15 Okt 2010

Bajet RM (Rosmah Mansor)

Nama Rosmah juga diheret dalam Bajet 2011

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

NONEDatuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong. -mk


Bajet: 'Rosmah' dapat RM111 juta, SAR RM95 juta

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Program Permata yang dipopularkan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri turut mendapat manfaat dari Bajet 2011.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan sebanyak RM111 juta diperuntukkan bagi agenda Permata memperkasa pendidikan awal negara.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti Permata Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmii dalam kerajaan, khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi program Permata yang diuruskannya nampaknya seakan mendapat bajet 'istemewa'.

Ini kerana, pertadbiran Najib hanya memperuntukan RM95 juta sebagai bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah. -harakahdaily


2 Tertuduh Yang Kena 7 Tahun Penjara Jadi Saksi Perbicaraan

Tertuduh Lupus Bahan Bukti Jadi Saksi Perbicaraan

BANTING: Dua lelaki yang dihukum kerana melupuskan bahan bukti kes pembunuhan kejam pengasas kosmetik Novelles Visages, Datuk Sosilawati Lawiya akan tampil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes itu kelak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff selepas Majistret Telok Datok di sini, Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara terhadap K. Sarawanan dan U. Suresh pada Jumaat.

"Kedua-dua tertuduh akan dipanggil sebagai saksi untuk perbicaraan. Justeru itu, mereka akan diletakkan secara berasingan,” katanya.

Terdahulu, sebaik sahaja prosiding bermula, seorang peguam Avtar Singh Dhaliwal yang dilantik oleh keluarga Sarawanan pada prosiding reman, memaklumkan hasratnya untuk menarik diri.

Sarawanan, 19, dan Suresh, 26, mengaku bersalah melupuskan bahan bukti pembunuhan Sosilawati, 47, dan tiga individu lain yang dilaporkan hilang selepas ke Banting untuk bertemu seorang peguam berhubung urusan pembelian tanah.

Tiga individu tersebut adalah pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pendakwaan hari ini adalah kali kedua selepas peguam yang merupakan suspek utama kes tersebut, N. Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang dihadapkan ke mahkamah sama pada Rabu lalu, atas tuduhan membunuh.

Turut didakwa ialah T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavaravan, 30.

Seperti biasa, mahkamah dipenuhi bukan sahaja oleh petugas media dan keluarga tertuduh, tetapi juga orang awam yang berhasrat melihat sendiri muka suspek kes yang mendapat liputan meluas itu.

Petugas media mula ‘berkampung’ di mahkamah seawal jam 7 pagi.Tertuduh tiba kira-kira sejam selepas itu dengan dikawal rapi termasuk menggunakan kereta Mitsubishi Lancer Evo dan dua kereta peronda.

Mereka dibawa masuk ke galeri mahkamah pada pukul 10.40 pagi bagi membolehkan pertuduhan dibacakan.

Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah pada puku 12.45 tengah hari dengan menaiki trak polis. -mstar

Perlukah Shamsul Pertahan Jawatan Ketua AMK?

Shamsul ‘di upah’ pertahan ketua AMK?

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mempertahankan jawatan beliau walaupun sebelum ini menghebahkan akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

"Saya rela dan bersedia mengadapi persepsi buruk media dan penganalisa politik kesan dari tindakan saya ini," jelas beliau ketika dihubungi hari ini.

Tindakan Shamsul agak mengejutkan kerana keputusan dibuat selepas dua hari Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard mengumumkan bertanding.

Sebelum ini pertembungan untuk Ketua AMK dijangka tiga penjuru yang melibatkan Rafizi Ramli, Hasmi Hashim dan Badrul Hisham.

"Saya bukan di upah untuk melawan Che Gu Bad atau di suruh oleh sesiapa dan jauh sekali saya di beli oleh seseorang untuk bertanding Ketua AMK.

"Persepsi semata-mata"

"Saya tahu ramai yang menuduh demikian tetapi itu merupakan persepsi semata-mata," jelas beliau yang memberikan kenyataan eksklusif kepada FMT.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Melaka berkata strategi beliau adalah untuk memenangi pertandingan dan bukan sekadar merebut jawatan tinggi tetapi kalah dalam pertandingan.

Selepas tamat sesi pertama pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu, Shamsul memperoleh 65 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan 38 pencalonan Ketua AMK.

Ditanya mengenai tindakan tidak bertanding merebut jawatan Naib Presiden walaupun mendapat pencalonan kedua terbanyak Shamsul berkata beliau telah berbincang secara teliti berhubung kedudukan tersebut.

Katanya, pencalonan untuk Naib Presiden terlalu ramai sehingga mencecah 30 calon atau lebih. Ini akan memberi ruang yang amat sedikit kepada beliau untuk menang.

"Saya dapat maklumat Tian Chua akan bertanding menggantikan Dr Lee Boon Chye dan undi kaum Cina akan memihak kepada Tian.

Manikavasagam juga akan turut serta dan undi kaum India juga akan memihak kepada beliau.

‘Manakala undi wanita sudah tentu akan memihak kepada Fuziah Salleh yang memperoleh pencalonan terbanyak untuk jawatan ini." jelas beliau.

Selain itu menurut Shamsul, pencalonan dari cabang Selangor yang merupakan saluran pengundi Melayu paling ramai juga tidak memihak kepada beliau iaitu sebanyak empat pencalonan sahaja.

Anwar tiada halangan

Ditanya mengenai apakah beliau telah memaklumkan kepada Ketua Umum, Anwar Ibrahim untuk bertanding mempertahankan jawatan, beliau berkata Anwar tidak memberi sebarang halangan.

Shamsul dijangka akan mengadakan sidang media petang ini bagi mengumumkan keputusan beliau mempertahankan jawatan.

Sementara itu untuk jawatan Naib Presiden setiap ahli layak untuk mengundi memilih empat calon manakala untuk jawatan Ketua AMK hanya satu pilihan.

Dalam kenyataan eksklusif dengan FMT, Shamsul enggan mengulas gadingan Timbalan beliau serta akan mengumumkannya dalam sidang media nanti.

Pada 13 Oktober lalu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin mengumumkan akan bertanding Ketua AMK dan menamakan Adun Teja, Chang Lih Kang sebagai gandingan Timbalan beliau.

Ulasan GB

Untuk mendapatkan pencalonan kedua tertinggi bagi jawatan Naib Presiden bukan satu hal yang remeh untuk diketepikan. Ia juga menggambarkan harapan tinggi dari akar umbi.

Melarikan diri dari bertanding untuk jawatan Naib Presiden untuk mempertahankan Ketua AMK, untuk orang yang bernama Shamsul Iskandar, pada pandangan GB, bukanlah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana Ketua AMK sudah ada calon yang solid - ch'guBard - yang GB percaya beliau akan memenangi jawatan itu.

Justeru itu Shamsul perlu meyakinkan diri untuk ke pentas Naib Presiden. Beliau mempunyai potensi untuk menang.

Sekalipun akan berdepan dengan Tian Chua dan Manickavasagam (yang disifatkan oleh Shamsul akan masing-masing memperolehi undi kaum Cina dan India), namun ia juga hanya persepsi. Ia juga agakan semata-mata. Ia tak semestinya jadi begitu. Sama halnya dengan Fuziah Salleh. Tak semestinya tiada wanita yang berkenan dengan Shamsul.

Kalah bertanding pada peringkat Naib Presiden tidak tercemar berbanding tercemarnya jika kalah mempertahankan Ketua AMK.

Shamsul perlu menjadi wira sejati PKR. Perlu menang salah satu kerusi Naib Presiden. Ey Shamsul, itu Ketua Polis Negeri Selangor, Khalid Abu Bakar yang selalu mengacau Shamsul dah naik pangkat jadi pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Takkan Shamsul mahu duduk lagi kerusi AMK? Lebih-lebih lagi kalau kalah, terbahak besar nanti dia.

Walau apapun keputusan bertanding apa-apa jawatan sekalipun terletak di tangan Shamsul sendiri.

Ada Apa Pada Bajet 2011?

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

* Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

*Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

Ulasan GB

Ramai yang melihat bajet yang dibentangkan adalah bajet pilihanraya.

Tetapi GB tidak pula melihat ia sebagai tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya di dalam tempoh yang terdekat.

Yang ketara, memang terdapat usaha Najib untuk "mengambil hati" rakyat, namun jika ditelek dengan sebenar-benarnya, tidak semua yang menikmati kelebihan yang ada di dalam pembentangan bajet baru ini.

Ia terlalu banyak menumpukan kepada golongan yang dijagai oleh kerajaan untuk kemenangan BN. Contohnya kakitangan awam, JKKK dan JKKKP, tetapi tidak ada perhatian khusus terhadap mereka yang bekerja sendiri seperti para petani, pekebun, nelayan dan seumpamanya.

Jurang pendapatan akan menjadi bertambah lebar apabila golongan marhain sentiasa dicicirkan oleh kerajaan BN di dalam setiap kali pembentangan bajetnya.

Bertambah buruk apabila FMT melaporkan bahawa pentadbiran Najib memperuntukan lebih RM100 bilion untuk Belanjawan 2011 tetapi peruntukan untuk semua kementerian dipotong separuh.

Perbelanjaan dipotong untuk membiayai projek-projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dengan masing-masing mendapat peruntukan lebih RM17 bilion dan RM11 bilion.

Adalah difahamkan bahawa hanya kira-kira RM35 bilion, separuh dari peruntukan tahun lalu, diperuntukan untuk projek-projek baru kementerian.


Galas Sudah Semakin Hangat

Kehangatan bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) N45 Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas sudah mula terasa biarpun hari penamaan calon akan berlangsung 11 hari lagi.

Tinjauan awal Harakahdaily mendapati, parti-parti bertanding khususnya PAS dan Umno mula tekun mempersiapkan segala kelengkapan menempuh fasa kempen tidak lama lagi.

Bagi PAS, pejabat parti di Gua Musang menjadi markas induknya yang kini siap diubah suai untuk melancarkan perjalanan kempen nanti.

Difahamkan petugas parti dari seluruh Kelantan sudah mula berkampung sejak pengumuman tarikh PRK itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu.

Mereka kini selesai menjalankan persiapan-persiapan awal termasuk persediaan untuk majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dun Galas pada 19 Oktober ini.

Pelancaran tersebut akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Manakala petugas dari luar dijangka tiba beberapa hari sebelum tarikh pengumuman calon PAS yang dijadual 22 Oktober ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Gua Musang pula, mereka telahpun melancarkan program Perkampungan Futsal bermula 9 Oktober lalu dan akan berlangsung sehingga hari pengundian 4 November nanti.

Menurut ketuanya, Abdullah Hussin, inisiatif tersebut bagi mendekati golongan belia sekaligus memberi kesedaran politik kepada mereka.

"Ini salah satu cara kita nak mereka semua sentiasa dekat dengan kita sehingga hari mengundi.

"Di samping bersukan kita juga terapkan nilai agama pada mereka.

"Tidak pernah ada orang buat, sebelum bermain, kita solat hajat, solat Isyak dan tazkirah dalam gelanggang futsal," katanya.

Selain futsal, beberapa aktiviti sukan lain turut dipertandingkan sepanjang pilihan raya ini.

Lebih menarik, setiap pemain yang menyertai pertandingan perlu mendaftar sebagai pemilih.

Selain parti-parti yang bertanding, turut sibuk membuat persiapan termasuk kedai-kedai makan, rumah penginapan dan hotel.

Beberapa pengusaha homestay yang ditemui memberitahu, kos sewa untuk tiga minggu sepanjang pilihan raya mencecah RM12 ribu bagi teres dua tingkat berbanding hanya RM350 sebulan bagi kadar hari biasa.

Walaupun peningkatan ketara, kami difahamkan semua penginapan telah penuh ditempah jentera parti dan media khusunya dari luar Kelantan bermula 16 Oktober hingga 6 November nanti.

Dijangkakan, bandar Gua Musang akan mula sibuk menjelang hari penamaan 26 Oktober nanti.

Galas mempunyai 13 Unit Peti Undi (UPU) iaitu Bdr Baru Gua Musang, Bdr Lama Gua Musang, Bihau, Belatim, Balar, Sungai Ber, Lojing, Hau, Kampung Pulai, Lepan Tupai, Kampung Baru, Sungai Terah dan Kampung Batu Papan.

SPR sebelum ini menetapkan tarikh PRK Galas pada 4 November ini. -harakahdaily

Memadaikah Penjara 7 Tahun Untuk Pembakar Dan Pembuang Abu Mayat Sosilawati?

Kes Sosilawati: Dua lagi didakwa, dipenjara selepas mengaku salah

BANTING, 15 Okt — Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pertuduhan dalam Bahasa Tamil ke atas U. Suresh dan K. Sarawanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi tadi di Mahkamah Majistret di sini.

Hukuman dijatuhkan selepas kedua-dua Suresh, 26, dan Sarawanan, 19, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghapuskan bukti bagi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Kedua-dua suspek yang juga pekerja ladang milik seorang peguam terbabit, yang didakwa kelmarin, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lepas.

Kelmarin, peguam N. Patmanabhan, pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19; R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa di mahkamah yang sama atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai Bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, 44.

Sarawanan diwakili oleh peguam Roslie Sulle manakala Muhammad Naguib Abdul Malik bertindak sebagai peguam Suresh.

Hurman menetapkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap kedua-dua suspek bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Empat pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua mereka, namun Hurman memutuskan hukuman tersebut berjalan serentak.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil.

Sarawanan dituduh membakar manakala Suresh pula membuang abu mayat keempat-empat mangsa.

Kedua-dua suspek merupakan pekerja kepada Patmanabhan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.

Berikut adalah kronologi kes itu yang menggemparkan masyarakat:

* 5 Sept: Sosilawati dan tiga lagi terdiri daripada pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang selepas seminggu keluar rumah ke Banting atas urusan pembelian tanah.

* 6 Sept: Dua buah kereta mewah dipercayai milik Sosilawati dan peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya.

* 7 Sept: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memaklumkan polis mempunyai beberapa maklumat penting berhubung kes itu.

* 10 Sept: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.

* 11 Sept : Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya yang juga seorang peguam turut ditahan bagi membantu siasatan. Media melaporkan polis menjumpai bukti bahawa Sosilawati dan tiga lain menjadi mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib dan siasatan lanjut mendapati selepas dibunuh mayat mereka dibakar manakala abunya dicampakkan ke sebatang sungai berhampiran.

* 12 Sept: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin mengesahkan lapan suspek termasuk peguam yang menjadi suspek utama ditahan.

* 14 Sept: Polis menggeledah pejabat firma guaman milik suspek utama di Banting bagi mencari bukti termasuk kes penipuan manakala waris keempat-empat mangsa menjalani ujian DAN di Hospital Kuala Lumpur.

* 15 Sept: Unit Forensik Polis menemui beberapa lagi objek, dipercayai bukti penting kes di Sungai Panchau, Banting.

* 16 Sept: Polis berkata selain kes bunuh, suspek utama turut disiasat berkaitan kehilangan dua lelaki lain, msing-masing warga negara India dan warga tempatan.

* 18 Sept: Tempoh tahanan reman suspek utama bersama adiknya dan seorang lagi lelaki dilanjutkan.

* 19 Sept: Pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tetapi polis mengesahkan tiada kaitan dengan kematian Sosilawati.

* 21 Sept: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin menemui satu objek seakan-akan gelang emas milik seorang daripada mangsa bunuh di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang, Banting. Kertas siasatan kes diserah kepada Pejabat Peguam Negara.

* 22 Sept: Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut.

* 23 Sept: Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi.

* 24 Sept: Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa menerima dua aduan berhubung kehilangan anggota keluarga di Banting, Selangor yang dipercayai berkaitan suspek utama kes.

* 26 Sept: Mahkamah Majistret Sepang membenarkan tahanan reman terhadap tiga suspek termasuk peguam dua beradik sehingga 1 Oktober.

* 1 Okt: Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting membenarkan tahanan reman terhadap lima suspek dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati disambung sehingga 8 Okt.

* 8 Okt: Polis mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman tiga suspek berhubung kes ahli perniagaan yang dilaporkan hilang baru-baru ini sehingga 13 Okt.

* 11 Okt: Peguam dua beradik dan seorang suspek kes memfailkan permohonan supaya perintah lanjutan tahanan reman terhadap mereka yang diperoleh pihak polis, disemak semula.

* 12 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh dua peguam adik-beradik berhubung perintah lanjutan tahanan reman. -tmi

Ulasan GB

Apa pendapat tuan-tuan tentang hukuman yang dikenakan oleh hakim keatas kedua-dua yang telah mengaku bersalah, membakar dan membuang abu mayat ini?

Apakah memadai penjara 7 tahun?

Apakah peguam ini peguam yang dilantik oleh tertuduh sendiri atau peguam yang diunjukkan oleh pihak berkenaan kepada tertuduh?

Apakah peguam itu berkata kepada tertuduh "you plead for guilty, I plead for leniency?"

Ku Li Enggan Terima Jadi Calon Galas

Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan Umno bahagian Gua Musang - yang mengadakan mesyuarat khas petang semalam - supaya bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Ghani dan disokong oleh ahli jawatankuasa bahagian yang menghadiri mesyuarat khas itu di pejabat Umno bahagian selama kira-kira dua jam mulai 5 petang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mat Yusoff mengesahkan beliau membuat cadangan tersebut dan mendapat sokongan para AJK bahagian.

Bagaimanapun, katanya, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dan ketua bahagian berkenaan, meminta mereka memilih calon lain daripada beliau dan dua ADUN dalam Parlimen Gua Musang - Nenggiri dan Paloh.

Mat Yusoff berkata, mesyuarat khas itu turut meneliti senarai calon yang dicadangkan oleh kalangan AJK bahagian, yang turut mengandungi nama Tengku Razaleigh.

Katanya, turut dijemput menghadiri mesyuarat khas petang semalam termasuk di kalangan wakil kerajaan, pegawai lantikan politik, penggawa di bahagian berkenaan.

"Tengku Razaleigh telah memberi kebebasan kepada AJK bahagian untuk menentukan calon BN di Galas.

"Dan calon pilihan mereka itu akan diserahkan kepada pihak pusat untuk diputuskan.

"Beliau kata walaupun perdana menteri mahu beliau (Tengku Razaleigh) sendiri yang memilih calon, tetapi beliau mahu perdana menteri yang memutuskannya," katanya.

Menurut Mat Yusoff lagi, senarai calon tersebut turut diedarkan kepada mereka yang menghadiri mesyuarat khas semalam untuk mencadangkan calon yang sesuai.

"Dua tiga hari lagi kita tahulah keputusannya," tambah beliau.

Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus.

Che Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari BN, dengan majoriti 646 undi. -mk

Kes Sosilawati: 2 Dihukum Penjara 7 Tahun Lupus Bahan Bukti

2 mengaku salah lupus bahan bukti kes bunuh Sosilawati

KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini atas tuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain.

Kelmarin, seorang peguam, N. Pathmanabhan didakwa di mahkamah sama dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Semua mereka juga didakwa membunuh pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat. -BH

Pilihanraya Serentak Batu Sapi Dan Galas Pada 4 Nov

Petaling Jaya: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini menetapkan tarikh 4 November depan sebagai pilihanraya kecil (PRK) bagi Parlimen Batu Sapi (P185), serentak dengan PRK di Galas.

Begitu juga dengan penamaan calon Batu Sapi yang serentak dengan Galas iaitu pada 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas bermesyuarat dengan pegawai tertinggi SPR yang lain di pejabat SPR di Putrajaya.

"Sebanyak 25,582 pemilih berdaftar yang layak mengundi dan 1,535 daripadanya adalah pengundi pos.

Manakala sebanyak 45 saluran akan dibuka manakala 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Pilihan raya Batu Sapi merupakan PRK ke-13 selepas Galas sejak pilihan raya umum 2008.

Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu 9 Oktober lalu.

Mendiang yang juga Bendahari PBS menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Galas: Orang Asli Jadi Rebutan

Umno kini menyasarkan pengundi kaum asli, yang mencatat 16% daripada populasi kawasan DUN Galas dalam Pilihan Raya Kecil pada 4 November 2010. Rancangan Ladang Rakyat di bawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) telah dijadikan senjata UMNO-BN untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan.

Malah, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Najib Abdul Razak mengingatkan bahawa orang asli boleh menentukan sama ada BN menang atau tidak dalam PRK Galas, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-57, pada 10 Oktober 2010.

Di ruang internet, Cyber-Trooper UMNO mula memainkan isu bagaimana projek Ladang Rakyat mengakibatkan orang asli kehilangan hak tanah. Laman web bergelar “Media UMNO Malaysia” dalam Facebook, menyelar projek tersebut kerana memberi kesan yang besar terhadap penduduk asli, terutamanya di kawasan Lojing dan Pos Brooke.

Dalam artikel berjudul “Apa Sudah Jadi Ladang Rakyat” dan “Ladang Rakyat: PAS tak habis-habis jual temberang”, kerajaan negeri Kelantan dituduh menggula-gulakan penduduk asli dengan janji, tetapi berakhir dengan penggondolan hutan.

Bernama pula memetik pandangan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghanis bahawa PAS sememangnya menimbulkan ketidakpuasan pengundi, kerana tanah sebagai rezeki orang asli tidak diberikan geran, dan memberi kesan yang mendalam terhadap orang asli.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kuala Krai-PAS Hatta Ramli dan EXCO Kelantan, Husam Musa ketika dihubungi MerdekaReview berkata, mereka hanya boleh memberi respon setelah membaca laporan tersebut.

Projek “Ladang Rakyat” dimulakan kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 2006 melalui PPLRNK, dengan tujuan untuk mengurangkan penyalahgunaan tanah kerajaan, meningkatkan pendapatan rakyat melalui penanaman dan membasmi kemiskinan.

Orang asli dikhianati?

Projek Ladang Rakyat ini dikatakan telah merampas hak tanah adat orang asli, apabila penerokaan dijalankan di situ. Malah, penduduk kaum asal di situ mengadu bahawa pemimpin tempatan memaksa orang asli yang terlibat dalam projek tersebut untuk mengundi PAS.

Kamal , 25, dari kawasan DUN Galas ketika berucap dalam forum terbuka berjudul “Polisi Tanah Orang Asli: Impaknya” anjuran Majlis Peguam Malaysia pada 9 Oktober 2010 berkata, pembalakan dan projek Ladang Rakyat adalah masalah yang berlanjutan di Kelantan, dan ia harus dihentikan. Beliau menganggap terlalu banyak projek Ladang Rakyat dilaksanakan, dan orang yang menyokong projek Ladang Rakyat akan menyokong PAS.

Pengundi Galas ini juga berada dalam dilema, sama ada untuk menyokong PAS atau Barisan Nasional. Beliau berkata, BN kini telah turun ke padang untuk berkempen, dan menawarkan perkhidmatan perubatan, pengangkutan dan sebagainya. Kalau undi PAS, tanah akan termusnah; kalau undi BN, hanya enam ekar tanah diberi – kata Kamal yang masih keraguan untuk membuat keputusan.

Kamal memberi penilaiannya terhadap wakil rakyat dari parti berbeza, “dua-dua pun teruk”, hanya menabur janji ketika kempen untuk pilihan raya, dan “balik tidur selepas menang”.

Kamal yang berasal dari Pos Brooke ketika ditemuramah MerdekaReview berkata, sesetengah penduduk tempatan telah mendaftar untuk menyertai projek Ladang Rakyat, dan insentif RM200 akan diberikan setiap bulan kepada peserta. Bagaimanapun, mereka diberitahu ahli PAS tempatan bahawa insentif ini akan dibatalkan seandainya mereka tidak mengundi PAS.

Kamal yang hadir ke forum bersama empat orang rakan sekampung berkata, orang asli akan mengundi parti politik yang benar-benar mampu membantu mereka. Seandainya tiada parti yang mampu berbuat demikian, maka mereka tidak akan keluar untuk mengundi.

Pengundi kaum asli melonjak ke 1926 orang

Nisbah pengundi Melayu, Cina dan India menunjukkan penurunan jikalau dibandingkan dengan maklumat daftar pemilih ketika PRU ke-12. Sebaliknya, bilangan dan nisbah pengundi kaum asli meningkat dari 1,066 kepada 1,926 orang, penambahan sebanyak 860 orang atau bersamaan 6.35%.

Sekali imbas, Allahyarham Che Hashim Sulaiman-PAS menewaskan calon UMNO Mohd Saufi Deraman dalam PRU ke-12 dengan majoriti 646 undi. Jelas, peningkatan bilangan pengundi kaum asli semestinya akan menjadi rebutan kedua-dua parti politik.

Nisbah Kaum PRK 2010 PRU 2008
Melayu 7,125 (61.63%) 6,798 (65.81%)
Cina 2,317 (20.08%) 2,276 (22.03 %)
India 185 (1.6%) 187 (1.81 %)
*Lain-lain (termasuk kaum asli) 1,926 (16.67%) 1,066 (10.32%)
Jumlah 11,553 10,330


 

 

 

 

 

 

*Lain-lain terdiri daripada kaum asli, 1,889 orang (16.37%), bumiputera Sarawak 10 orang (0.09%) dan yang lain-lain 27 orang (0.23%), membawa jumlah kepada 1,926 orang (16.67%).



Apa yang menarik, UMNO-BN menyerahkan amanah “Pengarah Pilihan Raya” kepada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (atau dikenali Ku Li), dan bukannya kepada Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, atau Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO seperti biasa. Najib terpaksa menarik sokongan Ku Li yang disanjung tinggi di kawasan Gua Musang, salah satu daripada dua kerusi parlimen yang dimenangi UMNO-BN di Kelantan, daripada 14 yang dipertandingkan dalam PRU ke-12.

Tiga kawasan DUN yang berada di bawah kawasan parlimen Gua Musang termasuklah Galas, Nenggiri dan Paloh. Selama ini kawasan tersebut dianggap kubu BN, berikutan pengaruh Ku Li. PAS hanya berjaya menawan Galas dengan majoriti tipis (646 undi), sedangkan BN memenangi Paloh dengan majoriti 2,833 undi dan Nenggiri dengan majoriti 2,090 undi.

Daripada nisbah pengundi mengikut kaum, UMNO-BN berjaya meraih undi majoriti yang besar di Nenggiri yang mempunyai 85.78% pengundi Melayu, dan Paloh yang mempunyai 98.60% pengundi Melayu. Justeru itu, UMNO-BN dipercayai mampu mengekalkan sokongan Melayu, dan menyasarkan pengundi bukan Melayu untuk memenangkan mereka.

Pemilihan calon

EXCO kerajaan negeri Kelantan Husam Musa memberitahu MerdekaReview, bahawa beliau mencadangkan agar PAS melantik calon dari kaum asli, yang tidak semestinya beragama Islam untuk menyarung jersi PAS dalam PRK Galas yang akan berlangsung dari 26 Oktober hingga 4 November 2010.

Bagaimanapun, sumber dalam parti memberitahu MerdekaReview bahawa calon PAS kemungkinan seorang doktor yang berasal dari Gua Musang, dan calon berketurunan kaum asli hanyalah strategi untuk mengelirukan musuh parti. Sementara itu, UMNO-BN juga mungkin melantik seorang calon dari Bahagian Gua Musang, dan kita bakal menyaksikan pertarungan antara dua orang calon tempatan. -MR

Manipulasi Pemilihan: Azmin Tak Mahu Mengaku

Azmin: Saya tak manipulasi pemilihan untuk menang

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Calon jawatan timbalan presiden PKR Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa beliau bersama “puaknya” memanipulasikan proses pemilihan agar memihak kepada mereka.

“Kesemua masalah dalam parti, saya dipersalahkan. Saya bukan ahli jawatankuasa pemilihan pusat, jadi anda kena rujuk perkara ini kepada mereka,” kata beliau (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

“Bagaimana saya boleh memanipulasikan keputusan pemilihan? Saya bertanya anda... bagaimana saya memanipulasikan undi?

“Ini adalah pemilihan langsung, sistem baru dalam parti.

“Setiap ahli ada satu undi, jadi mereka perlu datang untuk mengundi. Saya tidak boleh memanipulasikan undi,” kata beliau dalam nada jengkel apabila wartawan terus mengajukan soalan berkaitan dakwaan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR N. Gobalakrishnan juga di bangunan Parlimen.

Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Azmin, yang juga Naib Presiden PKR, dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.

“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.

“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.

Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.

Mengulas lanjut, Azmin berkata, ketika proses pengiraan undi, pegawai-pegawai pemilihan parti akan turut hadir dan memang mustahil baginya memanipulasikan undi.

“Dan, cabang-cabang pula akan mengemukakan laporan mereka kepada ibu pejabat. Jadi, saya tidak berada dalam kedudukan untuk memanipulasikan undi,” katanya lagi.

Azmin juga menegaskan bahawa parti telah menghantar notis kepada semua cabang supaya mengemukakan senarai pencalonan mereka kepada jawatankuasa pemilihan sebelum 10 Oktober.

“Sebagai ketua cabang, saya juga menerima notis daripada sekretariat mengingatkan bahawa setiap cabang perlu mengemukakan laporan bertulis mereka sebelum 10 Oktober.

“Jadi, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, anda kena memastikan bahawa kesemua laporan diserahkan. Ia proses yang mudah dan kena menghormatinya. Jangan berkata, kerana masalah itu pun saya juga dipersalahkan.

“Tidakkah anda bersimpati dengan saya... saya dipersalahkan kerana semua masalah,” katanya lagi. -TMI


Ulasan GB

Pemilihan PKR kali penuh dengan segala macam konspirasi yang mencemarkan parti itu ke tahap paling memualkan.

Ia semata-mata bermula dari perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, apabila calonnya, ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Hj Ali melakukan kempen secara agresif, menjauhi nilai-nilai akhlak serta dilihat keterlaluan untuk memenangi jawatan itu "dengan apa cara sekalipun" dan ia seperti seolah-olah direstui oleh pucuk pimpinan parti, bermula dari Penasihat PKR sendiri sampailah ke bawah.

Apabila Datuk Zaid Ibrahim mengisytiharkan untuk bertanding jawatan yang sama, Azmin telah memulakan serangannya terhadap beliau sekalipun tanpa memperdulikan serangan itu berunsur fitnah atau tidak.

Zaid tiba-tiba dikecam kerana kononnya telah melakukan kritikan pedas kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seperti seolah-olah kedua-dua mereka tidak boleh dikritik, maka bersuaralah Azmin bersama-sama pengikutnya menghentam Datuk Zaid Ibrahim, dengan menimbulkan fitnah kononnya Datuk Zaid didalangi oleh orang tertentu untuk kononnya menghancurkan parti.

Apakah PKR serupa dengan UMNO dimana pimpinan tertinggi tidak boleh lansung disentuh dan dikritik oleh sesiapa pun?

Apakah semasa Zaid mengkrtik pimpinan tertinggi parti yang dituduh biadab kemudian terus sahaja dilabelkan pengkhianat? Seterusnya dicari-cari apa saja yang boleh dijadikan alasan, samada benar atau tidak, untuk mengiyakan label pengkhianat itu kepada beliau?

Tak boleh kritik pimpinan secara terang-terangan, kata seorang blogger. Nak kritik pimpinan, kerana lakukan secara dalaman, tambahnya. Tetapi satu ketika dahulu bila Azmin secara terang-terang bukan sahaja mengkritik, tetapi menghentam MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu tidak mengapa?

Kemudian, Azmin dengan taktik wayangnya pula, berjaya meyakinkan ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN untuk membuat kenyataan "menyokong pencalonannya", sesuatu tindakan dan amalan kurang sihat yang mana taktik ini adalah taktik yang digunakan oleh parti-parti politik komponen pemerintah untuk memenangi jawatan di dalam parti.




Sehingga tiba waktu pemilihan di cabang-cabang, "YB-YB Kuda" ini berkeliaran menagih pencalonan dari perwakilan untuk Azmin. Sehingga akhirnya berlaku kekecohan di banyak lokasi pemilihan.

Hal ini dapat dibendung jika Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), pimpinan tertinggi dan sekalian YB PKR bertindak berkecuali serta adil. Tetapi ini berlaku. Rupa-rupanya kebanyakan JPP termasuk Setiausaha Agong PKR sendiri, mengambil sikap berpihak. Ini kerana mereka dan sekalian YB-YB ini takut namanya dicicirkan oleh Anwar nanti di dalam senarai wakil rakyat sewaktu pilihanraya akan datang!

Senario seterusnya? Rakyat akan menghukum PKR di dalam pilihanraya akan datang. Kita sama-sama tunggu dan lihat apakah perkataan GB ini benar atau tidak.

Anwar Sebuas Dan Sijijik Itu?

Mohd Saiful Dakwa Diliwat Individu Berprofil Tinggi Tanpa Kondom

KUALA LUMPUR, 14 Okt - Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi Khamis bahawa semasa merekodkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun, 2008, Mohd Saiful menyatakan bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi sejak dua bulan sebelum itu, tanpa menggunakan kondom.

Beliau berkata Mohd Saiful memaklumkan kepadanya bahawa individu berkenaan tidak menggunakan kekerasan terhadapnya dan bahan pelincir digunakan dalam perbuatan itu, dengan episod terakhir berlaku dua hari sebelum dia pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan semasa pemeriksaan utama bilakah Mohd Saiful memberitahunya tentang perkara itu, Dr Siew berkata beliau mendapat maklumat itu daripada Mohd Saiful semasa merekodkan sejarah perubatannya.

"Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan," kata Dr Siew pada perbicaraan kes liwat Pemimpin Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dr Siew, yang berpengalaman mengendalikan antara 200 dan 300 kes forensik dan menyelia 20 kes liwat, berkata selepas beliau menemubual Mohd Saiful, pakar bedah umum Dr Mohd Razali Ibrahim dan pakar penjagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam Hassan pula melakukan pemeriksaan.

Katanya Dr Khairul Nizam membuat pemeriksaan terhadap tubuh Mohd Saiful, manakala Dr Mohd Razali memeriksa bahagian sulit pesakit itu.

Beliau berkata para doktor berkenaan mendapat keizinan Mohd Saiful sebelum melakukan pemeriksaan perubatan terhadap bahagian sulit mangsa dan merakam gambarnya.

Menjawab soalan Nordin sama ada pemeriksaan itu dibuat secara serentak, beliau berkata ia dibuat satu demi satu oleh dua doktor berkenaan.

Dr Siew berkata peranan beliau ialah mengendalikan spesimen yang diambil daripada Mohd Saiful.

Dr Siew, 40, saksi ketiga pendakwa, berkata laporan perubatan yang disediakan oleh beliau serta Dr Razali dan Dr Khairul Nizam, selepas membuat pemeriksaan terhadap Mohd Saiful, adalah tidak konklusif dan komprehensif kerana ia dibuat tanpa laporan kimia.

Doktor itu berkata beliau membuat keputusan secara konklusif bahawa berdasarkan keputusan empat sapuan yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful semasa pemeriksaan perubatan pada 28 Jun, 2008, beliau mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki.

Katanya laporan yang disediakan oleh beliau, Dr Mohd Razali dan Dr Khairul Nizam pada 11 Julai, 2008, dibuat tanpa laporan kimia mengenai sapuan berkenaan dan lokasi ia diambil.

"Berdasarkan laporan itu dan mengetahui lokasi tempat sampel itu diambil, sekarang saya boleh mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki," kata Dr Siew bagi menjawab pertanyaan Nordin.

Menjawab soalan sama ada liwat boleh berlaku tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan pada kawasan dubur mangsa, Dr Siew berkata perkara itu boleh berlaku sekiranya bahan pelincir digunakan atau kejadian itu lewat dilaporkan kepada doktor.

"Ini berkemungkinan terjadi apabila perbuatan itu tidak melibatkan kekerasan atau sanggahan," kata Dr Siew.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa Dr Mohd Razali mengumpul sapuan yang ditanda sebagai B5, B7, B8 dan B9 yang diserahkan kepadanya dan menyita sampel berkenaan dalam botol yang distril sebelum melabel dan menyerahkannya kepada pegawai penyiasat kes berkenaan DSP Juge Blacious Pereira pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari keesokan harinya (29 Jun, 2008).

Dalam keterangannya, saksi keempat pendakwa, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap Mohd Saiful, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Katanya dalam pemeriksan itu, beliau mendapati terdapat tiga tanda pada bahagian kiri dan kanan bahagian atas belakang Mohd Saiful dan satu tanda pada bahagian tengah di kanan belakang mangsa, dan kemudian mengukur tanda-tanda itu.

Dr Khairul Nizam juga berkata penetrasi alat kelamin lelaki telah berlaku berikutan penemuan air mani lelaki pada bahagian 'periannal, low rectal dan high rectal' Mohd Saiful.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menangguhkan pemeriksaan balasnya terhadap tiga doktor itu kepada 25 Okt.

Terdahulu, Karpal memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengusulkan prosiding menghina terhadap individu tertentu berhubung kenyataan yang dibuat kepada media.

Katanya kenyataan itu tidak boleh dibincangkan kerana ia boleh mewujudkan prejudis terhadap perbicaraan kes berkenaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan Karpal untuk memfailkan permohonan rasmi bagi mendapatkan prosiding menghina. - BERNAMA

Ulasan GB

Siapa yang berdusta. Anwar atau Saiful?

Jika saya berkesempatan untuk bertemu Anwar, saya akan bertanya: "Benarkah dakwaan Saiful itu? Katakan "Ya" atau "Tidak" sahaja.

Jika "Ya", maka tiada siapa yang berdusta. Jika "Tidak" maka salah seorangnya berdusta atau kedua-dua sekali pendusta.

Tiba-tiba Anwar berkata, "Najib akan paggil pilihanraya mengejut", untuk menghentikan soalan GB itu supaya ahli-ahli PR jangan sibuk-sibuk cungkil halnya.

Sadangkan di luar sana, tidak ada ribut, tidak ada taufan, untuk Najib memanggil pilihanraya umum secara mengejut itu.

Kes Teoh Beng Hock: Insp Nazri Tak Mengaku Sembunyikan "Nota Terakhir"

Pegawai Penyiasat Dakwa Tiada Niat Sorok Surat

SHAH ALAM: Pegawai Penyiasat (IO) Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Khamis, bahawa beliau tidak pernah berniat mahu menyembunyikan surat yang didakwa ditulis oleh pembantu politik, Teoh Beng Hock sebelum dia ditemui mati.

Ahmad Nazri, 38, yang merupakan saksi inkues ke-35 berkata, beliau telah pun memaklumkan mengenai penemuan surat tersebut yang ditulis dalam karakter Cina dan tulisan rumi sebaik sahaja beliau menyedari isi kandungannya pada Mac lalu.

“Semasa saya menemui surat itu, tiada seorang pun di dunia yang tahu. Tetapi saya berlaku jujur dan memaklumkan penemuan dan membawa surat tersebut kepada Jabatan Peguam Negara,” tambahnya.

Mendengarkan jawapan Ahmad Nazri, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh dengan spontan mengatakan bahawa beliau sedar saksi telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai IO.

Bagaimanapun, Gobind tetap menyoal saksi mengapa tiada siasatan dibuat terhadap isi kandungan surat itu (yang ditemui dalam beg sandang Teoh di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia –SPRM) kerana ia dapat membantu inkues yang telah berlangsung lebih daripada setahun.

Ahmad Nazri: Saya telah memaklumkan kepada pihak atasan dan juga pendakwa raya, tetapi tidak mendapat arahan untuk menyiasat.

Gobind: Kamu sebenarnya menunggu arahan untuk menyiasat, tetapi tidak menerima arahan tersebut?

Ahmad Nazri: Prosiding inkues telah bermula, jadi saya berpendapat surat itu mungkin akan dikemukakan di mahkamah menerusi saya sebagai IO.

Gobind: Saya cadangkan sebab surat disimpan adalah kerana ia boleh menunjukkan pekara sebenar iaitu pegawai SPRM telah menekan Teoh sehingga membawa kepada kematiannya?

Ahmad Nazri: Saya tidak tahu.

Gobind: Selepas keterangan Dr Pornthip Rojasunan, Dr Peter Vanezis dan Dr Shahidan Md Noor mengenai kesan pada leher Teoh diterima, pihak pendakwaan tidak tahu bagaimana mahu menjawab. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk mengemukakan surat ini untuk cuba menyakinkan bahawa Teoh membunuh diri?

Ahmad Nazri: Tidak benar.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima, Plaza Masalam di Seksyen 9, di sini dan kematiannya menimbulkan persoalan kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil untuk memberi kenyataan di pejabat SPRM, yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Prosiding inkues yang didengar di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung 22 Oktober ini

Kes Aminul-Rasyid: Bunyi Letupan Lebih 10 Kali

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, dia mendengar bunyi seperti letupan mercun diselang-seli siren polis, sebelum diakhiri dentuman kuat di tempat kematian Aminulrasyid Amzah, di Seksyen 11, akhir April lalu.

Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, 28, berkata, dia mendengar bunyi letupan rambang itu lebih 10 kali, tetapi berubah menjadi makin kuat apabila menghampiri kawasan rumahnya, sebelum melihat kereta tersadai kira-kira 30 meter dari kediamannya.

“Bunyi itu diselangi siren polis dan makin kuat kedengaran. Akhir sekali saya mendengar dentuman seperti bunyi objek terlanggar dinding,” katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes polis berpangkat koperal yang dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15.

Jenain Subi (gambar), 48, didakwa menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga itu jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Bapa kepada empat anak itu menghadapi hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh didenda mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Adilah Ahmad dan Siti Rohaida Che Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam bela Salim Bashir dan M Athimulan.

Zafrullah yang juga saksi pendakwaan ke-15 itu berkata, selepas mendengar dentuman kuat, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kereta melanggar dinding pagar dan dua kereta peronda mengepung kenderaan itu.