16 Okt 2016

Bodoh Jika Anggap BERSIH Itu "Arab Spring" - Mat Sabu

Mat Sabu: Bodoh anggap BERSIH itu ‘Arab Spring’

Demonstrasi aman telah diamalkan di Tanah Melayu sejak dari sebelum merdeka, semasa Melaya sehinggalah selepas pembentukan Malaysia.

Berbagai pihak, parti-parti politik, NGO, sering mengadakan himpunan aman, tunjuk perasaan untuk menyatakan hasrat dan inspirasi mereka.

Tunjuk perasaan para pelajar, paling hebat di zaman almarhum Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1970an.