21 Nov 2016

1MDB, Bukan BERSIH Yang Jejas Imej Negara

Banyak isu lain jejas imej negara, kata penganalisis

Tunjuk perasaan Bersih tidak boleh dipersalahkan untuk imej negara yang tercemar dan rasa tidak yakin para pelabur, kata penganalisis dasar Wan Saiful Wan Jan.

Jelasnya isu lain, seperti 1Malaysia Developed Berhad (1MDB), menyumbang kepada imej negatif kerana hal ehwal 1MDB mengundang persoalan sama ada pelabur meyakini institusi negara.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi ditanya mengenai kesan tunjuk perasaan Bersih 5 dan Baju Merah kepada ekonomi negara.