23 Feb 2016

Pelakon Irfan Roslan Sertai Amanah

Selepas penyanyi tersohor, Aishah Janji Manismu atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin dan Pengarah Filem Dia Ibuku, Sdra Yassin Salleh menyertai Amanah Batu, kini seorang lagi artis bertindak mengisi borang Amanah dan menyerahkannya kpd Timbalan Ketua Amanah Batu, Dato Tarmizi Mohd Jam.

2. Artis yg dimaksudkan itu ialah Sdra Irfan Roslan yg berlakon dlm banyak telemovie tv dan filem. Antara lakonannya yg menarik ialah dalam Tentang Dhia, AdaMaya, Sutera Maya, BFF, Laila Asyikin, Juvana, dan Samson Delaila.

Bekas Ketua Muslimat PAS, Jamilah Ibrahim Yakin Dengan Perjuangan AMANAH

Namanya: Hajjah Jamilah bte Ibrahim, yang mesra dipanggil Mak Lah. Dilahirkan pada tahun 1947 di Derga, Alor Setar, Kedah dan merupakan adik ipar Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Ayahnya seorang guru pondok iaitu Allahyarham Haji Ibrahim Haji Abdullah dan ibunya Allahyarhamah Hajah Hawa Abdul Rahman. Suaminya Abdul Aziz Hassan bekas pensyarah ITM

Pada tahun 1984, Ustazah Jamilah diberi kepercayaan menjadi Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Ketika itu ketuanya adalah Ustazah Wan Asma' Wan Abdul Kadir.