18 Jan 2017

Mahathir Tak Kisah Jika Beliau Ditangkap...

Chedet jawab Sultan Johor (Versi BM)

Saya TIDAK tahu jika benar YMM Sultan Johor mencabar saya berkenaan pembangunan Johor Bahru.

Mungkin ini hanya The Star yang mentafsirkan titah Sultan Johor sebagai cabaran terhadap saya.

Tetapi sekiranya YMM Sultan menafikan baginda mencabar saya, saya ambil kira laporan The Star sebagai benar.

Saya akui saya agak terbatas. Sementara orang boleh berkata apa saja tentang saya, dan saya sangat mengalu alukan kebebasan bersuara sedemikian, saya harap dengan maklum balas terhadap cabaran baginda saya tidak akan ditangkap dan dipenjara tanpa bicara.

[VIDEO] Kawad Cam: Mengapa Penyerangnya Tidak Hadir?

Khalid kesal penyerang tiada dalam kawad cam

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad kesal dengan tindakan polis meminta beliau hadir melakukan kawad cam namun tidak menampilkan watak utama yang melakukan serangan di luar bangunan parlimen November lalu.

Menurut Khalid, hanya individu yang dilihat sebagai pemerhati kejadian dibawa dalam sesi kawad cam berkenaan dan bukan individu yang menyerangnya.

"Dari video yang dikongsikan saya dapati watak-watak utama tidak hadir untuk kawad cam itu di mana anak timbalan menteri yang terlibat pada ketika itu saya cari tidak ada.