1 Dis 2015

Ramai Sertai AMANAH Kerana PAS Semarakkan Budaya Takfiri

Amanah ditubuh kerana PAS diresapi pemikiran Isis, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu mendedahkan di antara punca Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan kerana bekas partinya PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” dalam PAS.

Mulut Husam Digam, Sedangkan Mulut Pencaci & Pengkritiknya Dibiarkan...

Husam diarah henti keluar kenyataan kritik K'tan, PAS

PAS mengarahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan terbuka berhubung urusan dalaman parti Islam itu serta pentadbiran kerajaan Kelantan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan tersebut dipersetujui sewaktu pertemuan Jawatankuasa Dewan Harian PAS dengan bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu petang ini.

“Kita juga bersetuju bahawa perkara-perkara yang melibatkan urusan dalaman parti, kerajaan negeri (Kelantan) dibuat dengan menggunakan platform parti dan diselesai mengikut saluran parti serta tidak diviralkan kepada umum.

“Kita juga bersetuju tidak akan ada sebarang kenyataan daripada beliau, kerajaan negeri yang boleh menimbulkan polimik.

"Beliau sudah bersetuju tidak akan mengeluarkan kenyataan seumpama itu sehingga kes ini diselesaikan secara dalaman," kata Tuan Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PAS.

Tuan Ibrahim turut mengesahkan bahawa Jawatankuasa Dewan Harian PAS menerima dokumen dan bukti berhubung dakwaan Husam terhadap kerajaan negeri dan parti.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan menelitinya dalam masa terdekat dan setakat ini tiada ada sebarang tindakan terhadap ADUN Salor itu.

"Kita juga telah menerima segala dokumen serta bukti daripada beliau dan pertemuan hari ini sangat baik.

"Hari ini (juga) tidak ada sebarang keputusan dibuat terhadap beliau sebab ini bukan jawatankuasa disiplin," katanya .

Sementara itu, dalam sidang media yang sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata segala penjelasan dan bukti yang dikemukakan oleh Husam akan disiasat dengan teliti.


Malah, MP Kota Bharu yang juga seorang peguam berkata beliau tidak menolak kemungkinan Husam akan dipanggil semula bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu.

"Apa yang diserahkan Husam mengenai ulasan beliau tentang kerajaan negeri dan semasa kita minta beliau datang kita telah minta beliau bawa sekali dokumen yang menyokong dakwaan tersebut.

"Parti akan teliti bukti yang dikemukakan itu dan jika dirasakan perlu kita akan panggil Husam semula," katanya. -mk


100 penyokong iringi Husam mengadap PAS pusat

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini hadir ke ibu pejabat parti itu untuk mengadap Dewan Harian PAS Pusat untuk memberi penjelasan berhubung teguran beliau antaranya melibatkan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Beliau yang hadir sekitar jam 1.50 petang, turut ditemani lebih 100 penyokong beliau yang datang dari Kubang Kerian dan kawasan DUN Salor.

Malaysiakini juga turut difahamkan kesemua mereka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.30 pagi tadi, semata-mata mahu memberi sokongan kepada ADUN Salor itu merangkap yang dipertua PAS Kubang Kerian.

Husam sebelum ini memaklumkan beliau akan mengadap jawatankuasa tersebut - pada hari ini - sekembalinya dari China.

Beberapa penyokong tegar bekas pemimpin PAS itu yang ditemui Malaysiakini yakin bahawa ADUN Salor itu tidak bersalah.

Shamsul Bahri Daud, 50, dari Kubang Kerian berkata beliau menyokong penuh tindakan bekas exco kanan Kelantan itu hanya mahu membawa kebenaran dalam politik.

"Saya menyokong sepenuhnya Datuk Husam kerana dia membawa kebenaran dalam politik.

"Kita tak nak parti PAS berpecah kerana ada unsur-unsur lain dan saya yakin Datuk Husam adalah benar sebab dia berkeyakinan penuh dia adalah seorang yang benar.

"Saya kenal beliau," katanya ketika ditemui di luar perkarangan ibu pejabat PAS.

Sokongan padu terhadap bekas pemimpin kanan PAS itu turut dikongsikan bersama Mohd Rosli Ibrahim, 55, dari DUN Salor.

"Kami akan ikut dia dan itu pendirian kami, kami memang 100 peratus di belakang Husam," tegasnya sambil melaungkan takbir ‘Allahuakbar’.

Sementara itu, Ahmad Mohammad, 50, dari penyokong dari Parlimen Kubang Kerian pula berkata apa pun tindakan yang bakal diambil kepada pemimpin itu mereka tetap menyokong Husam.

"Kita hadir untuk berikan sokongan dan beri penghormatan. Tidak ada apa-apa, dia (kalau Husam dilucutkan jawatan) dan kami sokong dia terus berjuang," kata Ahmad.

Mereka juga ditanya sama ada akan turut serta bersama Husam jika pemimpin itu menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Saya menyokong sebarang kebenaran yang dibawa oleh Datuk Husam," kata Shamsul Bahri yang turut disokong oleh Mohd Rosli.

Sebelum ini Dewan Harian PAS Pusat Rabu lalu memberi tempoh 30 November hingga 6 Disember ini kepada Husam untuk memberi penjelasan antaranya berhubung teguran beliau terhadap kerajaan Kelantan.
-mk


ULASAN GB

Dah betul-betul serupa dengan UMNO. Orang yang mengadu (Husam) disiasat, yang diadukan (kerajaan Kelantan) tidak.

Bolehkah Husam mendapat keadilan dengan cara sedemikian?

PAS, Kelantan tak boleh dikritik. Kalau nak kritik kena lakukan dalam kelambu. Senyap-senyap. Takut nanti ramai yang keluar PAS, ramai yang akan tolak PAS.

Kini mulut Husam digam. Tetapi tiada lansung kenyataan untuk mengarahkan semua pimpinan PAS supaya menghentikan apa jua bentuk cacian dan kutukan kepada Husam Musa seperti yang dilakukan melalui pelbagai media: samada konvensional (ceramah dan lain-lain) atau media baharu seperti FB, WA dan seumpamanya.

Melhat kepada muka-muka orang yang mendengar aduan Husam ketara ia memang berat sebelah. Muka-muka yang ada kesemuanya anti-Husam belaka yang berlakon seperti "orang tengah" untuk menyelesaikan konflik yang ada, walhal ramai melihat bahawa mereka sudah merancang untuk "menyembelih" Husam.

Kita berserah kepada Allah untuk mendedahkan kebenaran dan keadilan. Mereka boleh mengunci mulut Husam tetap mereka tidak boleh mengunci kebenaran dari dinyatakan, samada melalui Husam atau lansung dari Allah s.w.t.

Apa yang GB ulas pada tahun 2009 ki ni telah menjadi kenyataan. Petikan:

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi.

Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi (parti) di zaman kontemporari ini.

Tanpa melupai fakta bahawa sebagai sebuah organisasi dakwah, PAS akan menghadapi tribulasi-tribulasi, tetapi di dalam bentuk baru. PAS akan menempuh gelombang tribulasi Badar, Uhud dan Khandaqnya sendiri, malah PAS akan mengharungi "Perjanjian Hudaibiyah" dan "fathul Makkah"nya sendiri.

Sebagai entiti politik pula PAS perlu bersedia untuk berdepan dengan mehnah baru. Perlu memperlengkapkan diri untuk diheret ke mahkamah bila-bila masa. Perlu bersedia menghadapi tantangan daripada ahlinya sendiri yang akan mencabar kepimpinan yang futur (lembab). Perlu menerima hakikat bahawa struktur yang ada boleh dirombak bila-bila masa pabila ia dilihat sudah tidak mampu menatangi zamannya. Kitar hayatnya (Life cycle) akan menetapkan bahawa proses kematangan parti tidak lagi menunggu pasang-surut sokongan terhadapnya.