5 Sep 2010

Mad Said Terlondeh Lagi, Projek Uniform Sekolah Diberi Tanpa Tender

MB T’ganu didakwa beri kontrak uniform sekolah tanpa tender

Dalam perkembangan lain, kontrak uniform sekolah diberi tanpa tender juga berlegar di pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Dipercayai wanita misteri itu bernama Mek Hawa binti Abdul Rahman yang mendapat kontrak tanpa tender selepas mendapat surat terus dari menteri besar.

Di percayai sekitar November 2008, syarikat yang diberi nama Hamie Enterprise menghantar surat terus kepada menteri besar menyatakan syarikat itu membekalkan pakaian sekolah dengan jenama ‘Ganu Kita."

Dalam surat itu, dinyatakan Hamie Enterprise memohon membekalkan uniform sekolah kepada kerajaan negeri.

Surat Hamie yang ditandatangani oleh penama, Azreen bin Ami Nordin telah diluluskan oleh menteri besar sebagai syarikat pembekal uniform sekolah.

Pada November, Ahmad dilaporkan bahawa rundingan memilih Hamie Enterprise untuk membekalkan uniform sekolah untuk 2008 telah berjaya.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Syarikat Malaysia, Hamie Azreen bukan pemilik atau rakan kongsi kepada Hamie Enterprise yang ditubuhkan pada 1994. Mek Hawa binti Abdul Rahman adalah pemilik Hamie Enterprise.


Setelah diluluskan oleh menteri besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal telah mendapat tender amie Enterprise sebagai pembekal uniform sekolah kepada 53,300 pelajar RM7,995,000.

Sejak keputusan dibuat pada akhir tahun, perbelanjaan yang seharusnya dibuat melalui tender oleh kerajaan negeri hanya diberi melalui rundingan.

Berikutan kekurangan masa uniform dan peralatan dibeli dari China tanpa membuat rujukan terhadap keperluan saiz secara mendalam.

Keputusannya, sehingga sekarang, walaupun selepas dua tahun uniform termasuk stokin dan kasut belum habis diagihkan kerana saiz tidak sesuai.

Mengikut laporan pejabat pendidikan daerah Hulu Terengganu, hanya selepas dikira semula 5 Otober 5, 2009, mengesahkan simpanan masih ada di pejabat itu adalah seperti berikut:

Kasut – 5402 pasang
Seluar panjang – 5066 helai
Baju lengan pendek – 4222 helai
Baju kurung putih – 4415 helai
Kain sarong biru – 936 helai
Tudung – 2910 helai

Pembaziran tidak hanya dipersoalkan oleh PAS dam sidang Adun sejak sesi lalu, tetapi oleh wakil kerajaan mengenai kewajaran Ahmad memberikan projek tanpa tender bernilai RM7, 995,000 kepada Hamie Enterprise.

Ulasan GB

Habis Ahmad Said, terlondeh lagi. Selepas e-book, kini kontrak uniform sekolah.

Itu yang dapat dikesan. Banyak lagi yang masih misteri. Yang akan terbongkar satu demi satu.

Memang dah dasar puak UMNO BN ini apabila memerintah, mereka mentekedarah dan membazirkan wang rakyat.

Jadi, ingat, jangan silap lagi.



Gani Patail Tetap Akan Terima Balasannya

Serah Dokumen Sulit, Peguam Negara Berat Sebelah

Dokumen Akta Rahsia Rasmi sekalipun akan didedahkan sekiranya ia boleh membantu pembelaan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional di mahkamah.

Sebaliknya pelbagai kekangan dikenakan sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan yang sama.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, membidas sikap berat-sebelah Pejabat Peguam Negara yang beria-ria membantu pembelaan tertuduh dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang, Dr Ling Liong Sik.

Pasukan pendakwaraya bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan yang sama, bahkan begitu liat mahu menyerahkan dokumen perubatan dan sampel spesimen yang diminta Anwar Ibrahim bagi tujuan pembelaan dalam kes konspirasi dua.

"Saya nampak macam ada berat sebelah, kalau pembangkang minta walaupun dari Datuk Seri Anwar Ibrahim,atau dalam kes PKFZ".

"Ini akan menjadi persoalan besar kenapa tindakan hanya dikenakan ke atas Ling Leong Sik tetapi tidak mengheret ahli-ahli politik yang lain ke mahkamah kerana mereka membuat keputusan bersama" ujar Tian kepada Tv Selangor.

3 September lalu, salah seorang peguam Ling, Wong Kan Kheong berhujah, dokumen-dokumen sulit berkenaan Zon Bebas Pelabuhan Klang diperlukan bagi membantu pembelaan anak guamnya.

"Pihak peguam bela memerlukan dokumen-dokumen seperti minit mesyuarat, pertemuan jawatankuasa kabinet dan kertas pasca kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972".

"Kita memerlukannya untuk mempersiapkan hujah bagi pihak pembelaan" katanya kepada mahkamah.

Pasukan pendakwaraya yang diwakili oleh Dzulkifli Ahmad pula berkata pihaknya boleh membantu mendapatkan dokumen yang diminta tertuduh, tetapi memerlukan sedikit masa dari mahkamah.

"Kami tidak keberatan ke awal lagi tetapi kami rasakan itu tidak mungkin kerana kita perlu waktu untuk bertindak pada beberapa permintaan dari pihak peguam bela," ujar Dzulkifli.

Mengulas lanjut, Tian tidak yakin kerajaan akan membekalkan dokumen-dokumen PKFZ yang boleh mengugat kedudukan pemerintah.

Ujarnya, sekiranya dokumen kabinet ini didedahkan, bukan hanya tembelang Ling Liong Sik sahaja yang terbongkar, sebaliknya keseluruhan kabinet akan diheret ke muka pengadilan.

"Saya nampak mungkin ini satu permulaan yang Ling Liong Sik mahu buktikan bukan dia seorang sahaja yang terlibat. Kalau dia minta supaya kertas kabinet ini didedahkan,akhirnya kalau kabinet rasa terugut, terancam, mereka mungkin tidak akan menjatuh hukuman yang berat kepada Ling Liong Sik supaya semua boleh selesai dengan cara dalam keluarga". -TVS

Ulasan GB

Rakyat secara umumnya memang tidak suka dengan Peguam Negara ini. Tetapi UMNO BN memandang beliau sebagai satu aset bernilai untuk selamatkannya.

Oleh itu Najib belum lagi rela melepaskan Gani Patail, selagi kes liwat 2 tidak selesai. Kerana nama "Anwar" amat menghambatnya.

Nama dan rekod Gani Patail semakin hari semakin hanyir. GB yakin apabila Pakatan Rakyat memerintah, salah seorang yang TETAP masuk penjara ialah Gani Patail.

Banyak hal yang kalau diselongkar, begitu busuk manusia yang bernama Gani Patail ini.

Kerana kebusukan itulah, Gani Patail perlu letak jawatan segera. Jika tak mahu, Najib perlu pecatnya. Jika tak pecat, rakyat yang akan melakukannya. Jika rakyat belum berkemampuan, Tuhan tetap akan membalasnya. Balasan Tuhan terhadap perkara yang buruk lebih dasyat. Sedasyat Rahim Nor dan Musa Hassan yang dipaksa turun dari kerusi KPN.

Bear witness, we have warned you, Gani!


Teo Semakin Popular, UMNO Dan Perkasa Semakin Bangang

Tindakan UMNO terperangkap sendiri: Hu

KOTA BHARU - Tindakan UMNO yang berterusan memainkan isu perkauman termasuk memanipulasi tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memasuki ruang surau menyebabkan parti itu memerangkap diri.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, tindakan berterusan menyalahkan Teo kerana masuk ruang solat surau hanya mempopularkan lagi Ahli Parlimen Serdang itu.

“Tindakan ini sebenarnya tidak menguntungkan parti itu (UMNO) malah kepada Islam sendiri, apa yang dilakukan itu sedikit sebanyak menjauhkan orang bukan Islam yang mahu mengenali Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, mengikut kefahamannya Islam merupakan agama toleransi yang diturunkan kepada semua kaum yang ada di dunia dan adalah perlu Muslim sendiri yang harus memberi penerangan kepada orang bukan Islam.

Beliau memberi contoh bagaimana kakitangan masjid di negara China yang mesra kepada orang bukan Islam yang mahu melawat dan memahami agama Islam secara dekat.


“Saya sendiri beberapa kali berkunjung ke masjid di negara tersebut, mereka memberi layanan yang cukup mesra dengan menerangkan tentang hal ehwal agama termasuk sewajarnya, jadi apa salahnya pendekatan itu turut digunakan di negara ini,” katanya.

Katanya, tindakan berterusan menghentam Teo menyebabkan beliau lebih popular di kalangan masyarakat yang menganggap Ahli Parlimen itu mahu mendekatkan diri dengan ajaran Islam. -SH


MP Serdang kini popular ‘YB Surau’, sangkal sumbangan ‘hina Islam’

Sementara kira-kira 30 kariah menunggu dengan sabar sambil berbual mengenai perkembangan semasa, sekitar pukul 11 malam tadi, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching singgah di Surau At-Tholabiah, Sungai Ramal Luar berhampiran Kajang.

Wakil rakyat itu sepatutnya berada di surau itu pukul 10 malam untuk bertemu dengan mereka selepas berakhirnya majlis tarawih. Bagaimanapun beliau lewat sejam kerana terpaksa singgah di Madrasah Cheras Perdana untuk memenuhi permintaan saat-saat akhir.

“Maaf, saya tiba lewat. Ada program saat-saat akhir. Mereka memanggil saya datang,” kata beliau dengan tenang ketika melangkah ke Surau At-Tholabiah, yang terletak di tepi Lebuh Raya Sik.

Madrasah Cheras Perdana antara yang mengundang beliau bertemu dengan umat Islam meskipun tercetusnya isu kunjungan ke Surau Al-Huda.

Permintaan Madrasah Cheras Perdana dan kesungguhan pengurusan Surau At-Tholabiah menandakan Teo yang sudah mula dikenali sebagai “YB Surau” menandakan terus menerusi semangat dan sokongan di sebalik debat mengenai isu ini berterusa.

Dengan berpakaian baju kurung berwarna kuning dengan selendang, yang dihadiahkan oleh salah seorang peminatnya baru-baru ini, Teo berkata: “Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ujian.”

Beliau telah menerima enam selendang setakat ini,
termasuk selendang dari Mesir yang dihadiahkan oleh “Datuk Zin”. “Kalau ada jemputan saya akan datang, menjadi tugas saya untuk datang.... saya melakukan ini bukan sahaja ketika Ramadan, tetapi sepanjang tahun... saya pergi bertemu dengan semua orang tidak kira agama dan kaum,” katanya.

Kehadiran di Surau At-Tholabiah adalah persinggahan beliau yang terakhir pada bulan Ramadan. Awal pagi ini beliau bertolak di Sarawak sebagai sebahagian daripada persediaan DAP menghadapi pilihan raya umum negeri itu.

Ahli Parlimen penggal pertama berusia 29 tahun itu tiba-tiba menjadi ‘popular’ ekoran kontroversi yang dibangkitkan oleh Umno dan Perkasa dua minggu lalu.

Dalam ucapannya Penasihat Surau At-Tholabiah Mohd Yusof A. Kadir berkata, “walaupun berhadapan dengan isu kontroversi, kami berharap beliau (Teo) akan terus bersemangat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.”

“Kami berharap semangat YB tidak jatuh, tetapi pada masa yang sama kita akan ikut arahan orang atasan,” kata beliau mengalu-alukan kedatang Teo yang menyampaikan sumbangan pada majlis ringkas yang diadakan di ruang luar.

“Ini duit rakyat,” kata Teo ketika menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi surau Abdul Rahman Mohd Tahir seolah-olah mahu menangkis kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan wakil rakyat bukan Islam menyampaikan sumbangan dan derma di kawasan masjid dan surau.

Ketika ditemui The Malaysian Insider dalam satu pertemuan kira-kira 10 jam sebelum itu, Teo berkata, kunjungan beliau ke masjid atau surau sama sekali tidak harus dilihat sebagai tindakan menghina agama Islam.

“Mengapa saya perlu memberi sumbangan untuk menghina agama lain, tidak... tidak,” kata beliau ketika ditemu bual di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya tengah hari semalam.

“Kalau saya nak menghina, adakah saya hendak memberi sumbangan, saya rasa kenyataan itu (dakwaan menghina) itu tidak masuk akal, tidak betul,” kata wakil rakyat kelulusan undang-undang ini.

Teo mengulangi bahawa Umno dan Perkasa sengaja memperbesarkan isu ini dan menolak bahawa beliau menggunakan kunjungan ke masjid atau surau untuk kepentingan politik.

“Saya juga terkejut. Saya tidak panggil wartawan ke program saya. Ini lawatan biasa,” kata beliau sambil menambah, “saya pergi ke sana dengan niat yang suci dan ikhlas iaitu untuk memberikan sumbangan.”

“Umno memang ada cakap saya telah memperalatkan surau untuk meraih publisiti untuk diri sendiri.

“Tetapi saya tidak berniat untuk buat demikian lagipun pada hari itu juga saya tidak jemput wartawan untuk datang.... kalau saya pergi saya dan bawa wartawan mungkin boleh tuduh saya gunakan surau untuk jadikan saya lebih popular,” katanya.

Selepas isu ini diperbesarkan, Teo mengakui sudah melawat beberapa surau lagi.

“Ini adalah tugas saya jadi saya perlu jalankan tanggungjawab seperti biasa,” katanya lagi.

Sebenarnya kata Teo, kebanyakan program telah disusun sejak sebelum Ramadan lagi dan ada juga jemputan yang baru selepas isu ini tercetus.

“Macam malam ini baru terima jemputan dua hari lalu, mereka tidak takut kerana faham.

“Selain masjid dan surau saya juga ada pergi ke bazar untuk beri buah kurma.

“Respons syang saya terima sampai hari ini agak menggalakkan... ada orang cakap ia bukan satu isu, ada juga yang cakap mereka itu (pengkritik) cemburu,” kata Teo sambil menambah, beliau akan melakukan apa yang sepatutnya perlu dijalankan selaku seorang wakil rakyat.

Menjawab soalan bagaimana beliau menghadapi isu semasa ini, Teo juga berkongsi bahawa pada hari pertama dan kedua beliau memang tertekan dan ada menangis.

Teo berkata, beliau menitiskan air mata semasa dalam perjalanan ke rumah dan ketika berada di rumah sehari selepas Majlis Agama Islam Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor murka dan akan mengeluarkan surat amaran.

Malah kenyataan itu menjadi tajuk muka depan media pada Sabtu lalu.

“Hari Sabtu, saya rasa begitu susah,” katanya.

“Memang saya rasa tertekan kerana saya ingat ia salah saya,” kata beliau tetapi mengaku tidak menjejaskan kerjaya politiknya.

Bagaimanapun kata Teo, beliau seolah-olah merasakan telah membuat satu kesilapan yang boleh menjejaskan reputasi parti dan juga ahli jawatankuasa Surau Al-Huda.

“Memang rasa begitu, tidak senang dan sedih kerana ahli jawatankuasa telah digantung kerana tindakan saya.

“Pada saya, jika pada malam itu mereka tidak menjemput saya masuk ke ruang solat, ia tidak akan jadi satu isu yang begitu besar.

“Walaupun mereka jemput saya dengan niat baik dan ikhlas, layan saya dengan baik dan akhirnya apa yang saya bawa kepada mereka adalah masalah.

“(Oleh itu) saya menangis sendiri bukan depan orang,” katanya.

Teo juga berkongsi bahawa beliau menerima banyak panggilan daripada pemimpin parti dan mereka sebenarnya tidak marah.

“Semua orang hanya simpati dan faham bahawa pada hari pertama dan kedua saya berada dalam satu kedudukan yang sangat sukar.

“Mereka hubungi dan memberi nasihat kepada saya... apabila (Lim) Kit Siang dan Lim Guang Eng hubungi saya, bila mereka hubungi mereka cakap jangan risau, saya rasa ini satu sokongan moral daripada mereka,” katanya lagi.

Teo, antara calon pilihan raya umum 2008 yang menggunakan pendekatan kreatif untuk mendekati pengundi memberitahu beliau tidak sama sekali terfikir untuk meletakkan jawatan kerana isu ini, tetapi rasa takut dan risau kerana “saya tidak mahu membawa masalah kepada parti.”

“Saya rasa begitu ketika itu kerana pada saat itu kita belum terima begitu banyak nasihat, sokongan dan panduan daripada PKR dan PAS lagi.

“Tok guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga ketika itu masih belum keluarkan apa-apa kenyataan pada masa itu,” katanya lagi.

Teo, penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP berkata, beliau sememangnya bimbang sama ada telah buat satu kesilapan yang akan mengakibatkan orang Melayu menganggap DAP sebuah parti anti-Melayu dan anti-Islam.

“Ini kerana saya rasa telah mencuba dengan begitu bersungguh untuk meyakinkan masyarakat Melayu bahawa DAP bukan sebuah parti ‘Chinese, Chauvinist dan Communist (CCC)’ sebagaimana didakwa oleh musuh kami,” kata beliau dengan merujuk kepada usaha DAP yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa ia adalah sebuah parti yang berkhidmat untuk semua kaum.

“DAP adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia... memang saya takut bahawa usaha-usaha yang kita lakukan selama ini akan terjejas oleh sebab saya telah lakukan kesilapan atau boleh kata kecuaian yang bodoh,” ujar beliau.

Selain menangis, insiden ini juga membawa kepada Teo membeli telefon BlackBerry untuk mengikuti perkembangan semasa dengan lebih dekat.

“Sebelum ini saya tidak guna BlackBerry, lepas insiden tersebut saya beli pada 31 Ogos. Saya perlukan BlackBerry sekarang, pada hari ini saya perlukan BlackBerry untuk dapatkan banyak informasi,” katanya.

Beliau masih melihat ke depan untuk berhadapan dengan cabaran dan tanggungjawab lebih besar sebagai wakil rakyat.

“Selepas melihat komen dan Tok Guru mempertahankan saya dan sudah menjelaskan bahawa dari segi Islam memang tidak salah orang bukan Islam masuk masjid dan surau, dari sana saya telah mendapat kekuatan dan selepas insiden itu, ramai orang telah keluarkan kenyataan mempertahankan saya termasuk (Naib Presiden PAS) Datuk Mahfuz Omar, Dewan Muslimat pusat dan Selangor juga ada datang jumpa saya untuk beri semangat - satu jumpa di Kajang dan satu jumpa di Balakong.

“Saya rasa selepas hari Sabtu, komen daripada masyarakat agak positif.

“Ada orang yang kata saya tidak buat apa-apa kesalahan dan kata tiada masalah orang bukan Islam masuk masjid dan surau.

“Ada juga fikir bahawa tidak pakai tudung itu adalah tidak sopan kerana saya sepatutnya pakai tudung,” katanya yang mengaku telah meningkatkan pemahaman tentang Islam berbanding Mac 2008.

“Lepas kejadian itu, masyarakat sekarang lebih kenali saya. Saya mengaku walaupun telah jadi wakil rakyat lebih daripada dua tahun tapi masih ramai yang belum kenal siapa saya.

“Tetapi selepas insiden ini saya pergi ke bazar mereka sudah tahu siapa saya.

“Walaupun tidak dapat sebut nama saya tapi mereka panggil saya “YB surau”, tapi saya rasa mereka peka dengan isu ini dan telah kenal saya,”
katanya lagi.

Teo juga merasakan telah menerima banyak simpati daripada masyarakat berkata, beliau sebenarnya merasakan telah menerima sokongan yang begitu banyak.

“Hari-hari, sekarang saya terima selendang dari kawan-kawan Melayu dengan mengatakan bahawa supaya mereka (pengkritik) tidak bising

“Hari ini saya dapat satu lagi emel - ada pihak yang mahu mendermakan RM5,000 kepada saya untuk membuat satu program di kawasan saya,” kata Teo.


Ulasan GB

Orang desperate seperti UMNO dan Perkasa, apabila cuba mengekploitasi sesuatu isu yang disangkakan bernilai untuk mengangkat darjatnya semula yang telah terhumban ke longkang, akan sentiasa melakukan kesilapan yang mendedahkan kebangangannya mereka yang melantun-lantun.

Kesian UMNO dan Perkasa ini. Penyudahnya mereka laksana Hang Tuah dan Hang Jebat yang menghunus keris sesama sendiri. Sang Sultan menonton siapa yang bodeknya lebih kepada istana. Semua dah nampak pertentangan Ibrahim dengan Khairy. Tetapi Sang Sultan juga nanti yang akan terpaksa melarikan diri. Itukan juga dari sejarah, takkan tak reti-reti!

Kisah 756 Ahli PAS Sertai UMNO

&56 ahli PAS masuk Umno, bohong!

Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal. -harakahdaily

756 ahli PAS di parlimen Larut sertai Umno

Seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Umno semakin teguh

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin BN juga mendorongnya untuk beralih arah kepada Umno.

"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian Umno secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih Umno menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak. - Bernama


Ulasan GB

Samada wartawan BERNAMA, MB Rayuan bernama Zambry dan lain-lain yang terlibat, mereka lansung tidak hirau bulan Ramadhan atau tidak, puasa atau tidak untuk melakukan pembohongan dan penipuan. Kerana dah terbiasa demikian. Sungguh menjijikkan perbuatan mereka ini.

2 orang dilaporkan 756 orang. Diikatnya borang UMNO setelbal-tebal nak buktikan memang lebih 700 orang untuk diserahkan kepada MB Rayuan. Alasannya untuk menyertai UMNO begitu streotaip: PAS kononnya telah menyimpang dari perjuangan asal.

Semakin kerap dilakonkan perkara itu selalu rakyat semakin meluat dengan UMNO. Penipuan tidak boleh samasekali menutup kebenaran. Permata adalah tetap permata walau disalut dengan kaca dan kaca tetap kaca walau disalut dengan permata. Bagaimana kaca boleh menjadi permata? Bagaimana penipuan boleh menjadi kebenaran?

Wartawan Bernama dan ahli-ahli UMNO hanya berpegang kepada perkara-perkara sementara yang bersifat ilusi yang direka-reka untuk menyedapkan hati. Yang kekal adalah tetap THE ULTIMATE TRUTH yang tak mungkin dihalang apabila ianya benar-benar terjadi. Macam tsunami. Itu pun tak faham-faham lagi? Munkin nak Tuhan bagi pengajaran yang lebih hebat dari Tsunami baru bisa mengerti?