7 Okt 2015

1MDB: Najib Harus Malu & Perlu Berundur Ekoran Teguran Majlis Raja-raja - AMANAH

Perdana Menteri perlu membaca dan memahami mesej tersirat yang terkandung di dalam kenyataan Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat, demikian tegas Salahuddin Hj.Ayub, Timbalan presiden AMANAH.

Di dalam satu kenyataan menyentuh isu berkenaan, Salahuddin menyatakan bahawa AMANAH yakin teguran Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang baru-baru ini ingin memastikan Pentadbiran Putrajaya menumpukan pembangunan negara dan dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang apabila isu yang melibatkan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masib belum diselesaikan.


[PANAS] 2.6 Juta vs 2.6 Bilion: Najib Dicabar Dedah Butiran Derma

Selepas Bersih isytihar kutipan, Saifuddin soal butiran RM2.6 bilion

Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempersoalkan adakah butiran berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi presiden parti Datuk Seri Najib Razak kini akan didedahkan selepas Bersih 2.0 mengisytiharkan jutaan ringgit yang diterimanya daripada sumbangan orang ramai.

Bekas timbalan menteri Umno itu, yang juga antara pengkritik lantang perdana menteri, menimbulkan perkara tersebut dalam posting di akaun Facebook miliknya, menerima ribuan “Like” dan ratusan perkongsian daripada pengguna media sosial.


[MUKTAMAD] NST Diperintah Bayar Hampir 1/2 Juta Kepada Husam Musa

Mahkamah Persekutuan arah NSTP bayar Husam RM350,000

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM350,000 kepada bekas naib Presiden Datuk Husam Musa berhubung dakwaan memfitnah beliau.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menolak permintaan NSTP bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap liabiliti dan kuantum ganti rugi.