9 Ogo 2014

Apa Sudah Jadi? Pengedar YSLM Terima Gelaran Datuk Seri!

Gambar-gambar Jessy Lai menerima darjah kebesaran daripada Sultan Pahang yang dimuat naik di laman Facebook YSLM CDTUP.

Seorang pengedar perniagaan pemasaran pelbagai peringkat YSLM CDTUP, Jessy Lai mendapat penganugerahan darjah kebesaran daripada Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri, ketika pihak berkuasa sedang mengesan pemilik syarikat itu yang mendakwa dirinya sebagai jutawan, Zhang Jian.

Pengumuman itu dibuat di laman rasmi YSLM CDTUP di Facebook dengan gambar-gambar beliau menerima gelaran itu dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan gambar beliau bersama pingat darjah kebesaran itu.

"Jessy dah dapat pingat yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Sultan Pajang... kenapa tak percaya???" kata moderator di halaman Facebook itu.

Beberapa gambar yang hampir sama dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran turut dikongsikan menerusi akaun Facebook di laman web Malaysia Youth Team.

Dalam satu kenyataan ringkas, Jessy menulis mengenai beliau rasa bersyukur apabila YSLM telah membawa perubahan besar dalam kehidupannya.

"Ia bermula dari satu perasaan yang tidak selesa, kemudiannya dengan bantuan "lao da" (Zhang Jian), beliau membantu untuk memperkayakan dan wang mula masuk... sekali gus mengubah hidup saya dengan ketara," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau terharu apabila Zhang Jian memperkenalkannya dengan "banyak nilai kehidupan" bahkan turut mendapatkan pengiktirafan daripada negara dan masyarakat menerusi gelaran baharunya.

Di mana Zhan Jian berada ketika ini masih tidak jelas walaupun beberapa serbuan dilakukan di beberapa pejabat syarikat itu di seluruh negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengisytiharkan bahawa syarikat-syarikat di bawah Zhang Jian tidak didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan siasatan menunjukkan Zhang datang ke Malaysia untuk menubuhkan satu skim piramid cepat kaya yang diumumkan haram, melalui YSLM.

Sehingga berita ini ditulis, pegawai istana Pahang tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan berhubung penganugerahan gelaran Datuk Seri kepada Jessy. -mstar









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO] Wajah Peserta Pesta Bogel Dikenalpasti


Pesta bogel: Guru muzik ditahan untuk siasatan

BALIK PULAU - Polis menahan seorang guru muzik bernama Ellen bagi membantu siasatan berhubung penganjuran pesta bogel di Teluk Kampi, Teluk Bahang, Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, warganegara Malaysia berusia 34 tahun itu ditahan di daerah Barat Daya untuk diambil keterangan berhubung pesta berkenaan.

"Polis turut mengenalpasti 15 individu yang terlibat yang terdiri daripada tujuh warga Malaysia, empat dari Singapura, dua warga Burma serta Filipina dan India masing-masing seorang.

"Sementara itu, dua lagi dikenalpasti sebagai penganjur iaitu Chew Tok Hwa, 57 dari Malaysia dan warga Singapura, Albert Yam, 40 an. Polis minta kepada semua individu ini supaya tampil untuk membantu siasatan," katanya kepada media.

Fah Hin berkata, seramai 16 orang saksi telah direkodkan keterangan berhubung penganjuran pesta berkenaan.

Dalam video berdurasi 1 minit 56 minit saat itu, sekumpulan 18 individu yang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, Mei lalu.

Selain video itu, ada juga video penuh dengan durasi 5 minit 25 saat yang tersebar secara meluas di laman sosial dengan tajuk ‘Malaysia Nude Sports Games 2014’.

Difahamkan, kesemua individu itu terdiri daripada warga asing serta tempatan yang datang ke negeri ini untuk menyertai pesta bogel berkenaan.












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO] Mana Yang Benar? Pegawai TGNA Kata TGNA Hadir Mesyuarat 2 Jam


Pegawai Nik Aziz nafi beliau hadir mesyuarat Majlis Syura setengah jam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri mesyuarat Majlis Syura kira-kira dua jam sehingga mereka selesai membincangkan isu penukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata pegawainya Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau menyangkal laporan menyatakan Nik Aziz hanya menyertai mesyuarat yang diadakan malam kelmarin di Kota Baru, Kelantan selama setengah jam saja.

"Beliau berada dalam mesyuarat selama hampir dua jam hingga selesai membincangkan isu Khalid dan kenyataan akhbar yang akan dikeluarkan dimuktamadkan. Kemudian baru beliau pergi. Ia tidak benar Nik Aziz menyertai mesyuarat itu setengah jam saja.

"Beliau mungkin tidak berapa sihat, tetapi boleh duduk lama, seperti beliau menyampaikan kuliah setiap hari," katanya ketika menjawab soalan bagaimana Nik Aziz boleh menghadiri mesyuarat itu sedangkan terpaksa memakai uncang kencing kerana penyakit dihidapinya.

Kesihatan Nik Aziz dilaporkan lemah sejak beberapa bulan lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Syura PAS mengumumkan mereka mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, meningkatkan jurang perbezaan pendapat dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR yang mahukan Khalid diganti.

Tetapi majlis yang disertai ulama utama dalam PAS itu juga berkata mereka bersedia menilai semula pendirian mengenai isu itu jika Khalid didakwa dan didapati bersalah oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah.

Majlis Syura ulama yang diketuai Nik Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din mengadakan mesyuarat khas malam kelmarin (6 Ogos) di Kota Baru.

Majlis Syura adalah badan pembuat keputusan tertinggi selepas muktamar PAS.

PAS berpecah dengan ulama mahukan Khalid kekal dan puak progresif lebih bersetuju jika Khalid diganti.

Ini ekoran keputusan PKR mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya selepas itu mahukan Khalid kekal diikuti dengan sokongan Nik Aziz.

PKR pula memulakan prosiding tindakan disiplin terhadap Khalid melalui surat tunjuk sebab dan hari ini Khalid dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti.

Beliau diramalkan akan dipecat daripada PKR.

PAS pula menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan 10 Ogos Ahad ini ke 13 Ogos dalam usaha untuk mengelak perpecahan jika ia bermesyuarat segera. -TMI


Apa Sebenarnya Nik Aziz Mahu?

Konflik kepimpinan kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan baharu yang semakin menarik apabila Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia sebenarnya tidak berhasrat campur tangan.

Pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS itu dinyatakan pada majlis sambutan Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam Khamis.

"Politik Selangor tu, saya dah sebut dah hari tu, Kelantan pun saya beri pada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak. Kelantan yang saya buat macam anak saya pun saya beri pada oran lain, ini nak jaga Selangor buat apa, orang Selangor pandai la nak jaga Selangor ," katanya ketika ditanya mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.

Malah, rakaman sidang media kenyataan Nik Aziz itu mula tersebar di media sosial pada Khamis.

Kenyataan yang itu dibuat sekali gus menyokong pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

Pendiriannya itu ternyata bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, di mana Nik Aziz dikatakan menandatangani kenyataan bersama timbalannya, Datuk Haron Din untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sekali gus menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Difahamkan, pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS itu, Nik Aziz hanya hadir selama 30 minit dan keluar sebelum sebarang keputusan berhubung isu berkaitan kemelut politik Selangor itu ditetapkan.

Pendirian Nik Aziz ini seiring dengan kenyataan Abdul Khalid sendiri mengenai nasihat yang disampaikan kepadanya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

Nik Aziz mengingatkan Abdul Khalid supaya bersabar dan cuba memperbaiki diri, selain tidak memalukan musuh atau menjatuhkan golongan munafik yang cuba menyingkirkannya daripada kedudukannya beliau sekarang.
-MSTAR











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI