1 Ogo 2017

[VIDEO] Rahsia Zahid Hamidi Terbongkar, Pernah Jumpa Mahathir Untuk Gulingkan Najib

Serang peribadi Tun M kerana kecewa tidak direstu jadi PM, dakwa ahli MPT Bersatu

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zahid Mat Arip mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat restu melantiknya sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Zahid menerusi rakaaman video mendedahkan pertemuan itu berlaku setelah Ahmad Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri, beliau ujarnya, pernah berjanji kepada Dr Mahathir akan menjatuhkan Najib dalam tempoh tiga bulan selepas pelantikannya.


"Tidak sampai sebulan jadi TPM dia mengadakan pertemuan sulit berjumpa Dr Mahathir di rumah Dr Mahathir. Dia minta restu nak tumbangkan Najib sebagai PM dalam masa 3 bulan dan minta restui untuk jadi PM mengantikan Najib.

"Dr Mahathir walaupun marah kepada Najib tetapi beliau tidak setuju dengan cara Zahid. Dr Mahathir minta supaya parti tentukan kedudukan siapa perdana menteri selepas Najib berjaya ditumbangkan," ujar Zahid dalam video yang berdurasi 4 minit itu yang dirakam.


Oleh kerana kekecewaan dakwanya lagi, Ahmad Zahid memilih untuk mengampu Najib yang juga Presiden Umno.

"Dia balik dengan perasaan kecewa tidak dapat restui daripada Dr Mahathir.

"Dia memilih untuk mengampu Najib habis-habisaan tetapi tak reti cara nak mengampu..inilah 'standard' timbalan perdana menteri yang kita ada...," ujarnya dalam nada yang kesat.

Beliau turut berkata pernah diberitahu oleh Tan Sri Aziz Shamsuddin supaya berhati-hati dengan Ahmad Zahid dengan berkata:"Dia letak keris dibelakng bila tunduk keris keluar, " bagaimanapun Zahid menjelaskan beliau tidak terkejut dengan pesanan oleh Aziz itu.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri itu ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya semalam yang mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Menurut Zahid lagi, beliau tidak terkejut dengan ucapan yang dibuat oleh Ahmad Zahid.

"Dia cuba wujudkan rasa benci ahli Umno kepada Dr Mahathir yang telah berkhidmat sebagai Presiden dan Perdana Menteri selama 22 tahun dengan mengaitkan Dr Mahathir bukan Melayu tulen tetapi berdarah mamak.

"Apa salah punyai darah mamak dalam tubuh badan kita, darah india dalam tubuh badan dia..macam dia berdarah jawa, salah? tak salah.

"Saya ingat arwah bapanya pada masa kelahirannya, nak namakannya 'Ahmad Darogi bin Ahmad Tarmizi' tetapi ada ustaz bagi tahu nama itu tak sedap bunyi berdengung jadi tukarkanlah namanya kepada Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya nak bagi tahu... orang tidak benci Dr Mahathir orang sayang Dr Mahathir yang benci Dr Mahathir adalah dikalangan penyangak dan penyamun," tegasnya.

Zahid juga berkata, dalam barisan kepimpinan Umno sesiapa pemimpin yang mempunyai darah 'mamak' tidak akan mendapat tempat di dalam Umno.

"Dalam masa sama pimpinan Umno yang berdarah mamak seperti Tan Sri Irwan Serigar, Aziz Rahim, Aziz Sheikh Fadzir, Reezal Merican tidaklah berkecil hati dengan Zahid Hamidi. Kalau orang yang berdarah mamak ini tidak ada tempat dalam Umno," dakwanya. -MD




ULASAN GB

Demikianlah... tahap mentaliti seorang TPM yang nyata sudah ketandusan modal lalu mengambil langkah untuk menyerang dengan menghina keturunan orang yang diserangnya

Pengundi di bagan Datoh perlu menyedari hal ini. Dan golongan India Muslim juga sepatutnya membuka mata terhadap orang yang berangan-angan untuk menjadi "pengganti Najib" ini.



FEATURED ADS





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patut lah Najib lantik sepupunya Hishamuddin sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas mencantas Zahid.

Zahid sedar kedudukan dia dalam UMNO ampuh dan perlantikan Zahid sebagai TPM untuk menunjukkan kelemahan Zahid bukan kerana kekuatan Zahid.

Akhirnya Najib dan sepupu nya kelihatan cukup hebat dan satu gandingan yang baik.


Tapi memang Zahid jenis yang tidak boleh dipercayai dan tidak ada apa-apa yang membanggakan dalam karier politik Zahid. Zahid bergantung sangat pada sokongan orang yang berpengaruh sedangkan Zahid tidak ada apa-apa nilai kepimpinan yang istimewa.

Tanpa Nama berkata...

INI LAH YANG DI KATA DULU..DEDAH AIB TUN M . TETAPI AIB DIA YANG BERLAMBAK KELUAR..MANA NAK LETAK MUKA..

Tanpa Nama berkata...


Tu laa...bila dah sama2 jd penyamun rakyat!

Madey kata Zahid Midi dah kumpoi 230juta masa jd ktua pemuda je!

Masa nih dah jd TPM brapa billions agaknya yer!!

Najib pulok jd PM tentu lg teror ler!!!

Malang, lobai2 baru dpt 90juta jer..
dpt CURI/umpan 90juta dah besor kepala tak sedor diri ha ha, kena buli dek hamngok mcm anjing mnyalak BABI/pigs ddlm bukit!?

Tp jgn lupa Madey, Daim, Samy, Liong Sik pulok puloh2 ratus2 "billions" camner yerk?


Sbb tu la negara nih berhutang cecah "TRILLION" weh!

Madey dah tau Komedi ada 230juta wktu tu, tp nape dia tak bubuh siKomedi tu dlm jel @ tuduh meLIWAT ker?
Ha ha subahat ler tuh wktu tuu..

Ha ha siAzmin n d Cartel tu, agak2 dah kumpoi brp puloh/ratus millions pulok skrg nih gamak nyer yer?

saja jer tanya jgn marah yer Macha..

Harap2 Madey will totally "surrender" to d absoluteTRUTH n willing to tell ALL 4 d hope of NEW..n really2 NEW Malaysia!