14 Sep 2016

WSJ Dedah Rosmah Shopping Sakan US$6 Juta

WSJ dakwa Rosmah belanja AS$6 juta beli baju, kasut, barang kemas

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.

Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang diteliti oleh WSJ.

"Dokumen-dokumen baru mendedahkan (Rosmah) membelanjakan sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini - walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali gaji suaminya.


"Beliau adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu.

Lapor WSJ, perbelanjaan dibuat di gedung membeli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.

Menurut akhbar itu, perbelanjaan terbaru AS$ 6 juta itu termasuk perbelanjaan AS$ 1 juta oleh Rosmah yang dilaporkan sebelum ini.

Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa perbelanjaan berkenaan juga dicaj kepada kad kredit suami Rosmah, Najib.

Ia mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.

SPRM perlu siasat

Laporan terbaru itu juga memaparkan biografi Rosmah mengenai sumber dananya untuk membeli-belah.

"Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa yang salah?" petik Rosmah dalam biografi itu.

Menurut WSJ, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor bagi mendapatkan ulasannya mengenai laporan itu dan sedang menunggu jawapannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata Rosmah perlu tampil membersihkan namanya - sama ada dengan menyaman WSJ, atau melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad mesti menunaikan ikrarnya untuk menyiasat setiap kes rasuah secara amanah, tegas dan adil.

“Wang 1MDB adalah harta rakyat dan SPRM hendaklah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara mengatasi kepentingan mana-mana individu yang berkuasa.

“Peguam Negara perlu mengarahkan skandal 1MDB ini disiasat semula secara bebas dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -mk

VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Panduan drpd Rasulullah saw: Jika rosmah bukan isteri PM, adakah ia akan punyai wang sebanyak itu. Jika jawapannya tidak, bermakna wang itu didapati dgn cara yg korup

Tanpa Nama berkata...

Pas akan kata..bawa dua org saksi klu nak sabitkan kesalahan najib/rosmah

Tanpa Nama berkata...

Pelik jugak SPRM berjaya menyiasat dan menahan beberapa Pegawai Tinggi bank, DBKL dan syarikat yang mana pegawai-pegawai ini tidak didedahkan perbelanjaan mereka seperti Rosmah tetapi akhir SPRM berjaya membongkar mereka memiliki kereta yang mahal-mahal dan rumah mewah.

Jika tindakan yang sama di ambil, siasatan ke atas Rosmah tentunya lebih mudah dibandingkan dengan menyiasat Pegawai tersebut yang bermula dari bawah.

Kad Kredit yang membayar segala perbelanjaan Rosmah tentu nya dari Bank dalam negara. Barang-barang dan koleksi Rosmah terlalu banyak. SPRM tidak perlu untuk menyiasat kesemua barang tersebut. Untuk pembelian setahun sahaja sudah cukup untuk mendakwa Rosmah.

WSJ menguji ketulusan dan kewibawaan SPRM samada beberapa tindakannya menangkap beberapa Pegawai Tinggi adalah untuk menunjukkan SPRM benar-benar ingin menghapuskan rasuah atau sekadar satu lakunan.

Tanpa Nama berkata...

WSJ memperolehi dokumen-dokumen baru yang mendedahkan perbelanjaan Rosmah.

Hj Hadi menggeletar. Bila lah pulak giliran dia didakwa terima RM 90 juta akan didedah bersertakan dokumen.

Kehidupan Rosmah memang begitu sebab kurang agama. Jahil. Tapi Hj Hadi menempelak Husam jahil agama. Dah tentu Rosmah lagi jahil agama dari Husam.

Tak kan orang yang rasa tinggi agamanya nak biarkan dakwaan begitu sahaja. Jangan biarkan maruah disamakan dengan Rosmah.




Tanpa Nama berkata...

dah saman ke belum?
dah samak ke belum?

Malaysiabaru berkata...

Ini baru rosmah

KORANG BELUM TENGOK

NIK ABODOH TONTONTVI DIN AYAM BELANJA SAKAN

SEEA SUITE HOTEL BUAT PROGRAM.. IMPOT KERIS.. BAJU SUTERA .. KERETA 730i ..vellfire.. Alysion..

Byk.lagi kalah rosmah 3 ekor nih belanja..

Tanpa Nama berkata...

Ahli parlimen dan adun pas yang rakyat pilih cakap ape?diam dan terus mengampu UMNGOK sampai ruu 355 dibentang di parlimen yg entah kemana & bila akan dibentang..mewakili rakyat tapi lupa akan tanggungjawab kepada rakyat,buat2 tak tahu akan kerakusan & kekufuran yg dilakukan UMNGOK..ada ilmu agama yg banyak dipelajari tetapi tidak dipraktikkan lebih teruk dari tahi haiwan yg banyak tetapi masih boleh di buat baja.buat dan cipta lah buku agama setinggi gunung himalaya pun tapi tidak menentang kekufuran & kemungkaran pun tak guna wahai tuang presideng.ape nak jd pas pis pus sekarang???

Tanpa Nama berkata...

Bermacam-macam pendedahan mendakwa Rosmah seorang yang sangat boros dan berbelanja dengan mengguna wang rakyat.

Tetapi tidak dipedulikan oleh wakil rakyat BN kerana mereka menjaga kawasan dan berkhidmat dengan cemerlang. Bagi rakyat mereka bagus dan orang yang baik.

Kesannya ialah pada negara. Kerana keadaan sedemikian lah yang menyebabkan Rosmah terus mengguna wang rakyat kerana kegilaannya yang suka bershopping.

Selagi mewakili BN UMNO, baik macamana pun lah, mereka tetap bersalah kerana membiarkan negara berhutang dan menjadikan Rosmah sebagai Rosmah yang ada hari ini.


Tanpa Nama berkata...

Alah 6 juta je. Xbanyak mana pun.celah gigi jer tu kata macai umno.kahkahkah

Unknown berkata...

Salam:


Mana dia mufti pahang,dan agamawan yg nak ru355,dalam islam "pembaziran/belanja mewah" bersamaan berkawan dgn syaitan??tambahan lagi duit yg digunakan bukannya duit dia.

Jika benda yg sebigini SIMPLE,kaorang tak boleh TACKLE,DON'T TALK TOO MUCH LAA..apanama nak buat ru355 ka,nak buat hudud ka..

bILA PASAL dap,cepat buat fatwa,bila kena pada batang tubuh orang2 islam,yg mencuri ,menyamun dan membazir..diam membisu.

Apakah dlm hukum islam,orang2 islam ada privileage?boleh membazir, terima dedak dari penyamun,boleh menyamun,boleh rasuah dan memberi rasuah??.

cuba bayangkan orang2 yg sama pegang kuasa,ditakdirkan hudud dijalankan di malaysia. Agak2 berani ka agamawan2 membicarakan sultan2 dan kerabat2nya yg melakukan kemungkaran?,beranikan mendakwa rasuah balak kat kelantan?

Tanpa Nama berkata...



Ramai yg mnuduh LGE sbg DAPigs melakukan rasuah ttpi..
Sapekah yg makan curi dedak & rembat balak?



Parti Ikatan Gagasan Sjhtera = PIGS @ pigs

Dulu Pas + Ikatan = PASIK

Skrg dah jd PIGS @pigs??

PIGS @pigs????????

Dedak??????


Adakah ini satu kebetulan????????



Tuhan dah zahir kan mrk dgn SYIMBOLIK

Tuhan dah pun zahir kan mrk dgn reverse PSYCHOLOGY

Sape yg sbnr2 nya PIGS @ 'pigs' itu didepan mata kita skrg..? DAPigs??


"Rabbana ma HOLAKTA haza Batilaa.." Yaa Tuhan kami tidak kau jd kan ini smua SIA2..



Mrk jd kan hudud & RUU itu sbg SYMBOLIK menipu rkyat dgn NIAT yg sgt2 bejat yg berpusing2 U-Turn serta sgl FITNAH songlap dedak belit PONTENG klepet yg sedondon mencuri @ rasuah! Lalu terjd lah kejap hudud, sekejap lg Ruu PIGS @pigs dan skejap lg jd PIGs @ pigs yg berpusing2 ddlm kandang krn lapar dedak


Lalu dgn SYMBOLIK juga ALLAH pamerkan lahap-SONDOL-rakus mrk itu sbg PIGS@ 'pigs' hatta lebih hina & lg jijik drp pigs ddlm hutan tu yg tak tau memFITNAH ponteng klepet & rasuah!



"Ulaika kal Ann'am bal hum ADOL.." Mrk ibarat BINatang bahkan lebih SESAT'bjat lg..

"Inna fi zalika ayat li kaumi YATAFAQARUN.." Itu mnjd BUKTI kpd mrk yg bnar2 brFIKIR dgn dlm seDLM2nya


Dgn Ainul'YAKIN itu, sapekah gerangan hakikat PIGS@ 'pigs' ddepan mata kita skrg?

Sapekah gerangan ulamak2 pigs itu?

Sapekah morshiiitol & imam kpd pigs itu?

Apakah Manusia yg waras perlu kpd hudud drp PIGS @ pigs?

Utk apa Ruu pigs yg jls lebih keliru SESAT'bejat itu kpd manusia yg waras yg bukan drp sepsis pigs?


PIGS = Parti Ikatan Gagasan Sjhtera @ pigs


Manusia yg waras tetap manusia yg WARAS, dan manusia yg WARAS bukan PIGS@ pigs

smoga ulamak2 PIGS @ pigs membaca ulasan ini..fikir dan TAFAKKURI lah sdlm2nya




Tanpa Nama berkata...



Klu sekali fikir elok lg jd tauke atau bapak dedak
drpd jd pigs yg akan kena sembelih oleh tauke dedak

pigs = parti ikatan gagasan sjhtera

pigs dgn cakar siku lutot dah tentu takleh nak saman Sarawak repot

pigs mana ada maruah langsung klu nak di bandingkan dgn DAPigs hahaha!

Tanpa Nama berkata...

Sekarang Rosmah tak boleh shopping macam dulu-dulu. Sebahagian kehidupan Rosmah kini terbatas. Jika rasa gian Rosmah untuk shopping tidak hilang, Rosmah akan curi-curi pergi shopping. Harap-harap ketika itu lah Rosmah melakukan kesilapan.

nur berkata...

90 juta babe.. Jenuh pulun nk ngabiskn tu