12 Jan 2017

Hipokrit Darjah Tertinggi Umpama Ketam Menyuruh Anak Berjalan Betul

Najib harus mulakan amalan tidak ambil hak orang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik jika mahukan pegawai-pegawai kerajaan bersikap telus dan amanah serta tidak menyalahgunakan dana awam.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib mesti menerangkan hal sebenar kepada rakyat berhubung wang ‘derma’ berjumlah RM2.6 bilion dan RM42 juta dari syarikat SRC International yang masuk ke akaun peribadinya.

“Jika tidak, ucapan Najib mengenai pegawai kerajaan tidak boleh mengambil hak rakyat hanyalah satu tindakan hipokrit,” katanya dalam satu kenyataan.