25 Jan 2013

"Syaitan Yang Dikenali" Menyamar Sebagai Penyokong PAS!


Demo guna bendera PAS bukti Umno terdesak

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda mengaku ahli PAS dan mambawa bendera parti itu ketika demonstrasi di Kota Bharu semalam sebagai tindakan terdesak Umno BN.

Beliau berkata, tindakan itu juga sebenarnya cubaan untuk melaga-lagakan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain.

"Kita tidak mengenali peserta yang menyertai himpunan tersebut, malah tidak mengetahui langsung ada perhimpunan sedemikian.

"Apa yang boleh saya katakan ini merupakan tindakan terdesak Umno untuk melaga-lagakan PAS dan DAP bagi tujuan untuk politik mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Semalam, hampir 20 orang pemuda berkumpul di Kg. Padang Enggang kononnya bagi mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.

Mengulas lanjut, Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, ahli PAS sentiasa menghormati setiap keputusan yang telah diputuskan oleh peringkat pimpinan tertinggi parti termasuk Majlis Syura dan tidak akan bertindak sedemikian.

Abdul Latif juga menjelaskan, tindakan tersebut juga menunjukkan Umno gagal menangani isu kalimah Allah walaupun agansi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada di bawah penguasaan mereka.

"Mereka (Umno) cuba menutup kegagalan mereka dengan menunding kepada PAS, dan mereka akan cuba mewujudkan perbalahan antara parti di dalam Pakatan bagi mencari undi Melayu.

"Kita dalam Pakatan tidak akan cepat melatah dan mengganggap itu hanya satu provokasi yang dilakukan oleh Umno, yang begitu terdesak untuk mempertahankan kemenangan mereka," tegas beliau.

Ulasan GB

Anehnya berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA yang disiarkan oleh akhbar-akhbar pencacai siap dengan gambar mereka yang berdemo menyatakan itu penyokong PAS.

Dan mereka itu dengan beraninya menunjuk dan mengibarkan bendera PAS.

Seolah-olah ada perancangan BERNAMA dan jurugambar tersebut untuk memburukkan PAS.

PAS, sebagai sebuah parti sah, boleh mengambil tindakan ke atas pendemo tersebut termasuk agensi berita BERNAMA dan jurugambar lantaran berita yang memfitnah PAS.

[VIDEO] Skandal UMNO BN S'ngor: Tanah Kompleks Sukan Dijadikan Pangsapuri Mewah

Dahulu, masyarakat sekitar Seksyen 25, Taman Sri Muda sepatutnya mendapat sebuah Kompleks Sukan Rekreasi dan Pusat Komuniti bagi tujuan riadah dan majlis keramaian mereka.

Tetapi akibat daripada campurtangan politik pada zaman pentadbiran Umno-BN, tanah tujuh ekar untuk projek-projek tersebut telah digunakkan untuk mendirikan sebuah projek pangsapuri mewah dengan 691 unit.

Projek pembangunan lima blok pangsapuri tujuh hingga 14 tingkat dengan itu dimulakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada 2007.

Timbalan Setiausaha DAP negeri, Ng Suee Lim mendakwa, tanah itu diberikan milik kepada Umno Bahagian Kota Raja dengan bayaran harga nominal iaitu sebanyak RM1,000 sahaja berbanding harga pasaran sebanyak kira-kira RM 10 juta.

Katanya, tanah terbabit merupakan salah satu daripada 24 keping tanah di seluruh negeri yang dibeli pada harga yang begitu murah, iaitu premium RM 1 setiap metre persegi, oleh parti Umno-BN.

Beliau yang juga Adun Sekinchan mendakwa tanah di Taman Sri Muda itu sepatutnya dibahagikan antara Umno Bahagian Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Dalam jawatankuasa tanah Pejabat Tanah daerah Klang menetapkan sebanyak 4 ekar diberikan kepada MBSA dana tiga ekar lagi kepada Umno bahagian Kota Raja dengan bayaran mengikut harga semasa.

“Bagaimanapun selepas MKKN, 4 ekar diberikan kepada Umno dan 3 ekar diberikan kepada MBSA dengan harga nominal sebanyak RM1,000 sahaja.

“Bagaimanapun, apa yang kita lihat dan mengikut pelan pembangunan yang diperolehi, hampir kesemua tanah tujuh ekar itu dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja.

“MBSA hanya mendapat sebuah dewan yang keluasannya tidak sampai satu ekar,” katanya dalam sidang media di tapak projek pembangunan itu.

Hadir sama Ketua Penerangan PKR negeri, Shuhaimi Shafei.

Suee Lim menambah pada tahun 2005, sebanyak 11 permohonan dari syarikat swasta untuk membina bangunan kediaman atau perniagaan.

Tetapi permohon juga diterima untuk membina kompleks sukan itu, iaitu daripada bekas Adun Seri Muda ketika itu Datuk Amzah Omar.

“Oleh kerana kroninya, mereka memberikan kepada beliau yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kota Raja,” katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata skandal yang dinamakannya “Sapu Tanah 1 Malaysia” (SaT1M) itu merupakan satu lagi bukti penyelewengan yang dilakukan Umno-BN.

“Menjadi pertikaian skandal SaT1M ini apabila kita dapat lihat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dipergunakan oleh parti politik mereka (Umno-BN).

“Hasil kerjasama Umno-BN dan pemaju membolehkan parti itu mendapat keuntungan berjuta ringgit.

Harga seunit pangsapuri ini kini mencecah lebih RM250,000,” katanya.

Sehubungan itu, mereka mengesyorkan pihak yang terlibat dalam perkara terbabit membayar sejumlah wang kepada MBSA berikutan tanah milik MBSA yang turut diambil bagi kegunaan pembangunan itu.

Kakitangan Wanita Sebuah Bank Ditahan Kebas Wang Lisa Surihani RM50,000

Lisa Surihani Syukur Misteri Kehilangan RM50,000 Hampir Terlerai

Pelakon Lisa Surihani (gambar), 26, bersyukur apabila pihak pihak polis berjaya menahan individu yang menceroboh akaunnya pada 11 Januari lalu sehingga mengakibatkan kehilangan wang berjumlah RM50,000. Alhamdulillah, selesai kes.

Akhbar Harian Metro melaporkan, Lisa telah dimaklumkan mengenai tahanan tersebut dan diminta menunggu tindakan susulan daripada pihak polis.

“Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai,” katanya.

Pada Selasa, rahsia kehilangan wang simpanan pelakon itu terbongkar selepas siasatan polis mendapati ia dilakukan kakitangan bank sebelum menahannya.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran RM50,000 yang direkodkan pengeluarannya di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata itu ditahan jam 10 pagi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

Katanya, hasil siasatan awal, wanita terbabit memang berkeupayaan untuk melakukan pemalsuan dokumen artis itu kerana sememangnya bekerja dengan bank berkenaan sebelum membuat kad ATM baru untuk mendapatkan wang dengan jalan mudah.

Dalam pada itu, Lisa berkata, insiden terburuk sejak bergelar artis itu turut memberi pengajaran untuknya lebih berhati-hati pada masa depan.

Lisa sebelum ini dilaporkan kehilangan RM50,000 sejurus kehilangan kad pengeluaran wang automatik (ATM), namun hanya disedarinya ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, ketika ingin membuat pengeluaran di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ibu pelakon berkenaan membuat semakan baki dan mendapati wang simpanan berkurangan.

Hasil rujukan di bank, mereka dimaklumkan kad ATM terbabit tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuan. -mstar

[PANAS] 2 Menteri, 1 MB, 1KM Gagal Ujian Saringan SPRM, Dinasihat Tak Tanding PRU13


Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. -SH


Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2?


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti
-HD

Kes Sugukumar: 20 Polis Termasuk 4 Dengan M-16 Kawal Rumah Mayat

Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.

Seorang peguam PKR Latheefa Koya berkata, kira-kira 20 orang termasuk empat anggota polis bersenjatakan M-16 mengawal kawasan tersebut yang dipenuhi anggota keluarga si mati.

Katanya, anggota keluarga berkenaan menunggu untuk mengecam mayat Sugumar Chelliah, 40, semenjak diberitahu mengenai kematian lelaki tersebut, lewat malam semalam.

Latheefa mendakwa, saksi melihat sekumpulan individu memukul Sugumar sehingga membawa kepada kematian lelaki tersebut dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Sementara itu, satu laporan laman berita The Malaysian Insider yang memetik kenyataan saksi menyebut sekurang-kurangnya empat anggota polis terlibat mengejar Sugumaran dan seterusnya menahan dan menggari lelaki tersebut dalam kejadian itu.

Laporan itu menyebut, seramai 20 orang yang lain kemudiannya didakwa menyertai anggota polis berkenaan dan memukul Sugumaran.

Mengulas dakwaan berkenaan, Latheefa berkata beliau menuntut agar anggota polis yang didakwa terlibat dalam kejadian itu tindakan tegas.

Turut hadir bersama keluarga mangsa hari ini ialah naib presiden PKR N Surendran dan MP Kapar M Manikavasagam.

Surendran berkata, Manikavasagam yang turut masuk ke bilik bayat untuk mengecam mayat Sugumar mendapati tangan si mati masih bergari.

Sementara itu, ketua polis daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan mengadakan sidang media pada malam ini.

Beliau dijangka akan menjelaskan rentetan kejadian yang berlaku pada malam semalam, sehingga membawa kepada kematian Sugumar di kawasan taman perumahan di Hulu Langat -mk


Sugumar mati dalam keadaan bergari, tanpa dihalang polis


Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya berkata, saksi melihat Sugumar Cheliah, 40 dikejar empat anggota polis menaiki dua kereta peronda sebelum kejadian pembunuhan kira-kira jam 6 petang, semalam.

Selepas diberhentikan, mangsa dibelasah sekumpulan individu berhampiran rumahnya di Taman Seri Nanding, Hulu Langat dalam keadaan tangan bergari dan ditekan dengan pengusung.

“Mangsa yang bergari turut dipukul beramai-ramai oleh orang sekeliling tanpa halangan polis. Polis memijak tengkuk mangsa dan menyapu muka mangsa dengan serbuk kunyit,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Sugumar yang tiada rekod jenayah, turut dicampakkan ke bahu jalan dalam keadaan bogel, selepas kematiannya.

“Profesionalisme polis juga amat diragui kerana pasukan forensik hanya datang selepas jam 11 malam untuk mengambil mayat,” katanya.

Menurut Latheefa, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, namun keluarganya tidak dibenar masuk ke bilik mayat untuk membuat pengecaman selepas dimaklumkan lewat malam semalam.

“Keluarga mangsa datang awal pagi hari ini ke hospital namun selepas pukul 2 petang barulah keluarga mangsa dan peguam dibenarkan masuk,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak polis yang terlibat dalam pembunuhan itu ditangkap dan digantung tugas kerana insiden itu di bawah tanggungjawab polis.

“Saya desak polis segera menangkap dan mendakwa semua yang terbabit dalam pembunuhan ini. Insiden ini berlaku ditempat awam dan ramai saksi melihat kejadian itu,” ujarnya kepada Keadilan Daily.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN, S. Jayathas berkata kehilangan nyawa akibat kecuaian polis bukan isu baru kerana rekod menunjukkan banyak orang awam mati di tangan polis.

“Polis gagal bertindak waras dengan mengenepikan undang-undang ketika berhadapan suspek. Ini akibat kegagalan polis melaksanakan Suruhanjaya Bebas Terhadap Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC),” ujarnya
-KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Awie Semakin Parah, Mahu Buka 3 Lagi Kelab Malam

Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.

“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu.

Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.

Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”
soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.

Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis.

“Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat.

Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini.

“Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis,” katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut. -mstar

Ulasan GB

Mencari rezeki dari sumber yang haram untuk diberikan kepada anak isteri. Kerana bergelar "selebriti", tak mahu berniaga nasi lemak (atau setidak-tidaknya belajar caranya untuk berniaga benda yang halal).

Mujurlah Awie tak pilih Pakatan Rakyat, tetapi pilih UMNO... sehati sejiwa dengannya... kata TDM, UMNO parti syaitan yang dikenali...

Tindakan Awie itu mengesahkan kata-kata TDM tersebut.

Bukan saja tindakan awie, malah media massa arus perdana seperti Utusan dan kumpulan NST, RTM dan Media Prima kesemuanya terlibat menyiarkan perkara-perkara fitnah yang merupakan resipi harian mereka untuk rakyat. Kesemuanya pendonkong UMNO. Begitu juga para blogger pencacainya, mencarut, memaki, menyiarkan gambar2 seks dan lucah... pekerjaan-pekerjaan apakah itu kalau bukan syaitaniah?

Bagaimana tuan-tuan mufti dan para agamawan dalam UMNO? Setuju bahaw parti tuan-tuan adalah parti syaitan yang dikenali?