18 Ogo 2016

Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1” (MO1), ungkapan yang digunakan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa salah laku dan kecurian dana dari 1MDB.

Rosli Dahlan melahirkan rasa terkejut dengan Nawawi yang dianggapnya sebagai biadap terhadap Agong, dan berharap semua pihak mengutuk kenyataan itu.