23 Mac 2011

Rahsia Telah Terbongkar, Hishamuddin Lagi Mahu Tunjuk Lagak

Video: Hishammuddin akan saman Anwar jika terus kaitkan beliau dan polis

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lalu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang itu sudah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.

"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Anwar dalam laporan beberapa akhbar dua hari lalu menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Hishammuddin dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan pembabitan mereka dalam rakaman berkenaan semalam manakala Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran video itu pada hari yang sama.

Hishammuddin berkata, jika dakwaan Anwar itu benar, beliau disaran supaya mengemukakan bukti dan membuat laporan polis supaya perkara itu dapat disiasat.

"Apa jua anda (Anwar) ingin dakwa, buktikanlah, saya tak sembunyi apa-apa," katanya.

Beliau berkata, apa yang didakwa Ketua Pembangkang itu bahawa rakaman video yang membabitkan dirinya sebagai watak utama adalah satu konspirasi dilihat satu cara untuk mengelak daripada kebenaran. - BERNAMA


Hak saya pertahankan polis, kata Hisham

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini tampil mempertahankan pasukan polis, dengan mencabar pembangkang membuktikan bahawa polis bersubahat dalam dakwaan skandal seks terbaru terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyangkal dakwaan bahawa tayangan video seks kontroversi itu sebagai satu permulaan kepada ulangan kepada perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar dalam 1998, dengan menegaskan bahawa dakwaan konspirasi oleh pembangkang itu, hanya untuk mengalih perhatian bagi mengaburi kebenaran.

Kali ini, tegasnya, beliau tidak akan duduk diam membiarkan mereka mempolitikkan isu tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Hishammuddin menegaskan bahawa beliau mempunyai hak untuk mempertahankan integriti pasukan polis.

Hishammuddin berkata, semua putarbelit itu adalah untuk mencemarkan imejnya apabila ada pihak mendakwa "DNA ialah satu konspirasi, Saiful satu konspirasi, video (seks) satu konspirasi" - merujuk kepada perbicaraan kes tuduhan liwat terhadap Anwar yang sedang berjalan sekarang.

Oleh itu, beliau mencabar semua pihak yang menuding jari kepada beliau dan pasukan polis, supaya membuktikannya.

Semalam, peguam Anwar - Sankara Nair - berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggannya mempunyai hak untuk mengandaikan 'polis bersubahat' dalam tayangan video seks tersebut.

Katanya, langkah Anwar membuat laporan polis semalam, mungkin digunakan sebagai asas untuk menangkap dan mendakwa beliau (Anwar), seperti yang berlaku pada 1998, dalam kes pertama liwat terhadapnya. -mk


Ulasan GB

Adalah amat keterlaluan bagi seorang Menteri Dalam Negeri yang masih angkuh dan tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia.

Pertama: Mengapa polis tidak bertindak menghalang pihak terbabit menyiarkan video seks yang ternyata menyalahi undang-undang?

Kedua: Mengapa tiada tahanan, tiada tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat sekalipun laporan polis telah dibuat oleh Anwar?

Ketiga: Mengapa Hishamuddin begitu cepat membela polis sedangkan siasatan belum dilakukan samada polis terlibat atau tidak?

Anda begitu pantas bertindak jika yang melakukan itu adalah dari Pakatan Rakyat tetapi terhegeh-hegeh malah lansung tidak bertindak apa-apa apabila ianya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO BN.

Jika kamu menyatakan kamu ada hak untuk pertahankan polis, kami rakyat menyatakan kami ada hak untuk pertahankan kebenaran dan keadilan.

GB ingin mengulangi di sini bahawa: Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini.

GB telah menulis sebelum ini bahawa:

Keengganan Polis Tangkap Datuk T Cetuskan Kemarahan Rakyat

Kit Siang Gesa Polis Tangkap Segera Ketiga-tiga Dalang Video Seks

Pihak polis hari ini digesa menangkap segera Datuk T trio kerana penglibatan mereka di dalam penyiaran video tape lucah Isnin lalu.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata pihak polis tidak sepatutnya berlengah untuk menangkap bekas Ketua Menteri Melaka dan pemimpin veteran Umno Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka telah pun membuat pengakuan hari ini merekalah Datuk T, lelaki misteri di belakang rakaman video seks yang mereka dakwa pemimpin PKR Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan asing.

Anwar telah membuat penafian bahawa beliau adalah orang yang didakwa di dalam video berkenaan dan telah membuat laporan polis semalam.

“Mengapa pihak polis tidak menangkap ketiga-tiga Datuk T kerana jenayah, termasuk menyiarkan bahan lucah dan ponografi?

“Apakah mereka mempunyai kekebalan dan kebebasan untuk melanggar undang-undang dan bertindak dengan memalukan negara?”
tanya Lim di dalam kenyataannya hari ini.

Beliau juga ingin tahu samada pimpinan tertinggi dan ahli UMNO lain mengetahui kerja-kerja kotor rakaman video seks yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang tersebut.

Beliau menegaskan tindakan tersebut merupakan satu "rencana politik yang paling kotor untuk menghancurkan Anwar dan peluang Pakatan Rakyat’ di dalam pilihanraya umum negeri Sarawak”.

Beliau bagaimana pun percaya, kenyataan yang berlaku akan merupakan peluru penting untuk memecahkan keyakinan dan kredibiliti serta kesahihan kepimpinan Najib.

Tindakan itu akan meyakinkan majoriti rakyat bahawa tempoh mandat untuk Barisan Nasional dan Umno memerintah Sarawak dan Malaysia sudah berakhir, tambahnya.

Terburai Semua - Eskay, Rahim & Shuaib Dalang Video Seks

Eskay akui beliau dalam video seks

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah iaitu lelaki misteri yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T, mengaku bahawa beliau ada didalam rakaman video seks yang didedahkan kelmarin.

"Saya dalam video itu," katanya seperti lapor Malaysiakini.

Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang media hari ini selepas ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Eskey yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Turut tampil pada sidang media itu adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Rahim pada sidang media sama juga turut memaklumkan beliau, Eskey dan seorang lagi adalah lelaki misteri yang digelar “Datuk T”.

Beliau juga mengaku bertanggungjawab bersama Eskey mendedahkan rakaman video tersebut.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA. -HD


Eskay: 'Saya dalam video itu'


"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three,"
kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA. -mk



'Datuk T' mahu s'jaya diraja siasat video seks




Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik hari ini mengakui bahawa beliau adalah antara tiga orang di sebalik skandal video seks, mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menentukan ketulenan klip tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, beliau berkata suruhanjaya diraja itu perlu turut dianggotai tiga pemimpin utama pembangkang - presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa itu ialah seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.


Video seks selama 20 minit itu memaparkan seorang lelaki melakukan aksi seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik hotel. Suami Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

Sementara itu, Abdul Rahim turut mencadangkan anggota lain suruhanjaya diraja itu boleh melibatkan pemimpin NGO, peguam negara, pengamal media dan wakil negara luar.

"Semua ini supaya kebenaran yang ditemui nanti tidak boleh dipersoal," kata Rahim.

Dalam masa yang sama, Abdul Rahim meminta Anwar yang sering dirujuknya sebagai "si fulan itu" menimbang meletak jawatan seperti yang dilakukannya sebelum ini ketika berdepan dakwaan kes merogol pada 1994.

Abdul Rahim menegaskan, beliau meletak jawatan kerana dianggap sebagai beban kepada parti walaupun mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah.

Sementara itu, mereka juga memberitahu akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menyiasat perkara itu.

"Kita akan berikan apa sahaja kepada pihak polis. Seluar dalam (sendiri) pun kita akan beri kalau dia mahu," selerohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 50 pemberita dalam dan luar negara. -mk


Ulasan GB

Terburai semua.

itulah pentingnya untuk kita berdoa dan mengharap kepadaNya seperti yang pernah GB tuliskan di dalam tulisan-tulisan yang lalu:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:

Firman Allah bermaksud ,


Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)


Bapa Mertua Shafie Apdal Turut Terlibat Dalam Konspirasi Video Seks

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggunakan seorang yang mirip iras Datuk Seri Anwar untuk menerbitkan video seks fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

Turut terbabit dalam konspirasi terbaru menjatuhkan Anwar adalah bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shuaib Lazim (gambar).

Manakala Perdana Menteri memberi persetujuan kepada Rahim untuk “membeli” ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dengan menggunakan video fitnah itu untuk menyakinkan mereka.

Johari mendedahkan Rahim dan Shazryl menemui beliau di Hotel Flamingo Kuala Lumpur pada isnin lalu untuk menunjukkan video 21 minit itu sebelum memujuk beliau untuk lompat keluar dari PKR menyertai itu dengan imbuhan lumayan.

Selepas menyaksikan video itu, Datuk Johari yakin “pelakon” itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Datuk Johari berkata setelah menonton video itu, beliau menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim. .

“Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 3.30 petang 22 Mac 2011,” kata beliau.

“Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka, tambah beliau.

“Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tambah beliau.

Johari berkata Tan Sri Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda menjadi dalang kepada video fitnah itu.

Beliau orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu yang menyaksikan polis menangkap Anwar, memukulnya dalam lokap sebelum mensabitkan beliau di atas tuduhan liwat dan rasuah yang direkacipta.

Johari berkata Rahim diberi mandat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya.

Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara bagi menayangkan video lucah untuk wartawan terpilih dibuat oleh RISDA, “ tambah Johari.

Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah,.

Selain Rahim dan Eskay, Johari turut menamakan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Dato’ Shafie Afdal.

Ujarnya, beliau mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat,” kata Johari.


Ulasan GB

GB sudah ulas di SINI

Khir Toyo Kata Isu Video Seks Bakal Memakan Diri BN Sendiri

Khir Toyo: Mungkin video dicipta mereka sendiri

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menggesa BN supaya tidak menggunakan "isu-isu dalam kelambu" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melemahkan Pakatan Rakyat, terutamanya menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana, kata Dr Khir, rakyat tidak mengukur keburukan pemimpin politik tetapi menilai kejayaan pemerintahan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan yang sedang dilaksanakan.

"Justeru saya khuatir ialah kemungkinan video sebegini dicipta oleh mereka yang mahu memerangkap BN.

"Jika BN terlalu ghairah memainkan isu ini dan akhirnya terbukti lelaki tersebut bukan Anwar, maka Anwar akan mendapat kemenangan besar dari segi populariti politiknya," tulis Dr Khir.

Beliau menulis dalam blognya hari ini mengenai pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga ketua pembangkang oleh seorang individu yang dikenali sebagai 'Datuk 'T' di Carcosa Seri Negara semalam.

Dr Khir berkata jika ada lelaki lain yang hampir seiras dengan Anwar mengaku beliau lelaki dalam video berkenaan maka, ia boleh menukar persepsi ramai.

"Malahan jika terbukti kemudiannya lelaki dalam video tersebut bukan Anwar, maka beliau akan menggunakan isu ini untuk menjustifikasikan segala tuduhan lain terhadap beliau termasuk kes mahkamah beliau sebagai fitnah dan konspirasi.

"Justeru, apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan membersihkan Anwar?

"Melihat strategi politik Anwar sejak zaman pelajar dahulu sehingga sekarang, maka kemungkinan ini bukanlah sesuatu yang mustahil," dakwa Dr Khir lagi sambil menambah pendedahan video tersebut "tidak membabitkan BN".

Tahap keselamatan hotel

Bekas ketua pembangkang DUN Selangor itu juga mempersoalkan sama ada penafian yang dibuat Anwar itu mencukupi kepada umum.

"Apakah kata-kata Anwar masih dianggap kata-kata yang suci dan bersih? Anwar menyatakan ini taktik jahat BN. Bukankah Anwar sendiri mahaguru segala strategi politik menuduh dan memfitnah ini?

"Saya tidak menyatakan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar atau pun bukan kerana saya belum menontonnya. Cuma cara Anwar mempertahankan dirinya dengan cara melabelkan pendedahan ini merupakan agenda jahat Barisan Nasional menjelang pilihan raya Sarawak sangat klasik dan klise sifatnya," katanya.

Dr Khir berkata walau apa pun kebenarannya, masyarakat akan terus dihujani "perbincangan-perbincangan dalam kelambu yang memalukan" dan akhbar akan terus dihiasi dengan cerita-cerita yang memalukan untuk bacaan kanak-kanak.

"Selain itu, pendedahan video perlakuan seks di hotel ini selepas kes (Presiden MCA) Datuk Seri Chua Soi Lek menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan di hotel-hotel di negara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas politik Sarawak, Dr Khir berkata pengumuman persaraan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta penumpuan pembangunan di Malaysia Timur sudah cukup mencerahkan peluang BN.

"Malahan tindakan (Abdul) Taib Mahmud mengetuai jentera pilihan raya negeri akan datang merupakan kelebihan besar kepada BN. Justeru BN tidak memerlukan pendedahan video seperti ini untuk melemahkan Pakatan," katanya. -mk

Ulasan GB

Petikan dari Kenyataan Akhbar Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen (PKR) Sg Petani:


Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.



Baca entri sebelum ini:

Misteri Video Seks Terbongkar. Identiti Datuk T Terdedah

Misteri Video Seks Terbongkar. Identiti Datuk T Terdedah - updated

KKenyataan Akhbar Johari Abdul, Ahli PArlimen (PKR) Sg Petani

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.


Datuk Rahim Tamby Chik (kiri), Datuk Eskay Shazril (kanan)


Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Ulasan GB

Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN.



Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.


Sekarang siapakah Datuk T?

Terjawab sudah:


Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.


atau yang inikah yang lebih tepat:


Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.


Akhirnya Tuhan memperkenankan doa GB. Baru semalam GB menulis di SINI. Petikan


Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini.


Pastikan maklumat kebusukan tindakan Najib dan UMNO di atas disebarkan kepada seluruh rakyat terutama para pengundi Sarawak.


Pesawat Pengebom Amerika Bersepai Di Libya

Washington: Sebuah pesawat pengebom F-15E tentera udara Amerika Syarikat terhempas di Libya malam tadi dan seorang krunya berjaya diselamatkan, Reuters melaporkan.

Jurucakap tentera Amerika di Markas Pemerintah Afrika, Vince Crawley berkata, usaha menyelamat seorang lagi kru masih dilakukan.

Menurutnya, kejadian itu mungkin disebabkan kerosakan mekanikal dan bukan kerana tembakan musuh.

Beliau berkata, kejadian berlaku sebelah malam tetapi enggan memberitahu lokasinya dan bagaimana kru pesawat berkenaan diselamatkan.

"Kedua kru itu melompat. Seorang kru telah ditemukan. Ketika ini sedang dijalankan operasi untuk mencari seorang lainnya," kata Karin Burzynski dari markas besar komando itu di kota Stuttgart, Jerman bahgian barat, AFP dipetik.


Tindakan Mesti Diambil Ke Atas Isteri Khir Toyo

Shah Alam - Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) menggesa Peguam Negara untuk mengambil tindakan ke atas isteri bekas menteri besar Selangor, Zaharah Kechik.

Menurut Teng Chang Kim, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat apabila beliau dipanggil sebagai saksi.

"Dalam sidang awam pendengaran Selcat yang pertama, di mana ada saksi awam yang telah pun mengingkari perintah Selcat untuk hadir iaitu isteri kepada bekas MB Selangor,"katanya.

Tambah beliau lagi, memandangkan penubuhan jawatankuasa ini telah diperakui oleh mahkamah, maka tindakan terhadap Zaharah perlu diambil demi memastikan
undang-undang terus dipelihara.

"Tetapi hingga hari ini belum ada tindakan pendakwaan yang telah dibuat terhadap beliau. Dengan kedudukan enakmen penghinaan dewan yang telah pun dibenarkan oleh mahkamah saya berharap pihak peguam negara akan ambil tindakan segera untuk menegakkan undang-undang yang telah pun diluluskan oleh dewan dan disahkan mahkamah,"jelasnya.

Zaharah adalah Bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) antara 11 saksi utama yang dipanggil pada sesi Selcat pada Mac 2009.

Turut dipanggil sebagai saksi pada sesi pendengaran awam yang akan berlangsung sehingga 31 Mac itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan sehingga mencecah RM1 juta sejak penubuhannya pada 1985.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Zaharah, yang juga isteri Mohamad Khir, dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.
-tvsnews-


Selcat dapat perakuan mahkamah

DUN Selangor berjaya mendapat perakuan mahkamah bahawa jawatankuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) merupakan jawatankuasa sah mengikut undang-undang.

Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata, perakuan itu didapati melalui satu keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Teng (berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu memutuskan bahawa keputusan dalam sidang dewan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.

"Mahkamah bersetuju bahawa keputusan yang dibuat oleh DUN dilindungi oleh Perkara 72 dan Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan," kata Teng dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Keputusan mahkamah itu mengenepikan satu saman yang dikemukakan oleh tiga orang ADUN BN yang cuba mendapatkan perisytiharan bahawa jawatankuasa Selcat tidak sah.

Tiga wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, Hasiman Sidom dan Wong Koon Mun.

Tindakan pada isteri Khir Toyo

Sehubungan itu juga, Teng juga meminta Peguam Negara supaya mengambil tindakan ke atas isteri bekas menteri besar Selangor Datin Zaharah Kechik.

Katanya, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat walau telah dipanggil sebagai saksi.

"Itu berlaku pada penggal pertama Selcat di mana (Zaharah) telah dipanggil sebagai saksi tetapi tidak hadir.

"Maka ia merupakan kesalahan di bawah enakmen penghinaan dewan 2009 yang sekarang ini disahkan oleh mahkamah sebagai undang-undang sah.

"Oleh itu saya menggesa Peguam Negara mengambil tindakan untuk mendakwa beliau kerana melanggari peruntukan enakmen penghinaan dewan.

"Tidak ada perkara yang was-was lagi untuk mereka laksanakan," kata Teng lagi. -mk


DNA Yang Diambil Secara Paksa Diterima Sebagai Bahan Bukti

Tamparan kepada Anwar, tiga barangan diterima

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan - ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan yang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

Permohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim),” hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.

Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.

Ketua pembangkang itu berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini. -mk

Imbas kembali:


Kes liwat: Tuala, berus gigi dan botol air diambil dari sel Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihak polis hanya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap.

Timbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur DSP Yahya Abd Rahman berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dibekalkan dengan barangan yang sama ketika beliau ditahan dilokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.

Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK berkenaan.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dalam kes perbicaraan Anwar yang menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, adakah tahanan lain bersama Anwar di dalam sel lokap sama pada hari itu, Yahya berkata hanya Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.

Beliau berkata Anwar telah dibawa keluar pada keesokkan hari (17 Julai 2008) dan beliau telah mengarahkan dua anggota polis untuk mengunci sel berkenaan.

Saksi pihak pendakwaan ke-17 itu juga memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan dari luar sel selepas itu, mendapati ada sebotol air mineral, tuala dan berus gigi di dalam bilik itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang merujuk kepada gambar-gambar yang diambil di sel berkenaan seolah-olah seperti kandang haiwan, Yahya berkata keadaan itu adalah kerana bangunan sudah lama.

Bagaimanapun ketika pemeriksaan semula oleh Nordin, saksi itu berkata bilik sel memang dibersihkan dan ia nampak kotor disebabkan catnya sudah meluntur.

Untuk satu soalan lain oleh Karpal adakah kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi di tingkat 7 banguan itu, Yahya berkata kamera tersebut memang ada dipasang tetapi tidak berfungsi.

Karpal juga menanyakan secara bertalu-talu siapakah sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menahan Anwar.

Karpal: Siapa arahkan DSAI dimasukkan ke dalam lokap?
Yahya: Tak pasti.
Karpal: Pegawai atasan ataupun arahan sendiri? Nyatakan dengan tepat arahan siapa?
Yahya: DSP Judy Blacious Pereira.
Karpal: Bila arahan itu dibuat?
Yahya: Sewaktu berbincang selepas penahanan Anwar, di bilik mesyuarat D9.
Karpal: Anwar tidak dibekalkan katil, bantal dan selimut, kenapa tidak, beliau adalah manusia bukan?
Yahya: Memang tidak dibekalkan, itu merupakan amalan standard untuk semua tahanan.
Karpal: Adakah semua balai di negara ini tidak membekalkan katil, selimut dan bantal?
Yahya: Saya tidak boleh menjawab.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sebelum itu, Ketua Bahagian CSI Makmal Polis Diraja Malaysia di Cheras Supt Hamidon Adnan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memeriksa dua unit di Kondominium Damansara pada 17 Julai 2008.

Katanya, beliau telah menemui sehelai bulu di unit 11-5-1 dan seterusnya telah merampas satu karpet dan satu selimut tebal.

Ketika disoal oleh Nordin kenapa beliau mengambil bahan-bahan bukti berkenaan, Hamidon berkata ia untuk tujuan penganalisaan DNA.


Saksi pihak pendakwaan ke-15 itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau juga telah diminta menyiasat sel lokap di mana Anwar ditahan dan telah menemui sehelai rambut, berus gigi, sehelai tuala kecil di atas lantai.

Hamidon berkata, sebotol air mineral berjenama cactus di atas tembok berhampiran dengan tandas lokap. — Bernama



Ulasan GB

Sudah kelihatan tanda-tanda mahkamah kembali senget.


Serang Libya, Obama Digesa Serahkan Kembali Hadiah Nobel Keamanan

Presiden Bolivia Evo Morales menuntut Presiden AS Barack Obama untuk mengembalikan hadiah Nobel Perdamaian.

Seperti dilaporkan AFP, Presiden Bolivia, Evo Morales menggesa anugerah Nobel Keamanan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ditarik balik kerana menyifatkan keputusan pemimpin itu melancarkan serangan tentera terhadap Libya menunjukkan beliau tidak layak mendapat anugerah itu.

“Dua tahun lalu, kita mendengar bahawa Presiden Obama memenangi anugerah Nobel Keamanan tetapi adakah beliau mempertahankan keamanan dunia sekarang, atau tidakkah beliau yang mencetuskan keganasan?” kata Morales kepada pemberita.

Ulasan dibuat beberapa hari selepas Obama mengarahkan pengeboman mensasarkan tentera Libya sebagai usaha yang disokong PBB untuk melindungi penduduk awam.

“Bagaimana mungkin untuk memberi anugerah Nobel Keamanan kepada seseorang yang melancarkan serangan, pengeboman? Ia satu pencabulan, serangan, pencerobohan,” kata Morales, pemimpin Latin Amerika berhaluan kiri yang lantang mengkritik Amerika Syarikat.

“Obama adalah ketua kumpulan yang mengetuai serangan dan pencerobohan, dan tidak ada kena mengena dengan mempertahankan hak asasi manusia,” katanya.

Obama menerima anugerah berkenaan pada Disember 2009 kurang setahun selepas dilantik sebagai presiden Amerika.

Dalam ucapan beliau di Oslo, Obama merujuk dirinya sebagai ketua komander sebuah negara yang berada di tengah-tengah dua perang dan menyifatkan konflik bersenjata adalah tepat pada masanya.

Obama menghadiahkan AS$1.4 juta (RM4.2 juta) hadiah wang tunai yang dimenanginya itu kepada 10 badan kebajikan termasuk kumpulan yang bekerja bagi pemulihan Haiti dan menyokong keluarga tentera.

Sementara itu Reuters pula melaporkan, di Britain, kira-kira 53 peratus rakyat Britain berpendapat anggota tentera negara itu tidak perlu meletakkan diri mereka dalam bahaya untuk melindungi rakyat Libya daripada rejim Muammar Gaddafi.

Kajian pendapat terbaru juga mendapati, sebanyak 43 peratus daripada rakyat negara itu menentang serangan tentera terhadap negara itu. Hasil kajian itu yang dijalankan oleh ComRes Survey untuk stesen televisyen ITV News diumumkan semalam.

Hanya 35 peratus responden berkata, Britain bertindak betul untuk menyertai tindakan tentera antarabangsa bagi melaksanakan gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sementara 43 peratus tidak bersetuju dan 22 peratus lagi memberi jawapan tidak tahu.

Responden juga berbelah bagi mengenai sama ada tindakan itu memberi gambaran baik terhadap Perdana Menteri, David Cameron.

Di India, pemimpin India menyatakan, negara asing tidak berhak mencampuri urusan dalaman Libya, sekali gus menambah kecaman antarabangsa terhadap kempen ketenteraan ke atas rejim Muammar Gaddafi.

India yang bersikap berkecuali terhadap undian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan zon larangan terbang mengambil sikap sama seperti China dan Russia.

Ketiga-tiga negara itu mengecam serangan udara diketuai AS, Britain dan Perancis yang bertujuan melemahkan sistem pertahanan udara Libya.

Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee, berkata tiada mana-mana negara asing berhak campur tangan dalam konflik dalaman sesebuah kerajaan.

“Tiada negara boleh memutuskan untuk menukar sesuatu rejim,” katanya.

Sama ada rejim terbabit akan berubah atau tidak, kata Pranab, bergantung kepada rakyat negara itu sendiri.

Keengganan Polis Tangkap Datuk T Cetuskan Kemarahan Rakyat

Tangkap segera Datuk T, gesa Karpal

Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.

Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.

Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.


Polis siasat kes video seks ikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini pagi ini berhubung video yang dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan pembabitannya dalam video lucah itu.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang berkenaan dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Sementara itu, Ismail memberi amaran kepada pihak yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, agar tidak melanggar peraturan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.

Katanya pada masa yang sama, penyokong parti-parti politik yang terbabit dalam pilihan raya itu nanti, perlu bersikap matang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

Beliau berkata, polis bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya itu dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan.

"Semua pihak termasuk penyokong parti politik diingatkan untuk mematuhi undang-undang serta prosedur yang ditetapkan dan tunjukkan moral yang tinggi," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10, esok. - BERNAMA


Ulasan GB

Soal pilihanraya Sarawak adalah persoalan lain yang cuba dibawa oleh ketua Polis Negara untuk menutup sandiwara polis yang terhegeh-hegeh untuk tidak menangkap Datuk T yang ternyata terlibat di dalam kes penayangan video lucah di sebuah hotel terkemuka di ibukota.

Jelas Polis seperti mempunyai agendanya sendiri serta mengamalkan sikap double standard dan ini amat mendukacitakan. Ia sekaligus menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap polis.

Laporan polis boleh dibuat terhadap sikap polis yang melengah-lengahkan pengendalian tugasnya sebagai anggota polis.

Ada Yang Bertanya, Siapa Pengganti Anwar Sebagai Ketua PR?

Kesahihan video seks baru dipertikai, tapi suram imej Pakatan

Kemunculan video seks baru mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat seks di sebuah hotel dilihat akan menyuramkan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot.

Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam.

Rakaman video itu, yang didakwa dirakam 21 Februari lalu, juga didedahkan semalam.

Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan benas manakala kesahihan pula masih samar-samar, pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar.

Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri.

Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan, jika kepimpinan (perikatan itu) tidak berfokus... ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri. Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya, mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi,” kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak.

“Dalam banyak keadaan, ia adalah situasi rugi bagi (Anwar). Jika publik akses kepada (rakaman video), dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki (dalam rakaman), ia sesuatu yang malang bagi diri beliau.

Jika mereka tidak percaya yang dia (lelaki itu) bukan beliau, peluang bagi Anwar keluar (daripada isu) ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil,” kata Ibrahim.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok.

“Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik,” kata Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar.

Malah, Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam.

Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar.

“Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu (isu ini didedahkan).

“Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP, tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan,” kata beliau ketika dihubungi.

“Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang,” tambah Sivamurugan.

Menurut beliau, PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi ‘citarasa’ kedua-dua PAS dan DAP.

“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.

“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi. -TMI

Ulasan GB

Mungkin ada kebenarannya tentang ulasan penganalisis di atas.

Anwar telah diserang untuk dihancurkan sehancur-hancurnya personaliti beliau agar fokus Pakatan Rakyat untuk memperkukuhkan parti terhalang.

Di dalam beberapa siri PRK yang GB pernah hadiri, di dalam beberapa program ceramah Pakatan Rakyat, kebanyakan serangan ditumpukan kepada program ceramah Anwar, dan kurang kepada ceramah-ceramah pemimpin PR yang lain.

Kekacauan, kekecohan dan provokasi juga kebanyakannya dilakukan semasa program Anwar diadakan.

Semacam ada "pihak tertentu" yang mengekori Anwar ke mana saja Anwar pergi dan di mana saja Anwar berada.

Ceramah BN yang semakin mendapat "crowd" sekitar 50 orang ialah kerana wujudnya pesonaliti-personaliti yang menyerang Anwar seperti Ummi Hafilda dan lain-lain, jika tidak ceramah-ceramah BN lengang dan hanya berlegar di sekitar 20-30 orang.

GB akui memang benar bahawa KESAN yang ada ialah ke atas pengundi atas pagar. Iaitu mereka yang tidak mengikuti perkembangan politik secara konsisten, tak tahu hujung pangkal, tetapi seumpama burung hinggap sekali sekala dan bergantung kepada berita kontemporari tak kira dari siapa.

Keputusan di PRK Kerdau dan Merlimau menjelaskan hal tersebut.

Pakatan Rakyat amat perlu beri perhatian terhadap hal ini.

Kedua tentang siapa pengganti Anwar jika Anwar terpaksa berundur atau diundurkan?

Menarik persoalan itu.

Kata penganalisis itu,

“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.

“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.

GB senyum sahaja kerana soalan itu tidak berapa relevan untuk dijawab.

Tetapi, jika nak tahu juga, siapakah yang layak, "pengganti itu" sebenarnya sudah pun menunggu di Parlimen. Dikirimkan Tuhan ke sana sejurus sahaja negerinya dirampas secara biadab oleh seorang manusia yang rakus kuasa.

Seandainya berlaku apa-apa ke atas Anwar, pengganti Anwar itu, yang juga dibenci oleh UMNO dan sekutunya, tetapi sentiasa bertapak di hati rakyat jelata seluruh negara tak kira bangsa, akan mengambil tempatnya.

Anda telah tahu siapa yang GB maksudkan.