18 Okt 2014

PASMA Tempelak Satiful: "Kamu Yang Patut Tinggalkan PAS!"


Pesuruhjaya PAS Terengganu yang patut tinggalkan PAS, kata PasMa

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat yang sepatutnya keluar PAS kerana beliau banyak mengeluarkan kenyataan mengkritik Pakatan Rakyat yang disertai PAS, kata Timbalan Presiden NGO pro-Pakatan, PasMa, Muhammad Husin.

Bagi Muhammad, banyak kenyataan Satiful yang menyerang pemimpin Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional yang menjadi musuh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sedangkan Muktamar PAS telah membuat keputusan kekal bersama Pakatan Rakyat dan berusaha mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat,"
katanya.

Sebelum ini, Satiful mencabar presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk keluar daripada parti Islam itu dan menubuhkan parti baharu jika terus menjadikan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform mengkritik parti.

Satiful berkata, dengan meninggalkan PAS, NGO berkenaan dapat membuktikan sejauh mana PasMa dapat berdiri teguh dengan aliran baru yang dibawa kepada ahlinya.

“Kita cabar dia keluar PAS, buat parti baharu supaya orang boleh lihat kredibiliti dia. Jangan tumpang atas nama PAS tetapi merosakkan imej pimpinan dan mengkritik Majlis Syura Ulama.

“Kewujudan PasMa menyeleweng daripada NGO yang membantu PAS, kerana boleh memecahbelahkan PAS,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Menurut Muhammad, bekas ahli Parlimen PAS Pasir Puteh itu, Muktamar PAS adalah badan syura tertinggi dalam PAS bukannya Pesuruhjaya PAS Terengganu walaupun negeri asal presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PasMa mengadakan majlis forum dan dialog untuk memberi peluang kepada pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat memberikan pandangan dan kritikan ke arah mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Teguran dan kritikan yang diberikan dalam majlis dialog adalah suara akar umbi yang tidak berpuashati dengan keadaan yang berlaku sekarang," katanya.

Muhammad juga mempertikaikan arahan daripada Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) yang melarang ahli PAS menyertai dan menghadiri majlis anjuran PasMa.

"Ia tidak sepatutnya berlaku. MSU adalah badan yang bertanggungjawab dalam urusan dasar bukan eksekutif seperti mengeluarkan arahan kepada negeri dan kawasan," katanya.

Muhammad mendakwa, menjadi anggapan ramai seolah-olah ada perkara yang cuba disembunyikan oleh setiausaha MSU dan pemimpin yang sealiran dengannya yang ditakuti akan didedahkan oleh PasMa.

"Banyak maklumat tentang hubungan akrab antara beberapa anggota MSU dengan pemimpin Umno dan rangkaian mereka seperti Raja Petra yang berada di London," dakwanya merujuk kepada seorang penulis blog.

Beliau mendakwa, blog milik penulis itu menjadi jurubicara kumpulan ini digunakan untuk menyerang PasMa dan siapa sahaja yang bercanggah pendapat dengan presiden dan MSU. -TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Ghapur: "Saya Sudah Di Parlimen 35 Tahun, Saya Bukan Bodoh.."


Pendapatan purata keluarga di Sabah RM4,000 tidak benar

Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat Jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang.

Ahi Parlimen (MP) Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan menentukan purata pendapatan isi rumah sesebuah keluarga di Sabah.

Gesaan oleh Ghapur berikutan desakan oleh MP pembangkang yang mempersoalkan purata pendapatan isi rumah seorang penduduk di negeri tersebut.

“Saya sudah berada di Dewan ini 35 tahun, saya bukan bodoh, mana boleh pendapatan isi rumah boleh bercampur dengan seorang individu kaya berpendapatan RM50,000 ke atas dan menentukan purata pendapatan isi rumah.

“Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang. Cadangan ini bagi melihat sendiri dan sama-sama turun ke setiap rumah bagi mendengar masalah dan mengira purata pendapatan isi rumah rakyat di Sabah,” katanya di Parlimen hari ini.

Tambahnya, MP Kinabatangan Bung Mokhtar juga boleh mempengerusikan jawatankuasa tersebut.

“Saya cadangkan kita pergi rumah ke rumah ambil pengiraan dan dapatkan beberapa pendapatan isi rumah di Sabah. “Tindakan ini bagi memastikan rakyat di Sabah tidak diselubungi keraguan berhubung isu pendapatan tersebut,” jelasnya.

MP Segambut, Lim Lip Eng sebelum itu meminta kepastian sama ada statistik perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan isi rumah sebuah keluarga di Sabah secara purata RM4,000.

“Soalnya adakah benar perangkaan pendapatan tersebut dan jika salah beliau meminta penjelasan kenapa perangkaan itu dikeluarkan,” ujarnya. -FMT










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Azmin Libas Noh Udang: "Baru 3 Minggu, UMNO 50 Tahun Tak Boleh Buat Apa-apa"


Azmin: “Baru 3 minggu, BN dah 50 tahun gagal”

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin meminta diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Selangor memandangkan baru menggalas tanggungjawab itu selama tiga minggu.

Berbanding 50 tahun Selangor di bawah pentadbiran Umno-BN beliau berkata, parti berkenaan tidak mampu mengangkat kedudukan negeri berkenaan berada dalam kedudukan sekarang,

“Saya menyambut baik, Insya Allah ini satu tanggungjawab.

“Saya telah nyatakan tugas ini adalah satu tanggungjawab dan bukan keistimewaan yang akan saya galas sebaik mungkin.

“Berikan saya peluang membentangkan Belanjawan 2015 Negeri Selangor Insya Allah malahan saya akan tumpukan salah satu teras utama dalam belanjawan Negeri Selangor ialah soal pendidikan. Itu saya beri jaminan.

“Jadi beri peluang kepada saya. Baru tiga minggu. Umno 50 tahun tidak boleh buat apa-apa,” katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mempersoalkan kebolehan Adun Bukit Antarabangsa sama ada mampu meletakkan kedudukan Universiti Selangor (Unisel) pada kedudukan terbaik dalam soal pendidikan.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor mempersoalkan kedudukan kemasukan pelaburan di Selangor yang kini berada di kedudukan ke-5 sehingga Mei 2014 memandangkan dua tahun sebelum itu berada di kedudukan dua teratas.

Mohamed Azmin sebelum itu dengan tenang menepis kenyataan sinis Noh Omar yang mendakwa beliau menjadi Menteri Besar Selangor diatas linangan air mata orang lain.

Sebaliknya beliau berkata, Barisan Nasional sebenarnya yang menangis selepas kemelut jawatan nombor satu Selangor itu berjaya diselesaikan.

“Selangor Alhamdulillah kita selesaikan cara baik pelantikan Menteri Besar Baru.

“Tiada siapa yang menangis, yang menangis ni belah sana (BN),” jawabnya sekaligus menggamatkan Dewan Rakyat semalam.

Noh turut mengucapkan ‘tahniah’ kepada Mohamed Azmin yang telah dilantik selaku Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun disambut dengan sorakan ‘cemburu’ oleh Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan. Mohamed Azmin dilantik secara rasmi menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu. -selangorku









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI