16 Ogo 2014

Kenyataan PAS WP Berkenaan Pembersihan Parti Disanggah

Sanggahan ini tidaklah terlalu akademik, tetapi lahir secara sepontan selepas saya membaca laporannya dalam Malaysiakini.

SU Perhubungan PAS WP berkata; tindakan dua ADUN PAS Selangor menyokong Wan Azizah menjadi proses penyucian PAS daripada anasir tidak sepatutnya, iaitu golongan yang memiliki kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

[1] Bagi saya kenyataan ini bernada sombong, menafikan sumbangan orang lain kepada PAS, berasa diri dan kumpulan sendiri lebih bersih daripada orang lain, salah tafsir terhadap maksud perjuangan serta tidak melihat keperluan perjuangan PAS dalam jangka masa panjang.

[2] Sepatutnya orang PAS menerima sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada PAS. Kelainan sikap dan tindakan tidak sepatutnya menjarakkan mereka daripada PAS. Kelainan itulah yang menjadikan PAS istimewa dan kukuh serta berdayasaing untuk meneruskan perjuangan.

[3] Usah menafikan sumbangan orang lain dan berasa orang lain menjadi perosak jamaah. Tindakan mereka menyokong Wan Azizah bukan sokongan kepada individu tetapi sokongan kepada aspirasi PR. Oleh kerana PKR mencalonkan Wan Azizah sebagai MB, dan PAS memang mahukan MB daripada PR, maka sokongan itu adalah selari dengan aspirasi itu.

[4] Kepelbagaian fikrah itu apa sebenarnya? Kesatuan fikrah pula apa ertinya? Adakah kesatuan fikrah itu maksudnya semua orang mesti mempunyai idea yang sama dalam sesuatu perkara atau situasi? Kepelbagaian dalam semua perkara adalah fitrah. Dunia ini maju kerana kepelbagaian. PAS boleh bertahan sehingga kini juga kerana kepelbagaian.

[5] Apa salahnya bekas orang IRC atau JIM masuk PAS? Teruk benarkah fikrah mereka? Jika kita boleh menerima bekas orang Umno untuk masuk PAS, mengapa kita memandang serong kepada orang JIM atau IRC? Jika kita boleh menerima orang bukan Islam sebagai ahli PAS, mengapa kita memandang serong kepada orang Islam sendiri?

[7] Jangan berasa hanya diri kita paling bagus, paling bersih dan paling berjasa kepada jamaah. Juga jangan berasa hanya kita yang sayangkan jamaah, sementara orang lain semuanya perosak jamaah. Itulah perasaan ujub yang tidak selari dengan akhlak pejuang Islam.

[8] Dalam PAS ada orang tidak menunaikan kewajipan sebagai Muslim. Ada yang tidak solat, tidak puasa dan tidak tutup aurat. Mengapa mereka masih bersama PAS? Tidakkah PAS juga perlu dibersihkan daripada golongan sebegitu?

[9] Berbeza pendapat dengan pimpinan bukanlah sesuatu yang tidak dibenarkan langsung. Sahabat Nabi menunaikan solat sebelum sampai ke perkampungan Bani Quraizah. Pada hal Nabi tidak membenarkan mereka bersolat sebelum sampai ke sana. Nabi tidak menyalahkan mereka, apatah lagi menganggap mereka perosak jamaah pimpinan baginda. Kepelbagaian dalam memahami arahan asal dan melaksanakannya mengikut kefahaman masing-masing adalah perkara biasa. Sepatutnya tindakan kedua-dua ADUN itu dillihat dari sudut kepelbagaian kaedah pelaksanaan bukan pengingkaran kepada arahan pimpinan.

[10] PAS sedang bergerak dalam masyarakat yang semakin cerdik, celik, cerdas dan pantas. Kalau pemimpin PAS menganggap kecerdikan, kecelikan, kecerdasan dan kepantasan sebagai ancaman, percayalah PAS akan ditertawakan orang. Dunia akan menyisihkan PAS dan PAS akan ketinggalan dalam arus kebangkitan insan sejagat menolak kebobrokan.

[11] Pemimpin PAS terutama mereka yang menampal diri dengan panggilan ustaz mesti berlapang dada. Jika orang lain melakukan kesilapan, ustaz juga melakukan kesilapan. Usah anggap diri serba bersih dan suci. Terimalah orang lain seadanya sama seperti kita mahu orang menerima kita seadanya.

[12] PAS bukan parti milik golongan tertentu. Tidak ada sesiapa berasa dia berhak menyingkir orang lain daripada PAS termasuk Presiden. PAS milik umat. PAS milik rakyat. Jangan jadikan PAS seperti parti pinggan mangkuk yang hanya disertai oleh peminat pinggan mangkuk sahaja.

Cukuplah sedozen sanggahan santai saya sebagai membantah kenyataan SU Perhubungan WP itu. -fb Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


PAS WP: 'Parti telah disuci Allah dari anasir tidak sepatutnya'

Mengulas tindakan dua ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada presiden PKR semalam, PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan nada menyindir berkata, pihaknya bersyukur kerana "parti itu telah disucikan oleh Allah dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya".

"Barangkali inilah hikmah di sebalik penangguhan mesyuarat PAS pusat sehingga 17 Ogos," kata setiausaha badan perhubungan PAS WP, Khairul Anuar Abdul Manap dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan peristiwa ini, katanya, fikrah ahli PAS di semua peringkat menjadi tersangat jelas khususnya ketika mengimbau kembali amaran yang telah dikemukakan oleh para ulama haraki di dalam PAS sebelum ini tentang bahaya kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

"Kesatuan di kalangan ahli PAS menjadi semakin kukuh sejurus pihak YB berdua melakukan pengisytiharan (menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Pada peringkat permulaan kami bimbang PAS berhadapan dengan perpecahan dalaman. Lalu Allah menurunkan pertolongan dengan tindakan YB berdua.

"Alhamdulillah kami semakin yakin Allah senantiasa menjaga kumpulan yang menjaga agamanya.

"Tindakan YB berdua juga turut memperkukuhkan kami kepada perjuangan Islam," tegas Khairul Anuar, sambil mendoakan agar kedua-dua ADUN itu diberikan hidayat oleh Allah SWT.

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah tampil di sidang presiden PKR itu semalam untuk menyatakan sokongan mereka kepada beliau sebagai calon menteri besar.

Ekoran itu, PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada mereka untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dilaporkan berkata tindakan dua ADUN PAS di Selangor itu yang membelakangi pendirian parti amatlah serius "dan kita akan bertindak".
-mk


ULASAN GB

Self-explanatory.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, GB sering juga tidak bersetuju dengan perdapat bekas ahli dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zorkharnain Abidin di dalam isu-isu lain, tetpai di dalam isu Selangor ini, GB dapat tidak menolak hujjahnya.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Bubar Tak Bubar DUN Selangor, Tunggu 27hb Ogos

Sultan titah Khalid tunggu 27 Ogos ini

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung jawatan menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air pada 27 Ogos ini.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan medianya semalam berkata, titah tersebut dikeluarkan selepas beliau memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin berhubung perkembangan terkini politik di Selangor termasuk pendirian 30 Adun daripada PR.

"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"Seterusnya, DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan supaya saya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk saya menghadap baginda," katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mendakwa mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Abdul Khalid meletakkan jawatan.

Sokongan tersebut diperolehi daripada 15 Adun DAP, 13 Adun PKR dan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

Jumlah itu menjadikan PR kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi dalam Dun Selangor.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menasihatkan kepada pihak berkenaan supaya menulis surat terus kepada Sultan Selangor bagi mengelakkan baginda keliru dengan pelbagai dakwaan kepadanya.

"Saya menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa saya telah mengelirukan DYMM Tuanku Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan," katanya lagi.


Wan Azizah boleh jadi Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima kenyataan bersumpah 30 Adun menyokong beliau.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, ini kerana, undi tidak percaya tidak semestinya perlu dilakukan di dalam dewan.

“Jika benar Dr Wan Azizah ada 30 Adun yang menyokongnya, beliau boleh mempersembahkan sokongan majoriti kepada Sultan melalui akuan bersumpah. Dalam isu sokongan majoriti, tidak mungkin Sultan tidak benarkan Dr Wan Azizah menghadap.

“Sekiranya Sultan berkenan menghadap dan bersetuju menerima akuan bersumpah itu, baginda akan minta menteri besar letak jawatan dan memecat semua exco,” katanya, semalam.

Sekiranya situasi itu terjadi, beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada pilihan selain melepaskan jawatannya atau memohon kepada Sultan untuk membubarkan Dun.

“Namun, dalam keadaan sekarang, semuanya terpulang kepada budi bicara baginda untuk bubar atau tidak.

"Sama ada Abdul Khalid memohon bubar Dun sebelum atau selepas Dr Wan Azizah diperkenan menghadap, keputusan tetap terletak kepada baginda untuk setuju atau tidak.

“Jika baginda tidak berkenan bubar Dun selepas bersetuju dengan kenyataan bersumpah 30 Adun, maka Sultan boleh menerima cadangan PKR untuk melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu,” katanya.

Kelmarin, Dr Wan Azizah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan baginda seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan Selangor sekiranya ada keperluan Speaker Dun mengadakan persidangan untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.

Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, masih terdapat kemungkinan untuk Pas menyokong PKR sekiranya parti itu menukar calon menteri besar yang lain.

“Sehingga hari ini, kita dapat melihat sokongan kuat Pas kepada Abdul Khalid kerana tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Wan Azizah. Malah, mereka juga memilih Abdul Khalid kerana bersih daripada sebarang salah laku.

“Oleh itu, PKR perlu memikirkan strategi dengan meletakkan calon lain. Hanya dengan cara itu, tidak mustahil sokongan Pas akan kembali kepada PKR,” katanya.
-SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[TERKINI] Selangor! Bersiap Sedialah Untuk Pilihanraya Negeri..

Abdul Khalid Tidak Tolak Kemungkinan Bubar DUN Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). -BERNAMA

ULASAN GB

Seperti yang GB jangkakan sebelum ini nampaknya Pilihanraya negeri tidak dapat dielakkan.

Apabila Khalid mendakwa beliau mendapat sokongan maoriti untuk kekal sebagai menteri Besar dan apabila Presiden PKR Wan Azizah pula telah menyerahkan senarai 30 ADUN yang menyokong beliau, maka nampaknya PRN bakal diadakan.

Hubungan Khalid dengan Sultan dan pihak UMNO nampaknya akrab. UMNO akan cuba mencari peluang baru dengan perpecahan yang berlaku di kalangan komponen Pakatan Rakyat. Inilah peluang yang mereka nantikan setidak-tidaknya untuk memperbaiki bilang kerusi DUN paling corot - 12 kerusi.

Pendirian PAS hanya akan diketahui 17 Ogos ini samada terus bersama Pakatan Rakyat atau akan bersama UMNO atau akan bersendirian.

Namun di dalam apa juga keadaan, Selangor sudah perlu bersiap sedia.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI