yang dibuat hakim perlu diterima, jangan dengar pendapat orang lain yang cakap Tian Chua (gambar) bukan lagi Ahli Parlimen,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Nazri memberikan pandangannya ini ketika peguam-peguam Tian Chua dijadual menemui hakim kesnya Isnin ini.

Pandangan Nazri itu berbeza dengan pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga peguam veteran bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu hanya kerana denda RM2,000.

Malah seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya juga berpendapat denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk Tian Chua kehilangan kerusinya.

Menurut Nazri, sebarang persoalan mengenai keputusan terhadap Tian Chua perlu diajukan kepada hakim yang menjatuhkan hukuman itu.

“Perlu tanya kepada hakim mengenai keputusan itu. Mengapa beliau menjatuhkan hukuman sebanyak RM2,000?

“Kalau beliau berbuat demikian supaya Tian Chua tidak hilang kelayakan, jadi kenapa tidak ikut pelaksanannya (hukuman)?” kata beliau.

Nazri memberitahu, sekiranya hakim membuat keputusan tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya pilihan raya kecil, maka semua pihak harus menerimanya. SPR sedang meneliti implikasi keputusan hakim semalam.

Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan berhubung tuduhan mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya.

Denda itu lebih rendah berbanding RM3,000 yang dikenakan tahun lalu.

Beliau didakwa mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan ke atas Tian Chua berhubung tuduhan mencederakan Mohd Rosyaidi.

Peguam Tian Chua Amer Hamzah Arshad memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan membangkitkan keputusan hakim Mahkamah Persekutuan pada 1993 di mana Hakim Tan Sri Gunn Chit Tuan merumuskan bahawa “tidak kurang daripada” bermakna “lebih”.

Peguam Tian Chua gagal menemui hakim kes mereka pagi tadi, sebaliknya dimaklumkan menerusi timbalan pendaftar bagai apa yang diputuskan semalam sudah cukup jelas.

Dalam keputusannya semalam, Ghazali mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap wakil rakyat berkenaan dan menggantikannya dengan denda RM2,000 atau tiga bulan.

Bagimanapun, Ghazali menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Ghazali berkata penghakiman Majistret pada 22 Okt lalu yang berdasarkan penemuan fakta adalah betul dan pemakaian undang-undang juga adalah tepat dan tidak perlu lagi diganggu.

Ghazali berkata soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati.

“Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua tidak layak menjadi seorang wakil rakyat, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

“Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa.

“Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil. Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara,” katanya. -TMI

Ulasan GB

Sepertimana yang GB ulas sebelum ini, sebenarnya setelah UMNO BN menelek beberapa kali serta nasihat dari bomoh-bomoh mereka, UMNO BN tidak akan menang malah akan dimalukan dengan kekalahan dasyat jika diadakan pilihanraya kecil di parlimen Batu.

Ini kerana majoriti Tian Chua ialah hampir 10,000 di kawasan tersebut. Tian Chua memperolehi undi 30,000 manakala lawannya dari BN Lim Si Pin hanya memperolehi sekitar 20 ribu undi.

Diperburukkan lagi dengan merudumnya populariti UMNO BN dengan pelbagai kes seperti lesen judi, isu penyerahan blok L dan M kepada Brunei, tanah KTMB kepada Singapura dan lain-lain.

Seandainya UMNO BN menjangka boleh menang sudah pasti Tian Chua gugur sebagai MP dan berhiruk pikuklah UMNO BN menyambut keputusan hakim yang mula-mul menjatuhkan hukuman denda RM3,000 keoada Tian Chua.

Itulah hakikatnya.