6 Sep 2014

Calon MB: PAS Melaka Mahu Penjelasan Mengapa AJK PAS Pusat Dipinggirkan

PAS Melaka kesal keputusan parti tak dituruti

Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor, demkikian lapor malaysiakini.

Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.

"Saya merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada penglibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk jawatan itu.

Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan bahawa nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali tiada dalam senarai itu.

Tindakan itu bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin sahaja.

Majlis Syura PAS mengaku bertanggungjawab dalam memutuskan nama calon PAS sahaja untuk pertimbangan istana.

Adly memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PAS.

"PAS Melaka merasakan tindakan itu menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS.

"Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar,"
katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengelak daripada mengulas kenyataan Adly.

"Keputusan terakhir (siapa menjadi MB) PAS serahkan kepada budi bicara Tuanku.

"Saya fikir siapa pun nama yang akan naik itu adalah pilihan," katanya sewaktu ditemui pemberita di Shah Alam pagi ini.

Tegas Sallehen, sesiapa sahaja yang dipilih nanti perlu mendapat persetujuan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan.

Beliau juga menolak spekulasi bahawa krisis ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Di dalam perkembangan berkaitan, PAS Bukit Katil meminta pihak tertinggi parti supaya sentiasa berhati-hati dalam menguruskan jemaah kita. Segala keputusan yg diambil mestilah mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.

Yang dipertuanya, Sdra Sofi Wahab yang juga salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka di dalam kenyataannya menyatakan PAS Kawasan Bukit Katil menunggu dengan sabar perkembangan seterusnya mengenai isu MB Selangor.

"Kepimpinan bertanggungjawab memurnikan parti dengan semaksima mungkin. Kesilapan lalu jika ada mesti diperbetulkan dengan segera," tambahnya.


KENYATAAN PAS MELAKA

Merujuk kepada Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa PAS menghantar 3 nama kepada Sultan.

1. PAS Melaka merasa amat terkejut dengan tindakan tersebut.

2. Saya juga merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor

3. PAS Melaka akan meminta penjelasan lanjut dari pimpinan tertinggi dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 7 September 2014.

4. PAS Melaka merasakan tindakan menghantar 3 nama ( 2 PKR dan 1 PAS) akan:-

i) Menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS
ii) Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar.

Haji Adly bin Zahari
Pesuruhjaya PAS Melaka



ISU MB SELANGOR : HATI2 URUSKAN PARTI

PAS Kawasan Bukit Katil menunggu dengan sabar perkembangan seterusnya mengenai isu MB Selangor.

Pada masa yang sama PAS Bukit Katil mengharap pihak tertinggi parti supaya sentiasa berhati-hati dalam menguruskan jemaah kita. Segala keputusan yg diambil mestilah mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.

Kepimpinan bertanggungjawab memurnikan parti dengan semaksima mungkin. Kesilapan lalu jika ada mesti diperbetulkan dengan segera.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Safwan Anang Dibebaskan Setelah Berjaya Bayar Ikat Jamin RM15,000


Safwan Anang dipenjara 10 bulan

KUALA LUMPUR - Pengarah Eksekutif Lensa, Muhammad Safwan Anang @ Talib dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini,selepas didapati bersalah pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya, tahun lalu.

Hakim Norsyaridah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Bagaimanapum mahkamah membenarkan penangguhan pelaksaan hukuman penjara bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu sementara proses rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun wang jaminan ditingkatkan daripada RM5,000 kepada RM15, 000.


Pada 29 Mei tahun lalu, Safwan, 25, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi, di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam. -SH

TERKINI: Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan, Safwan Anang telah dibebaskan dengan ikat jamin untuk rayuan sebanyak RM15 000. Terima kasih pada semua yang telah memberikan sumbangan wang ringgit anda.

Sumbangan Segera ‪#‎Solidariti4SafwanAnang‬

Bank In ke Akaun CIMB Masturah Abu Bakar(isteri) : 7051549421
No Tel : 0139532361







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Prof Agus Dan Dr. Mazlee Tegur Cara PAS Berpolitik


Penganalisis: Cara politik Pas 'ketinggalan'

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti,"
katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.

Dalam perkembangan terkini, satu lagi kenyataan media Timbalan Presiden Pas menjadi viral di aplikasi WhatsApp mendakwa AJK Pas Pusat tidak tahu menahu mengenai senarai terbaru yang dihantar Pas ke istana Selangor pada 3 September.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Mohamed Azmin Ali," ujar Mohamad Sabu
. -SH


LAPORAN SEBELUM INI



Isu MB: Pas perlu elak ubah keputusan

SHAH ALAM – Pas perlu tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat, 17 Ogos lalu.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berkata, Pas perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan dilihat sebagai parti yang tidak tetap pendirian.

“Pas perlu berhati-hati dalam membuat cadangan kerana setakat ini mereka dilihat seolah-olah tidak tetap pendirian.

“Ini akan memberi perspektif negatif kepada rakyat dan pengundi di atas sikap Pas yang tidak konsisten,” katanya.

Beliau berpendapat keputusan parti yang tidak konsisten bakal memberi kesan kepada kepercayaan pengundi.

“Kita mengingatkan kembali mereka (Pas) terhadap persepsi negatif yang bakal dilihat oleh rakyat dan para pengundi.


Pertengahan bulan ini, Pas telah mengemukakan satu lagi nama sebagai calon Menteri Besar Selangor iaitu Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, PKR telah menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang disokong DAP.

Semalam, PAS dilaporkan menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada PAS sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ia dikatakan keputusan Majlis Syura Ulama.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.


ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah mengulas. PAS perlu Belajar untuk terima kritikan orang yanhg tiada kepentingan di dalam parti seperti Dr. Muhammad Agus dan Dr.Mazlee di atas, wahai pemimpin-pemimpin PAS.

Yang GB khuatir akan bangun pemuka-pemuka yang menamakan diri mereka Geng Ulama ala PERKASA menempelak kenyataan dan memaki hamun kedua-dua tokoh akademik di atas, sedangkan kumpulan Geng Ulama inilah juga yang menyebabkan PAS sering membuat U-Turn.

Hal ini pernah berlaku di dalam tahun 2009 dahulu apabila Prof Abd Aziz Bari dimaki dan dicemuh di dalam satu wacana yang mengkritik pedas kepemimpinan Abdul Hadi.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





"Muktamar" Adalah Kekuasaan Paling Tinggi Dalam PAS


Rujuk Fasal 7. Perlembagaan PAS

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.

Peruntukkan Fasal 7 (1) ini mempunyai dua (2) aspek iaitu :-

a) Berkaitan Hukum rujukan tertinggi iaitu Kitabullah (al-Quran), Sunnah Rasul (Hadith), Ijmak Ulamak serta Qias yang terang dan nyata.

b) Berkaitan kekuasaan PAS iaitu Muktamar Tahunan.

Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.

Fasal 7 (2) juga jelas bahawa segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar
.

Itu jelas.

Apa pula kedudukan Majlis Syura Ulamak (MSU)?

MSU ditubuhkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang telah meminda Perlembagaan PAS dengan memasukkan Fasal 8 iaitu Majlis Syura Ulamak.

Fasal 8. Majlis Syura Ulamak

(1) Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

(a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam 8 Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

(c) Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.

Fasal 8 (1) menyebutkan bahawa MSU ditubuhkan adalah dengan tujuan untuk menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini.

Jelas bahawa penubuhan MSU adalah untuk menjamin Kekuasaan PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 7 (2) supaya tidak terkeluar daripada landasan yang ditetapkan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS di dalam Fasal 3.

MSU bertanggungjawab memastikan perjalanan semua badan di dalam PAS iaitu Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP), Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) tidak terkeluar dari hukum pegangan PAS dalam Fasal 7 (1) iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias serta tidak terkeluar daripada perintah dan kekuasaan PAS di dalam Fasal 7 (2) iaitu keputusan Muktamar. MSU juga bertanggungjawab memastikan perjalanan semua badan di dalam PAS supata tidak berlawanan dengan dasar Pas di dalam Fasal 3 iaitu ISLAM. Walaubagaimana pun MSU sendiri tetap tidak boleh terkeluar daripada kekuasaan tertinggi PAS iaitu Muktamar Tahunan PAS.

Fasal 8 (1) (a) memberikan kuasa kepada MSU menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS iaitu ISLAM dan mana-mana peruntukkan Perlembagaan yang samar.

Fasal 8 (1)(b) memberikan kuasa kepada MSU mengeluarkan arahan dan perintah supaya ketetapan yang dibuat melalui Fasal 8 (1)(a) dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua badan di dalam PAS.

Fasal 8 (1)(c) memberikan kuasa mendengar rayuan tatatertib yang dikemukakan oleh ahli.

Berpandukan Fasal 8 tersebut adalah jelas bahawa penubuhan MSU dan fungsi MSU adalah sebagai “Supreme Council” yang mengawal perjalanan PAS supaya tidak terkeluar daripada landasan ISLAM.

Bagi mengesahkan lagi entiti mana yang tertinggi di dalam PAS mengikut Perlembagaan PAS, maka peruntukkan Fasal 88 Perlembagaan Pas perlu dibaca bersama.

FASAL 88. Lain-lain Perkara

(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

(2) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar

Fasal 88 (1) menyatakan bahawa MSU adalah badan tertinggi yang menjadi rujukan tentang apa saja perkara berbangkit yang menimbulkan perselisihan berkaitan Perlembagaan, Aturan dan Peraturan yang dibuat dan keputusan MSU adalah muktamad. Tetapi dalam masa yang sama keputusan muktamad MSU tersebut boleh diubah oleh Muktamar. Ini sekali lagi jelas menunjukkan bahawa kekuasaan tertinggi dalam PAS mengikut Perlembagaan PAS ialah Muktamar kerana Muktamar boleh mengubah keputusan MSU.

Fasal 88 (2) juga jelas menunjukkan bahawa Muktamar adalah kekuasaan tertinggi di dalam PAS apabila memperuntukkan bahawa MSU berkuasa membuat sebarang keputusan atas perkara-perkaya yang tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan (lacuna) dengan syarat keputusan itu tidak bercanggah dengan dasar PAS dan yang paling penting ianya tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.

Sejauh mana kekuasaan Muktamar?

Muktamar mempunyai kuasa yang paling tinggi dan paling luas serta paling muktamad. Muktamar boleh memansuhkan kewujudan Majlis Syura Ulamak jika mahu. Perlu diambil perhatian bahawa Majlis Syura, JKPP dan semua badan di dalam PAS hatta PAS sendiri boleh dimansuhkan atau dibubarkan atas kehendak Muktamar.

Rujuk Fasal 87.

Fasal 87. Cara Memansuhkan PAS

(1) PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut.

(2) Jika persetujuan bagi memansuh dan membubarkan PAS ini dipersetujukan, maka segala hutang-hutang PAS hendaklah dijelaskan dan segala wang waki harta-harta dan apa jua yang berkait dengannya terserahlah kepada keputusan Muktamar itu.

(3) Kenyataan berkenaan dengan memansuh dan membubarkan PAS ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh empat belas hari dari tarikh diambil keputusan itu.

Fasal 87 (1) jelas menegaskan bahawa PAS boleh dimansuhkan atau dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima ahli Pas yang membawa menyatakan persetujuan bersendiri ke Muktamar.

Sejauh itulah kekuasaan Muktamar. Bukan sekadar memansuhkan MSU atau mana-mana badan di dalam PAS tetapi sehingga ke tahap memansuhkan PAS.

Kesimpulan.

Kekeliruan tentang kekuasaan tertinggi PAS ini timbul kerana tidak faham apa itu kekuasaan. Konsep syura di dalam PAS bukan hanya terletak pada Majlis Syura Ulamak tetapi dalam semua badan di dalam PAS baik JKPP, DUPP, DPPP, DMPP dan DHPP. Malah konsep syura yang tertinggi di dalam PAS ialah Muktamar Tahunan PAS dan itulah kekuasaan tertinggi PAS.

Sumber: Facebook Zulhazmi

ULASAN GB

Krisis MB Selangor mendedahkan banyak perkara. Dan di dalam entri ini, GB cuba mendedahkan siapa sebenarnya pembuat keputusan (decision maker) paling tinggi di dalam PAS.

Ada yang menyatakan Jawatankuasa PAS Pusat, ada yang menyatakan Majlis Syura Ulamak dan ada juga yang menyatakan Presiden parti. Sedangkan kesemuanya itu adalah tidak benar jika masing-masing merujuk semula Perlembagaan PAS.

Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.

Muktamar mempunyai kuasa yang paling tinggi dan paling luas serta paling muktamad. Muktamar boleh memansuhkan kewujudan Majlis Syura Ulamak jika mahu. Perlu diambil perhatian bahawa Majlis Syura, JKPP dan semua badan di dalam PAS hatta PAS sendiri boleh dimansuhkan atau dibubarkan atas kehendak Muktamar. Pemegang jawatan Presiden dan AJK PAS Pusat juga ditentukan oleh Muktamar.

Fasal 88 jelas menggaris peranan ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ (MSU) dimana MSU adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar

Jangan ada lagi pihak yang menganggap dirinya paling berkuasa dalam parti. Bercakap seolah-olah dia yang memiliki parti. Nati ditempelak orang "kaduk naik junjung".

Jika tak tahu hujung pangkal bab kekuasaan, rujuk Perlembagaan PAS semula, jika tak reti baca, rujuk peguam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI