3 Ogo 2017

[VIDEO] Isu Ketua Hakim, PH Persembah Warkah Kepada Agong

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

Hari ini, kami telah menyembahkan warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membawa ke perhatian Tuanku YDPA beberapa perkara seperti berikut:

1. Isu perlantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai 2017 adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

2. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.

1 Ogo 2017

[VIDEO] Rahsia Zahid Hamidi Terbongkar, Pernah Jumpa Mahathir Untuk Gulingkan Najib

Serang peribadi Tun M kerana kecewa tidak direstu jadi PM, dakwa ahli MPT Bersatu

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zahid Mat Arip mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat restu melantiknya sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Zahid menerusi rakaaman video mendedahkan pertemuan itu berlaku setelah Ahmad Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri, beliau ujarnya, pernah berjanji kepada Dr Mahathir akan menjatuhkan Najib dalam tempoh tiga bulan selepas pelantikannya.