20 Jan 2016

PAS Dengan UMNO Boleh, Kenapa PKR Bersama AMANAH Tak Boleh?

Hadiri acara AMANAH hak PKR

PKR tidak ada masalah jika pemimpin parti itu menyertai sebarang program Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Adun PKR, Datuk Johari Abdul berkata, hal itu kerana kedua-dua parti berkenaan mempunyai ikatan dalam Pakatan Harapan.

Jelasnya lagi, PKR juga tidak pernah memberi komen kepada PAS apabila parti berkenaan mengambil keputusan untuk menghadiri acara bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.