6 Okt 2013

Madonna Belajar Al-Quran & Bina Sekolah Untuk Anak-anak Islam


Ikon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.

“Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata penyanyi berusia 55 tahun itu kepada edisi terbaru majalah Harper Bazaar.

“Seperti kata sahabat saya Yaman, seorang penganut Islam yang baik adalah juga Yahudi yang baik dan Yahudi yang baik adalah juga penganut Kristian yang baik dan seterusnya. Saya amat bersetuju dengannya,” kata Madonna.

Dalam wawancara itu, Maddona mengaku pernah diperkosa dengan pisau diacu pada belakangnya ketika terkial-kial menempa nama sebagai artis di New York.

Selain diperkosa, apartmen didiaminya turut diceroboh tiga kali dan berkata dia sentiasa dalam ketakutan sebelum muncul sebagai penyanyi dan penari tersohor.

Dalam artikel itu, Madonna mengimbau kenangannya ketika di Britain. Dia berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie dan tertarik dengan kehidupan dan pandangan desa di situ.

“Kehidupan di New York bukan seperti apa yang saya impikan. Kedatangan saya di situ tidak diterima dengan tangan terbuka,” kata penyanyi itu.

Madonna pernah menjadi model bogel untuk kelas lukisan. Kami duduk bertentangan dan saling berpandangan.

“Ketika pertama kali diperkosa, saya diseret ke atas bumbung rumah sambil lelaki itu mengacu pisau di belakang badan.

“Tiga kali apartmen saya dipecah masuk. Saya tidak tahu mengapa. Tiada barang berharga pun di situ. Kali pertama mereka cuma mengambil radio.

“Saya sentiasa dalam ketakutan dan tidak selesa dengan bau kencing dan muntah terutama pintu masuk tangga ke apartmen saya,” kata penyanyi itu.

Namun penyanyi itu kagum dengan kehebatan bangunan tinggi dan keluasan New York.

“Kesesakan laluan pejalan kaki, bunyi bising trafik dan kesibukan warga kotanya memberi kejutan kepada urat saraf.

“Saya seperti berada dalam dunia asing. Saya seperti pahlawan yang merempuh musuh untuk hidup. Saya rasa kembali hidup dan bertenaga,” katanya dalam temu bual berkenaan.

Dalam temu bual itu, Madonna juga mengimbau kenangannya menjadi bintang dalam seawal usia 20-an, menganut Kabbalah dalam usia 30-an sebelum berkahwin dengan Ritchie dan berpindah ke Britain pada usia 45 tahun. - AFP

ULASAN GB

Madonna bukan saja sedang mempelajari Al-Quran, malah sedang membinakan beberapa sekolah di beberapa negara Islam. Ini tidak dilaporkan di dalam berita AFP di atas.

Petikan ini yang GB kutip dari majalah Harper Bazaar:

"I am building schools for girls in Islamic countries and studying the Qur'an," she said. "I think it is important to study all the holy books. As my friend Yaman always tells me, a good Muslim is a good Jew, and a good Jew is a good Christian, and so forth. I couldn't agree more. To some people this is a very daring thought."

The Harper's Bazaar article features a photo of Madonna wearing a chainmail mask that resembles a traditional Muslim women's burka. The singer had posted a similar picture on her Instagram page on July 2, saying: "The Revolution of Love is on...Inshallah." (See photo, above)

Apapun Risikonya, Kami Akan Tetap Menduduki Tahrir Sampai Junta Tentera Berundur!


Perjuangan rakyat Mesir untuk mengembalikan pemerintahan sah belum berakhir. Semangat mereka masih mendidih. Pemerintahan yang berjalan hari ini hanyalah sebuah pemerintahan zalim yang telah menghisap darah rakyatnya serta menodai demokrasi yang mereka agungkan sebelumnya, demikian Islamedia dipetik.

Meski isunya sudah mulai reda di dunia, namun keadaan sebenar Mesir masih bergolak. Jutaan rakyatnya masih turun ke jalan menuntut hak mereka. nyawa-nyawa terus berjatuhan tumbang ditembus timah laras panjang. Khabar terakhir massa pro Mursi berhasil menduduki Tahrir Square pada Juma'at (4/10) kelmarin. Dan kembali aksi tersebut telah meragut nyawa iaitu empat pendukung Mursi gugur dalam aksi tersebut.

Perjuangan Rakyat Mesir belum berubah haluan. Yakni, mengembalikan pemerintah yang sah dibawah kepemimpinan presiden Mursi dan menjatuhkan pemerintahan Junta tentera yang ketika ini berkuasa. Dalam sidang akhbar semalam (5/10) mereka bulat bersuara.

"Apapun Risikonya, Kami Akan Tetap Menduduki Tahrir Sampai Junta Tentera Berundur!"

Esok (hari ini) akan menjadi saksi sejarah baru, jutaan rakyat Mesir pendukung Mursi akan kembali turun ke jalan dan akan menduduki Tahrir Square yang selama ini menjadi basis massa pendukung Junta Militer.

Republika melaporkan pendukung presiden Mursi telah memanggil satu demonstrasi berlansung hari ini Ahad (6/10) memperingati 40 tahun perang Arab-Israel pada 1973.

Gabungan anti-kudeta meminta pendukungnya berkumpul di Tahrir Square hari ini untuk memperingati 40 tahun perang. Tahrir Square telah dikawal ketat oleh tentera. Konflik itu dikenal sebagai perang Oktober di dunia Arab dan perang Yom Kippur di Israel.

Sehubungan itu, Syeikh Yusuf Qardhawi menyeru kaum muslimin di Mesir khususnya dan seluruh dunia umumnya untuk melakukan aksi yang sama menjatuhkan As-Sisi, si penzalim itu.


[VIDEO] Zahid Perlu Buktikan Wartawan Putarbelit, Bukan Mengherdik Mereka


Berhenti ganggu wartawan kami, kata Malaysiakini

Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]

"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.

"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau."

Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.

Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.

Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini "memutarbelit" berita.

Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau "setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini" semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas.

Sementara itu, ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu.

Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.

Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.

"Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi," tambahnya. -mk


ULASAN GB

Hairan kita, seorang menteri kabinet boleh sesuka hati mengherdik rakyat. Perangai samseng masih dikekalkannya sekalipun sudah menjadi menteri.

Bukankah sepatutnya jika beliau merasakan portal malaysiakini memutarbelitkan kata-katanya atau melakukan fitnah terhadapnya maka belia sepatutnya memngambil tindakan mahkamah? Ini yand dikatakan "onduct unbecoming a minister". Orang sebeginikah yang UMNO nak kekalkan sebagai Naib Presiden? Jika UMNO nak cepat hancur, kekalkanlah!

Sebenarnya selama ini yang memutarbelit dan memfitnah BUKAN portal-portal dalam talian seperti malaysiakini, themalaysianinsider, freemalaysiatoday, harakahdaily dan seumpamanya. tetapi yang jelas dan nyata, melalui kes-kes yang diputuskan di mahkamah, yang banyak memutarbelit dan memfitnah tidak lain dari akhbar arus perdana terutama UTUSAN.

[Terkini Mesir] 4 Terbunuh Dalam Pertempuran Di Bundaran Tahrir


Empat orang gugur dan puluhan yang lain mengalami kecederaan di dalam pertempuran yang berlaku diantara pendukung bekas Presiden Mohamed Morsi dengan mereka yang anti-Morsi.

Sebaik selesai solat Jumaat waktu tempatan (4/10), ribuan pendukung Ikhwanul Muslimin (IM) berbondong-bondong menuju Bundaran Tahrir untuk memprotes tentera yang telah menggulingkan Morsi. Menghadapi aksi ini, polis telah menembak gas pemedih mata dan memberikan tembakan amaran bagi membubarkan para demonstran.

Sebagaimana disiarkan oleh MENA (Sabtu, 5/10), Jurubicara Kementerian Dalam Negeri Mesir, Sayed Shafiq, mengatakan, seorang pemuda anggota Ikhwanul Muslimin terbunuh ditembak di Jalan Qaser Aani, tidak jauh dari Bundaran Tahrir. Sementara tiga yang lain terkorban di Jalan Ibnu Sinder di daerah Heliopolis, Kaherah berdekatan dengan istana presiden.

Para demonstran meneriakkan slogan-slogan menentang tentera dan Menteri Pertahanan Abdel Fattah Al Sisi yang memimpin kudeta menumbangkan Morsi.

Menurut laporan Al-Jazeera, pihak keselamatan telah mengepung Bundaran Tahrir dnegan kereta kebal dan pagar berduri dimana para demontsran pro-Morsi terus meneriakkan "turun segera wahai pembunuh" - yang merujuk kepada Abdel Fatah Al-Sisi.

Golongan liberal/sekular yang menyokong pihak tentera pula melakukan tembakan dan membaling batu.

Demonstrasi yang diadakan oleh Gabungan Nasional Mendokong Legitimasi yang majoriti anggotanya berasal dari Ikhwanul Muslimin ini akan terus menyerukan protes di Bundaran Tahrir Square sehingga kedudukan Morsi dikembalikan.

Di dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bangsa (PBB) Ban Ki-moon menyatakan keprihatinan di atas peningkatan ketegangan di Mesir setelah berlaku tragedi berdarah di Kaherah.

Ban menyerukan pentingnya demonstrasi aman, menghormati kebebasan berpersatuan dan komitmen kepada anti-kekerasan, demikian kata juru bicara PBB Martin Nesirky.

"Setiausaha Agong PBB terus menekankan perlunya diberikan penghormatan penuh terhadap hak asasi manusia, termasuk mereka yang ditahan dalam penjara, dan peraturan undang-undang sebagai dasar untuk peralihan yang berlangsung secara damai dan demokrasi," kata Nesirky.