10 Jul 2013

Pentadbiran Najib Lemah Tangani Rasuah - PEMANDU

Pemandu akui pentadbiran Najib lemah tangani rasuah

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) percaya banyak usaha boleh dibuat termasuk mengetatkan akta tertentu dapat mengekang gejala rasuah di negara ini.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam, berkata kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO dan badan profesional juga membantu mengurangkan rasuah.

"Kita mengakui usaha kerajaan belum mencukupi untuk membasmi rasuah, kata. Kita perlu melipat ganda usaha," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Berdasarkan kaji selidik Transparency International – Malaysia (TI-M) yang diumum semalam, parti politik dan kakitangan awam termasuk ahli parlimen paling banyak terlibat dengan rasuah.

Kajian sama mendapati kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan menangani rasuah merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010.

Bagaimanapun, berdasarkan Penunjuk Aras Rasuah Global (GCB), 87 peratus rakyat Malaysia bersetuju orang ramai boleh melakukan sesuatu untuk membanteras rasuah.

Mengulas lanjut, Ravindran berkata, pindaan undang-undang boleh dilakukan kepada Akta Persatuan 1966 bagi mencegah kebocoran dana dalaman dalam parti politik.

“Pendaftar Pertubuhan juga boleh melakukan pindaan menjelang hujung tahun bagi menjamin ketelusan kaedah pengurusan kewangan parti politik," katanya.

Menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keutamaan untuk memerangi rasuah ketika mengumumkan anggota Kabinet Mei lalu. Ravindran berkata, anggota Kabinet juga mengisytihar harta kepada Najib dan SPRM.

Selain itu, katanya, pelantikan bekas Presiden TI Malaysia, Datuk Paul Low sebagai menteri yang bertanggungjawab kepada kecekapan tadbir urus dan integriti, membuktikan kesungguhan Najib.

Jabhah Ulamak Desak Sheikhul Azhar Letak Jawatan


Jabhah Ulama’ Al Azhar, sebuah badan terkemuka yang menghimpunkan ulama’ Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan padu kepada Dr Muhammad Mursi.

Presiden Jabhah Ulama’ Al Azhar, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) menyampaikan ucapannya di podium utama Raba’ah Al Adawiyah, Selasa malam 9 Julai 2013, menyatakan bahawa tindakan tentera melakukan kudeta merupakan satu kejahatan dan haram di sisi undang-undang.

Jabhah Ulama’ Al Azhar juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al Azhar Dr. Ahmad Ath-Thayyib yang menyokong kudeta tentera mengguling Dr.Muhammad Mursi. Jabhah meminta Syeikh Al Azhar meletakkan jawatannya dan menegaskan bahawa Dr.Mursi adalah Presiden Mesir yang sah.

Jabhah Ulama’ Al Azhar ini telah berdiri di awal tahun 1960-an, sebelum dibubarkan oleh rejim Jamal Abdul Naser. Sebelum pembubaran itu, pelantikan Syeikh Al Azhar dimusyawarahkan dalam Jabhah ini, bukan ditunjuk oleh Presiden Mesir.

Sementara itu, Syaikh ‘Ummul Qurra’ Mesir, Dr. Ahmad Isa Ma’sarawi telah bersedia turun ke Raba’ah Al Adawiyah dan seterusnya mengimami shalat tarawih bersama-sama rakyat.

Beliau turun untuk menyatakan dukungan kepada Presiden yang sah Dr Muhammad Mursi dan menolak rampas kuasa oleh pihak tentera.

Bukan itu saja, Dr Ahmad Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam tarawih di dataran Raba’ah sepanjang Ramadhan tahun ini.

Rafizi : Mana Pergi Pinjaman RM 163 juta Untuk Projek NFC?

Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan bagaimana ia akan memungut kembali wang pembayar cukai yang disia-siakan oleh syarikat pengusaha Pusat Fidlot Nasional.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ismail berkata penjelasan ini perlu kerana masih ada bahagian yang belum dilangsaikan setelah syarikat National Feedlot Corporation berhenti beroperasi dan bakal muflis.

Rafizi berkata daripada pinjaman RM 250 juta, RM 163 juta telah diberikan kepada syarikat tersebut.

“Sebahagian dari dana itu sudah digunakan untuk menanggung perbelanjaan bukan aset. Termasuklah gaji, elaun perjalanan dan pelbagai belanja lain yang tidak boleh dikutip kerana tiada aset.

“Kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi terhadap Pengarah NFC iaitu keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dan tiada tindakan susulan diambil,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini.

Kontroversi NFC bermula apabila Jabatan Audit Negara dalam laporan 2010 berkata projek itu, yang bermula pada 2006, gagal mencapai sasaran pembekalan daging lembu yang telah ditetapkan.

Laporan itu berkata pengusaha NFC telah diberikan pinjaman RM 250 juta dengan faedah empat peratus.

Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata suatu laporan terkini menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk melantik satu konsortium baru bagi mengambil alih operasi projek NFC itu.

“Dalam sidang Dewan Rakyat, saya sudah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini.

“Tetapi Menteri Kewangan menjawab bahawa kedua-dua Kondominium di One Menerung, satu plot tanah di Bangi dan satu plot tanah di Putrajaya dirampas setakat ini.

“Beliau juga mengatakan bahawa operasi NFC sudah dihentikan sepenuhnya akhir tahun lepas,” katanya.

“Jadi saya beranggapan bahawa dana RM 163 juta yang dibelanjakan oleh NFC itu dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi,” katanya. -selangorku

[VIDEO & GAMBAR] Jutaan Penyokong Mursi Solat Tarawikh Di Dataran Rabiatul Adawiyah


Di saat kita bergembira menyambut Ramadhan Al-Mubarak, saudara Islam kita di Mesir terus ditindas oleh Tentera negara mereka sendiri yang gilakan kuasa dan mengikut telunjuk Yahudi Zionist Laknatullah.

Mereka kebanyakan pengikut Ikhwan Muslimin terus bersolidariti di seluruh Mesir sehinggalah Dr Morsi dibebaskan dan diangkat kembali sebagai presiden. Kita sebagai Saudara seagama berbanyakkan berdoa untuk saudara kita di sana, semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada Ikhwan dan seluruh Mujahidin seluruh dunia.

Jutaan penyokong Mursi yang tidak berganjak dari Dataran Rabiatul Adawiyah melaksanakan solat terawih dan qiamulail di sana.

Mereka cekal mempertahankan hak mereka menuntut pembebasan Dr Mursi dan mengembalikan kuasa presiden kepada beliau walaupun peristiwa berdarah yang meragut nyawa puluhan penyokong Mursi yang sedang melaksanakan solat subuh masih menghantui fikiran semua penyokong Mursi di seluruh dunia.

Terbaru....Kesatuan Doktor Perubatan Mesir melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah "Solat Subuh" pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan.

Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan)

Berikut adalah gambaran suasana sejam yang lalu (sebelum subuh). Para penyokong Dr Mursi qiamullail secara berjemaah di Medan Rabiatul Adawiyah.

TIGA SITUASI YANG MENGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI

Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah.. -waksukalu




"Che Long" Terkenal Di Kuala Besut, PR Sokong Sebulat Suara


Che Long' Calon PAS PRK Kuala Besut

Besut - Calon pilihan ramai, seorang kontraktor Kelas A anak jati Kuala Besut Haji EndUt @ Azlan Yusof, 48, telah diumumkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan akan mewakili PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Beliau yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai 'Che Long' adalah aktivis PAS memegang amanah sebagai Bendahari PAS Kawasan Besut sejak tahun 2009 ditabalkan sebagai calon PRK pada jam 11.40 malam di Majlis Pengumuman Calon PAS di Kampung Nail, Kuala Besut pada Selasa malam, 9 Julai .

Pengumuman itu turut menamatkan teka-teki penduduk DUN Kuala Besut tentang siapakah 'gerangannya' yang dipilih PAS menentang calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Omar yang yang diumumkan pada petang Selasa oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis tersebut calon PAS, Haji Endut @ Azlan turut melafazkan bai’ah, janji setia bersama parti dan rakyat, menuruti setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Presiden PAS di hadapan hadirin melebih 5,000 orang [Gambar Atas]

Beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam kerja-kerja binaan bangunan dan kejuruteraan awam mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menlanjutkan pengkhususan dalam bidang terbabit dan memilikiSijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian .

Che Long lahir dan bersekolah di peringkat rendah dan menengah di Kuala Besut merupakan tokoh tempatan yang cukup mesra dengan penduduk persekitaran kawasan Dun Kuala Besut.

Beliau mempunyai seorang isteri bernama Che Zabiah Mohammad, 44, serta mempunyai enam orang anak berumur antara dua hingga 18 tahun.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasotion, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut serta pimpinan PAS Terengganu. -BO


PR sokong sebulat suara calon PAS PRK Kuala Besut


Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat menyokong penuh calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media bersama di Parlimen hari ini menyatakan sokongan padu kepada calon PAS yang bertanding pada PRK Kuala Besut.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan DAP sebulat suara akan memberi sokongan penuh untuk memastikan PR menang pada PRK itu.

“Kami akan memberi sokongan padu kepada calon yang dipilih bertanding dan meminta semua pengundi agar keluar beramai-ramai memberi undi supaya calon PAS memperoleh kemenangan serta memberi kejutan terbesar kepada BN,” katanya.

Husam pula berkata: “Kami akan bekerja kuat dan memastikan calon PAS itu akan memenangi PRK Kuala Besut, 24 Julai ini.

“Kami juga berharap rakyat tempatan akan memikirkan manafaat yang lebih menyeluruh untuk mereka dengan memberi kejayaan kepada PR.

“Terengganu adalah negeri pengeluar petroleum tetapi penduduk tempatan Kuala Besut adalah yang paling miskin di negeri itu, ini sangat tidak wajar,” ujarnya.
-roketkini


PAS Letak Ahli Perniagaan, Azlan Yusof Sebagai Calon Kuala Besut

PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.

Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.

Nama Che Long diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.

Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.