10 Sep 2015

PAS & PKR Hadapi Risiko Kehilangan Kerusi Di Pantai Barat

Pas dalam bahaya, menang kerana

SHAH ALAM - Hasrat Pas untuk meletakkan calonnya dalam kawasan diwakili DAP pada pilihan raya akan datang hanyalah satu tindakan yang sia-sia apabila parti Islam itu bakal berdepan dengan risiko kehilangan deposit.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, walaupun Pas meletakkan calon bukan Melayu, namun peluang itu tetap tipis susulan kemenangan Pas sejak PRU12 adalah disebabkan faktor PR dan bukannya parti itu sendiri.

“Pada pilihan raya lalu, sokongan kepada calon Pas bukan kerana Pas, tetapi kerana semangat PR.

“Mengikut kajian saya, jelas bahawa Cina menyokong Pas bukan kerana dasar Pas, mereka sokong Pas kerana semangat Pakatan Rakyat,”
katanya kepada Sinar Online.

Beliau mengulas tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempelawa Pas bertanding di kerusi yang diwakilinya di Dun Air Putih di Pulau Pinang, kelmarin.

Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut dengan hasrat Pas itu kerana pandangan tersebut seolah-olah selaras dengan dasar baharu Pas terhadap DAP.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bercadang meletakkan ahli bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Mohammad Redzuan juga berkeyakinan, pimpinan tertinggi Pas itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP susulan parti Islam itu tidak suka pembaziran kerana kehilangan deposit pilihan raya.

“Ia lebih kepada persaingan politik, saya tidak fikir Pas akan meletak calon di kawasan Cina...walaupun calon itu Cina, tapi bukan orang DAP, tapi masih tak dapat (menang). Kalau MCA yang Cina pun mereka tak terima, apatah lagi Cina yang mereka tengok tak tau nak ke mana.

“Ini lebih kepada latihan politik yang realistik, saya tidak fikir Pas akan mengambil risiko pembaziran,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata lagi, Pas dalam bahaya apabila kebanyakan kerusi yang dimenanginya khususnya di Selangor, Perak, Melaka dan Johor sejak PRU12 lalu merupakan kawasan campuran di mana 40 peratus daripadanya adalah pengundi Cina.

“Saya fikir kalau Pas letak calon di kawasan DAP, saya yakin tiada banyak masalah, tapi kalau DAP letak calon dalam kawasan Pas, itu masalah.

“Sebagai contoh Dun Chempaka, kawasan Pas, Datuk Iskandar Abd Samad, kalau DAP letak calon, ada masalah, sebab kawasan itu 53 peratus saja Melayu dan 40 peratus adalah Cina,” katanya lagi. -SH

DAP tuntut penjelasan PKR mahu bersama PAS

DAP nampaknya tidak senang dengan pendirian PKR yang mahukan PAS bersama dalam gabungan baru pembangkang yang sedang dirancang.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng hari ini menuntut PKR menjelaskan perkara itu ketika dasar-dasar PAS didakwa sudah berubah.

Lim merujuk kepada kemungkinan anggota PAS menyertai perhimpunan anti-BERSIH di Kuala Lumpur pada 16 September ini.

“Pendirian DAP jelas bahawa parti ini tidak boleh bekerjasama dengan PAS kerana parti Islam itu telah memutuskan hubungan dengan DAP pada Jun,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam menegaskan pendirian mereka bahawa PAS sepatutnya berada dalam gabungan pembangkang baru.

Azmin ditanya mengenai kenyataan Lim yang menolak PAS menyertai gabungan itu susulan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan merancang meletakkan calon di kerusi DAP.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebelum ini berkata pembangkang sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, termasuk PAS atau mana-mana individu.

Parti serpihan PAS yang dipimpin bekas timbalan presidennya Mohamad Sabu, Parti Amanah Nasional (AMANAH) juga mungkin turut serta dalam gabungan itu.

Kegagalan membentuk gabungan bersama DAP dan PAS di Selangor boleh membawa ke arah keadaan tidak stabil dalam kerajaan pimpinan Azmin di Selangor.

Keadaan ini berbeza sama sekali dengan Kelantan dan Pulau Pinang.
-mk


ULASAN GB

Tetapi PAS tetap angkuh dan sombong, mendakwa kemenangan mereka dulu adalah hasil usaha sendiri. Oleh itu mereka enggan meletakkan jawatan sekalipun Pakatan Rakyat sudah tiada lagi.

Di Selangor, talian hayat PAS kini bergantung kepada PKR. Mereka agak lega apabila MB Selangor telah membuat kenyataan bahawa PKR masih mahu bersama PAS di selangor.

PAS kini dilihat telah memencilkan TS Khalid Ibrahim yang didokongnya dahulu, dan menghampirkan diri dengan Azmin demi survival 5000 ahli PAS yang menjawat jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor.

Senario terkini, dengan sokongan PKR terhadap PAS, PKR juga berhadapan dengan risiko ditolak oleh rakyat di dalam pilihanraya akan datang.

Di kerusi campuran, di mana 30-40 peratus daripadanya adalah pengundi Cina, dimana banyak terdapat di negeri-negeri pantai barat, PAS dan PKR dijangka akan tewas.

Malah diramalkan PKR akan kehilangan negeri Selangor jika mereka terus dengan PAS dan tidak memperdulikan "nasihat" DAP dan Amanah. Azmin sendiri di Bukit Antarabangsa dilihat goyah dimana 42 peratus pengundi adalah bukan Melayu. Hubaya-hubaya.


<




IKLAN BERBAYAR




[VIDEO] ADUN PAS Kuala Semantan Keluar Parti Sertai AMANAH

Gambar: Adun Kuala Semantan keluar Pas Syed Hamid (kiri) menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Pekerja Malaysia kepada Dr Hamzah

Adun Kuala Semantan keluar Pas

TEMERLOH - Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed secara rasmi mengumumkan keluar dari Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia selepas melihat hala tuju Pas semakin bercelaru.



Syed Hamid 63, berkata, keputusan dibuat selepas merasakan Pas kini bukan lagi sebuah parti yang kondusif dan eksklusif buat semua peringkat masyarakat seperti yang berlaku pada muktamar Pas yang lalu.

Menurutnya, hala tuju politik Pas dilihat semakin bercelaru dan banyak kenyataan dibuat seolah-olah tidak lagi mengutarakan kepentingan pemerintah di peringkat nasional.

“Keadaan ini sudah tentu menyebabkan rakyat semakin keliru dengan objektif sebenar Pas untuk melaksanakan Islam secara syumul.


“Dengan mengambil kira kehendak rakyat yang mahukan perubahan politik yang menyeluruh melalui PR, Pas pula semakin memencilkan diri telah menyebabkan pelbagai isu kepentingan rakyat seperti GST, rasuah, 1MDB, kejatuhan nilai ringgit dan lain-lain isu.

“Saya tidak sesekali menentang apa jua dasar Islam yang dibawa oleh Pas tetapi keadaan menuntut kepada ihtihad baru bagi meneruskan perjuangan Islam melalui wadah yang baru,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Pekerja Malaysia negeri Pahang Dr Hamzah Jaafar.

Syed Hamid yang telah dua penggal menjawat jawatan sebagai Adun Kuala Semantan berkata, walaupun keputusan itu amat sedih untuk dibuat, namun bagi melihat amalan Islam yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan serta berusaha menyatukan negara ini.

Beliau berkata, dari segi bai’ah negeri Pahang yang dibuat semasa menjadi calon PRU lalu, beliau berkata telah merujuk perkara berkenaan kepada ramai ulama termasuk anaknya yang belajar di Yaman.

“Dari segi bai’ah tidak ada masalah, saya telah rujuk dengan ramai ulama, dalam bai’ah negeri Pahang ada menyatakan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat menjadi haram kalau keluar parti.

“Tetapi selepas rujuk perkara ini saya yakin keputusan saya keluar betul, dari sudut fekah boleh bayar denda, saya sedia bayar denda,” katanya.

Syed Hamid berkata, beliau sekarang tidak memegang apa-apa jawatan lagi dalam Pas dan yang terakhir sebelum mengisytiharkan keluar parti adalah ketua cawangan Pas Setia Jasa.

Menurutnya, keputusannya keluar parti juga tidak menjejaskan moralnya kerana dia menyertai parti baharu yang juga pembangkang dan bukannya menyertai Umno.

Beliau menyertai Pas ketika berusia 40 tahun dan pernah menjadi ahli Umno selama lima tahun sebelum parit itu diharamkan dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Lipis.

Keputusan keluar dari Pas menyaksikan beliau adalah Adun Pas pertama keluar parti itu di Pahang. Pas Pahang menguasai Dun Tanjung Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan dalam pilihan raya umum yang lalu. -SH









IKLAN BERBAYAR