20 Ogo 2016

AMANAH Selar Kenyataan Nik Amar

Jangan amal politik samseng, nasihat Amanah kepada PAS

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menghentam kenyataan Naib Presiden PAS tentang penyertaan parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kelantan.

Menurut laporan Bernama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sekiranya parti pembangkang bersungguh mahukan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14, parti selain PAS dan PKR tidak boleh bertanding di Kelantan.

Salahuddin berkata kenyataan Amar menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng.


“Bagi saya itu politik samseng. Dalam politik sebetulnya ialah mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap parti sebelum memutuskan parti apa bertanding di mana,” katanya kepada FMT.

Beliau menambah PAS tidak sepatutnya merasakan kemenangan pasti berpihak kepadanya kerana menguasai kerusi untuk sekian lama.

“Medan politik sudah berubah. Dulu tiada Pakatan Harapan, sekarang ada. Sekarang ada parti-parti pembangkang baharu seperti Bersatu.”

Beliau berkata walaupun Bersatu parti baru dibentuk, itu tidak bererti ia tidak relevan kepada medan politik.

Salahuddin mengingatkan PAS yang ia tidak pernah menang Kelantan secara bersendirian sejak 1990, kerana sebelum ini ia disokong Pakatan Rakyat. Sekitar 1990an, ia disokong Semangat 46.

Tegasnya kemenangan parti sebelum ini juga lantaran ketokohan bekas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“PAS berjaya memenangi Kelantan pada 1990 kerana dibantu Semangat 46, Hamim (Hizbul Muslimin Malaysia) dan Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Kerjasama sangat penting dalam politik.”

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Amar sekadar menyatakan senario yang lazim berlaku. “Secara tradisinya, itu yang lazim berlaku. Nampaknya yang yang dikehendaki PAS ialah status quo,” katanya kepada FMT.

“Pastinya perbincangan perlu dilakukan sebelum sebarang memutuskan sesuatu dan sekarang ini masih terlalu awal untuk mengatakan begitu keadaannya pada pilihan raya akan datang.

“Sebelum perbincangan dibuat, semua pihak akan nyatakan pendirian masing-masing tentang perkara ini sepertimana saya yakin DAP mahu PAS jangan bertanding di Pulau Pinang.”

Beliau menambah semua kenyataan yang menyatakan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu “petanda yang dialu-alukan”. -FMT


“Kamu Ingat Kamu Siapa?” – Amanah Kepada PAS

PAS tidak ada hak untuk mengarahkan mana-mana parti untuk tidak bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ia adalah hak parti masing-masing, kata Pengarah komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad.

“Dia boleh cakap apa yang dia nak tapi itu bukan hak dia, orang lain nak bertanding dia kena hadapi. nak bertanding 1 lawan 1 masing-masing boleh buat kenyataan.

“Kamu ingat kamu siapa?” soalnya kepada BNBBC.my portal.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS tidak membenarkan parti selain PKR untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Mohd Amar berkata jika benar parti pembangkang ingin mengambil semangat satu lawan satu menentang BN pada PRU akan datang, mereka perlulah memberi laluan kepada PAS dan PKR untuk menentang BN di negeri itu.

Namun Khalid berkata yang PAN bagaimanapun akan tetap bertanding di negeri tersebut serta negeri-negeri yang lain berdasarkan perundingan yang akan dibuat bersama PKR dan DAP.

“AMANAH akan bertanding di seluruh negeri, tentang kerusi akan dibincang dengan rakan-rakan yang sanggup bincang dengan runding dengan kita, tapi PAS kan taknak berunding.

“Kenapa nak dengar cakap PAS? kita bukan satu ‘team’,” tambahnya.

Khalid dalam masa yang sama turut mengingatkan yang PAS tidak sepatutnya berada dalam dunia politik jika tidak mempunyai ‘kebijaksanaan’ dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“PAS ni pelik punya pemikiran, sepatutnya kita perlu ada kerjasama, ada perundingan dengan mana- mana pihak, takkan PAS tak faham lagi benda macam tu, benda ni asas, kalau tak pandai berunding jangan masuk politik sebab politik perlu bijaksana, perlukan perundingan dan perbincangan,” ujarnya. – BNBBC




ULASAN GB

Self-explanatory. GB tak payah ulas apa-apa lagi tentang kenyataan Nik Amar baru-baru ini. Cukuplah dengan jawapan dua pemimpin AMANAH di atas.


VIDEO BERKAITAN





FEATURED ADS


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku xfaham lah nik amar ni.apa yg keluar Dr mulut dia sgt bodoh.mcm org xda pendidikan.mana dia belajar ni.sapa lantik dia jd timbalan.cuba peratikan apa2 yg dikata oleh nik amar ni selalunya busuk dan bodoh2 saja....memalukan pas betul...dulu belajar hapal quran aje ke smpi xtau undang2... Ikut cara nabi belajar ilmu Dunia dan akhirat.bkn akhirat shj.ni ilmu dunia pun lingkup igt dia blh selamat ke kat akhirat. Org mcm ni lah lebih dulu dihumban keneraka berbanding org2 biasa...

Tanpa Nama berkata...

Padan muka kau Nik Amar. Kemponan kau nak jadi MB. Dia tahu lepas ni PAS kalah kat Kelantan dan dia tak ada jawatan lagi. Nik Amar cuma sayangkan jawatan dia aja yu. Dia tau PAS akan digantikan BN klau bertanding 3 penjuru. Tu yg dia takut klau parti lain turut bertanding.

Unknown berkata...

Salam:


Andakata PAS /PKR sahaja bergabung dan menang 222 parlimen dan jadi MB di 13 buah negeri.Boleh percaya ka mereka tak berkelahi.SI pkr nakkan DSAI jadi PM,manakala si pas pula nakkan Hadi PM, sedangkan 16 september dulu peluang cerah PR untuk memerintah tetapi digagalkan oleh kerana issue ini.itu tak termasuk lagi ketua menteri disetiap negeri.

PKR nak kekalkan sistem penjajah, manakala pas nak hudud, lagi huru-hara dibuatnya.Belom sempat angkat sumpah di parlimentlagi dah bergaduh bagai nak rak.Bolehkah hadi dan wan azizah buat perjanjian bertandatangan oleh kedua-dua president parti? dan mereka tidak mungkiri atau u-turn.

Itu tak kira parti bow-tie lagi,yg nakkan kerusi mereka.

Kesimpulan di atas,mana-mana parti yg mengamalkan sistem sekarang pasti takkan dapat bersama dengan PAS.Hujahnya terlalu BASIC dan senang nak difahami kerana PAS mengangap partinya adalah agama,dan mereka menganggap mereka diwahyukan oleh oleh Allah untuk menjadi ketua.ULAMAK-ULAMAK mereka dianggap lebih mulia dari nabi saw.Sebab apa??nabi membawa agama tidak bersekongkol dgn orang2 yg membawa kemungkaran nabi diperintahkan oleh allah tidak mengambil FAEDAH dari manusia.Manakala parti agama tajaan Hadi/Haron mengambil faedah dari makhluk DAN BOLEH BERSEKONGKOL DGN KEMUNGKARAN SEMATA-MATA nak dapatkan undang-undang tajaan pas.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Salahudin berkata kenyataan Amar menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng, memang pun samseng. Harap gelaran ustaz je, tengok muka pun tau Amar tu samseng.
Dia tamak jawatan, dia fikir kalau pas 1 lawan 1 dengan umno pas boleh menang dapat la dia jadi MB. Main jauh-jauh la Amar, apa awak ingat orang lain bodoh politik.
Pas biar dengan blok ketiga sukunya, Amanah bertanding di mana2 kawasan yang kita fikir Amanah ada peluang untuk menang. Kalau pas dalam PH pembahagian kerusi jadi masalah lebih2 lagi kerusi untuk Amanah, pas "parti samseng" tak kan bagi Amanah bertanding di kawasan tradisi pas. Jadi biarkanlah pas terus dengan blok ketiganya, pkr nak runding dengan pas lantak mereka.
GO AMANAH GO
Saya sayang Amanah

Tanpa Nama berkata...

Tidak boleh di andai, andaikan langsung.

Kerana apa yang tuan cakap kan itu lah menyebabkan sampai bila-bila orang sangsi dengan PAS.

Jika benar Ikatan ingin berpolitik dan bertanding pun sudah jadi masalah. Sebab itu PAS saja-saja cari parti yang tak ramai ahli. Selesai satu masalah PAS.

Tanpa Nama berkata...

nik angin ahmar ingat negeri Kelantan tu bapak dia punya ke? mengaku je la dah tau akan hilang jawatan kalau AMANAH bertanding di Kelantan. harap berkopiah je tapi hati busuk mengalahkan bangkai. tuiiiiiiiiiii!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Dia mmg bodo pon

Tanpa Nama berkata...

Sikap pas ni dah jelas.
Tak bole buat kawan.
Semangat kedaerahan tinggi sgt.

Tanpa Nama berkata...

tengok muke mung pung doh mcm muke bewok nek amar wei.pgi maing jejauh la and keep ur mouth shuttt!! baso bengong makang dedak.org kluor statement, die png nok kluor jgok..sadap yu! mung dok pahang starang!

Tanpa Nama berkata...

Cakap macam ini pun PKR kata masih boleh berunding lagi ?

PAS sejak dulu lagi dah berkali-kali cakap, tak faham-faham ke?

Buat AMANAH bertambah bergaduh lagi dengan PAS adalah.

Berapa kali PKR buat rundingan dengan PAS, setiap kali berunding dan itu lah kenyataan yang sama je. Yang PKR cakap perlu berunding, yang PAS cakap hanya PAS yang boleh bertanding. AMANAH out!

Berunding lah dulu minta PAS cakap bersopan dulu.

Tanpa Nama berkata...

Bukti jelas pas takut Amanah.noktah

Tanpa Nama berkata...

PIS dipimpin oleh lebai malang yang mengaku ulama tapi praktikalnya masuk longkang. Hanya orang bodoh ja yang gagal menilai persepsi dgn realiti. Hadi & Haron akan dikenang sebagai pelingkup legasi Ustaz Fadzil Noor dan TGNA. BN dah berkira2 strategi utk rampas Kelantan dan calon MB pun dah masuk stage senarai pendek. Lebai malang memang bodoh tak boleh diajar.

md zaimi berkata...

Nik amar..sekolah abis darjah 3 je tu

Tanpa Nama berkata...

Yeke bro...xtahu plak teman...

Tanpa Nama berkata...

Yang penting dia bergelaran ulama pas suci mulia. Maka segala bold he segala betul

Siapa yang sokong gelaran ulama pas suci mulia? Dap Cina kapir yang hina agama Atau orang yang beragama?

Tanpa Nama berkata...

Apa yang PAS buat sekarang dengan apa yang di buat oleh TGNA dapat di lihat dengan sangat ketara bezanya.

Bertahun rakyat Kelantan bermenteri besarkan TGNA. TGNA bukan sahaja menolak UMNO tetapi memberi perhatian yang istimewa pada Pakatan Rakyat. TGNA telah menunjukkan contoh hidup sederhana.

Bukan TGNA tidak mahu pembangunan tetapi mengadai maruah PAS pada UMNO tidak sesekali.

PAS belum tentu di terima oleh rakyat Kelantan kerana perjuangan pemimpin AMANAH adalah kesinambungan perjuangan TGNA.

Yang tidak boleh dibiarkan bertanding dimana-mana kerusi di Kelantan PAS bukan AMANAH.

Pemuda parit kings berkata...

Pas memang harus disangsi...

Tanpa Nama berkata...

Blok ketiga PIGS?

Tanpa Nama berkata...

Muka si nanar yang bangang ni tak yah masuklah dalam blog ni.