19 Sep 2010

Gagal Tarik FDI, Ahmad Husni Salahkan PR

Pelabur berhati-hati apabila pembangkang burukkan kerajaan: Ahmad Husni

Tindakan pembangkang memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kesan kepada pelabur asing kerana mereka lebih berhati-hati terhadap suasana sosial di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah pembangkang membangkitkan isu perkauman dan agama di kalangan masyarakat berbilang etnik menimbulkan kegelisahan di kalangan orang-ramai.

Katanya, kegelisahan masyarakat dibimbangi akan bertukar kepada konflik antara etnik dan pelabur mengambil-kira risiko berkenaan sebelum membelanjakan wang mereka di negara ini.

"Prinsip demokrasi di negara kita, selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.

"Pelabur asing memang mengambil-kira risiko sosial yang akan mereka tanggung jika melabur di negara yang tidak stabil dari segi sosial ini," katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan BERNAMA bahawa tindakan pembangkang memburuk-burukkan nama negara mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009.

Laporan itu memetik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap kerana FDI menyusut.

Mukhriz berkata, pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lalu.

Ulasan GB

Menyalahkan pembangkang apabila menteri-menteri UMNO BN gagal untuk menarik FDI. Satu escapisme yang melambangkan ketandusan dan kekeringan minda dari kalangan mereka yang menganggotai kabinet kerajaan.

Ahmad Husni berkata:

selepas pilihanraya parti pembangkang masih bermain politik dengan membangkitkan pelbagai isu kaum dan agama hingga boleh menimbulkan konflik.

Sakarang saya ingin bertanya menteri berkenaan, selepas pilihanraya dulu, siapa bawa lari ADUN-ADUN PR dan kemudian memaksa mereka menyertai BN dan seterusnya merampas Perak?

Siapa yang menyekat pembangunan ke negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat? Siapa mempolitikkan dan merampas royalti minyak Kelantan di atas nama wang ehsan?

Siapa yang punya angkara membuat banyak karenah di negeri Selangor dan Pulau Pinang jika bukan UMNO BN yang berusaha untuk merampas kedua-dua negeri berkenaan dari tangan Pakatan Rakyat?

Parti mana yang memainkan isu perkauman terutama di dalam soal ketuanan Melayu sehingga berebut dengan NGO bernama Perkasa untuk menjadi juara ketuanan Melayu jika bukan UMNO? Parti mana heret kepala lembu satu ketika dulu jika bukan UMNO?

Pemimpin parti mana yang keluarkan kenyataan-kenyataan rasis selama ini yang menuduh kaum Cina dan India tidak berterima kasih dengan kerajaan kerana telah mengundi pembangkang di dalam pilihanraya yang lalu jika bukan TPM bernama Muhyiddin dari UMNO?

Hah, kamu bikin najis di seluruh negara pada siang hari, kamu tuduh orang lain melakukannya. Kamu dah tak berupaya menarik FDI sepatutnya berundur dari memegang jawatan menteri daripada perhabiskan wang rakyat membayar gaji.


Apa Lagi Zambry, Sahutlah Cabaran Adakan Pilihanraya!

Nizar Cabar Zambry Bubar DUN, Bukti Sokongan Mantap

Jika benar - bubar Dewan dan adakan pilihanraya - itu cabaran Datuk Seri Nizar Jamaluddin kepada Menteri Besar Zambry Kadir yang mendakwa sokongan untuk Umno-Bn di Perak semakin mantap.

"Saya ulangi cabaran saya. Ini bukan pertama kali...banyak kali dia sebut bahawa Umno disayangi semula (dan) BN diberikan sokongan padu...jadi kalau betul, beliau harus pulihkan demokrasi di Perak dan adakan semula pilihanraya,' kata beliau kepada Tv Selangor.

Bernama hari ini memetik Zambry sebagai mendakwa sokongan rakyat di Perak terhadap BN semakin memuncak kerana ramai yang menerima baik gagasan 1 Malaysia ciptaan Perdana Menteri, Najib Razak.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, beberapa kali mencabar Zambry untuk mengadakan pilihan raya negeri untuk mendapatkan mandat daripada rakyat yang menyokong Pakatan rakyat pada pilihanraya umum 2008.

Selepas kejayaan pembangkang itu, Nizar menjadi Menteri Besar tetapi digulingkan apabila Umno memancing tiga ADUN pembangkang untuk menyokong Barisan Nasional.

Dua daripada mereka menghadapi tuduhan rasuah ketika itu tetapi dibebaskan setelah menyokong BN untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Sehingga ini, Zambry tidak pernah menyahut cabaran Nizar walaupun sering mendakwa Umno semakin diterima rakyat.

"Tetapi apabila mereka tidak menyahut keyakinan itu bermakna itu hanyalah kenyataan-kenyataan sonsang untuk menyedapkan diri mereka" tegas Nizar lagi.

Menurut Nizar lagi, Zambry dalam keadaan begitu terdesak sehingga terpaksa merujuk kepada dakwaan beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan Perak dan 72 anggota Wanita cabang Ipoh Barat bertindak keluar parti sebagai bukti sokongan Umno makin kuat.

Hakikat ialah mereka yang keluar itu menghadapi masalah displin, malah ada antara mereka bukan ahli PKR sama sekali.

Nizar berkata kenyataannya ialah Zambry semakin ditolak oleh rakyat Perak.

"Orang di tempat dia sendiri di Pangkor, telah menolak dia. Itulah sebabnya dia mengeluarkan kenyataan itu untuk meyakinkan diri dia dan BN bahawa mereka masih kuat sedangkan hakikatnya orang di sana sudah tidak berkenan pada dia," kata Nizar. -TVS



Zambry: Sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat

Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kini semakin meningkat kerana ramai yang menerima baik pendekatan gagasan 1 Malaysia, kata pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata perubahan itu jelas dirasai kerana sebelum ini, ramai terpengaruh dengan hasutan parti pembangkang yang menimbulkan pelbagai isu sehingga menimbulkan kebencian terhadap kerajaan BN.

“Bagaimanapun, hari demi hari, penipuan serta fitnah yang mereka (pembangkang) jaja di seluruh negara, semakin terbongkar dan membuatkan rakyat jelik terhadap perbuatan mereka itu.

“Ini boleh dilihat dengan perkembangan terkini yang berlaku, iaitu tindakan pemimpin dan anggota parti pembangkang meninggalkan parti masing-masing dan menyokong BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis Jamuan Hari Raya anjuran Umno Bahagian Parit hari ini.

Zambry (gambar) yang juga Menteri Besar Perak berkata, jumlah kehadiran orang ramai pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran komponen BN tahun ini juga meningkat berkali ganda berbanding pada tahun lepas.

“Ini semua hasil kerja keras semua komponen parti BN, khasnya Umno yang semakin agresif menarik semula sokongan pengundi.

“Lebih memberangsangkan lagi, kelmarin empat pemimpin Angkatan Muda Keadilan Perak dan 72 anggota Wanita cabang Ipoh Barat parti itu, turut bertindak keluar parti,” katanya.

Zambry berkata peristiwa itu boleh dianggap satu kemenangan besar kepada BN dan dijangka lebih ramai pemimpin dan anggota parti pembangkang melakukan tindakan sama tidak lama lagi.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri program tahunan yang diadakan di Dataran Parit berkenaan, yang turut dihadiri isteri Menteri Besar Datin Seri Saripah Zulkifli, anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria dan Ketua Umno Bahagian Parit Datuk Zaim Abu Hassan. — Bernama


Ulasan GB

GB ucapkan tahniah kepada MB Rayuan, Datuk Dr Zambry jika benar dakwaannya sokongan rakyat semakin meningkat untuk BN. Justeru itu, apa lagi ditunggu-tunggu. Mohon menghadap Sultan Perak dan persembahkan kepadanya bahawa: dah boleh ada pilihanraya untuk negeri Perak.

Pilihanraya itu penting supaya semua hasil gaji dan elaun yang kamu terima boleh dihalalkan oleh rakyat Perak. Sebab rakyat Perak tak memilih BN di dalam pilihanraya umum 2008. Rakyat pilih Pakatan Rakyat. BN merompak kerajaan Perak dari tangan Pakatan Rakyat. Sampaikan jawatan MB pun yang kamu pegang pun adalah kerana rayuan di mahkamah setelah mahkamah tinggi memutuskan Mohd Nizar sebagai MB perak yang sah. Ia tetap kekal. Jijik dan hina pegang jawatan MB yang rakyat tak restui.

Justeru itu dari segi hukum, semua gaji dan elaun yang kamu belasah dari hasil rompakan kerajaan negeri itu tetap haram. Selagi tidak ada pilihanraya semula untuk negeri Perak, majoriti rakyat Perak, saya yakin, akan tetap tidak menghalalkannya.

Tapi kita yakin, jiwa Zambry sekecut ikan masin. Takkan berani menghadapi pilihanraya negeri. Kerana tahu BN tetap tewas, mungkin lebih dasyat lagi.


Apa Hal PEKIDA Salahkan Majlis Peguam?

Tak wajar Pekida salahkan Majlis Peguam, kata Speaker

Speaker Dewan Negara berpendapat tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan Majlis Peguam kononnya ia telah gagal membersihkan peguam-peguam bermasalah, sehingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Menurut Tan Sri Abu Zahar Ujang, berdasarkan maklumat sebelum Majlis Peguam itu turut telah mengambil tindakan tegas ahli-ahlinya termasuk salah seorang suspek kejadian tersebut.

Abu Zahar yakin Majlis Peguam tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah atau salah laku ketika mengamalkan perkhidmatan guaman mereka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) semalam yang menyalahkan Majlis Peguam yang didakwa gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah.

Bekas Presiden Persatuan Peguam Muslim ini bagaimanapun berkata, Majlis Peguam perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana peguam jika didapati bersalah.

“Ada jawatankuasa disiplin yang akan mengambil tindakan sewajarnya (ke atas manmana peguam),” kata beliau.

“Kita memandang serius terhadap perkara ini dan memandang serius terhadap semua ahli peguam yang melakukan kesalahan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Parlimen hari ini.

Abu Zahar berkata sebagai pengamal guaman setiap peguam perlu menjalankan tugas dengan penuh kredibiliti dan tidak mencemarkan imej Majlis Peguam.

“Saya tidak menyangka apa yang berlaku dan setiap ahli peguam perlu faham tindakan bakal dikenakan ke atas mereka jika disabitkan salah,” katanya tegas.

Selain itu beliau berkata, undang-undang di negara ini jelas dan tidak boleh diperkotak-katikkan untuk kepentingan individu.

Semalam Pengerusi Pekida, Shahril Abdul Aziz bersama anggotanya menyalahkan Majlis Peguam yang didakwanya gagal membersihkan peguam-peguam bermasalah.

Mereka juga membakar kain rentang mengecam Majlis Peguam. Noorhisham Mohamed, seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Semalam, polis memperoleh perintah tahanan reman ke atas dua peguam adik-beradik yang merupakan suspek kes bunuh mereka.

Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah lebih tepat dengan mengeluarkan peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum mereka mahu menjalankan perniagaan mereka, kata Shahril.

Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Dijangkakan semua suspek akan dibicarakan dalam masa terdekat ekoran terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar ketika dihubungi berkata, Majlis Peguam sebelum ini sudah mengambil tindakan terhadap ramai ahli peguam, malah suspek pembunuhan kejam itu juga telah dipecat oleh badan peguam tersebut.

“Majlis Peguam sudah ambil tindakan pada tahun lepas memecat mereka, sudah ada tindakan daripada Majlis Peguam terhadap ahli peguam yang bermasalah.

“Untuk melakukan dan pemantauan 24 jam sehari terhadap semua ahli Majlis Peguam, memang susah sedikit kerana kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka setiap minit dan tidak menjangka apa yang dilakukan dan terjadi kemudiannya,” katanya.

Bagaimanapun beliau meminta Majlis Peguam melipatgandakan pendidikan akhlak, moral serta spritual kepada semua ahli peguam secara lebih kerap bagi mengelak perkara jenayah dilakukan dalam kalangan peguam.

Zainul berpendapat tindakan Pekida yang membakar kain rentang itu merupakan tindakan ekspresi mereka yang tidak boleh dilarang.

Beliau berkata selagi tunjuk perasaan itu tidak mengganggu keamanan negara, ia dibolehkan.

“Kalau Pekida hendak membakar kain rentang ke, logo peguam ke, semuanya adalah tindakan ekspresi mereka dan mereka berhak menunjuk perasaan selagi keamanan terjaga,” katanya.

Kelmarin, Majlis Peguam meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam menyeleweng dan terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau penggubahan wang haram.

Presidennya, K Ragunath berkata setiap tahun, kira-kira 30 hingga 40 peguam dipecat oleh Majlis Peguam dan laporan polis terhadap mereka juga telah dibuat, namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

Ketika dihubungi hari ini, Ragunanth berkata pihak akan mengadakan sidang media mengenai isu tersebut. -tmi


Kes Sosilawati: Pekida berkabung, bakar kain rentang

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kecekapan polis menyiasat kes itu dengan segera, Shahril juga mengingatkan supaya isu pembunuhan itu tidak dipolitikkan.

"Kami juga mengingatkan dan mempersetankan mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini serta merendah-rendahkan kewibawaaan serta martabat PDRM...," katanya.

Sebelum itu, pertubuhan itu juga membuat kutipan wang bagi membantu meringankan beban keluarga Noorhisham.

Kelihatan beberapa anggota keluarga pegawai bank itu agak tenang dan menyertai majlis bacaan tahlil di halaman rumah keluarga si mati. -mk


Ulasan GB

Ringkas sahaja.

Ini kisah seorang pencuri yang berlari menjerit "pencuri, pencuri" supaya orang ramai menangkap pencuri yang salah.

Sebenarnya Suruhanjaya Diraja patut ditubuhkan bagi menyiasat Pekida, bukan Majlis Peguam. Pihak polis boleh mengeluarkan statistik laporan jenayah yang dilakukan oleh ahli-ahli Pekida.


Dapatkan DNA Sabitkan Kesalahan Pembunuh Bedebah Itu?

DNA kunci pertuduhan

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kini ‘kunci’ utama untuk mengukuhkan pendakwaan terhadap suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang juga peguam terkenal.

“Kunci utama kini adalah keputusan DNA terhadap serpihan tulang dan abu yang ditemui di tempat kejadian. Jika apa didakwa suspek benar, pertuduhan boleh dilakukan terhadap suspek.

“Jika ujian DNA tidak dilakukan, bagaimana pihak pendakwa boleh membuktikan tulang dan debu ditemui adalah milik mangsa yang dilaporkan hilang?” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Beliau mengulas kes pembunuhan Sosilawati bersama tiga individu lain iaitu pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Mohd Radzlan berkata, sebarang kes jenayah, terutama membabitkan kes bunuh, perlu dibuktikan terlebih dulu kaitannya antara kejadian dengan suspek sebelum pendakwaan dilakukan.

Namun, katanya, ada juga sesetengah kes bergantung kepada budi bicara pihak pendakwa raya untuk melakukan pendakwaan terhadap suspek kes berkenaan.

Menurutnya, polis sudah merakam pengakuan suspek dan senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa ditemui dan ia cukup untuk mendakwa suspek, namun hasil ujian DNA itu akan mengukuhkan lagi pihak Peguam Negara untuk melakukan pertuduhan.

Secara peribadi, beliau berpendapat sebarang pertuduhan yang dilakukan perlu disertai dengan laporan siasatan polis yang lengkap.

Katanya, suspek yang ditahan berkaitan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu adalah peguam dan dia juga mahir mengenai selok-belok perundangan.

“Jika kertas pertuduhan tidak lengkap, suspek boleh mempersoalkannya dan tidak mustahil dia boleh melepaskan diri hanya kerana kesilapan teknikal itu.

“Bagaimanapun, semuanya terpulang kepada budi bicara pihak pendakwa raya untuk melakukan pertuduhan terhadap suspek,” katanya.

Mohd Radzlan berkata, jenayah peguam itu dilakukan secara profesional kerana suspek mahir untuk menghilangkan bukti.

Katanya, tindakan membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu cukup membuktikan suspek sememangnya berpengetahuan tinggi untuk menghapuskan bukti yang boleh mengaitkannya dengan kes berkenaan.

Dalam kejadian 30 Ogos lalu, keempat-empat mangsa dipukul, ditikam dengan senjata tajam sebelum mayat mereka dibakar berhampiran Ladang Gadong, Tanjung Sepat, dan abu mereka dibuang di Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dibunuh. -HM

Kawan Sosilawati Pula Mati Tergantung

Seorang rakan baik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dipercayai mati dibunuh bersama tiga yang lain baru-baru ini, ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, di sini semalam.

Mayat Sarina Jaafar, 45, yang juga pengasas Kosmetik Aveer, ditemui jam 8.30 pagi oleh saudaranya yang bergegas ke kediaman itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan. Ketika kejadian, mangsa berseorangan di rumah.

Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan tekanan, malah kematian Sosilawati juga dikatakan mengganggu perasaan ahli perniagaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Mohan Singh, berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang wanita mengenai kejadian itu dan bergegas ke kediaman Sarina, tetapi mendapati mayat sudah diturunkan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Laporan bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Sarina yang mempunyai empat anak berusia 16 hingga 24 tahun hasil perkahwinan pertamanya adalah usahawan kosmetik berjaya di negeri ini. Selepas bercerai dengan suami pertama, Sarina bernikah kali kedua lima tahun lalu.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Azrul Affendi Zakaria, 24, berkata beliau yang ketika itu berada di Kuala Lumpur hanya mengetahui mengenai kematian ibunya selepas dimaklumkan adik perempuannya lalu bergegas pulang dari ibu negara.

Beliau yang kali terakhir bertemu Allahyarham petang kelmarin, berkata ibunya mungkin letih bekerja dan mengalami tekanan.

“Kejadian yang membabitkan Datuk Sosilawati amat menyedihkan ibu saya berikutan mereka sangat rapat selepas berkawan lama dan sama-sama terbabit dalam perniagaan produk kecantikan,” katanya. -BH

Najib Takut Dengan Ugutan Perkasa

Ku Nan nafi komponen BN ambil pendirian jauhi Perkasa

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan rakan-rakannya dari Barisan Nasional (BN) pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.

Penafian beliau itu muncul sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa.

“Apabila kami bertemu dengan setiausaha agung komponen BN, kami tidak pernah membincangkan langsung bahawa kami mahu menjauhkan diri daripada sesiapa,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN kepada The Malaysian Insider.

“Dasar kami ialah untuk rapat dengan sesiapa sahaja. “Kami harus pergi menemui dan malah, kami juga harus mendampingi ahli-ahli parti pembangkang dan menjelaskan kepada mereka dasar kami sebab mereka telah diberi maklumat yang salah (tentang BN),” kata Tengku Adnan.

Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.

Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.

Tengku Adnan pernah menafikan Umno ada kerjasama dengan Perkasa ataupun menyokong perjuangan Perkasa.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini beliau juga memberitahu bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Tengku Adnan menekankan bahawa BN tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.

Jelas Tengku Adnan, beliau hanya memberitahu bahawa tindakan Perkasa sejak kebelakangan ini memperlekehkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan mensabotaj soal keharmonian kaum di kalagan komponen perikatan itu.

“Saya tidak pernah mengatakan kita perlu menjauhkan diri daripada Perkasa. Saya hanya mengatakan bahawa Perkasa cuba untuk menjejaskan keduudkan BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan memusnahkan keharmonian kaum di kalangan komponen saya (dalam BN),” katanya.

Tengku Adnan juga berkata, beliau tidak pernah meminta ahli partinya agar memutuskan hubungan dengan Perkasa.

Sebaliknya, beliau mendakwa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang membesar-besarkan isu tersebut. Perkasa mendakwa mempunyai sokongan keahlian dalam lingkungan 300,000 dengan 80 peratus merupakan bekas atau ahli Umno semasa.

Tengku Adnan juga menekankan bahawa kenyataan beliau hari ini bertentangan dengan pandangan yang diberikan sebelum ini mengenai kedudukan Perkasa.

“Saya tidak berundur daripada apa yang pernah cakap tentang Perkasa sebelum ini,” katanya.

Tengku Adnan juga menekankan tentang apa yang dikatakan oleh Najib sambil berkata, Umno dan BN tidak harus menjauhkan diri daripada mana-mana NGO tetapi sewajarnya membimbing mereka dengan dasar-dasar BN.

“Saya setuju dengan Najib. Umno tidak harus menjauhkan diri mereka daripada semua NGO.

“Kita harus melibatkan diri kita dengan mereka sehingga mereka memahami apa yang kita sedang lakukan,” kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga berkata, Umno perlu menjelaskan konsep 1 Malaysia khususnya kepada Perkasa memandangkan mereka tidak faham dasar tersebut.

“Saya tidak percaya pada apa yang Perkasa sedang perjuangkan kerana mereka tidak faham konsep 1 Malaysia,” katanya.

Semalam di Kota Baru, Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dengan politik tetapi menyuarakan hak rakyat melalui lunas-lunas perlembagaan.

Beliau mengulangi kenyataan ini bahawa Perkasa bukan parti politik dan juga tidak mendokong mana-mana parti politik termasuk Umno tetapi berjuang atas lunas undang-undang bagi pertahankan hak rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tafsiran pelbagai pihak terhadap perjuangan Perkasa adalah tidak tepat kalau dikaitkan dengan Umno atau BN tetapi apa yang diperjuangkan NGO itu adalah untuk membantu kaum Melayu.

“Ada masa kita tegur dia (kerajaan), ada masa kita kecam, ada juga kita buat laporan polis sekira perlu, semuanya ke arah menimbulkan keharmonian negara,” katanya.

Mengenai dakwaan anggota parti komponen BN bahawa Perkasa adalah pertubuhan yang disokong Umno, Ibrahim berkata pihaknya tidak pernah sekali pun bertemu dengan pemimpin Umno untuk apa-apa tujuan.

Beliau juga menegaskan belum bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik tetapi menumpukan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, Raja-raja Melayu, agama Islam dan perlembagaan negara.

Ibrahim melahirkan perasaan dukacita dengan teguran beberapa individu dalam Umno yang menganggap Perkasa boleh menjejaskan matlamat konsep 1 Malaysia. -TMI


Perkasa flip-flop shows up Najib’s fears, say political foes, analysts

Datuk Seri Najib Razak’s refusal to alienate Perkasa reflects his fears of Umno being rejected by Malay voters and potential in-fighting within his party, say his political foes and analysts.

The prime minister quelled fears of a showdown with Perkasa on Friday when he said the country’s largest Malay party was not in conflict with any non-governmental organisation despite the recent move by Umno leaders to distance the party from the Malay rights group.

“Umno members who are also Perkasa members may retaliate against Umno, so there is a negative impact on Umno,” PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali told The Malaysian Insider, referring to the decision by Umno leaders to reject Perkasa.

“So, Najib made the statement to redress the statement made earlier on by the Umno secretary-general. It is some form of damage control by Najib,” said Mustafa.

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor had earlier told his Barisan Nasional (BN) allies that Umno would not back Perkasa or its president Datuk Ibrahim Ali in the next general election as such a move would erode non-Malay support for the ruling coalition.

Ibrahim then warned Umno not to be complacent about its vote bank and threatened to give “guidance” to Perkasa’s 300,000 members — 80 per cent of whom are alleged to be disillusioned Umno members — on how to vote in the next general election.

Tengku Adnan, who is also the BN secretary-general, has now said his statement did not repudiate Perkasa but was just an acknowledgment the Malay rights movement was eroding the coalition’s non-Malay support.

Political analyst James Chin said that Najib could not afford to make a public stand against Perkasa as doing so would cause Malay voters to reject the party.

“He (Najib) cannot do that because if he does that, it will alienate the Malay ground,” said Chin.

The political scientist from the University of Monash dismissed Najib as being just like his predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi for attempting to please everyone.

“He is just like Pak Lah by trying to be nice to everyone under the sun. Whatever he does, he is preparing for the next general election,” said Chin, referring to the former premier’s moniker.

DAP advisor Lim Kit Siang also mocked Najib as “Mr. Flip Flop” for his refusal to snub Perkasa despite his party leaders’ decision to do so.

“Is he a new Mr Flip Flop from one position to another? It is a question of whether he has the political will to make a stand,” said the Ipoh Timur MP.

Political analyst Dr Lim Teck Ghee pointed out that Najib’s refusal to castigate Perkasa’s strident views on Malay rights – which have been at odds with his agenda of economic reform — indicated indecisive leadership.

“It certainly gives the impression that the PM is either running scared of Perkasa — hence, the refusal to condemn it — or is using Perkasa’s extreme positions as a political bargaining chip. Both ways, it is indicative of poor and indecisive leadership,” said Lim.

DAP national publicity secretary Tony Pua also slammed the prime minister’s statement that Umno did not want to engage in conflict with NGOs as an “empty slogan” which was meant to appeal to different parties.

“The intent, just like his 1 Malaysia slogan, is to be all things to all people, which ends up just confusing everyone and becoming just an empty slogan in the end,” said Pua.

“If you are the concerned civil society, you’ll be happy that the prime minister is saying ‘something’ about Perkasa at last. If you are Perkasa, you’d think the prime minister is referring to the Chinese extremists in MCA, DAP and other education NGOs,” added the Petaling Jaya Utara MP.

Pua further chastised Najib and Umno for lacking the political courage to speak up against extremists who have deepened racial disunity and scared investors away.

“Najib and his Umno has no political courage to face up to the extremists who have been causing a great divide in the Malaysian society and scaring all the local and foreign investors away,” said Pua.

Perkasa has lobbied against attempts by the Najib administration to implement more inclusive economic reforms in a bid to increase the country’s competitiveness that has suffered because of affirmative action policies.

Malaysia dropped two spots in the World Economic Forum (WEF) competitiveness index at a ranking of 26 out of 132 countries, while foreign direct investment in the country plunged by 81 per cent last year.

Using the Malay rights platform, Perkasa has opposed any proposal to remove Bumiputera quotas and has even taken MCA leaders to task for making such proposals.

Political observer Azmi Sharom echoed Pua’s views and said that Najib’s refusal to condemn Perkasa indicated his lack of commitment towards his 1 Malaysia policy.

“Whatever the reason he (Najib) has for not coming out against Perkasa honestly and openly, what it shows is that Najib is not serious about 1 Malaysia. Najib has exposed himself as a person who does not have the full conviction to support his policies to the end,” said the law lecturer.

He pointed out that it was imperative for Najib to make a clear stand against Perkasa although the group had a right to voice their opinions.

“You can’t just come up with this wishy-washy thing and say that they’re an NGO. Sure they have a right to speak but you have to stand up against them,” said Azmi.

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar believed that Najib’s reluctance to alienate Perkasa showed his fears of former premier Tun Dr Mahathir Mohamad’s backing of the group, as well as fears of an internal revolt to replace him with his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“It shows that he’s very worried about Dr Mahathir’s involvement in Perkasa, and he’s also worried that there may be parties within Umno who would back Muhyiddin against Najib,” said Mahfuz.

Dr Mahathir, who is Perkasa’s patron, has warned Umno against snubbing Perkasa, claiming that the move would cost the party at the ballot box.


Lagi Kes Remaja Ditembak Polis

Remaja dikejar polis kena tembakan

JOHOR BAHRU: Letupan disangka mercun yang memeranjatkan sekumpulan penduduk di Johor Jaya, dekat sini, sebenarnya berpunca daripada bunyi tembakan dilepaskan terhadap seorang remaja belasan tahun yang dikejar polis.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sejurus keluar mereka mendapati remaja terbabit terbaring menahan kesakitan akibat peluru menembusi kaki kirinya.

“Saya terkejut apabila bunyi bising yang disangka letupan mercun dimainkan kanak-kanak sebenarnya tembakan pistol. “Beberapa minit kemudian remaja yang cedera di kaki itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan menggunakan ambulans yang tiba beberapa minit kemudian,” katanya.

Sebelum kejadian, suspek dipercayai berusia 16 tahun itu dikatakan melakukan jenayah berat dan cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, kejadian itu disiasat dan pihaknya akan memberi kenyataan berhubung kes berkenaan Isnin ini. -HM

Ulasan GB

Begitulah laporan akhbar. Nampaknya polis terus-terusan berlaku kejam. Jenayah oleh penjenayah sebenar tidak dibenteras tetapi "remaja berumur 16 tahun" yang ditembak hanya dikatakan cuba melakukan jenayah berat.

Rakyat ingin tahu, apakah jenayah berat yang remaja 16 tahun itu cuba lakukan.

Siapa anggota polis yang terlibat dan apakah hasil siasatan polis Johor?

Seluruh rakyat Malaysia akan memfokuskan kenyataan polis Johor hari ini terhadap kejadian malang yang menimpa remaja itu.

Sosilawati Tak Mahu Pengawal Sebab Tak Suka Senjata Api

Meskipun beliau dilimpahi kekayaan, Datuk Sosilawati Lawiya tidak mahu mengupah pengawal bersenjata kerana tidak sukakan senjata api.

Abang jutawan kosmetik itu, Encik Mashadi Lawiya, 51 tahun, berkata beliau takut senjata itu akan 'makan tuan'.

'Sosila memang tak pernah berminat dengan senjata api seperti pistol atau mengupah pengawal peribadi yang mempunyai senjata bagi menjaga keselamatan diri dan keluarganya.

'Beliau khuatir jika memiliki senjata api atau mengupah pengawal peribadi bersenjata akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan keluarga... umpama senjata makan tuan,' kata beliau di luar rumah jutawan itu di Taman Harmonis, Gombak, kelmarin.

'Beliau sentiasa berpegang pada prinsip hidup dan mati ditentukan Tuhan.'

Peneroka Felda dari Mersing, Johor, itu berkata adiknya amat berhati-hati dan senantiasa berada di kalangan teman-teman yang dipercayainya apabila beliau menjalankan urus niaga besar.

'Beliau berasa yakin dan selesa dengan kehadiran mereka yang mengiringinya pada hari yang membawa padah itu,' kata Encik Mashadi.

Menurutnya, Datuk Sosilawati, meminta anak sulungnya, Cik Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, 25 tahun, untuk mengikutnya ke Banting tetapi 'Erni tidak mahu pergi kerana mahu berbuka puasa di rumah'.

Datuk Sosilawati, 47 tahun, bersama tiga sekutunya - pemandu peribadinya, Encik Kamaruddin Shamsuddin, 44 tahun; peguamnya, Encik Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 tahun; dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Encik Noorhisham Mohamad, 38 tahun - dipercayai dibunuh pada malam 30 Ogos lalu di sebuah ladang di Sungai Gadung, Banting.

Di Kuantan, suasana sedih menyelubungi keluarga Encik Kamaruddin, apabila penyanyi Nasharudin Elias atau Nash, bekas suami Datuk Sosilawati, berziarah.

'Saya tidak sangka persahabatan kami berakhir dengan pemergiannya yang penuh tragis. Selama lebih 25 tahun mengenalinya, hubungan kami cukup rapat seperti adik beradik, malah saya menganggap ibunya seperti ibu kandung sendiri,' kata Nash sambil memeluk ibu Encik Kamaruddin, Cik Zainab Ahmad, 73 tahun.

Kes Sosilawati: Rita Ambil-alih Empayar Perniagaan Ibunya

Kes bunuh Sosilawati: Ikut cakap emak

GOMBAK: “Ada hikmahnya Rita ikut cakap emak supaya terus balik dari United Kingdom (UK) untuk menguruskan perniagaannya. Kalau ikutkan, Rita mahu bekerja dulu di sana untuk cari pengalaman selepas tamat pengajian,” kata Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, 25, atau lebih dikenali sebagai Rita.

Pemegang ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa Universiti Nottingham Trent, UK itu berkata, operasi Nouvelles Visages akan berjalan seperti biasa dan dia mengambil alih tanggungjawab menerajui empayar perniagaan ibunya dengan dibantu empat beradiknya yang lain serta kakitangan berpengalaman.

“Rita masih ingat kata-kata emak supaya segera pulang dari UK dan meminta tidak membazir waktu, sedangkan dia boleh memberi tunjuk ajar selok-belok dunia perniagaan.

“Sejak mengambil alih perniagaan enam bulan lalu, banyak yang Rita pelajari. Emak banyak membimbing Rita dan adik lain menguruskan perniagaan,” katanya yang juga Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd kepada Metro Ahad, di sini, semalam.

Selain memasarkan produk kosmetik dengan beratus rangkaian termasuk stokis dan cawangan, Nouvelle Beauty Centre membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah.

Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya. Nouvelle Development pula membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.

Menurut Rita, sebagai anak sulung, cabaran berat harus dipikul mengambil alih perniagaan dan menguruskan keluarga yang selama ini digalas ibunya.

Bagaimanapun, dia akan mendapatkan pandangan daripada orang berpengalaman serta berbincang dengan adik beradik sebelum membuat sesuatu keputusan membabitkan perkara penting.

“Sejak kes ini berlaku, Rita tidak sanggup menonton televisyen dan membaca surat khabar kerana terlalu sedih. Walaupun terlalu pahit, Rita boleh menerima kenyataan. Kami sekeluarga harap rakyat Malaysia sama-sama mendoakan roh emak dan tiga yang lain dicucuri rahmat.

“Rita juga tidak berniat untuk tidak memberi kerjasama dengan pihak media, tetapi buat masa ini masih belum bersedia. Kami masih bersedih dan harap mereka faham situasi sekarang ini,” katanya yang turut memperketat kawalan keselamatan untuk keluarga sebagai langkah berjaga-jaga.

Bekas suami Sosilawati yang juga vokalis Lefthanded, Jamaluddin Elias atau Nash, turut menziarah rumah Allahyarham Sosilawati di Taman Harmonis, di sini.

Dia yang berada hampir sejam di situ dilihat bertemu ibu Sosilawati, Yatmi Abdul Rahman, 80, selain memberi kata perangsang kepada bekas anak tirinya. -HM


Kes bunuh Sosilawati: Perniagaan produk NV tak terjejas

Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya tidak menjejaskan perniagaan produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) yang diasaskannya sejak 13 tahun lalu.

Stokis di Ipoh, Perak, Chi Yah Yuan, 46, berkata perniagaan produk tidak terjejas, malah pelanggan setia terus membuat tempahan walaupun negara dikejutkan dengan pembunuhan kejam pengasas itu dan tiga lagi mangsa lain.

“Malah hari ini (semalam), saya ada di Kuala Lumpur untuk mengambil stok barangan kecantikan Nouvelles Visages. Produk keluaran syarikat ini disukai ramai tanpa mengira bangsa,” katanya yang menjadi stokis hampir dua tahun lalu.

Secara peribadi, katanya, dia mengenali Sosilawati sebagai seorang yang baik hati dan mudah mesra dengan sesiapa saja.

Pemilik stokis kecantikan Mahani Ima Beauty House berpusat di Batu Bersurat, Brunei yang dikenali sebagai Nia, 37, berkata jualan produk NV terus mendahului produk kecantikan lain sejak mula dipasarkan lapan tahun lalu kerana pengguna yakin dengan keberkesanan produk.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke stokisnya untuk mendapatkan produk NV akan bertanya mengenai kes itu selepas mengikuti perkembangannya melalui media di sana.

“Turun naik jualan produk perkara biasa. Sudah menjadi adat berniaga. Tentu ada persaingan daripada produk lain. Namun secara keseluruhannya, kes pembunuhan Sosilawati tidak mempengaruhi jualan produk kecantikan NV di sini,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.

Sosilawati, 47; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, Selangor sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.

Pemilik stokis Raihanaz, Raihan, 37, berkata kes pembunuhan itu tidak memberi kesan kepada jualan produk kecantikan NV di Kota Tinggi, Johor.

“Produk NV memiliki pelanggan setia, jadi penjualan produk ini tidak tergugat sama sekali. Malah kami semua, termasuk pelanggan, bersimpati dengan keluarga Sosilawati,” katanya.

Pemilik Citra Anggun Beauty di Puchong Perdana, Selangor yang enggan dikenali berkata, penjualan produk NV stabil kerana ia dikenali umum sekian lama.

“Saya orang terawal menjual produk NV dan kenal rapat dengan Sosilawati. Berita kematiannya sungguh memilukan dan mengejutkan pengusaha stokis kecantikan. Namun, apa yang boleh saya katakan, setakat ini jualan produk tidak bermasalah,” katanya.

Tinjauan di ibu pejabat NV di Jalan Raja Bot, Kampung Baru, di sini, semalam turut mendapati premis berkenaan terus dikunjungi pelanggan.


Tindakan Kerajaan Sendiri Yang Menjauhkan FDI

Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.

Beliau berkata kesannya ia menjejaskan minat pelabur-pelabur untuk datang ke Malaysia dan apabila ia berlaku, pembangkang kemudiannya akan menyalahkan kerajaan yang mereka dakwa tidak cekap.

"Sedangkan masalah itu mereka yang usahakan dan kemudian dia tuduh kerajaan yang salah. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk menarik ketibaan pelabur luar ke dalam negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Ketua Pemuda Umno Bahagian Pendang Akrom Abdul Hamid di Pendang hari ini.

Katanya kerajaan melakukan beberapa tindakan untuk mengatasi masalah itu dan ia memperlihatkan hasil yang positif tahun ini selepas melalui tempoh yang agak teruk tahun lepas.

"Pada 2009, jumlah keseluruhan FDI adalah RM5.66 bilion tetapi tiga bulan pertama tahun ini negara sudah menerima FDI RM5.6 bilion, satu jumlah yang hampir dengan pelaburan sepanjang tahun lepas," katanya.

Sementara itu Mukhriz berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan kaum dalam negara perlu sensitif dalam mengutarakan pandangan atau cadangan untuk kepentingan kaum mereka bagi mengelak daripada menyentuh kepentingan kaum-kaum lain.

"Teguran atau cadangan boleh diberikan tetapi ia perlu dibuat dengan keikhlasan. Kalau nak beri cadangan jangan sampai ia menjejaskan kaum-kaum lain kerana ia boleh menyebabkan masalah lain," katanya. --Bernama

Ulasan GB

Apa malangnya nasib Malaysia mempunyai seorang timbalan menteri sebebal anak mantan perdana menteri bernama Mukhriz ini.

Kita ingin khabrakan kepada Mukhriz, bahawa tindakan-tindakan kerajaan UMNO BN sendirilah yang telah menyebabkan para pelabur takut untuk datang ke negara ini, bukan dari tindakan pihak pembangkang.

Diantara tindakan bodoh kerajaan UMNO BN ialah menekan, mengugut, menzalimi pembangkang di dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi. Seluruh dunia menyaksikan kezaliman dan kekejaman kerajaan UMNO BN terhadap pembangkang terutama di dalam kes-kes seperti tembakan water canon kepada peserta-peserta perhimpunan aman, tangkapan dan kemudian kematian orang dalam tahanan, pembiaran terhadap perkosaan sistem kehakiman negara, penggunaan isu perkauman oleh NGO dan media secara terbuka dan pelbagai macam lagi tindakan kerajaan UMNO BN yang dilihat mengancam dan menggugat demokrasi.

Dunia juga pernah melihat Malaysia mengamalkan politik kuku-besi di mana di zaman pemerintahan ayahanda Mukhriz bernama Mahathir di dalam apa yang dipanggil Operasi Lallang, beratus pemimpin ditangkap dan hakim dilucutkan jawatan.

Dunia kini sedang menyaksikan UMNO BN sedang berada di ambang keruntuhan lantaran sikapnya yang tidak menghormati federaisme, menekan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan mencabuli perjanjian kerajaan negeri dan persekutuan khususnya di dalam royalti minyak dan peruntukan pembangunan negeri-negeri.

Aiya Mukhriz. Terlalu lemah tahap pemikiran kamu untuk pergi jauh di dalam kabinet.


Kes Sosilawati: Kerajaan Juga Sepatutnya Terima Hakikat

Kes Sosilawati: Semua terutama keluarga diminta terima hakikat

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah hari ini meminta semua pihak terutamanya keluarga mangsa pembunuhan kejam yang berlaku baru-baru ini supaya menerima hakikat kehilangan orang kesayangan walaupun sukar.
“Saya akui memang sukar untuk menerima hakikat kehilangan orang tersayang.

“Kadang-kala kita mahu melihat keajaiban berlaku tetapi hakikatnya ia sudah ketentuan yang ditetapkan jadi kita perlu menerimanya,” katanya ketika berucap selepas majlis bacaan Yasin dan doa selamat di rumah jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis di sini malam ini.

Beliau yang hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga meminta supaya kes pembunuhan yang berlaku tidak dijadikan isu politik demi menjaga ketenteraman awam.

“Saya minta supaya ia tidak dijadikan isu politik.

“Saya percaya ramai yang terasa dengan kejadian yang berlaku tetapi ia tidak sewajarnya dijadikan satu isu politik dan saya juga berharap supaya mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan.

“Selain itu, saya yakin mereka yang terlibat dalam kes ini pasti tidak akan dapat lari,” katanya lagi.

Sosilawati, 47, dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu selepas kali terakhir dilihat pada majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dua hari sebelum itu.

Turut hilang bersama beliau ialah peguam dari Tetuan Kamaruddin & Partners dari Putrajaya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank dari CIMB Bank Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan pemandu peribadi Sosilawati Kamaruddin Shansuddin, 44.

Kehilangan mereka hampir terungkai apabila polis menahan lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar “Datuk” baru-baru ini.

Empat daripada mereka mengaku telah membunuh kesemua mangsa, sebelum membakar mangsa dan abu mereka dibuang dalam Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Kira-kira 500 orang terdiri daripada keluarga, kawan Sosilawati dan jiran hadir ke majlis tersebut yang dipimpin oleh imam Surau Al-Khairiah Mohd Nor Syarun.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Sementara itu, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, mengucap terima kasih kepada semua pihak kerana banyak memberikan sokongan kepada keluarga mereka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah banyak memberikan sokongan kepada kami sekeluarga semenjak kejadian ini berlaku.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada polis kerana telah menjalankan tugas dan menyelesaikan perkara ini,” katanya.

The Malaysia Insider difahamkan kesemua keluarga mangsa hadir tetapi tidak dibenarkan untuk menemui mereka.

Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata laporan lengkap siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain dijangka dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan.

Beliau juga berkata keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa pembunuhan kejam itu yang dijumpai di sekitar tempat kejadian, hanya akan diperoleh sekurang-kurangnya empat hari lagi. -TMI

Ulasan GB

Yang sewajarnya ialah KERAJAAN perlu terima hakikat bahawa:

Kadar jenayah di negara ini belum menurun seperti yang diwarwarkan oleh PM dengan NKRAnya. Masyarakat amat meragui kenyataan Pengarah Komunikasi bagi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Jabatan Perdana Menteri, Alex Iskandar Liew, bahawa indeks jenayah keseluruhan pada Januari hingga Ogos telah menurun 16.24 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Kenapa hanya menilik dari sudut perbandingan kadar peratusan, tetapi mengabaikan severiti setiap satu kes jenayah? Di situ letaknya kepincangan NKRA. Hakikat itu perlu diterima.

Dan yang nyata ialah KERAJAAN juga perlu terima hakikat supaya tidak lagi memperkudakan PDRM sebagai alat untuk parti politik pemerintah mencapai matlamatnya. Dengan melakukan demikian, PFRM ternyata menjadi mandul di dalam usaha membenteras jenayah. Mereka menjadi petugas yang cuai, yang lalai dan yang terbuai sehingga akhirnya, keselamatan negara tergadai dan terbarai.

Salam kepada Najib yang hanya menghantar Setiausaha Politiknya ke rumah keluarga Allahyarhamah. Najib mengucapkan takziah hanya setelah ditegur kenapa beliau berdiam diri sekalipun mangsa telah dibunuh sejak seminggu lalu. Macamlah Najib itu terlalu besar sangat pangkatnya sehingga hanya menghantar setiausaha politik dan dah tak boleh menziarah rumah mangsa yang juga rakyat Malaysia yang telah dibunuh dengan kejam.

Khurafat Dan Tahyul Dalam Filem Melayu. Mana Mufti, JAKIM Dan LPF?

Tahyul: Siaran tv hari raya tidak bina minda

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membidas kerajaan yang membenarkan siaran berunsur tahyul dan tidak berfaedah di televisyen sepanjang sambutan hari raya Aidilftri.

Beliau berkata, sepatutnya Kementerian Penerangan mengkaji semula semua siaran televisyen yang tidak menjurus kepada membina minda masyarakat.

"Mereka menghidangkan hiburan yang merosakkan minda rakyat yang menonton, khususnya remaja dan anak muda. Banyak siaran yang memaparkan kisah hantu dan tahyul seperti Susuk, Congkak, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya tidak memberi manfaat.

"Apa sebenarnya yang ingin mereka paparkan ialah merendahkan martabat rakyat tanpa disedari. Rakyat juga diajar dengan kerja-kerja tahyul.

"Sepatutnya kementerian berasa malu kerana tahap program kita banyak menekankan perkara syirik dan palsu. Oleh kerana itu bagi mengubah sistem penyiaran ini, maka Pakatan Rakyat (PR) harus diberi peluang untuk menerajui Kerajaan Pusat," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan seandainya PR mampu menerajui Putrajaya, maka banyak program membina iman dan takwa akan dilaksanakan.

"Ini membuktikan Barisan Nasional (BN) sudah tidak mampu lagi untuk membina minda dan membentuk masyarakat melalui program-program yang membina.

"Kemungkinan besar mereka takut sekiranya minda rakyat dapat dibina melalui program kesedaran dan keimanan, maka sokongan kepada mereka akan semakin terhakis apabila kepalsuan dan retorik yang selama ini mereka amalkan terbongkar," ujarnya lagi. -harakahdaily

Ulasan GB

Penyemarakan unsur syirik, khurafat dan tahyul di dalam filem-filem Melayu mutakhir ini sperti cendawan tumbuh yang tidak terkawal.

Kita menjadi hairan dengan sikap berdiam diri para mufti, JAKIM dan lain-lain yang berautoriti di dalam hal-hal keagamaan di dalam negara kita. Lebih malang lagi apabila Lembaga Penapis Filem seperti menggalakkan kehadiran filem-filem tempatan yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Kita boleh saja terima jika filem itu dari dalam atau luar negara yang dihasilkan oleh mereka yang bukan beragama Islam, namun apa yang mendukacitakan ialah filem-filem berkenaan dihasilkan dan dilakonkan oleh mereka yang beragama Islam.

Apa sebenarnya agenda Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan penerbitan dan penayangan filem berunsur syirik itu?