14 Okt 2015

PAS Buat Uturn, Tak Ada Kerjasama PAS-PERKASA, Cuma "Bersetuju"...

PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa

Tidak sampai 24 jam selepas PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dilaporkan memeterai kerjasama membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu, ia menerima 'tentangan' dari dalam parti Islam itu sendiri.

PAS Selangor dalam satu kenyataan malam tadi berkata ia tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama antara dua pihak itu melibatkan 3 perkara.



Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata, walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS, "tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman".

"Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembleng untuk berdepan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa BN," katanya.

Petang semalam, Hadi berkata, PAS dan Perkasa setuju bekerjasama dalam 3 perkara, iaitu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, pihaknya menerima penjelasan daripada PAS Pusat mereka hanya menerima kunjungan hormat daripada Perkasa dan tiada persetujuan dicapai untuk menjalinkan kerjasama.

"Mereka membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA. Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan media," katanya dalam kenyataan itu.

Pada masa sama, setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menjelaskan lewat malam tadi, kedua-dua pihak yang bertemu di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam hanya bersetuju mengenai 3 isu itu saja.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob berkata Samsuri menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali, dan pertubuhan pelampau itu hanya membuat kunjungan hormat kepada Hadi saja.

Sehubungan itu, Zainulfaqar berkata, Amanah perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.

"Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri," katanya.

Sekiranya hendak mementingkan "politik kekuasaan" seperti Perkasa yang mesra dengan Umno dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita, kata Zainulfaqar. -TMI

ULASAN GB

Apabila telah dibelasah oleh netizen mengenai kerjasama PAS-PERKASA semalam, PAS menafikan berita-berita yang tersiar di dalam Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysian Insider. Setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang memang dikenali sentiasa membuat penafian apabila Presiden PAS terjerat dengan sesuatu isu, menukarkan perkataan "bekerjasama" dengan "bersetuju" - sedangkan di dalam konteks isu PAS-PERKASA kedua-dua kata perbuatan (verb) itu tidak ada bezanya.

Wartawan kini juga kesal dengan "penafian" Samsuri itu.


Dan mengenai isu PAS Selangor tak bersetuju untuk bekerjasama dengan PERKASA, ia merupakan sesuatu yang agak lucu dan pelik. PAS Pusat bertindak lain, PAS Selangor bertindak lain.

PAS Selangor tahu bahawa jika ia melakukan kerjasasama dengan PERKASA, habislah impian PAS Selangor di dalam PRU14 nanti walaupun untuk memenangi satu kerusi.

Ini kerana PERKASA dikenali oleh rakyat di pantai barat sebagai sebuah NGO yang rasis dan ekstrem yang sudah pasti sebarang kerjasama dengannya akan meletakkan PAS Selangor di dalam keadaan tersepi dan kritikal serta ditolak oleh rakyat Selangor.

Hal yang sama juga berlaku di dalam isu hudud. Tatkala PAS Pusat berhempas pulas kononnya memperjuangkan hudud (sedangkan yang sebenarnya bukan hudud tetapi hanya pindaan EKJS Kelantan), PAS Selangor mengambil sikap "tidak menyokong hudud" di atas alasan Selangor bersedia semata-mata untuk menjaga hati pengundinya disamping mengekal jawatan dan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri Selangor.


Haru-biru PAS jadinya....

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Rakyat tidak dapat ditipu sepanjang masa walaupun PAS ada siku dan lutut, kerana rakyat pun ada siku dan lutut juga... Perjuangan assabiyah PAS-UMNO-PERKASA akan ditolak oleh rakyat di bumi dan di langit.

Rasulullulah SAW bersabda:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yang menyeru di atas dasar assabiyah (perkauman),
bukan dari kalangan kami mereka yangt berjuang di atas dasar assabiyah dan,
bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyah’
lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’


Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).

27 ulasan:

  1. Teringat kata2 ibrahim ali... kalau dia jadi mb kelantan ... lagi baik dr TGNA...aku rasa tuan presiden dah sakit mental... boleh menerima kunjungan KOSONG KOSONG dr ibrahim ali

    BalasPadam
  2. Biarlah PAS dgn penafiannya, berbelit2 lidah, tiada hala tuju maka itu sebab byk U turn.

    BalasPadam
  3. Selagi tak dibawak si Hadi jumpa pakar sakit jiwa selagi itulah PAS kelam kabut. Kalau bawak Hadi jumpa doktor jangan lupa bawak lima enam orang kaki bodek sekali. PAS sekarang sudah sampai ketahap macam orang gila. Tak boleh dipercayai dan tak boleh diduga apa tindak tanduknya pada masa akan datang. Very very unpredictable!!

    BalasPadam
  4. Ya bunga- bunga percantuman UMNO -PERKASA- PAS mula akan jadi kenyataan. Medan PRU14 , ibrahim Ali akan dpt kerusi lagi.

    BalasPadam
  5. Undi tdk percaya akan dtg ni mgkin pas selamatkan najib,tungguuu...

    BalasPadam
  6. Baju merah & baju hijau akhirnya akan bergabung

    BalasPadam
  7. Brahem katak khianat kerusi pasir mas tak pulak marohhh...geng2 profesional maroh pulok! Ngape tak maroh? Samer jer tu!
    Lagi satu...
    Hok SOSMA maroh pulok.. Hok Anwar kena jail tak maroh pulokkk...guane tu? Berat nanang presideng ni...

    BalasPadam
  8. Mana ada bergabung dan bekerjasama. ...

    Bawa sini.....

    EMPAT (4) Orang.....

    sekali lagi ulang suara...
    EMPAT (4) ORANG SAKSI SEKSI......

    baru ada BUKTI

    BalasPadam
  9. Iskandar kne sedar fikrah diri dia..x blh tipu diri sdri..dia brpelajaran tggi..x kn blh jd mcm walaun la iskandar..kluar je dr PAS tu

    BalasPadam
  10. Bodohnya kalau bekerjasama dgn si katak yg lupa daratan tu...aku kalau ditakdirkan si katak tu bertanding dlm pru lawan kayu, aku lebih rela pangkah kayu...aku tak akan lupa pengkhianatan katak tu kpd arwah nik aziz...

    BalasPadam
  11. PAS elok dah tukar nama kpd PUS, Parti U-turn Semalaysia...hihihiii...

    BalasPadam



  12. Jalan yg LURUS...JALAN yg LURUS
    17 Kali Di IKRAR...Kepada ALLAH
    Ber BELIT Ber Putar...Terus Me NERUS
    "Solat"-nya Pe NYONGLAP...Penabur FITNAH


    BerSETUJU...BeKERJASAMA...Tiada Beza NYA
    Ibarat NAJIS & BANGKAI..Jijik & HINA
    Semakin TERANG...Jelas Men JELMA
    Niat yg "BUSUK"...Mudah Di BACA


    Niat yg "BUSUK"...Mudah di BACA
    "HARTA-dan-Kuasa"...Ber Tuhan Di DADA
    "AMANAH-ALLAH"...Di Seleweng di HINA
    Songlap & FITNAH..."Umpan" REGU nya

    BalasPadam
  13. walak....walak...walak....PAS akan berkahwin dgn UMNO lepas PRU14 nanti. Hadi akan jadi TPM lepas PRU nanti.

    BalasPadam
  14. Inilah natijah daripada ketidakupayaan pemimpin dalam memimpin parti politik bagi mendepani masalah masa kini. Pemimpin ini sudah ketinggalan dan terbukti menjadi liabiliti kepada parti. Namun kerana sikap taksub, bermuka-muka dan perjuangan yg penuh agenda peribadi di kalangan pemimpin tertinggi PAS, Hj Hadi masih diberi ruang utk memimpin. Sampai bila tingkah laku sumbangan Hj Hadi harus dibiarkan. Apakah PAS sanggup berhadapan dgn kemarahan pengikut PAS semata-mata ingin mengekalkan Hj Hadi. PAS bukan milik Hj Hadi. Masa depan dan wawasan PAS lebih cemerlang tanpa Hj Hadi. Percayalah sebahagian besar masalah yg dihadapi PAS hari ini berpunca dari Hj Hadi. Untuk menambat keyakinan masyarakat mengambil masa bertahun tapi menghancurkanya cuma sekelip mata. PAS tidak sewajarnya tumbang bersama Hj Hadi. Banyak pengorbanan, penat lelah dan air mata yg mengiringi perjuangan PAS. Renungkanlah wahai penyokong PAS.

    BalasPadam


  15. Dalam isu yang semakin parah, kita tidak boleh menyalahkan seseorang tetapi kita perlu marah dan keciwa kepada sekumpulan penyokong yang berdiri dibelakang pemimpin tersebut. Yang mempertahankan kesalahan dan kecuaian pemimpin tersebut.

    Pemimpin tidak akan menjadi kuat dan tidak menjadi sombong sebegini sekiranya orang dibelakangnya tidak ada atau bijak mengingatkan pemimpin tersebut sekiranya pemimpin tersebut tidak boleh menerima nasihat.

    Hj Hadi dan orang-orang nya memandai-mandai bertindak sendiri tanpa mendapat pandangan dari Pesuruhjaya Negeri yang lain. Bagi Hj Hadi kedudukan dia lebih penting dari PAS untuk mengekalkan kuasa di Selangor.

    Najib tidak akan kekal sebegini lama tanpa orang yang masih sudi menyokong nya bahkan ada yang sanggup melindungi kesalahan nya.

    Memang kesalahan di lakukan oleh pemimpin tapi penyokong lah yang sebenar nya yang bersalah kerana terus menyokong.

    Jangan lepaskan sesiapa pun dengan alasan 'cari makan' kerana setiap perbuatan salah mesti ada hukuman nya.

    BalasPadam


  16. Hj Hadi menunjukkan kuasa Presiden yang tidak memperdulikan pandangan pemimpin tertinggi PAS yang lain.

    Hj Hadi menunjukkan ilmu nya yang tinggi tanpa memperdulikan perasaan ahli-ahli peringkat bawahan.

    Tindakan tidak di restui oleh ahli mengambarkan Hj Hadi perlu berundur sebagai Presiden. Jangan kan Presiden, Pesuruhjaya Selangor pun Hj Hadi tidak layak.

    Kalau ini bukan salah-guna kuasa, apa yang nak di sebut sebagai tindakan Hj Hadi ini ?

    Ahli bukan sahaja menolak kerjasama tetapi membantah pertemuan tersebut di Ibu Pejabat PAS !!

    Untuk membentuk kerjasama, kita perlu kan parti atau NGO yang konsisten menentang BN UMNO, Kezaliman, ketidak-adilan dan salah-guna kuasa. Bukan yang hangat-hangat tahi ayam dan sering berubah mengikut kepentingan peribadii.

    BalasPadam
  17. Almarhum TGNA pernah bagi tahu jangan sekali-kali dipatuk ular di tempat yang sama tetapi kata-kata Almarhum hanya sebagai hiasan oleh pemimpin PAS yang ada sekarang. Mereka mrnggunakan kata-kata Almarhum untuk menjaga kepentingan peribadi semata-mata bukan untuk menjadi panduan PAS. Semoga Allah membuka jalan dan kebenaran kepada kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ni lagi bahalol maha agong bro. Dah la tempat yg sama, ular pun yg sama jugak. Hehehe semoga hadi bahagia di dunia.

      Padam
  18. 'Penjaga' agama dah perjuangkan kaum dan bangsa?
    Hahaha tahniah hadi. Selamat la hang dunia dan akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. One religion fanatic and one racial extremist... What we do expect from them? Two religion fanatic with racial extremism?

      Padam
  19. Alhamdulillah.. Kuasa Allah tiada tandingan.. X faham2 lagi??

    BalasPadam
  20. Najib , hadi 2 x 5 je. Gila jawatang

    BalasPadam



  21. Amanat hadi 1981:

    Kita menetang umno bukan kerana batang tubuh mereka,tapi kerana,mereka mengekalkan DASAR penjajah,dasar Toughut, oleh itu,sembahyang yg di imamkan oleh mereka tidak SAH, sembelihan oleh mereka tidak halal..bla..bla

    MASIH tergiang-giang di benak saya semasa menghadiri kuliah subuh di rusila dalam march 1981....

    tahun 2015, apa hadi kata...

    BalasPadam
  22. U TURNKAH ATAU TIDAK U TURN SELAGI MANA U NIATNYA HANYA MEMPERJUANGKAN MELAYU DGN TIKET ISLAM, FOR EVER U DIPANDANG SEBAGAI RASIS N PAS ADALAH SALAH SATU PARTI RASIS KRN PERJUANGAN ISLAM HANYA UTK ORANG MELAYU DAN MENAFIKAN MUALLAF YG JUGA SAUDARA KITA. I HOPE AMANAH JGN BUAT MCM PAS BUAT KERANA MUALLAF MEMERLUKAN BANTUAN U AMANAH UTK MENJAGA KEBAJIKAN DIAORG. I HOPE U AMANAH CAN TAKE SAUDARA BARU KITA.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.