11 Apr 2016

PAS Cuba Bermain Wayang Lagi Di PRN Sarawak

PH Wajar Beri Laluan PAS Bertanding di 11 Kerusi

SHAH ALAM: PAS Sarawak meminta agar Pakatan Harapan (PH) menghormati parti itu dengan tidak meletakkan calon di 11 kerusi yang ingin ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, dalam situasi ini PKR sewajarnya mengambil peranan untuk berbincang dengan rakan komponennya terutamanya Parti Amanah Negara (PAN) agar memberi laluan kepada PAS di kerusi berkenaan, sekaligus boleh mengelakkan perpecahan undi yang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

"Dengan PAN ini, untuk makluman kita tak mengambil tahu sangat dalam kita melaksanakan strategi kita. Cuma kita nak sebut kepada parti serpihan ini, sekiranya mereka masuk ke kerusi PAS, ianya akan memecahkan undi parti pembangkang dan akan menguntungkan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Antarapos.

Perkembangan Terkini Hanipa & Asmuni...

Keadaan Hanipa semakin baik, boleh bernafas tanpa alat bantuan

Keadaan kesihatan Ahli Parlimen Sepang Mohamad Hanipa Maidin semakin baik dan kini boleh bernafas tanpa bantuan alat pernafasan, demikian lapor Malaysia Dateline.

Menurut isteri beliau Rohani Rohmat, Hanipa kini berada dalam keadaan stabil, boleh menggerakkan anggota badan dan ingatannya juga kembali pulih apabila dapat mengenali saudara mara dan sahabat handai yang datang menziarahinya. Ketika ditemui Malaysia Dateline di wad rawatan rapi Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Rohani berkata pegawai perubatan yang merawat Hanipa juga berpuas hati dengan perkembangan kesihatan beliau dan kini sedang memantau tekanan darah Pengerusi Kanun Amanah itu.