12 Mac 2016

Keangkuhan Yang Terjawab....

Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya 'menceraikan' Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka.

“Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain.

[GAMBAR] Ribuan Hadir Ceramah Husam Bersama Mat Sabu Di Kubang Kerian

Desak Najib undur suruhan agama kata Husam

Bekas naib presiden Pas Dato' Husam Musa berkata usaha mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan adalah bertepatan dengan ajaran agama Islam.

Menurut beliau perkara ini dinisbahkan kepada tindakan nabi SAW yang menyertai peristiwa "Hilful Fudhul" semasa baginda masih remaja lagi.

"Dalam peristiwa ini nabi SAW menyertai sekumpulan penduduk Mekah yang membuat perjanjian untuk membela peniaga yang dianiaya seorang pembesar yang enggan membayar hutang," kata beliau di majlis ceramah perdana mantan ahli parlimen Kubang kerian 10 Mac lalu.