22 Sep 2014

SAH: AZMIN ALI SEBAGAI MB SELANGOR YANG BARU


Timbalan presiden PKR Azmin Ali SAH dilantik sebagai menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana, kata sumber yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR itu.

Sumber tersebut memberitahu, surat rasmi itu diterima lebih kurang pukul 5 petang tadi memaklumkan Azmin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada pukul 10 pagi.

"Warkah lantikan sudah terima pukul 5 tadi. Pergi angkat sumpah esok 10 pagi. Jam 7 pagi raptai," kata sumber.

Surat perlantikan itu disahkan sendiri oleh Mohamad Munir ketika dihubungi wakil media di ibu pejabat PKR di sini.

Menurut surat itu lagi, majlis angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa.

"Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih," katanya.

Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu itu menjawab spekulasi yang tersebar mengenai beliau akan mengangkat sumpah untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor serta 'ditemuduga' secara berasingan pada minggu lalu.

Selain beliau, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10 pagi esok.

Sidang media dijangka diadakan oleh Azmin sebagai MB baru sejurus selepas majlis angkat sumpah.

Beliau juga dijangka akan menemui beberapa pemimpin parti dan pemimpin tempatan esok.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjalani hari terakhir beliau hari ini (Isnin)," demikian malaysiakini dipetik.

Satu lagi sumber PKR memberitahu Azmin hari ini mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan taklimat dan mendapatkan "restu" akhir dari beliau dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergegas ke ibu pejabat parti itu selepas memutuskan perlu diadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mesyuarat Biro Politik parti itu diadakan selepas satu mesyuarat 'biasa' yang dihadiri beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar.

Perkara itu dimaklumkan Azmin yang terpaksa berpatah balik selepas kira-kira 40 minit meninggalkan bangunan itu.

Katanya, ia merupakan mesyuarat biro politik yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula pukul 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5 petang yang akan dipengerusikan oleh presiden... ketua umum (akan hadir)... mengenai perkembangan terkini...," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini, Isnin.

Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu menteri besar di Selangor, Azmin berkata: "Ya, ya, ya."

Bagaimanapun beliau menambah: "Saya tidak tahu... ini mesyuarat khas tergempar pukul 5."

Antara yang dilihat memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[MENYEDIHKAN] Dia Pecah-belahkan Parti & Jauhkan Orang Dari PAS..

Kesan dari kenyataan dan tindakan Presiden PAS, Hj. Hadi yang kini digunakan musuh untuk serang PAS di PRK Pengkalan Kubor.

Ke mana hala tuju ahli progresif dalam PAS?

Soalan sebenar selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS Ke-60 yang penuh hangat semalam bukan mengenai hala tuju parti itu, tetapi tindakan yang akan diambil ahli progresif dan liberal selepas ini.

Apakah mereka yang tidak setuju dengan cara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konservatif itu akan terus berdiam diri atas nama wala' dan taat kepada pemimpin, atau mengambil sesuatu tindakan.

Berbeza dengan kebiasaan pemimpin tertinggi parti melafazkan ikrar perpaduan dan kesatuan pada penutup persidangan, Hadi pada hari terakhir muktamar melontarkan cabaran kepada mereka yang tidak bersetuju dengan pendekatan beliau agar meninggalkan parti itu.

"Dalam jamaah (parti) hanya ada satu imam. Kalau nak jadi imam juga, cari tanah lain dan buat masjid lain,"
katanya ketika memberikan ucapan penggulungan semasa muktamar di Batu Pahat, Johor semalam.

Ucapan itu adalah yang paling ketara menunjukkan sikap beliau terhadap pihak yang berbeza pendapat dengannya.

Sikap Hadi ini sangat berbeza dengan pimpinan PAS yang lain, termasuk pimpinan PAS sebelum ini.

Bekas presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dalam usaha menyatukan dua kumpulan besar dalam PAS mengambil pendekatan memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional.


Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali sewaktu penggulungan muktamar semalam berkata, PAS tanpa ulama buta, tanpa profesional tempang.

Ucapan penutup lazimnya digunakan oleh pimpinan PAS untuk menyatukan perbezaan pendapat dalam parti, tetapi Hadi pula mengambil sikap "menghalau" mereka yang tidak bersetuju dengannya.

Awal bulan ini, ketika berdialog dengan penyokongnya di Terengganu, Hadi juga membuat ungkapan hampir sama ketika ditanya mengenai badan bukan kerajaan (NGO) baru, PasMa.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti, sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," katanya dalam satu sesi penjelasan isu semasa di Rusila, Marang.

Sejak kebuntuan kes menteri besar Selangor, para pemimpin dalam Jawatankuasa PAS Pusat banyak berbeza pendapat dengan Hadi.

Ia bermula apabila presiden parti Islam itu mengumumkan sokongan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, selepas PKR dan DAP memutuskan menyingkir Khalid dan menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada waktu itu, sokongan yang dibuat Hadi terhadap Khalid sebelum mesyuarat yang dijadualkan pada 17 Ogos mengejutkan ramai pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya berkata, ia adalah pandangan peribadi Hadi kerana keputusan rasmi belum dibuat.

Ekoran itu, para penyokong Hadi terus menerus menyerang mereka dan memomokkan mereka sebagai tidak wala' dan taat kepada presiden sehinggalah ke muktamar tiga hari yang berlangsung di Batu Pahat, Johor.

Dalam muktamar kali ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian besar menjadi bukti perkara ini.

Pertama, peristiwa 50 perwakilan Pemuda PAS yang memakai jaket "Kami sokong presiden dan Majlis Syura" meninggalkan dewan ketika Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar sayap itu.

Kedua, perwakilan Wilayah Persekutuan Dr Azhar Yaakub berdoa sambil melaknat mereka yang tidak wala' dan tidak taat kepada Hadi.

Ketiga, ketika Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Luham), Mohamed Hanipa Maidin berkata PAS perlu menolak jika dilantik sebagai menteri besar Selangor, beliau dicemuh dengan seruan "boo" oleh pengikut fanatik Hadi.


Sesuatu yang di luar dugaan apabila beliau dicemuh kerana yang diperkatakannya ialah keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Ketiga-tiga peristiwa ini menjadi titik hitam dalam muktamar itu.

Ke mana hala tuju PAS selepas ini?

Ramai berpendapat cara Hadi memberi ucapan penutup di muktamar itu menunjukkan PAS sedang merancang satu tindakan yang lebih besar dalam hubungannya dengan Pakatan Rakyat selepas ini.

Namun, mereka tidak mahu membuat demikian dalam muktamar.

Ini dibayangkan melalui ucapan penutup beliau dan ucapan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama.

Haron ketika itu berkata tahaluf siyasi dengan Pakatan ada syaratnya. Jika syarat itu dilanggar, ia perlu dikaji semula.

Namun, ketika muktamar panas pada hari kedua sidang, Haron bangkit dan memberi arahan agar tidak dibincangkan lagi soal perbezaan antara presiden dengan pucuk pimpinan PAS yang lain.

"Tindakan besar mahu diambil tetapi tidak mahu dibincangkan dalam muktamar.

"Sebab itu semua usul berkaitan dengan kedudukan PAS dalam Pakatan dan isu menteri besar Selangor tidak dibahaskan," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu dinamakan.

Persoalannya kini, apakah ahli parti yang tergolong dalam kumpulan liberal dan progresif, dan tidak bersetuju dengan Hadi akan terus wala' dan taat kepada beliau?

Kumpulan yang fanatik ulama jelas mengambil sikap 'mahu membunuh' semua yang berbeza pendapat dengan mereka. Ini diperlihatkan melalui laman Facebook El-Haraki, yang digunakan sepenuhnya untuk menyerang lawannya dalam PAS.

Sebab itulah apabila timbul sahaja isu PasMa, El-Haraki membariskan semua yang dianggap berbeza pendapat dengan Hadi, memegang jawatan dalam NGO baru yang dituduh berhasrat menubuhkan parti politik baru ini.

Kini semua menunggu dengan penuh debaran, apakah sikap yang akan diambil oleh mereka? Berdiam diri dengan wala' dan taat sehingga mereka 'dipenggal' dalam muktamar tahun depan atau bertindak dari sekarang?

Semua mata tertumpu kepada kumpulan yang dilabelkan sebagai Erdogan, progresif atau profesional ini. -TMI


Taksub kerana menganggap seseorang pemimpin sebagai dewa.

Politik negara kita kacau kerana ramainya pentaksub parti. Pentaksub inilah yang memecah belahkan perpaduan sesama kita kerana mereka suka melabel orang, mengata orang dan mencaci orang.

Sepatutnya, sebagai pentaksub parti, peranan kita ialah untuk memujuk orang menyokong kita, bukannya membenci atau menjauhi parti kesayangan kita.

Sepatutnya sebagai pentaksub parti, isu yang kita angkat ialah keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat dan negara. Saya fikir pendekatan ini lebih afdal dalam menarik sokongan rakyat kepada parti kita.

Akhirnya, jika kita adalah pentaksub parti, jadilah pentaksub parti yang jiwanya berisi bukannya beremosi.

Salam.
-Prof Dr Muhammad Agus


ULASAN GB

GB dah kata, setiap ungkapan buruk akan kembali kepada diri sendiri. Pusing dan putarbelitlah makna "barua" itu. Sama seperti haramjadah yang menimpa Najib dulu.

Kini ungkapan "barua" kini kembali kepada si penuturnya.... lihat banner itu.. menyedihkan.... Namun demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Nak sangat berbaik dengan UMNO, itu yang UMNO berikan kepadamu.. fikir-fikirkanlah... apakah kamu tidak berakal?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



Ustaz Ridzwan: Saya Perwakilan Bukan Pemerhati!


Nota pemerhatian di muktamar PAS Ke 60 Oleh Ridzwan Abu Bakar

Pada 16 September, 2014, saya bertolak dari Alor Setar ke Kota Tinggi, Johor untuk mengikuti Muktamar Pemuda PAS dan seterusnya menyertai muktamar penuh PAS sebagai "Perwakilan" dari kawasan Kuala Kedah.

Bertolak ke Kota Tinggi dan Batu Pahat dengan membawa 3 persoalan dan 2 harapan besar.

Tiga persoalan itu ialah mengenai masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat, hala tuju dan garis panduan perjuangan PAS untuk jangka pendek bagi tempoh setahun mendatang, dan juga bagaimana kemelut dan krisis yang melanda PAS akan diuruskan pimpinan.

Manakala harapan pula ialah, semua kemelut yang berlaku akan ada jalan keluarnya dengan bimbingan dan pedoman dari ucapan dasar yang dikemukakan, serta saya juga mengharapkan motivasi diri untuk menggalas tugas jamaah akan meningkat apabila mendapat suntikan ilmu dan informasi dari pimpinan.

Selepas solat Maghrib, saya dan rakan-rakan menjadi pemerhati di Muktamar Pemuda PAS Malaysia.

Muktamar berlangsung penuh dramatik, ada pasukan sorak, provokasi melampau, ada adegan lari keluar dewan (pada sesi petang), cubaan menolak minit mesyuarat, diselangi dengan celahan provokatif dan kemuncaknya persoalan kecil seperti "kononnya" ada kawasan haram telah digempitakan.

Menariknya, muktamar ditangguhkan 10 minit, tetapi sesi penangguhan itu bertukar menjadi kuliah sejarah yang "dijulingkan", diselangi dengan laungan doa wehdah yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Tetap. Demikian hari pertama yang mewarnai muktamar .

Pada 17 September 2014, sebelum ketibaan perwakilan, saya dan rakan-rakan yang berstatus pemerhati telah terpacak di hadapan Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, untuk menghirup dan menikmati perbahasan dari adik-adik pemuda. Alhamdulillah, bakal penerus perjuangan PAS telah berbahas mengikut keupayaan mereka.

Saya simpulkan, isu-isu dalaman dan istilah haraki serta simpulan "laqab" haraki telah berkumandang dengan megahnya di dewan muktamar, beberapa insiden yang menimbulkan tanda tanya telah berlaku dalam muktamar tersebut.

Muktamar Pemuda bagi tahunan 2014 menutup tirai.

Pada 18 September, Muktamar PAS ke-60 dirasmikan dan ucapan dasar presiden bertajuk "Terus Beristiqamah" telah dikemukakan.

Selepas Zuhur, sesi perbahasan bermula, pelbagai idea dikemukakan. Ada pro dan kontra, ada sindiran, sesekali ada unsur hentakan dan kadang kala nada marah.

Semua perwakilan memberi tumpuan dan menilai hujah yang dikemukakan pembahas, kalau pun ada protes mungkin sesama perwakilan di tempat masing-masing dan kalau ada sokongan, diluahkan melalui laungan takbir, tepukan atau sorakan. Perbahasan berakhir dengan harmoni.

Pada 19 September, hari kedua muktamar diteruskan, perbahasan dimulakan oleh wakil Perlis disusuli beberapa perwakilan yang lain. Apabila sampai giliran wakil Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin, beliau memulakan "perbahasan" dengan meminta para perwakilan menadah tangan berdoa memohon pertunjuk supaya konflik yang sedang dihadapi dapat diselesaikan.

Para perwakilan mengangkat tangan untuk berdoa. Dr Azhari pun memulakan perbahasan dengan gaya berdoa, ia berlanjutan sehingga memakan masa panjang dan melebihi masa diperuntukkan, lebih tragis apabila beliau menggunakan kesempatan itu menghentam pelbagai pihak dan jalur pemikiran yang ada dalam PAS, bahkan menggunakan ungkapan "nila berjenama Morib dan Hulu Kelang" dan menganggap mereka sebagai "pengkhianat".

Melihat "melampau"nya Dr Azhari dalam "perbahasan" gaya doanya dan juga telah memesongkan para perwakilan muktamar dengan mengunakan "doa", saya menuju ke rostrum dan menunggu sehingga beliau habis "berdoa" dengan diselangi "tawar menawar" masa dengan pengerusi tetap.

Saya ke rostrum untuk meminta Pengerusi Tetap Muktamar membuat "ketetapan" melarang pengunaan helah doa, kerana masa itu diperuntukkan untuk "berbahas", seharusnya beliau berbahas, amat berbahaya kalau "melampau" dalam perbahasan gaya doanya disertakan pula dengan sindiran dan hukuman dalam doa tersebut tidak dihalang. Ada peluang "berbahas", maka berbahaslah.


Saya "Perwakilan", bukan "Pemerhati".

ULASAN GB

Pertamanya GB mahu ucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada Ustaz Ridzwan Abu Bakar di atas tindakannya memberhentikan doa laknat oleh Dr Azhar bin Yaakub @ Ariffin. Ustaz Ridzwan bertatus "pemerhati" di Muktamar Pemuda tetapi "Perwakilan" di Muktamar PAS.

Laporan sebelum ini:

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

"Saya minta pengerusi tetap membuat ketetapan, menghentam pemimpin dalam doa. Apakah ini akhlak dalam jamaah Islam?

"Dan kawan-kawan wartawan yang bukan Islam, masing-masing tertanya apakah ini agama yang diajar dalam Islam.

"Kenapa kita perlu mempergunakan agama? Datangkan hujah sepatutnya," katanya sebelum seorang anggota Unit Amal muncul dan turut mematikan mikrofon tersebut.

Tindakan Ustaz Ridwan tersebut dipuji kerana bertindak dengan ilmunya dan insiden tersebut juga memaparkan wajah sebenar golongan pro-ulama (sebelum ini dikenali UG) yang amat melampaui batas. Bermula dengan kumpulan 50 pemuda bervest hitam di Mutamar Pemuda keluar dewan semasa Timbalan presiden berucap dan cubaan menolak minit mesyuarat bagi menggulingkan Ketua pemuda.

Insiden merampas mikrofon oleh Unit Amal agak keterlaluan. GB selama ini amat mengkagumi mereka, tetapi apabila Unit Amal meluru ke rostrum mematikan mikrofon sewaktu Ustaz Ridzwan berucap sesuatu yang telah menyebabkan kredibiliti Unit Amal tercalar. Persoalannya: Pengerusi tetap tak bagi arahan pun untuk Unit Amal bertindak. Semasa pengerusi tetap menegur empat kali perwakilan Wilayah itu berdoa panjang tidak pula Unit amal mencabut Microfon tersebut. Apakah Unit Amal pada ketika itu sudah menjadi broker dan barua (meminjam istilah Tuan Presiden) golongan tertentu di dalam parti? Dimana keadilan?

Sebelum ini GB telah mengulas:

Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas.

Semasa muktamar tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".

Meletakkan namanya sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka berkelakuan demikian?

Walaupun Setiausaha Agung PAS berjanji untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melampau batas itu, tetapi sehingga sekarang ianya senyap begitu saja.

Kemudian di dalam muktamar tahun ini, mereka bertindak meninggalkan dewan semasa Timbalan Presiden berucap.

Malah jika kita kita melihat dan meneliti tulisan-tulisan dan komentar-komentar golongan pro-ulama ini di dalam media sosial, mereka menggunakan kata nista dan memaki serta mencaci golongan yang bertentangan dengan mereka. Mereka memberikan gelaran-gelaran buruk kepada lawan mereka seperti "Anwarinas" (gelaran yang dipopularkan oleh Zulkifli Nordin yang telah dipecat dari PAS, ditujukan kepada golongan progresif di dalam PAS) dan pelbagai gelaran buruk yang lain.

Ironinya mereka ini mengaku mereka pendokong pro-ulama dan kumpulan yang menyokong "Presiden & MSU" tanpa memperdulikan akhlak buruk dan perbuatan dosa mereka melakukan demikian.

Dan hari ini kumpulan yang sama membaca doa mengutuk pula ke atas kumpulan yang tidak mereka sukai walaupun sesama ahli jemaah.

Mereka ketandusan hujjah, lalu memilih jalan singkat untuk melepaskan geram dengan mencaci maki yang pada mereka halal belaka. Kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas. Terdapat 41 kali disebutkan di dalam Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Doa laknat yang mereka bacakan itu akan kembali kepada mereka sendiri.

Golongan pro-Ulama ini bebas lepas di dalam PAS, apatah lagi apabila mendapat sokongan moral dari Tn presiden sendiri apabila beliau turut menggunakan isitilah "broker" dan "barua" kepada dua ADUN yang dituduhnya tanpa bukti konon telah "dibeli" oleh PKR. Kemudian kumoulan pro-ulama ini memutarbelitkan kononnya istilah "beli" itu tidak merujuk kepada wang ringgit, tetapi dipujuk, dipengaruhi dan sebagainya. Walau apapun maksudnya, hakikatnyaa, dua ADUN PAS itu telah dituduh tanpa bukti dan diaibkan dan boleh diambil tindakan di mahkamah.

GB yakin Allah akan selamatkan parti ini dari golongan yang melampau batas itu walaupun yang melampau batas itu adalah Presiden sendiri yang kini ulamak terkekemuka dunia. Allah tidak memandang kedudukan itu, kerana yang mulia di sisi Allah ialah "muttaqin" walau dia tukang sapu sampah di jalanan. Muttaqin bukan pakaian di zahir yang digelarkan ulama atau ustaz tetapi muttaqin itu pakaian batin (hati) yang menjadi asas pertimbangan di yaumul masyar nanti seperti dijelaskan oleh hadith nabi saw:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim).









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Isu Fitnah: Hj Hadi Boleh Disaman Oleh YB Shaari & YB Hasnul

Dakwaan broker dan barua: Saari tuntut penjelasan Hadi

SHAH ALAM: Saari Sungib hari ini menuntut Datuk Seri Abd Hadi Awang memberi penjelasan berhubung teguran keras Presiden PAS itu terhadap ADUN partinya yang menyokong PKR dalam isu menteri besar Selangor dengan menggelar mereka sebagai 'broker' dan 'barua'.

Malah, ADUN Hulu Kelang itu berkata jika benar dakwaan Hadi bahawa beliau telah dibeli, kepimpinan tertinggi parti itu perlu membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib.

"Saya tak tahu apa maksud broker, barua, dicuri dan dibeli jadi PAS terpaksa jelaskan sebab sebelum ini tak pernah dengar saya ini broker atau barua dan dibeli. Dibeli ini adakah dengan cara jual beli pantun macam itu atau pun melibatkan wang ringgit?

"Kalau melibatkan wang ringgit ini kes besar, kes rasuah politik wang dan ia perlu dilaporkan kepada SPRM dan bukan setakat memberi teguran di muktamar tetapi kena melibatkan agensi yang membuat siasatan iaitu SPRM," tegasnya memberitahu Antarapos.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam membidas PKR sebagai mengkhianati tahaluf siyasi dan menyifatkan dua ADUN PAS di Selangor sebagai “barua” kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB negeri itu.

“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.

“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,”
kata presiden PAS itu dalam menggulung muktamar PAS ke 60 yang berakhir semalam.

Sehubungan itu, Saari yang dihubungi berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat keahlian parti.

"Kalau proses itu berlaku dengan adil dan terbukti kesalahan saya serta tidak layak lagi menjadi ahli PAS maka saya terimalah,"
ujarnya.

Bagaimanapun, usaha Antarapos untuk mendapatkan respon ADUN Morib Hasanul Baharuddin berhubung kenyataan presiden PAS itu gagal. -AP


Krisis MB Selangor: 'Tunjuk Bukti Saya Dibeli' - Cabar Saari

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bukti beliau telah dibeli oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tunjukkan bukti dahulu," katanya ketika dihubungi The Star Online pada Ahad.

Hadi dalam ucapan penggulungannya pada Sabtu mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun PAS demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Saari menjelaskan tindakannnya menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah adalah bagi menafikan peluang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan lebih banyak kekacauan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

"Khalid dakwa beliau mempunyai sokongan majoriti, dan dia mula memecat ahli Exco. Bagaimanapun, Khalid tidak mengadakan rundingan dengan mana-mana Adun bagi mengetahui sama ada mereka menyokong beliau atau sebaliknya.

"Matlamat ketika itu adalah menafikan apa yang dilakukan Khalid. Bagaimanapun, peguam menerangkan bahawa Dewan Undangan Negeri memerlukan sokongan daripada seorang lagi calon bagi mengesahkan SD berkenaan, jadi kami menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah kerana PKR dan DAP telah bersetuju dengan pencalonan beliau," katanya.

Saari menegaskan kesilapan yang dilakukannya hanyalah demi menyelamatkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor dan membidas PAS kerana membenarkan ahli parti mencaci dan menghina beliau tanpa mengetahui kisah sebenar.

"Ramai sarjana Islam dalam parti, namun mereka membenarkan usul untuk mengutuk tindakan saya, perenggan mana dalam Perlembagaan parti membenarkan hukuman dijatuhkan sebelum perbicaraan dijalankan. Adakah ini sebuah parti Islam?

"Di Muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila ada perkwakilan yang memohon doa daripada Allah agar perkara buruk berlaku ke atas saya. Ini benar-benar memalukan parti," tambahnya.

Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun PAS yang menandatangani SD yang menyokong Dr Wan Azizah pada 14 Ogoso lalu, tiga hari sebelum PAS membuat kenyataan rasmi mengenai krisis menteri besar Selangor.
-mstar


ULASAN GB

Petang tadi, GB bersembang sambil mengeteh dengan seorang peguam yang juga seorang ahli PAS. Kami berbincang mengenai banyak perkara dan salah satunya ialah isu "broker" dan "barua" yang diungkapkan oleh Presiden PAS di ucapan penggulungan di muktamar semalam.

Menurutnya, apa yang diucapkan oleh Hj Hadi itu sesuatu yang berat, fitnah yang menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat. Apa yang diucapkan oleh Haji Hadi berkenaan sudah boleh menjadi asas bagi tuntutan dalam tort fitnah (defamation) di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957)

Hj. Hadi cukup terkenal dengan membuat fitnah-fitnah melampau ke atas orang yang tidak disukainya. Kes beliau memfitnah bekas calon PKR mengenai isu pil kuda kini masih berjalan di mahkamah. Chegu bard, bekas calon PKR di Sungai Acheh juga telah memfailkan saman ke atas Hj. Hadi. Haji Hadi juga pernah memfitnah bekas calon Kota Damansara dengan isu komunis. Kesemua fitnah itu dilakukan semasa PRU13 sebagai satu justifikasi untuk beliau secara sendirian mengeluarkan watikah untuk calon-calon PAS bertanding di tempat yang telah dipersetujui untuk ditandingi oleh PKR.

Semalam beliau mengeluarkan fitnah lagi.

“(Mereka) curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Inikah etika kita bertahaluf?,” kata Hadi merujuk kepada PKR.

“Kita (juga) tidak pandang ringan (dua ADUN PAS) yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua,”


Adalah jelas yang dimaksudkan dengan "wakil rakyat kita" itu ialah dua ADUN PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD). Perkataan "beli" di situ menunjukkan bahawa beliau memfitnah YB-YB berkenaan kononnya YB-YB berkenaan menerima bayaran tertentu dan jika demikian tuduhannya, menjadi beban kepada beliau untuk menunjukkan "bukti"nya (evidences). Jika tiada, maka ia jelas satu "fitnah". Kedua-dua Shari Sungip dan Hasnul Baharuddin adalah wakil rakyat yang telah dipilih dan fitnah yang dilemparkan oleh Hj Hadi jelas menjejaskan reputasi mereka sebagai wakil rakyat yang sah. Kedua-duanya berhak dan layak untuk menyaman Hj Hadi bagi menndapatkan remedi pampasan dan gantirugi kerana reputasinya sebagai wakil rakyat telah terjejas di mata masyarakat.

Selain daripada memfitnah, Hj Hadi terkenal juga membuat kenyataan-kenyataan mengaibkan orang lain iaitu terhadap Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kononnya sebagai seorang yang tiada kebolehan, oleh itu tidak layak menjadi calon Menteri besar Selangor.

kesemua fitnah di atas tersebar luas di media masa termasuk video-video di media sosial dan youtube. Dan kesemua pihak yang difitnahkan itu layak untuk menyaman Hj.Hadi di mahkamah. Fitnah yang dilakukan Hj.Hadi jatuh di dalam kategori "libel" bukan sekadar "slander".

Hj. Hadi sanggup memfitnah demi mencapai apa juga tujuannya. Ia seolah-olah menggunakan teknik haiwaniah Machievilisme "Matlamat Menghalalkan Cara" yang bertentangan dengan Islam.

Justeru itu, kaedah yang beliau gunakan itu tidak lagi mewajarkan beliau untuk terus memegang jawatan sebagai Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).

GB telah lama mengingatkan pimpinan PAS bahawa mereka perlu bersedia untuk diheret ke mahkamah pada bila-bila masa. Di dalam satu tulisan GB sempena Maal Hijrah tahun 2009 lagi GB telah menjangkakan:

Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan


Wallahu alam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI