29 Okt 2013

Petronas Ke5 Tertinggi Dalam Ketelusan Antrabangsa: Fakta Atau Auta?

Petronas ke-5 dalam indeks ketelusan antarabangsa

KUALA LUMPUR - Petronas berada di tempat kelima tertinggi dalam indeks keseluruhan bagi pelaporan korporat syarikat-syarikat pasaran sedang pesat membangun di dalam kajian Ketelusan Antarabangsa (Transparency International), badan pengawasan rasuah global.

Menurut kajian baru-baru ini bertajuk "Ketelusan di dalam Pelaporan Korporat: Menilai Multinasional Pasaran Sedang Pesat Membangun", Petronas mencapai skor tertinggi untuk kategori Syarikat Tidak Tersenarai Terbaik, kata Petronas dalam satu kenyataan.

Seiring dengan dasar toleransi sifar ke atas rasuah dan sogokan, Petronas hari ini mengadakan forum separuh hari bagi membincangkan, mendapatkan pandangan dan berkongsi perspektif mengenai amalan terbaik di dalam integriti dengan pelbagai pemimpin industri, badan kerajaan dan agensi pencegah rasuah.

Program Sokongan Integriti Korporat Petronas bertemakan “Designing Corruption out of the Business Eco-system”, dianjurkan bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia.

Forum itu diadakan bersempena Hari Integriti Nasional tahunan yang akan diadakan pada 5 November, 2013.

Program itu dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. - Bernama

ULASAN GB

Setelah negara dikejutkan bahawa akaun Petronas tidak diaudit semenjak 38 tahun ditubuhkan, tiba-tiba hari ini Petronas mendakwa kononnya Petronas berada di tempat ke5 tertinggi dalam indeks kajian Ketelusan Antarabangsa (Transparency International).

Kita tak tahu Transparency International yang mana satu yang dimaksudkan oleh Petronas. Lebih-lebih meragukan (malah melucukan?)apabila Petronas mendabik dada menyatakan mereka "mencapai skor tertinggi untuk kategori Syarikat Tidak Tersenarai Terbaik".

Kita cabar Petronas untuk membuktikan kewujudan kajian tersebut, malah badan pengawasan rasuah global itu.

Nampaknya rakyat terus mahu diperbodohkan sekalipun kita kini berada di dunia ipad dan tablet...

Mentaliti pengurusan Petronas saling tak tumpah mentaliti pemimpin UMNO yang sentiasa menganggap rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan.

Logo 1Malaysia Tidak Sepatutnya Ada Di Pembungkus Gula Pasir!


Dahulu para pengeluar telah diugut oleh kerajaan UMNO-BN supaya meletakkan logo 1Malaysia di pembungkus barangan mereka. Jika pengilang gagal berbuat demikian kerajaan akan menghentikan subsidi kepada mereka...(rujuk laporan di bawah)


Malah kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.

Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara.

Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "gula pasir ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".


Kini, tiada lagi satu sen pun subsidi ke atas gula pasir. Adalah wajar untuk para pengeluar memadam/membuang tanda logo 1Malaysia tersebut dari pembungkus gula pasir.

[VIDEO] Baru Orang Tahu Ayah Jamil Khir Seorang Ahli PAS Yang Komited


Tak apalah, Jamil kata saya tak betul - Mahfuz

JERAI: Datuk Mahfuz Omar tidak mahu memanjangkan isu mendoakan PAS menang di Sungai Limau oleh bapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir kerana beliau cukup mengenali siapa Baharom Ramli, 77.

Mahfuz ketika diajukan soalan oleh wartawan dalam sidang media hari ini, berkata beliau tidak mahu mengheret perbalahan di kalangan ahli keluarga Jamil.

"Tak apalah, biarlah. Saya tak mahulah mengheret perbalahan keluarga mereka," katanya ringkas.

Menurut Mahfuz, sewaktu lawatan beliau tempoh hari Jamil Khir tiada di rumah.

"Dia bukan hadir pun masa bapa dia tadah tangan berdoa itu," katanya di Markas Induk PAS PRK N20 Sungai Limau.

Tegas Mahfuz, beliau amat mengenali Baharom yang telah lama bergiat dalam PAS malah dia mengaku telah membayar yuran ahli pada bulan lima lepas.

"Tak apalah Datuk Jamil kata saya tak betul tak apa, tapi saya faham bapa dia sebab saya lama dengan bapa dia. Bapa dia itu jiwanya PAS, original PAS," kata Mahfuz lagi.

Namun, beliau berharap perbezaan politik dalam keluarga Jamil Khir tidak menjadi isu besar buat Jamil sepanjang kempen pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung.

Semalam, Jamil Khir mendakwa bapanya hanya sekadar mengaminkan doa yang dibaca PAS sewaktu mereka menziarahi bapanya di rumah mereka di Kampung Sedaka, Yan.

Dakwanya lagi, bapanya kini tertekan secara moral apabila ziarah itu dijadikan modal kempen PAS dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung. -HD

ULASAN GB

Jamil Khir mendakwa kononnya bapanya kini tertekan secara moral apabila ziarah itu dijadikan modal kempen PAS.

Daripada paparan video di bawah ini kelihatan bapanya Baharom Ramli begitu riang dan ceria bersama rombongan calon PAS.

Jadi yang tertekan sebenarnya ialah Jamil Khir sendiri setelah orangramai mengetahui ayahnya ialah seorang ahli PAS yang komited. Atau apakah beliau yang telah memberi tekanan terhadap bapanya dengan menyoal soalan-soalan yang berhubungkait penerimaan kedatangan calon PAS tersebut?

Program ziarah itu adalah program biasa dan ternyata yang membesarkan dan mempolitikkan itu tersebut tidak lain Jamil Khir sendiri yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri.


[VIDEO] Bekas Pegawai Tentera, Bukan Ikhwanul Muslimin Yang Bom Kereta Menteri Mesir


Kaherah - Kumpulan militan Al-Qaeda mendedahkan, identiti individu pengebom nekad yang cuba membunuh Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara adalah seorang bekas pegawai tentera negara itu.

Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video menggunakan nama kumpulan militan Ansar Jerusalem, memaparkan seorang individu merancang untuk mengebom kenderaan Mohammed Ibrahim di Kaherah pada 5 September lalu.

Video turut memaparkan, bekas pegawai tentera dikenali sebagai Waleed Badr dilihat memakai seragam tentera sambil mengutuk keras beberapa pegawai kanan tentera Mesir.

Selain itu, Waleed Badr juga dikatakan mengkritik Ikhwanul Muslimin (IM) dan kumpulan gerakan Islam lain.


“Demokrasi, ideologi Al-Qaeda, dan undang-undang Syariah hanya boleh dicapai melalui jihad,” katanya dalam rakaman video tersebut dipetik oleh Al Arabiyah.

Beliau yang juga bekas anggota militan Afghanistan pernah dipenjara setahun selepas ditahan di Iran dan kini, dipercayai sedang menyembunyikan diri.

Pendedahan video itu juga sekali gus menolak tuduhan kerajaan sementara yang selama ini melabelkan IM sebagai pengganas.