23 Nov 2015

Dah Kukatakan - Razman Tolak Debat Dengan Mujahid

Debat terbuka tidak beri faedah

IPOH - “Tiada keperluan berdebat,” itu reaksi , Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung cadangan Amanah Parlimen Parit Buntar yang mahu debat terbuka diadakan antara beliau dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi meleraikan isu pengkhianatan baiah.

Beliau berkata, perdebatan itu bukan sahaja membuang masa malah tidak memberikan faedah dan nilai tambah, khususnya kepada Pas.

Mampukah Razman Berdebat Berdepan Dengan Dr.Mujahid?

Amanah syor Razman, Mujahid debat

PARIT BUNTAR - Amanah Parlimen Parit Buntar mengesyorkan satu program debat diadakan antara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menjelaskan kemelut isu pengkhianatan baiah dibangkitkan Pas.

Syor itu dikemukakan setelah Amanah Parlimen Parit Buntar membidas tindakan segelintir pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah menyerang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa secara terang-terangan di khalayak umum pada 10 November lalu.