23 Nov 2014

Bekas Exco Tak Tanya & Tak Semak Butiran "Golden Handshake" RM2.6 juta!


Bekas exco PAS nafi buat keputusan pampasan RM2.6 juta kepada pembantu Khalid

Keputusan pemberian pampasan kontroversi RM2.6 juta kepada 8 pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dibuat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS, kata Sallehen Mukhyi.

Sallehen yang juga bekas exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, antara salah seorang empat exco PAS yang kekal bersama Khalid ketika kemelut menteri besar Selangor walaupun enam exco PKR dan DAP dipecat.

Kontroversi timbul selepas pendedahan sejumlah besar pampasan diberikan kepada pembantu Khalid di mana keputusan tersebut dibuat semasa 4 exco tersebut masih berkhidmat di bawah pentadbiran Khalid.

Bagaimanapun, Sallehen berkata keputusan pemberian pampasan tersebut dibuat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan mereka hanya dimaklumkan tentang jumlah keseluruhan pampasan.

“Kami exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.

“Tidak boleh salahkan exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malah tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan,”
katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak itu juga berkata keputusan pemberian tersebut dilunaskan pada tarikh pemakluman pampasan tersebut.

"Difahamkan bayaran pampasan kepada 8 bekas pembantu Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.

"Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan," katanya.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sebarang pertuduhan tidak wajar dibuat selagi tiada laporan audit melibatkan pampasan tersebut.

"Tuduhan salah laku perlu lalui proses audit. Sebab itu saya lakukan semakan semula minit mesyuarat exco pada 27 September lalu.

"Saya tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu," katanya.

Baru-baru ini, pendedahan pemberian RM2.6 juta pampasan atau "golden handshake" diberikan kepada pembantu Khalid sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.

Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.

Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.

Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka. -TMI

ULASAN GB

Berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.

Begitu mudah jawapan yang diberikan oleh bekas exco Selangor terhadap isu pampasan RM2.6 juta kepada 8 pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Exco-exco berkenaaan menyatakan hanya didedahkan jumlah tetapi tiada maklumat terperincinya.

Jika demikian mengapa tidak disemak dan ditanya mengenai butiran terperincinya? Bkankah dikatakan kononnya bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim seorang yang mengikut proosedur dan nak dapat RM1 pun susah?



Ini RM2.6 juta... boleh lulus dalam sekelip mata.

Dimana professionalisme dan kompetensi para exco yang meluluskannya? Kemudian siap kata tak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu. Ini cerita kartun apa?

Khalid Samad pun satu hal, membela para exco Selangor sebelum menyemak fakta.

Allah itu Maha Tahu dan Maha Melihat. Mujurlah hal ini didedahkan sendiri oleh Allah swt betapa khianatnya mereka ini semua terhadap wang rakyat. Menuduh org tidak amanah kerana Langkah Kajang sedangkan kini terbukti kamu lebih khianat.

Cubalah lagi pertahankan kelemahan dan incompetencies kamu, kelak hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan lagi...









[APA SUDAH JADI?] Inspektor Polis Buat Laporan Duitnya Dikebas Oleh Pelacur Yang Dilanggani


Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai unsur-unsur humor.

Hari ini heboh tersebar pula laman-laman sosial berkenaan sebuah laporan polis yang diadukan oleh seorang Inspektor polis sendiri kerana duit miliknya telah dicuri.

Bagaimanapun, ramai yang tidak sangka inspektor tersebut dengan berani membuat laporan dan mengaku yang kejadian itu terjadi selepas dia bersetubuh dengan seorang pelacur di sebuah kedai spa berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur

Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh pelacur yang dilanggan ketika dia keluar untuk membasuh kemaluannya di bilik air.

Alamak, kita yang membacanya pun terus rasa malu dan geli!

Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri.

Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang melayu dan Islam sendiri.

Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan ‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila melihat larangan agama Islam ini seolah-olah diperkotak-katikkan.

Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran. –mynewshub