13 Apr 2016

Pemakan Dedak Takkan Mengaku Najib Terlibat Dalam 1MDB

Pemakan dedak takkan akui keterlibatan Najib

Kita tahu dan kita akui yang pemakan dedak dan orang yang bergantung nasib kepada Umno/BN atau terhutang budi kepada Mohd Najib tidak akan percaya atau mengaku keterlibatan beliau dalam kes jenayah.

Walaupun butir dan bukti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara dan agensi penyiasat antarabangsa menjurus ke arah keterlibatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak dalam salah tadbir korporat dan pecah amanah berkaitan 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan “derma Arab” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

Zakir Naik: Ramasamy Minta Maaf, Penganjur Tukar Tajuk Syarahan

Ramasamy kesal label Zakir Naik sebagai ‘setan’

Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy melahirkan rasa kekesalannya kerana menggelar pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’.

Ramasamy berkata berikutan kenyataannya itu, beliau kini dilabel sebagai anti-Islam dan anti Muslim.

“Pada 10 April 2016, saya telah memuat naik status di Facebook saya mengenai pendakwah Islam Dr Zakir Naik.